Hot Stuff

Sunday, October 31, 2010

.:: Malaikat Maut Memerhati Wajah Manusia 70 Kali Dalam Sehari ::.




MEMANG tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan 'menanti' saat kematian mereka.Allah berfirman yang bermaksud: "Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali." (Surah al-Anbiyak ayat 35)

BERSEMADI...alam barzakh menjadi tempat persemadian sebelum manusia dibangkitkan pada hari akhirat.SEDIH...kematian adalah dugaan bagi menilai keimanan selepas berpisah dengan insan tersayang.

Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.

Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.

Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: 'Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.'"

Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup.

Takdirnya esok hari terakhir Allah 'pinjamkan' nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?

Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian.

Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin.

Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup.

Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian.

Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.

Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).

Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: "Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.

"Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia." (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)

Kematian 'menjemput' manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai daripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha.

Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih.

Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.

Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."

Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya.

Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas.

Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.

"Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar.

"Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka.

Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun.

Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.

Maka waktu itu mereka masih berpeluang bertaubat dari dosa dan kesilapan. Begitu juga halnya dengan orang mati mengejut disebabkan kemalangan.Ia memberi pengajaran dan peringatan kepada mereka yang masih hidup supaya berhati-hati dan tidak lalai berusaha untuk memperbaiki diri.

Justeru, bagi mereka yang masih diberikan nikmat kehidupan perlu sentiasa mengambil iktibar terhadap segala yang berlaku.

Allah menjadikan sebab kematian itu bagi memenuhi janji-Nya kepada malaikat maut.

Saidina Abbas meriwayatkan dalam sebuah hadis antara lain menerangkan malaikat Izrail berasa sedih apabila ditugaskan mencabut roh makhluk bernyawa.

Ini kerana antara makhluk bernyawa itu adalah termasuk manusia yang terdiri daripada kekasih Allah iaitu Rasul, nabi, wali dan orang soleh.

Malaikat maut mengadu kepada Allah betapa dirinya tidak disenangi keturunan Adam a.s.

Dia mungkin dicemuh kerana mencabut roh manusia yang mana menyebabkan orang berduka cita akibat kehilangan orang tersayang dalam hidup mereka.

Justeru, jika seseorang Muslim itu meninggal dunia, beberapa langkah penting perlu dilakukan seperti menempatkan jenazah di tempat yang sesuai sebagai menghormatinya, sunat meletakkan keadaan kakinya menghala ke arah kiblat, tanggalkan pakaian berjahit, tutupkan jenazah dengan sehelai kain nipis ke atas seluruh jasadnya, rapatkan kedua-dua belah matanya dan mulutnya, letakkan kedua-dua tangan jenazah di atas dadanya sebagaimana dalam keadaan qiam (berdiri) ketika solat, letakkan sesuatu yang sederhana berat di atas perutnya seperti gunting dan pisau serta sunat bagi yang hidup mencium jenazah.

Pensyarah di Jabatan Fiqh dan Usul Fiqh, Kuliyyah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Datuk Dr Mahmood Zuhdi Ab Majid, berkata umat Islam dilarang mengaitkan kematian seorang Muslim itu dengan tanda tertentu.

"Itulah yang menyebabkan umat Islam semakin mundur kerana terlalu banyak mempercayai perkara khurafat dan tahyul.

"Jika ada kematian seperti kemalangan contohnya kita ditegah untuk bertanya kepada waris apakah perbuatan ganjil yang dilakukan sebelum kematiannya," katanya.

Dr Mahmood Zuhdi berkata tiada siapa pun dapat mengelak daripada mati melainkan Allah dan kematian tetap akan datang tepat pada masanya.

"Apabila sampai ajal seseorang, umat Islam digalakkan memberi nasihat kepada keluarga si mati supaya bertenang dan banyakkan bersabar.

"Islam menegah amalan keterlaluan seperti menjerit dan meratapi kematian," katanya.

Beliau berkata bagi mereka yang masih hidup peluang perlu dimanfaatkan dengan memperbaiki keadaan diri yang ternyata banyak melakukan kesilapan dan kesalahan."Tiada daya atau usaha yang boleh menyelamatkan kita daripada kematian.

