Hot Stuff

Showing posts with label makanan. Show all posts
Showing posts with label makanan. Show all posts

Saturday, January 21, 2012

:: Islam Memerlukan Cerdik Pandai ::




Ketika saya berada di semester pertama di UiTM Arau, saya mencari-cari formula untuk menjadi mahasiswa muslim cemerlang yang sebenar-benarnya. Saya memerlukan jawapan yang paling konkrit kenapa saya perlu cemerlang dan untuk apa saya perlu cemerlang. Buat seketika saya meletakkan asbab saya perlu cemerlang kerana saya dari keluarga miskin dan anak harapan mak ayah. Tetapi hujah ini tidak memuaskan hati saya. Rasa seperti tidak lengkap dan tidak kuat. 

Suatu ketika saya menghadiri satu tamrin (kursus) di surau Maahad Tarbiyah Islamiyah (MATRI) di Perlis. (Semoga Allah berkati pengasas MATRI, almarhum Syeikh Ustaz Dato’ Dahlan Mohd Zain). Pada sesi sebelah malam, pembentang kertas kerjanya adalah seorang mahasiswa tahun akhir dari UKM. Melihat beliau kali pertama memang tidak menonjolkan sebarang ciri luarbiasa pada dirinya. Namun setelah bertaaruf (berkenalan) sedikit sebanyak, ternyata beliau seorang yang hebat dan mahasiswa yang cemerlang. Hampir 3 jam kami duduk bersimpuh mendengar penyampaian beliau yang penuh bersemangat dan dedikasi. Beliau seolah-olah sedang menyampaikan ceramah kepada ribuan manusia, sedangkan kami hanyalah beberapa orang sahaja. Ternyata aura beliau telah mempengaruhi saya untuk menjadi sepertinya.

Di sepanjang ceramah beliau, ada satu ungkapannya yang telah menjawab persoalan yang saya cari. Katanya;

“Islam memerlukan cerdik pandai untuk menjaga setiap penjuru-penjuru umat agar tidak dibolosi oleh musuh-musuh Islam!”

Setelah pulang dari program tersebut, kata-kata itu terus terngiang-ngiang dalam fikiran. Saya memasuki asrama Pulai di kampus dengan satu perasaan baru. Masuk ke bilik langsung merebahkan tubuh ke tempat tidur. Ingin istirehat tetapi mata tidak mahu terpejam. Hanya menerawang memikirkan sesuatu. Saya tarik nafas panjang-panjang, kemudian dalam hati saya bertekad “Saya harus menjadi salah seorang yang menjaga salah satu dari penjuru Islam itu. Saya harus cemerlang untuk Islam”.

Dan, perjuangan itu dimulai... 
Kata-kata sahabat saya itu seolah menjadi sumber penyemangat dalam belajar. Saya semakin bersemangat, belajar saya bukan sekadar untuk melaksanakan harapan mak dan ayah, bukan sekadar mahu keluar dari garis kemiskinan, namun yang terpenting berjaya untuk memenangkan Islam dan meraih pahala dan redha Allah SWT. Dorongan ini menjadi aspirasi dalam kehidupan saya bertempur dengan cabaran pelajaran di kampus.Terkadang sering putus asa juga ketika tidak upaya menyelesaikan persoalan dan cabaran di hadapan saya, terutamanya masalah kewangan yang terbatas. Bagaimanapun semua itu harus saya hadapi, berjuang terus. Untuk berhadapan dengan masalah kewangan, saya bekerja sambilan sebagai kerani sambilan di pejabat HEA pada saya tiada kuliah. Sebelah malam pula saya mengambil upah sebagai pencuci pinggan mangkuk. Dengan duit bekerja inilah saya membiayai pelajaran saya dan Alhamdulillah masih ada baki untuk diberikan kepada keluarga di kampung.

Untuk menjadikan saya cemerlang dalam belajar, saya biasakan diri belajar seawal 4 pagi dengan latih tubi menjawab soalan demi soalan. Saya sentiasa berjumpa pensyarah berbincang soalan-soalan yang sukar saya menjawabnya. 

