Hot Stuff

Tuesday, October 27, 2009

:: Sajak Pilihan : Memori Buat Teman ::

KOTA BELANDA PULAU PANGKOR=)

Oleh :Andaleeb, Tanta, Egypt 2000


Memori Buat Teman


Semilir yang bertiup
adalah nafas senduku
Sesayu aliran barada
adalah air mataku
Sebahang mentari membakar
adalah rinduku
sedingin salju yang memutih
adalah pasrahku


Teman…


Perjalanan waktu ini
Pernah mencatatkan sejarah
Kisah yang penuh nostalgia indah
Ketika kita sama menongkah
Alam kecil yang penuh kisah
Piat kerinduan semalam masih terasa
Membekaskan palitan yang luar biasa


Lantaran…


Ukhuwah yang terjalin antara kita
Terus bernaung di redupan rahmatNya


Lalu…


Tiada lagi yang terindah
Selain melihat kuntuman ukhuwah
Mekar mewangi di bumi bertuah
Disirami rahmat kerehaan Allah


Dulu…


Kita dalam satu tapak semaian
Seringkali kita dibajai keimanan
Dibelai penuh hikmah kemanjaan
Digembur dan disulam cinta Tuhan


Kini…


Segalanya tinggal kenangan
Pabila kita dianjak kedewasaan
Setelah kita dipisah pisahkan
Menjadi duta di bumi Tuhan


Teman…


Di sini aku di perantauan
Menjana keimanan dan kekuatan
Moga dapat dijadikan bekalan
Sebelum terjun ke medan perjuangan


Teman…


Terkadang perit benar aku rasakan
Lantaran berjuang bersendirian
Terlalu ganas badai ujian
Menghempas di tembok kehidupan


Teman…
Perjuangan ini…
Perlukan air mata dan pengorbanan
Tidak pula menjanjikan kemewahan


Lalu…


Tiada di hatiku sekelumit penyesalan
Kerana memilih jalan Tuhan


Teras…


Lambat benar masa berjalan
Tidak sabar mahu menyertai kalian
Bersatu di bawah panji perjuangan
Merobohkan rangkaian penindasan.

:: Nasyid Pilihan : Akrab Persahabatan ::

PERCUTIAN PULAU PANGKOR=)


AKRAB PERSAHABATAN


# Sesegar hijau daunan
Begitulah kita diibaratkan
Tiada siapa yang bisa memisahkan kita
Antara kita semua


Ulang #


Seerat simpulan yang tidak terbuka
Seteguh langit tinggi menongkah dunia
Kita mengharung badai atas nama
Kasih insan bersaudara


Ulang #


Buang yang keruh ambil yang jernih
Dendam hasad dengki mestilah dijauhi
Marilah kita contohi Rasulullah
Dan para sahabat di dalam bersahabat
Ukhwah dan mahabbah
Kita jalinkan
Bina keharmonian


Ulang # 2x

Wednesday, October 21, 2009

:: Pesanan Buat Sahabat Dan Diri Ini ::


Oleh : Tuan Muda Farhan

Assalamu'alaikum sahabatku sekalian...

Kita sering merungut sibuk… saya sibuk nie.. tak dapat nak hadir majlis ilmu , tak sempat hadhir usrah , tak sempat nak hadir mesyuarat ..dll . Tapi tahukah anda bahawa Ar- Rasul adalah manusia paling sibuk. Namun kita lihat bagaimana ia memperuntukkan masanya untuk beribadah kepada Allah sehingga bengkak kedua kakinya sedangkan beliau telah dijanjikan syurga. Ini kerana beliau mahu menjadi hamba yang bersyukur kepada Allah yang telah memberinya banyak nikmat. Maka marilah kita sama-sama ukur sejauh mana kesibukan kita dan kesyukuran kita kepada Allah s.w.t .

Rasulullah saw. sibuk kerana:
  • Memikirkan masalah umatnya sampai kiamat
  • Bermunajat kepad Allah setiap malam
  • Mengajar ilmu kepada sahabat setiap hari
  • Berperang di jalan Allah
  • Melayani isteri-isteri
  • Menerima dan mengajar Al- Qur'an yang disampaikan oleh Jibrail selama 23 tahun serta menghafalnya
  • Melayani tetamu dari bangsa Badwi, Yahudi, Parsi, dan lain-lain
  • Menziarah orang sakit (biar muslim, munafiq, yahudi)
  • Mengajar ilmu Al-Qur'an kepada Jin
  • Memikirkan untuk menyelamatkan umatnya di hari kiamat (dengan menyimpan permintaan yang paling besar kepada Allah untuk digantikan dengan syafaat)


Tetapi kita.... sibuk kerana hanya beberapa perkara
  • Kerja
  • Keluarga (isteri dan anak-anak)
  • Melangsaikan hutang
  • Dan lain-lain..


Renungkanlah kata-kata ini pula ;

Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah swt.

Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah swt.

Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah swt.

Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. 
  1. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
  2. Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. 
  3. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. 
  4. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong.
(Al Imam Ghazali.)

Tuesday, October 20, 2009

:: Dijamin Masuk Syurga ::


... Diriwayatkan dalam sebuah hadis bahawa terdapat tujuh golongan manusia yang dijamin masuk syurga dan akan dilindungi Allah di saat tidak ada lagi pelindung selain Dia, iaitu:

a. Pemimpin yang adil.

b. Seorang pemuda yang hidupnya selalu beribadah kepada Allah.

c. Laki-laki yang hatinya terikat dengan masjid.

d. Dua orang yang saling menyayangi kerana Allah. Bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.

e. Seorang laki-laki yang apabila dirayu oleh wanita cantik, berkedudukan dan kaya, ia berkata: “Tidak ... saya takut kepada Allah.”

f. Laki-laki yang bersedekah dengan rahsia, sehingga tangan kirinya tidak mengetahui yang dikeluarkan oleh tangan kanannya.

g. Laki-laki yang berzikir kepada Allah secara sembunyi, air matanya berlinang kerana takut kepada Allah.