"Kematian menjadikan hati manusia menjadi sedih serta berpisah dengan keluarga tercinta. Hanya amalan soleh saja akan membawa kita bertemu Allah," katanya.

.:: Harga Seorang Isteri ::.

  MENGHARGAI NILAI SEORANG ISTERI...

     Mulianya seorang isteri disisi Allah... Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri ini pada keluarga, suami dan anak-anak. Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak. Biarlah buruk mana isteri anda, sayangilah mereka...... 

    Beruntungnya seorang wanita yang ada rahim ini ialah dia bekerja dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia. Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh... 7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya. Cuti bersalin juga sehingga 60 hari , Bila dah bersalin tu, susukanlah anak.. jgn takut "kendur" atau menggelebeh pulak.. Si suami pulak, jgn la berebut dgn anak utk menyusu pulak.... Cuti ini bukan cuti suka hati tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah , Tapi bila dah habis cuti tu.. layan lah suami.."offer" lah pada suami , Nabi bersabda : berjimak dgn isteri itu pahala ..jangan buat deekkk jeee, Jangan buat alasan itu dan ini pulak....ingat tu si isteri yee!!! Kata nak pahala lebih... 

     Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. . sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya.. 

     Satu lagi berita gembira untuk wanita, Sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya, Lahir saja bayi seluruh dosanya habis. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? 

     Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga. Untuk orang bukan Islam, dia tak dapat masuk Syurga tapi Allah beri kelonggaran siksa kubur. Untuk peringatan semua wanita yang bersuami seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung. 

     Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari. Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua. . 

      Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini. 


     Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain.. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. 

      Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki. Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi. 


Woman was made from the rib of man, 
She was not created from his head to top him, 
Nor from his feet to be stepped upon, 
She was made from his side to be close to him, 
From beneath his arm to be protected by him, 
Near his heart to be loved by him. 


"Wahai Tuhan... 

ku tak layak ke syurgamu ... 
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu... 
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ... 


"Ya Allah... 

jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa .. 
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami, 
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah meninggal dunia"...... 


Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah. 

Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini. 
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai manusia! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah', kamu pasti berjaya!" 


Marilah kita ucapkan kalimah ini: 

"Laa ilaaha illallah!" x 10 


Setelah ucapkannya sebanyak 10 kali, panjangkan/fowardka n email ini kepada sekurang- kurangnya 10 orang rakan-rakan anda. Bayangkan betapa besarnya pahala yang Allah sediakan, hanya untuk usaha kita yang sedikit ini.

Thursday, October 28, 2010

.:: Leka Permainan Dunia ::.