Untuk memperbaiki diri saya agar terbangun peribadi muslim mukmin, saya sabar dalam menjalani dan mengikuti program-program tarbiyah yang disusun oleh murabbi saya. Tarbiyah imaniyah hanya akan berjaya apabila kita memberi dengan jujur hati kita untuk diproses. Alhamdulillah saya amat bersyukur kerana hingga saat ini Allah masih memilih saya untuk berada di jalan tarbiyah dan dakwah. Semoga saya istiqamah.

Serah Rasulullah SAW dan para sahabat menjadi bahan bacaan wajib pada diri saya. Saya mengambil ibrah dan semangat jihad dari serah ini. Saya juga berusaha mentadabbur Al Quran dari para ustaz di kampus. Kesemua ini adalah sumber kekuatan kita untuk menjadi hamba Allah yang Allah redha dan kehendaki. 

Kata-kata Yang Membangkitkan Jiwa
Berawal dari kata-kata yang membangkitkan jiwa dari sahabat saya itu, saya bangkit dan berjuang. Saya percaya bahawa ketika berusaha semaksima mungkin, hasil yang akan diperoleh pasti akan sebanding dengan usaha tadi. Dan, benar juga, pada akhirnya saya dapat menzahirkan cita-cita saya. Yang penting, dari semangat perlu dizahirkan dengan tindakan dan perancangan yang rapid an bersungguh.

Kata-kata memang ajaib. Ianya mampu melemahkan dan juga mampu menguatkan, tergantung dari cara kita mensikapinya. Andai saja saya mensikapi kata-kata sahabat saya dengan pandangan biasa, tentu saja kata-kata itu tidak memberi apa-apa nilai pada diri saya. Tetapi ketika saya dapat merenungi dan mengubahnya menjadi energi positif, alhamdulillah, ternyata ia mencetuskan semangat baru dan semangat itu masih bertahan sehingga saat ini, penggugah dan penyemangat belajar sehingga saya dengan izin Allah dapat menamatkan setiap pengajian saya dengan keputusan 1st Class. Namun saya tidaklah secemerlang sahabat saya yang telah mencetuskan semangat saya untuk belajar dalam kerangka yang Allah kehendaki. Ternyata sahabat saya tadi telah dinobatkan sebagai Mahasiswa Muslim Sains Cemerlang Malaysia dan menjadi pelajar terbaik UKM. Bahkan beliau menamatkan pengajian PhDnya hanya dalam tempoh 2 tahun setengah. Dan sehingga saat ini beliau masih cemerlang dan masih bersemangat dalam menyampaikan dakwahnya. Saya sentiasa mencemburui keistiqamahannya dan kesibukan sebagai profesional mukmin dan sang da’ie yang dinamik. Beliau ialah Dr. Hj. Azizan Ahmad. Ramai yang tidak mengetahui bahawa beliau juga adalah dari keluarga susah dan miskin seperti saya. Kisah perjuangan beliau dalam menempuh keperitan hidup sejak kecil lagi turut menjadi teladan kepada saya. 

Ya, untuk berjaya kita perlu memiliki cita-cita dan matlamat hidup yang jelas. Inilah faktor terpenting penentu samada belajar kita akan menjadi ibadah atau tidak. Jika sekadar matlamat belajar kita adalah untuk berjaya mendapatkan karier yang baik dan pendapatan gaji yang tinggi, ya kita mungkin akan mendapatnya. Namun cukupkah sekadar itu sahaja? Seruan saya kepada adik-adik di luar sana yang masih belajar, perkemaskan matlamat belajar anda. Letakkan matlamat yang tertinggi, belajarlah kerana Allah, untuk memenangkan Islam. InsyaAllah, diri kita akan menang jua. Bercita-citalah untuk menjadi profesional mukmin dan sang da’ie yang dinamik. InsyaAllah kejayaan kita akan di pandang oleh Allah SWT. Pesanan saya sesungguhnya dunia ini hanya digerakkan oleh gagasan beberapa orang saja dan saya berharap, saya dan anda adalah salah satunya!