:: Dijodohkan Di Syurga ::


Bersumber dari Raja’ bin Umar An-Nakha’i, dia pernah bercerita:

“Dahulu di kota Kufah tinggallah seorang pemuda tampan rupawan yang tekun dan rajin beribadat, dan dia termasuk salah seorang ahli zuhud. Suatu hari pemuda itu singgah di kalangan kaum An-Nakha’ dan di sana dia bertemu dengan seorang gadis yang cantik. Sejak melihatnya pertama kali, dia pun jatuh hati dan tergila-gila oleh kecantikannya. Demikian juga si gadis yang merasakan hal serupa sejak pertama melihat pemuda itu. Si pemuda lalu mengutus seseorang untuk meminangnya, tetapi ternyata gadis tersebut telah dipertunangkan dengan putera bapa saudaranya. Mendengar keterangan ayah si gadis itu, mereka berdua menahan beban cinta yang sangat berat. Si gadis tadi kemudian mengutus seorang hambanya untuk menyampaikan sepucuk surat kepada pemuda tambatan hatinya:

“Aku tahu betapa engkau sangat mencintaiku, dan kerananya, betapa besar penderitaanku terhadap dirimu sekalipun cintaku tetap untukmu. Seandainya engkau berkenan, aku akan datang berkunjung ke rumahmu atau aku akan memberikan kemudahan kepadamu bila engkau mahu datang ke rumahku.”

Setelah membaca isi surat tersebut, si pemuda kacak itu pun berkata kepada utusan wanita pujaan hatinya,

“Kedua tawaran itu tidak ada satu pun yang kupilih! Sesungguhnya aku takut akan seksaan hari yang besar bila aku sampai derhaka kepada Tuhanku. Aku juga takut akan neraka yang api dan jilatannya tidak pernah surut dan padam.”

Pulanglah utusan kekasihnya itu dan dia pun menyampaikan segala yang disampaikan oleh pemuda itu. Si gadis lalu berkata,

“Selamanya aku belum pernah menemui seorang yang zuhud dan selalu takut kepada Allah SWT seperti dia. Demi Allah, tidak seorang pun yang layak mendapatkan gelaran kemuliaan kecuali dia, sedangkan kebanyakan orang adalah munafik.”

Setelah berkata demikian, gadis itu lalu melepas segala urusan duniawinya serta membuang jauh-jauh segala sesuatu yang berkaitan dengan dunia. Dia pun memakai pakaian dari tenunan kasar dan sejak itu tekun beribadat, sementara hatinya merana, badannya juga kurus oleh beban cintanya yang besar kepada pemuda yang dicintainya. Dan kerinduannya yang mendalam menyelimuti sepanjang hidupnya hingga akhir hayatnya.

Setelah gadis itu meninggal dunia, sang pemuda sering pula berziarah ke makamnya. Pada suatu ketika dia bermimpi seakan-akan melihat kekasihnya dalam keadaan yang sangat menyenangkan. Pemuda itu pun bertanya,

“Bagaimana keadaanmu dan apa yang kau dapatkan setelah berpisah denganku?”

Gadis kekasihnya itu menjawab dengan menyenandungkan untaian syair:

Kasih...
cinta yang terindah adalah mencintaimu,
sebuah cinta yang membawa kepada kebajikan.
Cinta yang indah hingga angin syurga berasa malu
burung syurga menjauh
dan malaikat menutup pintu.

Mendengar penuturan kekasihnya itu, pemuda tersebut lalu bertanya kepadanya,

“Di mana engkau berada?”

Kekasihnya menjawab dengan melantunkan syair:
Aku berada dalam kenikmatan
dan kehidupan yang tiada mungkin berakhir
berada dalam syurga abadi yang dijaga oleh para malaikat
yang tidak mungkin binasa
yang akan menunggu ketibaanmu wahai kekasih

Pemuda itu kembali berkata kepada kekasihnya,

“Di sana aku mohon agar engkau selalu mengingatiku dan sebaliknya aku pun tidak dapat melupakanmu!”

“Dan demi Allah, aku juga tidak akan melupakan dirimu. Sungguh, aku telah memohon untukmu kepada Tuhanku juga Tuhanmu dengan kesungguhan hati, sehingga Allah berkenan memberikan pertolongan kepadaku!” jawab gadis kekasihnya itu.

Pemuda itu kembali berkata kepadanya,

“Bila aku dapat melihatmu kembali?”

“Tak lama lagi engkau akan datang menyusulku kemari,” jawab kekasihnya.

Tujuh hari sejak pemuda itu bermimpi bertemu dengan kekasihnya, ia meninggal dunia. Semoga Allah sentiasa mencurahkan kasih sayang-Nya kepada mereka berdua dan mempertemukannya kembali di syurga.

Monday, October 19, 2009

:: Buat Mawar Yang Ku Sayangi::


Jagalah dirimu sebaiknya wahai wanita=)

Berhati-hatilah, jagalah dirimu wahai wanita. jangalah memberanikan dirimu untuk melakukan maksiat yang kecil , terlebih lagi yang besar. ingatlah! bahawa Allah melihatmu, maka janganlah melanggar perintahNya dan terperosok ke dalam apa yang dimurkaiNya. Semoga Allah menjaga dan menghiasi dengan takwa. Laluilah jalan keselamatan yang diantaranya:

* Tidak berdua-duaan dengan lelaki yang bukan mahram. Baik di rumah, di dalam kereta , di sekolah dan tempat lain. Jadilah umat yang taat kepada Allah dan RasulNya.