SURAH AL-WAQIAH



BismillahirRahmanirRahim Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
[1] Apabila berlaku hari kiamat itu, [2] Tiada sesiapapun yang dapat mendustakan kejadiannya. [3] Kejadian hari kiamat itu merendahkan (golongan yang ingkar), dan meninggikan (golongan yang taat). [4] (Ia berlaku) semasa bumi bergoncang dengan sebenar-benar goncangan. [5] Dan gunung-ganang dihancur leburkan dengan selebur-leburnya, [6] Lalu menjadilah ia debu yang bertebaran, [7] Dan kamu pula menjadi tiga puak (yang berlainan keadaannya); [8] Iaitu puak pihak kanan; alangkah bahagianya keadaan puak pihak kanan itu? [9] Dan puak pihak kiri; – alangkah seksanya keadaan puak pihak kiri itu? [10] Dan (puak yang ketiga pula ialah) orang-orang yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), – yang akan mendahului (mencapai balasan yang sebaik-baiknya di akhirat kelak); [11] Mereka itulah orang-orang yang didampingkan (di sisi Allah), [12] (Tinggal menetap) di dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat. [13] (Di antaranya) sekumpulan besar dari umat-umat manusia yang terdahulu; [14] Dan sebilangan kecil dari orang-orang yang datang kemudian. [15] (Mereka duduk di dalam Syurga itu) di atas takhta-takhta kebesaran yang bertatahkan permata; [16] Sambil berbaring di atasnya dengan berhadap-hadapan. [17] Mereka dilayani oleh anak-anak muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa beredar di sekitar mereka, - [18] Dengan membawa piala-piala minuman dan tekoh-tekoh serta piala atau gelas yang berisi arak (yang diambil) dari sungainya yang mengalir. [19] Mereka tidak merasa pening kepala dan tidak pula mabuk dengan sebab menikmatinya. [20] Dan juga (dibawakan kepada mereka) buah-buahan dari jenis-jenis yang mereka pilih, [21] Serta daging burung dari jenis-jenis yang mereka ingini. [22] Dan (mereka dilayani) bidadari-bidadari yang cantik parasnya, [23] Seperti mutiara yang tersimpan dengan sebaik-baiknya. [24](Semuanya itu) sebagai balasan bagi (amal-amal baik) yang mereka telah kerjakan.[25] Mereka tidak akan mendengar dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia dan tiada pula sesuatu yang menyebabkan dosa; - [26] Mereka hanya mendengar ucapan: ” Selamat! Selamat! ” (dari satu kepada yang lain). [27] Dan puak kanan, – alangkah bahagianya keadaan puak kanan itu? [28] Mereka bersenang-lenang di antara pohon-pohon bidara yang tidak berduri. [29] Dan pokok-pokok pisang yang tersusun rapi buahnya, [30] Dan naungan yang tetap terbentang, [31] Dan air yang sentiasa mengalir, [32] Serta buah-buahan yang banyak, [33] Yang tidak putus-putus dan tidak pula terlarang mendapatnya, [34] Dan tempat-tempat tidur yang tertinggi keadaannya. [35] Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa, [36] Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), [37] Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya. [38](Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan; [39] Iaitu sebilangan besar dari orang-orang yang terdahulu, [40] Dan sebilangan besar dari orang-orang yang datang kemudian. [41] Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu? [42] Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak [43] Serta naungan dari asap hitam, [44] Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan. [45]Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan). [46] Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar, [47] Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula? [48] “Dan adakah juga datuk nenek kita yang telah lalu, (akan dibangkitkan hidup semula)? ” [49] Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya orang-orang yang telah lalu dan orang-orang yang terkemudian, [50]“Tetap akan dihimpunkan pada masa yang ditentukan – pada hari kiamat yang termaklum. [51] “Kemudian, sesungguhnya kamu wahai orang-orang yang sesat yang mendustakan (kedatangan hari kiamat), [52] Tetap akan memakan (pada hari itu) dari sebatang pokok, iaitu pokok zaqqum, [53] “Maka kamu akan memenuhi perut kamu dari pokok (yang pahit buahnya) itu, [54] “Selepas itu kamu akan meminum pula dari air panas yang menggelegak, [55] “Iaitu kamu akan minum seperti unta yang berpenyakit sentiasa dahaga dan tidak puas-puas”. [56] Inilah (jenis-jenis azab) yang disediakan untuk menyambut mereka pada hari Pembalasan itu. [57] Kamilah yang telah menciptakan kamu (dari tiada kepada ada – wahai golongan yang ingkar), maka ada baiknya kalau kamu percaya (akan kebangkitan kamu hidup semula pada hari kiamat).