Sunday, January 1, 2012

Monday, December 26, 2011

:: Gambar Pilihan : Suami Pandai MASAK ::



Oleh : Syabab Musafir Kasih
Sumber : Facebook Beliau =)

Sunday, December 25, 2011

:: Lemahnya Kita Ini ::


Oleh : Dr Hishamudin Alham
Sumber : I Luv Islam

"Bayangkan hanya satu urat dalam perut itu bocor - kami terpaksa memasukkan berbelas 'pain' darah"demikian kami diberitahu oleh Dr Murni dari Hospital Sultanah Aminah. Beliau menceritakan detik detik cemas pembedahan seorang insan beberapa hari yang lepas. Beliau mengalami pendarahan yang banyak apabila membuang air besar. Akhirnya ususnya terpaksa dipotong dan disambung semula bagi memberhentikan pendarahan di dalam ususnya.
Aku termenung. Betapa lemahnya diri ini. Betapa kita sepatutnya bersyukur kepada Allah ke atas semua nikmat yang Allah telah kurniakan kita. Betapa zalimnya kita apabila nikmat yang Allah kurniakan kepada kita namun kita sia-siakan.Hatta,perkara asas seperti sembahyang yang Allah wajibkan pun kita sudah rasa malas. Kalau buat pun rasa terpaksa. Alangkah zalimnya kita ini.Tidak menyedari betapa lemahnya kita ini dan betapa perlunya kita kepada perlindungan Allah SWT.
Aku melangkah keluar dari Hospital dengan penuh keinsafan dan bersyukur aku masih boleh berjalan dan sihat untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah tazkirah paling besar pada hari itu. Sesungguhnya banyak manafaatnya kita akan perolehi apabila menziarahi orang sakit. Pahalanya pun banyak disediakan oleh Allah swt.
"Tidaklah seorang Islam itu menziarahi seorang Islam yang lain pada waktu pagi, melainkan berselawat (berdoa) ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke petang, dan tidak dia menziarahinya pada waktu malam, melainkan berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke pagi, dan baginya buah-buahan yang dipetik di Syurga." ( Riwayat Tirmizi dan Hadis ini bertaraf hassan kata beliau).

:: Makan Untuk Meningkatkan Metabolisme ::

Sumber : I Luv Islam
Setiap hari anda mengira kalori. Setiap hari juga anda menyimpan kalori. Kemudian anda berusaha membakar kalori seberapa banyak yang anda mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jika anda seperti 67% wanita yang kurang berjaya untuk menurunkan berat badan secara berterusan, jawapannya adalah TIDAK. Ini disebabkan kerana anda mungkin tidak memahami apa itu kalori.
Sejak anda belajar mengenali kalori, anda telah diberitahu bahawa kalori ini adalah sama: samada anda makan 500 kalori kek atau 500 kalori lasagna, tubuh anda akan membakar atau menyimpan kalori secara purata bagi kedua-dua jenis makanan. Betul ke? Salah. Kajian sains menunjukkan bahawa apabila membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan.
Sebenarnya kalori adalah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan yang diambil. Tenaga dari makanan ini akan dihasilkan semasa proses respirasi berlaku. Apabila zat makanan bertindakbalas dengan oksigen di dalam sel badan semasa proses respirasi, pada masa inilah nutrisi terhasil dan seterusnya tenaga akan dihasilkan. Jumlah kalori dalam setiap makanan adalah berbeza sama sekali.
Sesetengah zat pada makanan yang sukar diserap ke dalam badan akan ‘bekerja lebih’ untuk dicernakan. Oleh itu tubuh badan memerlukan lebih banyak kalori bagi penghasilan tenaga seterusnya meningkatkan metabolisme. Dalam satu kajian di Jepun mendapati wanita yang makan makanan seperti ini mempunyai bentuk badan yang ramping berbanding mereka yang hanya makan makanan lembut dan paling mudah untuk dicernakan. Fiber dan protein adalah antara contoh makanan yang sukar dicernakan.

Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisma

Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
  1. Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.
Tubuh manusia akan menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa proses respirasi sebanyak 20% untuk metabolisme otak, dan selebihnya adalah untuk BMR (basal metabolic rate) organ dan tisu dalam badan. Penukaran tenaga kepada tenaga fizikal (mekanikal) adalah bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil dan jenis penggunaan tenaga fizikal harian anda.
Oleh itu anda perlu memahami definisi sebenar tenaga makanan atau kalori ini supaya kalori yang anda ambil setiap hari tidak melebihi keperluan harian anda. Malah, untuk mengurangkan berat badan, kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan.