* Tidak sering keluar pasar. Jika keluar hendaklah bersama mahramnya. Jangan merendahkan suara atau berlemah lembut dalam tutur kata dengan penjual.

* Hindarilah tabarruj(berhias diri) dan sufur(tidak menutup aurat) ketika keluar rumah kerana ia menyebabkan fitnah dan menarik perhatian. berserderhanalah dalam berpakaian.

* Hindarilah daripada membaca majalah dan menonton filem yang merosakkan. kurangkan aktiviti menonton tv.

* Hindari muzik yang melalaikan. Hiasi pendengaranmu dengan lantunan ayat-ayat suci al-Quran, rutinkan membaca zikir dan istighfar.

* Takutlah kepada Allah s.w.t dengan rasa takut yang paling tinggi. Bayangkan jika sedang berzina kemudian meninggal dunia tanpa pengetahuan ibu bapa?naudzubillah minzalik.

* Perbanyakkan doa kerana umat nabi termasuk orang yang sentiasa dan banyak beristighfar.

* Jangan biarkan waktu senggang berlalu, kecuali anda membaca al-Quran, menghadiri majlis ilmu. Berusahalah menghafal apa yang mudah dari al-Quran.

* Bersegera bertaubat.SEGERA!

* Ingat! telefon adalah salah satu alat yang boleh meransang nafsu.

* Meninggalkan maksiat (segala perbuatan yang mendatangkan dosa). Rasulullah bersabda:"Apabila seorang wanita solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, jaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka dia akan memasuki mana-mana pintu syurga yang dikehendakinya."

* Membina bi'ah yang solehah. berhati-hati dalam memilih sahabat. pastikan sahabat itu seorang yang boleh mendorong kita ke jalan yang diredhaiNya.


Jagalah dirimu wahai wanita..
kerana maruah mu umpama senipis helaian rambut. Jangan biar diri mu mudah dinoda, kerana apabila telah ternoda, ianya bagaikan epal busuk yang tidak berguna.. 

Jagalah dirimu wahai dirimu wanita.. 
dari cengkaman lelaki yang buas yang melata. yang tidak kenal erti budaya atau agama. rakus membaham mereka yang terleka..

Jagalah dirimu wahai wanita..
dari fitnah dan ancaman dunia. jangan biarkan dirimu hanyut dibuai keseronokan yang fana. kerana ia akan kelak binasa.

Jagalah dirimu wahai wanita. 
dari kebuasan lensa yang tidak kenal siapa. bila tergambar pasti merana, malu datang sayu hiba.. 

-fahamilah kata2 ini agar tidak mudah leka dengan insan bernama lelaki-

:: Cinta Dalam Islam ::


"Syair Arab menyebut, apabila seseorang yang bercinta di tanya, "Apakah kau menyintai atau sedang bercinta dengannya?", maka dijawabnya, "Oh, tidak... kawan sahaja atau apa sahaja alasannya," Ketahuilah dia seorang pasangan KAZZAB (penipu)"

"...Rasa hormat adalah asas penting menjalin hubungan cinta yang suci sesuai dengan aturan Allah swt. Hormat kepada perintah Allah, ajaran Rasul serta hormat ke atas hak dan maruah di antara pasangan amat dititik beratkan ke arah satu hubungan yang berkekalan.

Seorang lelaki yang jujur terhadap cinta dan kasih sayang yang terjalin terhadap seorang wanita tidak sewenang-wenangnya menyentuh tangan wanita atau memegang erat tubuhnya. Wanita bukannya objek yang boleh diperalatkan. 

Jika ini terjadi, seorang wanita perlu berfikir, apakah pasangan seperti ini mampu melindungi dan menjaga maruahnya apabila berkahwin nanti?

Jika hari ini haknya tergadai kerana seorang yang dinamakan kekasih, apa kesudahan yang bakal berlaku satu hari nanti?..."

Istilah cinta amat popular dan menjadi satu ungkapan setia di bibir-bibir remaja yang menganggapnya satu kalimah suci dan bererti.

Ada yang berbangga memiliki seorang kekasih yang setia dan mula memasang angan-angan untuk mendirikan rumah tangga bersama pasangan pilihan.

Fanomena ini berlanjutan dari bangku sekolah lagi malah adakalanya membawa kepada sesuatu di luar jangkauan

Cinta perlu difahami. Semestinya seorang remaja perlu memahami kehendak dan definisi yang tepat.

Tanya pada diri, sama ada cinta hanya sekadar gelojak perasaan serta rasa tertarik antara satu sama lain cukup untuk menjelaskan maksudnya?

Di dalam artikel bertajuk Hakikat Percintaan Dalam Islam, rasa hati yang dinamakan cinta merupakan satu perasaan yang semulajadi di alami oleh setiap insan baik muda mahupun tua.

Allah telah menganugerahkan manusia naluri untuk meneruskan keturunan (salah satunya, menyukai pasangan berlainan jantina) atau dikenali dengan gharizah Al-Nau'.

Ini merupakan salah satu naluri manusia dari yang tiga iaitu gharizah Al-baqa' (naluri untuk meneruskan kehidupan dan mempertahankan), gharizah Al-Tadayyun (naluri untuk menyembah dan beragama) dan gharizah Al-Nau'.