[58] (Mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu memikirkan keadaan air mani yang kamu pancarkan (ke dalam rahim)? [59] Adakah kamu yang menciptakannya atau Kami yang menciptakannya? [60] Kamilah yang menentukan (dan menetapkan masa) kematian (tiap-tiap seorang) di antara kamu, dan Kami tidak sekali-kali dapat dikalahkan atau dilemahkan; [61] (Bahkan Kami berkuasa) menggantikan (kamu dengan) orang-orang yang serupa kamu (tetapi tidak seperti bawaan kamu), dan berkuasa menciptakan kamu dalam bentuk kejadian yang kamu tidak mengetahuinya. [62] Dan demi sesungguhnya, kamu telah sedia mengetahui tentang ciptaan diri kamu kali pertama, maka ada baiknya kalau kamu mengambil ingatan (bahawa Allah yang telah menciptakan kamu dari tiada kepada ada, berkuasa membangkitkan kamu hidup semula pada hari akhirat kelak). [63] Maka (mengapa kamu masih berdegil?) Tidakkah kamu melihat apa yang kamu tanam? [64] Kamukah yang menumbuhkannya atau Kami yang menumbuhkannya? [65] Kalau Kami kehendaki, sudah tentu Kami akan jadikan tanaman itu kering hancur (sebelum ia berbuah), maka dengan itu tinggalah kamu dalam keadaan hairan dan menyesal, [66] (Sambil berkata): “Sesungguhnya kami menanggung kerugian. [67] “Bahkan kami hampa (dari mendapat sebarang hasil) ”[68] Selain dari itu, tidakkah kamu melihat air yang kamu minum? [69] Kamukah yang menurunkannya dari awan (sebagai hujan), atau Kami yang menurunkannya? [70]Kalau Kami kehendaki, Kami akan jadikan dia masin, maka ada baiknya kalau kamu bersyukur. [71] Akhirnya, tidakkah kamu melihat api yang kamu nyalakan (dengan cara digesek)? [72] Kamukah yang menumbuhkan pokok kayunya, atau Kami yang menumbuhkannya? [73] Kami jadikan api (yang tercetus dari kayu basah) itu sebagai peringatan (bagi orang-orang yang lalaikan kebenaran hari akhirat) dan sebagai benda yang memberi kesenangan kepada orang-orang musafir. [74] Oleh yang demikian – (wahai orang yang lalai) – bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar (sebagai bersyukur akan nikmat-nikmatNya itu). [75] Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran, - [76]Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya, - [77] Bahawa sesungguhnya (yang dibacakan kepada kamu) itu ialah Al-Quran yang mulia, (yang sentiasa memberi ajaran dan pimpinan), [78] Yang tersimpan dalam Kitab yang cukup terpelihara, [79] Yang tidak disentuh melainkan oleh makhluk-makhluk yang diakui bersih suci; [80] Al-Quran itu diturunkan dari Allah Tuhan sekalian alam. [81] Patutkah kamu (wahai golongan yang kufur ingkar) bersikap sambilewa terhadap keterangan-keterangan Al-Quran ini? [82] Dan kamu jadikan sikap kamu mendustakannya (sebagai ganti) bahagian dan nasib kamu (menerima dan bersyukur akan ajarannya)? [83] Maka alangkah eloknya kalau semasa (roh seseorang dari kamu yang hampir mati) sampai ke kerongkongnya, - [84] Sedang kamu pada masa itu (berada di sekelilingnya) menyaksikan keadaannya, - [85] Dan Kami lebih dekat kepadanya daripada kamu, tetapi kamu tidak melihat, [86] Maka bukankah elok kalau kamu orang-orang yang tidak dikuasai (dan tidak tunduk kepada kekuasaan Kami), - [87] Kamu kembalikan roh itu (kepada keadaan sebelumnya) jika betul kamu orang-orang yang benar ? [88] Kesudahannya: jika ia (yang mati itu) dari orang-orang ” Muqarrabiin “, [89] Maka (ia akan beroleh) rehat kesenangan, dan rahmat kesegaran, serta Syurga kenikmatan. [90] Dan jika ia dari puak kanan, [91] Maka (akan dikatakan kepadanya):” Selamat sejahtera kepadamu, (kerana engkau) dari puak kanan”. [92] Dan jika ia dari (puak kiri) yang mendustakan (Rasulnya), lagi sesat, [93]Maka sambutan yang disediakan baginya adalah dari air panas yang menggelegak,[94] Serta bakaran api neraka. [95] Sesungguhnya (segala yang disebutkan) itu adalah kebenaran yang diyakini. [96] Oleh itu, bertasbihlah dengan memuji nama Tuhanmu Yang Maha Besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...