Thursday, December 22, 2011

:: Bagaimana Ingin Merangsang Minda Kanak-Kanak ::

  1. Dedahkan anak-anak dengan input yang pelbagai - mereka belajar melalui penglihatan, pendengaran, deria rasa dan lain-lain. Tunjukkan mereka kawasan sekitar setiap kali anda memandu sebagai contohnya. Kemudian anda tidak akan pelik bagaimana budak berumur tiga tahun boleh memandu arah orang lain dari rumah anda ke rumah nenek mereka.
  2. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri anak-anak - motivasi penting. Jangan suka merendah-rendahkan mereka dengan mcm2 kerenah kita yang mcm bosan nak layan anak2. Ada segelintir ibubapa yang suka membiarkan anak cucu dengan soalan yang tidak berjawab. Anda tidak membantu perkembangan mereka dengan kedinginan anda ini.
  3. Beri didikan agama yang intensif dan lengkap. Telah terbukti bahawa anak-anak di peringkat sekolah rendah yang berusia sekitar 7 - 10 tahun yang mempunyai pencapaian yang cemerlang, mampu untuk menghafal Al-Quran sebanyak 1 juzuk dalam masa 1 - 2 bulan di samping kerja harian seperti pelajar lain. Bagi kita yang penuh dosa noda ni memang lah dah beku sangat otak nak menghafaz tapi bagi anak2 yang suci ini, sebenarnya mereka tidak terbeban jika kita membiasakan mereka.
  4. Gambarkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Jangan pernah jemu layan diorang sambil menggambarkan kekuasaan ALLAH. Di sepanjang minggu ini kebetulan saya tidak sihat dan Asmaa' sangat kesiankan saya. Saya mintak dia berdoa pada ALLAH semoga saya dan Arwa cepat sembuh. Asmaa' sehingga kata mcm mana kakak nak doa, kakak tak nampak ALLAH. Kemudian saya kata, kakak doa je, ALLAH dengar kakak doa perlahan ke, kuat ke, Dia dengar. Lalu dia memilih untuk menjerit dengan kuat semoga saya cepat sembuh. Kerana dia percaya, semakin dia bersungguh, semakin cepat doanya dimakbulkan dan hanya kerana ALLAH yang boleh menyembuhkan, tidak yang lain.
  5. Beri tugasan yang mencabar. Sekalipun yang tak mencabar, mcm suruh buat buku skrap, otak dia akan tetap berkembang, daripada dia duduk saja2 dan tengok kartun yang tak munasabah.
  6. Beri contoh teladan yang mudah diikuti atau dicapai oleh anak-anak. Nama pun budak, jangan suruh dia ikut model yang susah2, nanti dia lak yang frust tak dapat nak ikut kita kata.
  7. Jangan terlalu menyuapkan bahan-bahan ke minda anak-anak. Galakkan mereka mencari sendiri. Sebagai contoh, kapit kuku, ikat jam, pakai baju..satu contoh mudah tapi jika mereka tak biasakan sendiri, maka sampai ke sudah lah anda yang akan mengepit kuku mereka, yang akan memakaikan jam untuk mereka dan lain2.
  8. Ibu bapa perlu menceritakan pengalaman positif mereka yang lalu untuk dicontohi. Wah, yang ni saya rasa tak cuba lagi..he he
  9. Apabila berbual dengan anak-anak, tinggalkan persoalan untuk anak-anak mencari sendiri jawapannya. Anda akan ketawa dengan jawapan mereka. Enjoy this...
  10. Selalu gambarkan perkara abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasan bersama keluarga pada masa akan datang. Contoh kalau nak jual tapai, jangan buat sorang2. Anak2 sebesar 3-4 tahun sudah boleh membantu.
  11. Agihkan sebahagian daripada tugas ibu bapa yang mudah-mudah kepada anak-anak. Yang ni kalau asyik anda sendiri yang buat, maka bilalah anak anda akan pandai tolong anda.
  12. Rangsang anak-anak dengan teknik berfikir, teknik belajar dan teknik bersoal-jawab dengan betul.
Merangsang Minda Dari Segi Fizikal