Jadi adanya perasaan itu sememangnya sudah fitrah manusia dan perkara ini wajar dan tidak haram di sisi Islam.

Dalam keadaan ini, manusia perlu memahami kedudukan cintanya dan ke mana hala tuju seterusnya.

Malangnya remaja hilang punca dan meletakkan satu kesimpulan yang mudah tentang hakikat cinta.

Cinta perlu difahami sebagai satu rasa kasih sayang yang penuh rasa hormat, tanggungjawab, kesetiaan, komitmen, keikhlasan, bermaruah dan ada matlamat.

Jika ciri-ciri ini tidak ada dalam apa yang dikatakan sebagai cinta, maka hubungan sedemikian sekadar satu permainan dan kepura- puraan sahaja.

Konsep cinta dalam Islam meletakkan satu aturan yang sistematik dan teratur tanpa mengabaikan hubungan antara manusia dan Allah.

Atas dasar ini, Islam meletakkan cinta pada satu kedudukan yang bermaruah dan bernilai baik bagi pihak lelaki dan perempuan.

Ke mana hala tujunya destinasi cinta remaja? Adakah setakat mengisi usia remaja dan adakalanya putus di tengah jalan?

Mungkin destinasi cinta remaja yang diingini lebih kepada konsep ala Barat yang disifatkan penuh romantis dan indah.

Mulianya cinta berlandaskan Islam kerana cinta yang dibina bermatlamat. Kerana ingin mendapat kasih sayang tuhan, manusia sedia berkongsi rasa cinta dan kasih sayang sesama insan.

Kerana inginkan kasih sayang tuhan jualah, masing-masing ingin selamat-menyelamatkan antara satu sama lain dari segi hubungan dan kehidupan di dunia untuk mengejar sesuatu yang abadi di akhirat.

Cinta yang dibina bukan cinta kosong tetapi cinta yang punya pengertian yang luhur dan hanya dapat dirasakan dengan jiwa yang bersih yang sentiasa mencari tuhan.

Sunday, October 18, 2009

:: Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak?? ::


Oleh : Saudara Hassriq

Salahkah Wanita Tak Tahu Memasak??Meh Kita Bincang Sama2..

Assalamualaikum W.B.R....

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata okay saja. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati. "Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat. ''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup. Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai. Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya.

Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu. Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola. Begitulah standard yang telah ditetapkan.

Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga? Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah terror boleh mengimam satu taman perumahan juga. "Sibuk suruh kita handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain. Betul juga.

Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini. Ternyata ramai yang menjawab tidak confident menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri.

Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang rugged menjadi imam. Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang. Jika wanita disuruh belajar, apa salahnya lelaki!

:: Untuk Kalian ::


Oleh : Cik Muda Fathin Zainal


Salam buat semua sahabat2 yg ana kasihi..tiada ungkapan dapat ana zahirkan sbg penghargaan pada huluran persahabatan yg telah kalian hadirkan buat diri ini..nilaian sebuah ukhuwah xternilai harganya dan xmungkin dapat untuk ana cari ganti semua itu wlpun dihujung dunia..saat bersama kalian adalah yg terindah dlm kehidupan ini..
Ana rindukan Suasana di bumi maahadi,saat tawa ceria kyte melalui kehidupan sorg sbg sorg khalifah yg sdg dibentuk oleh para murrabi,guru2ku jasa kalian terlalu besar pada kami anak2 didikmu,kalian ayahnda dan bonda kedua buat kami dimaahadi, rindunye pada nasihat2,kalian dulu nasihat yg sering diriku abaikan dulu, kini itula azimat buatku membentuk diri menjadi insan berguna bt agama,bangsa dan tanah airku..dulu guru2 selalu berpesan bila kamu semua keluar maahad bawa diri kamu baik2 dunia luar skrg terlalu mencabar kamu yg tentu diri kamu sama ada nk jadi baik or sebaliknye..dulu ftyn selalu dgr jek tp xpernah nk fikir bak kata org masuk telinga kanan keluar telinga kiri,cikgu cakap buat ape entah mase 2 hehehe..tp masih ingat jugak semua 2 alhmdlh..skrg fatyn faham ape yg guru2 ftyn risaukan..kasih sayang guru2 pada kami membuat dorg selalu berpesan itu ini(mane ade cikgu xsyg anak muridkan=)dulu fatyn paling suka dgr ustazah afriza beri nasihat coz ustazah cakap lemah lembut jek dan penuh berhikmah senang nk menerima,ape yg buat ftyn suka dgr ustazah nasihat ialah ustazah akan hadirkan pengalaman ustazh or ape2 jek cerita yg boleh buat org berfikir dan sedar tntg reality kehidupan..cikgu2 lain pun same tp but ustazah afriza yg selalu bg nasihat kt kami sb kami kan payah dgr nasihat nakal giler=)satu hari nanti fatyn nk jadi mcm ustazah serba boleh, ustazh tahu cakap Hindustan taw n tere math dan berpandangan jauh tp ftyn math ni huhuhu.. ghost subject to me=)ustazh jenis yg suka zahir bertapa dia kasih pada kami..cikgu2 lain pun msti syg kamikan tp cikgu xberani nk tunjuk takut kami nt makin nakal huhuhu(Nampak sgt nakal giler lorh tp xpernah terlibat masalah teruk2 taw juz dlm kelas suka bising)
 buat ustaz,ustazah,cikgu(teacher)..fatyn mohon jutaan kemaafan seandainye sepanjang fatyn bersama kalian ade tindakan dan bicara fatyn yg melukai hati kalian,fatyn mohon dihalalkan segala ilmu yg ustaz,ustazah dan cikgu ajarkan..syukran juga kerana guru2 dah byk bersabar melayani dan mendidik kami ustazah cakap budak2 nakal ni kt sekolah jek nakal bila kuar nt dorg baekla dan dorg plg cikgu ingat (INSYALLAH=), sekrg klu g maahad ftyn xjumpa dah dorg sb ramai yg dah terpaksa berpindah ke cawangan 2 la maahad byk sgt cawangan smpai owg nk jumpa guru2 pun susah=’(
buat sahabat2 yg fatyn kasihi,fatyn bersyukur dgn kehadiran kalian dlm kehidupan ini..semoga kyte same2 dpat mengejar cita2 masing2 dan Berjaya didunia dan akhirat,jdlah ssorg yg berguna bt diri, keluarga,agama,bangsa dan Negara..dikesempatan ini fatyn memohon ribuaan kemaafan dari kalian yg mengenali diri fatyn maafkan fatyn ats segala tindakan dan bicara fatyn yg ade menguriskan hati kalian..halalkan segala makan,minum alat tulis dan pape pernah kalian beri or fatyn terambil..dan klu ftyn ade pinjam duit sesape dan belum dijelaskan lagi beritahu yerk hata 10 sen..klu baik hati halal kan jek huhu=)fatyn syang kalian sgt2 smga ukhuwah kyte berkekalan abadan abada..dan untuk teman2 yg amik STAM semoga mumtaz milik kalian ingat berusaha lah sebaik mungkin dan berserah pada yg ESA..perancangan tuhan adalah yg terbaek buat kyte..sesuatu itu di rasa baek pada kyte tp ia belum tentu baek padaNYA..ALLAH mengetahui ape yg terbaek buat hambanye..berdoala agar diberi kebaikan dariNYA..jgn pernah berputus asa kerana ALLAH ade berfirman “TIDAK ADA PUTUS ASA BUAT HAMBA2KU YG MEYAKINI PERTOLONGAN DGNKU MELAINKAN ORG2 KAFIR”so fatyn doakan kalian Berjaya selalu..”KEJAYAAN KYTE KEMENANGAN BUAT ISLAM KEGAGALAN KYTE FITNAH TERBESAR BUAT ISLAM”sayang kalian..=# pape juz email ftyn kt aniss_insyirah91@yahoo.com.my..  nk tuntut hutang ker,nk papela juz email jek ok=)

:: Bicara Hatiku ::



Bicara Tentang Cinta


Salahkah ku mendambakan seorang puteri

Dan pasti ku mengharap yang setia di sisi

Teman kala ku kedukaan memberikan daku cahaya

Sinari kehidupan



Walau ku tahu segala suratan Esa

Ku pohon kesetiaan pemberi inspirasi

Pengubat jiwa yang sepi

Agar dapat ku kecapi indahnya hidup ini



Usah ada rasa sangsi

Saling faham dan mengerti

Sinar bahagia menanti



Pendorong penguat jiwa

Dalam melayar bahtera

Pasti tenang jika kau di sisi



Selagi masih aku terdaya

Menuturkan kata-kata

Kan ku bicarakan yang sesungguhnya

Di hati ini dikau saja yang bertakhta di jiwa

Insan yang ku kasihi

Dikau yang ku sayangi..

:: Dakwah?? ::



D.A.K.W.A.H...sebut saja perkataan ini, mungkin ada yang akan terus membaca artikel ini dengan penuh minat dan keinsafan. Ada juga yang mungkin memandang dengan sebelah mata tajuk ini dan lebih tertarik membuka laman web lain yang lebih menghiburkan. Ada juga yang mungkin allergic dengan perkataan ini, disebabkan faktor-faktor pengalaman yang pernah mereka lalui. Dan tak ketinggalan juga mereka yang tidak tahu, tidak kisah dan tak mahu tahu langsung mengenai dakwah. Perkataan ini bukan satu vocabulary dalam kamus hidup mereka. Setuju, setuju, 100% setuju. Dakwah merupakan topik yang berat, memboringkan dan terlalu banyak masalah yang perlu kita fikirkan apabila berdepan dengan tajuk ini. Kerja berat seperti seorang buruh sememangnya memenatkan. Memerah tenaga dan keringat, peluh yang membasahi badan dan apa-apa saja yang menggambarkan kesusahan dan kerja berat pasti sesuatu yang tak dapat dielakkan dengan pekerjaan seorang buruh. Namun, itu bukan alasan bagi seorang buruh dari berhenti bekerja mencari rezeki untuk diri dan keluarganya. Bukan tak mahu cari kerja lain, tapi jika semua orang fikir cari kerja lain maka tiadalah Menara Berkembar KLCC, tiadalah KLIA, tiadalah segala infrastruktur kebanggaan negara selama ini. Secanggih mana teknologi yang kita miliki, namum tenaga buruh merupakan elemen yang tidak dapat disishkan sektor pembinaan. Kemahiran tenaga buruh menjamin keutuhan sesebuah binaan. Jika tidak masakan Tembok Besar China yang telah berusia berpuluh abad mampu kekal sehingga hari ini. Inilah kubur terpanjang di dunia, di mana beribu-ribu buruh paksa telah terkorban sewaktu membinanya. Ada apa dengan Tembok Besar China, tanpa buruh yang membinanya. Begitulah juga dengan “dakwah” atau pun amar ma’ruf nahi munkar. Ia adalah tanggungjawab yang berat serta perlu dilaksanakan bukan hanya kerana kefardhuan dari Allah malah ianya adalah keperluan asasi hidup bermasyarakat. Tidaklah keterlaluan jika dikatakan sehebat mana keilmuan, teknologi mahupun ekonomi yang dimiliki oleh sesebuah masyarakat, kelangsungan nilai-nilai kemanusian masyarakat itu bergantung kepada sejauh mana amar ma’ruf nahi munkar mampu dibudayakan secara berakar umbi. Jelas sekali seperti yang digambarkan oleh Rasulullah dalam sebuah perumpamaan yang cukup menarik untuk diteliti:

Sebuah bahtera yang belayar di lautan luas, di mana penumpang di bahagian bawahnya amat memerlukan air. Maka berlakulah perbincangan di kalangan penumpang-penumpang di tingkat bawah:Penumpang #1: Aku tak kira. Bila aku dahaga aku mesti dapatkan air untuk diminum. Orang di tingkat atas memang tak pernah fikirkan keadaan kita di bawah ni.Penumpang #2: Apa yang kecoh-kecoh ni. Kenapa tidak kau mintak saja dari penumpang di bahagian atas untuk dapatkan air untuk kamu.Penumpang #1: Aaahh. Mereka bukannya kisah tentang keadaan kita. Takkan dilayannya permintaan kita ni. Lebih baik aku tebuk saja lubang pada badan kapal ni untuk dapatkan airPenumpang #2: Ikut suka hati kau lah, yang penting kau tak kecoh-kecoh buat bising lagi. Jangan sampai mengganggu ketenteraman penumpang-penumpang lain di tingkat bawah ni.Apabila Penumpang 1 nekad menebuk lubang, maka karamlah bahtera tersebut. Tenggelamlah kesemua penumpangnya tanpa mengira mereka sama ada penumpang di bahagian atas atau bawah.

Itulah yang berlaku sekiranya amar ma’ruf nahi munkar dilupakan. Secara umumnya, di dalam mana-mana struktur masyarakat, pasti ada 3 golongan:

1. Solihun (Golongan di tingkat atas bahtera / mereka yang mengemudi kapal): Inilah golongan orang-orang soleh yang terpelihara dari unsur kemaksiatan.


2. Sakitun (Penumpang #2): Golongan orang yang “bisu”. Kelompok masyarakat yang hidup nafsi nafsi. Hanya mementingkan diri dan keluarga mereka sendiri.



3. Ashabul Munkar (Penumpang #1): Mereka ini adalah pembawa unsur negatif dalam masyarakat. Golongan yang sering melakukan kemaksiatan serta merosakkan akidah masyarakat. Walaupun hanya Ashabul Munkar sahaja yang melakukan kemaksiatan, kesan kerosakannya jelas dirasai oleh setiap ahli masyarakat, tanpa pengecualian. Solihun dan Sakitun tidak ubah seperti golongan baik yang dibinasakan.


:وَاتَّقُوا فِتْنَةً لَا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً“
Takutilah olehmu akan fitnah (azab bencana) yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim saja di kalangan kamu dan ketahuilah, bahawa Allah amat keras seksaannya.” (Al-Anfal:25)


Fitnah itu pasti akan menimpa ke atas mereka yang zalim iaitu orang yang telah melampaui batas-batas Allah. Manakala orang yang tidak menegah orang zalim dari kezaliman di sini ada dua kemungkinan. Kemungkinan pertama dia dianggap tidak zalim kerana dia tidak bersubahat dengan orang zalim itu. Kemungkinan kedua mereka dianggap zalim kerana tidak menegah orang zalim padahal perbuatan zalim itu wajib dihalang.Inilah dia ‘qanun azab jama’i’ dalam sunnatullah. 


Ianya adalah qanun yang paling menggerunkan dan menakutkan, mendorong mereka yang tahu dan memahaminya untuk segera mengubah kemungkaran yang sedang berlaku, supaya azab yang demikian tidak menimpa seluruh masyarakat.Jelaslah bahawa, Islam tidak berpada dengan kesolehan seseorang individu, sehinggalah ia melakukan pengislahan terhadap orang lain. Aslih nafsaka wad’u ghairaka (perbaikilah dirimu dan serulah kebaikan kepada orang lain).

:: Isu Niqab (Purdah) Yang Membabitkan Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi ::



Al-Imam Al-Akbar sering dinista oleh akhbar dan berita. Banyak tindakan dan ucapan beliau dieksploitasi sehingga beliau sering diburukkan. Sebelum ini beliau dituduh dengan tuduhan menghalalkan riba sedangkan perkara tersebut tidak berlaku sama sekali.

Kali ini beliau dituduh pula dengan tuduhan ingin mengharamkan niqab (purdah).

Berikut adalah sedikit kronologi peristiwa yang berkait dengan isu niqab ini.
**************************

1. Isu bermula apabila al-Imam al-Akbar al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi melawat satu sekolah maahad al-Azhar khas untuk pelajar perempuan (Maahad Fatayat Ahmad Allibi) pada Sabtu bersamaan 4/10/2009. Beliau telah melawat satu kelas lalu melihat ada seorang pelajar perempuan bernama Alak ( آلاء ) memakai purdah. Alak berumur 13 tahun.

2. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi telah meminta pelajar perempuan itu membuka purdah kerana kelas tersebut hanya untuk para pelajar perempuan sahaja. Beliau merasa hairan mengapa pelajar tersebut memakai purdah sedangkan kelas tersebut khusus untuk pelajar perempuan, guru yang mengajar adalah guru perempuan dan bilik kelas adalah tertutup. Alak pada awalnya tidak membuka niqab apabila Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi memintanya membuka niqab.

3. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi selepas itu telah menegaskan bahawa beliau tidak akan membenarkan pelajar perempuan memakai purdah di dalam kelas-kelas mereka. Beliau juga menafikan kenyataan media yang menyatakan bahawa beliau bercakap dengan Alak dengan nada suara yang kasar.

4. Majlis Tertinggi Al-Azhar ( المجلس الأعلى للأزهر الشريف ) telah mengadakan mesyuarat tergempar yang dipengerusikan oleh Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi pada Khamis lalu bersamaan 8/10/2009 untuk membincangkan isu niqab ini. Majlis telah memutuskan bahawa:

• Para pelajar perempuan dibenarkan untuk memasuki premis al-Azhar al-Syarif secara berniqab. Wanita yang berniqab tidak boleh dihalang daripada memasuki perkarangan al-Azhar al-Syarif

• Para pelajar perempuan dibenarkan memakai niqab apabila ada orang lelaki bersama mereka di dalam premis al-Azhar

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan memakai niqab di dalam bilik-bilik kelas kerana semua pelajar adalah perempuan. Larangan ini berkuatkuasa apabila guru yang mengajar juga adalah perempuan

• Para pelajar perempuan tidak dibenarkan untuk memakai niqab sewaktu peperiksaan berlangsung. Maka para pengawal semasa peperiksaan berlangsung hendaklah di kalangan wanita.

• Majlis Tertinggi al-Azhar bukanlah menghalang wanita daripada memakai niqab dalam kehidupan seharian mereka sebaliknya Majlis tidak bersetuju niqab dipakai pada tempat-tempat yang tidak sepatutnya yang akan memberikan kesan yang negatif pada pemikiran kanak-kanak lebih-lebih lagi pandangan yang mengatakan bahawa wajah wanita wajib untuk ditutup adalah pandangan minoriti fuqaha Islam.

5. Al-Syeikh Muhammad Sayyid Tantawi menegaskan bahawa beliau menghormati wanita yang memakai niqab selagi mana tidak menyakiti orang lain dan tidak membawa kepada masalah keamanan.

Beliau menegaskan bahawa tujuan ketetapan Majlis Tertinggi Al-Azhar tersebut dibuat adalah kerana untuk menjaga kehormatan para pelajar perempuan. Ini kerana berlaku pencerobohan beberapa orang lelaki ke dalam premis al-Azhar yang khusus untuk pelajar perempuan.

Selain itu ketetapan ini juga dibuat demi untuk mengelakkan berlakunya penipuan di dalam peperiksaan. Beliau menegaskan bahawa tahun lepas menyaksikan 12 kes penipuan semasa peperiksaan apabila para pelajar wanita yang berniqab yang terbabit telah meletakkan alat rakaman di sebalik niqab yang dipakai.

Sumber:
1. Surat Khabar al-Liwa’al-Islami bertarikh 15 Oktober 2009, bilangan ke 1447, m/s 1
2. Majalah al-Musowwar bertarikh 14 Oktober 2009, bilangan ke 4436, m/s 15 - 16.
3.http://www.islamonline.net/servlet/Satellite c=ArticleA_C&cid=1254573447321&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout
4. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573332008
5. http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?c=ArticleA_C&pagename=Zone-Arabic-News/NWALayout&cid=1254573461106&utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=rss

Wednesday, October 14, 2009

:: Khilafku ::


Khilaf

Memang khilafku menyayangimu
Memang khilafku menyintaimu
Tapiku tahu semua itu
Tak akan kembali lagi

Bukan ku pinta segunung janji
Tidak ku harap sinaran ini
Cuma ku ingin setulus kaseh
Kesetiaan kekal selamanya

Oo..oh syakila
Senyummu enggan pergi
Tawamu mengiringi
Wajahmu ku terbayang
Hadirmu dalam mimpi
Umpama bidadari
Potretmu kutatapi
Mengharap kau kembali

Memang kurindu saat bersamamu
Memang tak mampu melupakanmu
Tapiku tahu semua itu
Tak akan kembali lagi

Selamat tinggal pada kenangan
Selamat tinggal pada igauan
Terima kaseh aku ucapkan
Untuk percintaan ini
...

:: Kita Tidak Pernah Memiliki Sesiapa ::



Janganlah kau angkuh melaungkan...
Si dia kepunyaan mu ...
Atau kau kepunyaan si dia ...
Kerana hakikatnya.. .
Kita tidak pernah memiliki sesiapa...
Walau sekeping hati seorang insan...


Tidakkah kau sedar...
Hukum alam menyatakan.. .
Mencintai tidak semestinya memiliki?...
Manusia pandai berpura ...
Berlakon di pentas dunia...
Dan bertopeng menutup rahsia..
Tetapi hati...


Tidak pernah berdusta pada empunya...
Tentang perasaan yang bergolak di dalamnya...
Tidakkah kau sedar...Mungkin si dia melafazkan.. .
Ungkapan cinta pada mu ...


Tetapi hati dan perasaannya. ..
Tidak pernah berniat begitu...
Dia hanya berselindung. ..
Di sebalik sejuta alasan...


Dan kau...
Begitu jujur dan setia mencintainya...
Sehingga terlupa..
Hukum alam menyatakan..
Mencintai tidak bermakna memiliki..
Sesungguhnya. ..
"Aku tidak pernah memiliki diri mu..."
"Dan kau jua tidak memiliki diri ku."


Mengertilah. ..
Kita sebenarnya kepunyaan..
Yang Maha Esa...
Tiada sesiapa berhak memiliki diri kita...
Kecuali Dia...
Dia mengasihi hamba-Nya...
Dia memiliki hamba-Nya...
Dan ke pangkuan Dia kita akan di kembali..... .

Tuesday, October 13, 2009

:: Aktivis Muslimah Harapan Rasulullah::


Assalamualaikum W.B.R...

{post nie ana amik dari sorg sahabat dibuletin die bukan nk ciplak ke ape tp untuk renungan bersama buat para muslimah}


Menjadi wanita memang menyenangkan, apalagi wanita "Muslimah", sebab muslimah bererti wanita yang telah diseleksi oleh Allah untuk menerima hidayah-Nya dan menjalankan kehidupan sesuai dengan sunnah Rasul-Nya. Rasulullah sebagai manusia pilihan Allah, sangat peduli terhadap muslimah.

Baginda sangat menyayangi muslimah sehingga beliau berpesan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas, "Tidaklah seorang muslim yang mempunyai anak dua orang perempuan kemudian ia berbuat baik dalam berhubungan dengan keduanya akan bisa memasukannya ke dalam surga."

Di masa baginda hidup kaum wanita merasakan angin segar dalam kehidupannya, setelah sebelumnya pada masa jahiliyah hidup teraniaya, tidak mendapatkan hak yang semestinya. Kehidupan wanita muslimah saat itu boleh dikata beruntung dibandingkan dengan wanita sekarang pada umumnya. Kerana muslimah relatif hidup dalam komuniti masyarakat yang memahami nilai Islam secara baik. Hidup mereka betul-betul tersanjung, kerana mereka merasakan hidup sesuai fitrahnya.

Berbeza dengan situasi sekarang, ketika banyak wanita menuntut persamaan hak dan darjat. Boleh dikatakan kehidupan wanita sekarang berada ditengah komuniti masyarakat yang tidak memahami nilai-nilai Islam. Ini menyebabkan keserabutan dalam hidup mereka. Sudah tentu wanita muslimah harus berupaya menghilangkan dugaan tersebut. Caranya adalah dengan mulai mengaktifkan dirinya dalam pelaksanaan nilai-nilai Islam serta berupaya mengajak wanita lain untuk beramal Islami.

Ustadz Faisal Maulawi, seorang Mufti Lebanon, menyatakan, "Saatnya sekarang keadaan ummat sedang dalam keadaan bahaya, para wanita muslimah yang solehah terjun untuk terlibat aktif dalam membentengi dan memperbaiki ummat."

Untuk menjadi muslimah yang disayang oleh Rasulullah SAW hendaknya diperhatikan empat hal berikut:

1. Faqihah Lidiiniha

Seorang muslimah hendaklah faqih (paham) terhadap din (agamanya). Selayaknya ia dapat membaca Al-Qur'an dengan baik dalam erti tajwid dan makhraj hurufnya. Kemudian dapat membaca hadits dan selalu pula menjadi bacaan hariannya, karena dengan itu ia memahami keinginan Rasulnya untuk kemudian berusaha menyesuaikan kehidupannya sesuai dengan cara hidup Rasulullah SAW.

Ia juga harus berusaha memperkaya diri dan wawasannya melalui belajar kepada seorang guru yang jujur dalam menyampaikan ilmunya, dan berusaha banyak membaca buku agama lainnya seperti tentang aqidah, akhlaq, fiqh, sirah, fiqh da'wah, Tarikh Islam, sejarah dunia dan ilmu kontemporari lainnya. Contoh muslimah yang menguasai ilmu-ilmu ini adalah Aisyah RA.

2. Najihah fi Tarbiyyati Auladiha

Seorang aktivis muslimah yang telah berkeluarga hendaklah berupaya dalam mendidik anaknya, bahkan bagi seorang aktivis yang belum berkeluarga pun seharusnya mempelajari bagaimana cara mendidik anak dalam Islam, kerana ilmu tersebut fardhu 'ain, sehingga mempelajarinya sama dengan mempelajari wudhu, sholat, puasa, dan sebagainya. Sehingga ia tahu betul cara mendidik anak dalam Islam yang nantinya anak-anak tersebut akan ia persembahkan untuk kejayaan Islam dan kaum muslimin. Insya Allah kelak ia akan menjadi Ibu yang sukses seperti Hajar dan Khadijah ra.

3. Muayyidah fi Da'wati Zaujiha

Sebagai aktivis amal Islami, kepedulian kita bukan hanya kepada masalah luaran, mengupayakan pelaksanaan amal Islam terhadap orang lain, akan tetapi kepedulian terhadap aktiviti keluarga harus lebih diutamakan, misalnya memberikan motivasi amal Islami kepada anak, pembantu, juga suami. Ia menjadi muslimah yang senantiasa menjadi motivator kebaikan suaminya, seperti Ummu Sulaim yang menikah dengan Abu Tholhah dengan mahar syahadat. Namun ketika Abu Tholhah wafat Rasulullah mensholatkannya sampai sembilan kali takbir, menunjukkan sayangnya Rasulullah kepada beliau karena tidak pernah berhenti dalam beramal dan berjihad bersama Rasul. Hal ini ia lakukan karena selalu mendapat motivasi dari Ummu Sulaim, istrinya.

4. Naafi'ah Fi Tagyiiri Biiatiha

Ia selalu peduli terhadap lingkungannya, selalu membuka mata dan telinga untuk mengetahui keadaan sekelilingnya, selalu mengupayakan lingkungannya menjadi lebih baik. Contohnya Ummu Syuraik yang selalu mengelilingi pasar bila saat sholat tiba untuk mengingatkan penghuni pasar agar segera melaksanakan sholat dengan kalimatnya yang terkenal 'Assholah, Assholah!!!'

Demikian semoga dengan empat hal ini anda semua dapat menjadi aktivis Muslimah yang di cintai Rasulullah SAW. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...