  • Pastikan anak-anak diberi pemakanan yang seimbang, berzat dan berkhasiat. Realitinya, orang kita kurang memberi penekanan terhadap pemakanan yang sebenarnya.
  • Beri kemudahan untuk anak-anak mendapat makanan tambahan (food supplement) seperti vitamin, kismis, susu, buah tamar, air kacang soya dan sebagainya,
  • Pastikan anak-anak diberi makanan yang bersih, halal dan tidak syubhat dari segi penyediaan dan juga dari segi sumber pendapatan ibu bapa.
  • Pastikan anak-anak mendapat riadah ringan setiap hari. Riadah yang cergas akan menyebabkan darah mengalir dengan efisyen ke otak. Darah akan membawa oksigen yang sangat diperlukan oleh otak untuk menghasilkan minda yang cemerlang.

Makanan Tambahan Untuk Merangsang Minda Anak-Anak
  • Vitamin
  • Kismis
  • Susu
  • Air Kacang Soya
  • Kurma

Besarlah harapan kita untuk menjadikan anak2 kita seorang yang berjaya kelak. Maka dari sekarang, mulakanlah dengan usaha yang besar supaya harapan kita nanti tidak hanya harapan, malah satu kenyataan yang amat manis untuk dikongsi bersama. Ya ALLAH mudahkan kami. 

Tuesday, December 20, 2011

:: Kehebatan Molekul Air Zam-Zam ::

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.
Dim lights Embed 
Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!
Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Kelihatan gambar molekul air zam-zam yang bercahaya. Subhanallah!

Saturday, December 17, 2011

:: Petua Mendapatkan Bayi Cantik ::



Anda tentu suka tengok serta bermain-main dengan bayi yang cantik, sihat lagi comel, kan? Apatah lagi jika si comel tu zuriat anda sendiri. Memang hilanglah terus segala rasa penat-lelah bila memandangnya.

Pun begitu, untuk dapat bayi yang cantik ni, anda perlulah mulakan usaha sejak bayi itu masih dalam kandungan lagi. Iaitu semasa masih dalam awal kandungan sehinggalah waktu hampir bersalin.

Di sini terdapat 2 petua yang ingin saya kongsikan iaitu; petua untuk dapat bayi yang berambut kerinting dan petua dapat bayi yang berkulit halus dan cerah.

1. Petua dapat bayi berambut kerinting
Amalkan memakan 5 hingga 10 biji kerang rebus setiap hari.

Kerang Rebus

2. Petua dapat bayi berkulit halus dan cerah
Amalkan memakan sayuran hijau setiap hari. Contohnya seperti sayur bayam.

Sayur Bayam

Di samping itu, anda lebihkan juga pengambilan telur ayam kampung.
Jika diizinkannya, anda akan dikurniakan bayi atau anak yang berambut kerinting walaupun anda dan pasangan berambut lurus.

Begitu juga dengan petua kedua. Walaupun anda dan pasangan berkulit gelap tapi inginkan zuriat yang berkulit halus dan cerah, amalkan saja petua tersebut.

Saya juga akan doakan mudah-mudahan anda dikurniakan bayi yang cantik dan sempurna seperti mana yang diidam-idamkan. :)

Selamat Mencuba!

Monday, December 5, 2011

:: 5 Helah untuk mengurang Berat Badan ::


Sumber : I Luv Islam

Mungkin anda mempunyai masalah untuk mengawal kadar pengambilan makanan. Tambahan lagi sekiranya makanan yang dihidang amat menyelerakan. Jadi, apakah cara tipu muslihat terbaik untuk anda berjaya mengurangkan berat badan?
1.Menghidu makanan
-Mungkin anda merasakan bahawa cara ini tidak masuk akal sama sekali. Tetapi berdasarkan kajian yang telah dilakukan oleh Dr Alan R. Hirsch ( Smell & Taste Treatment and Research Foundation in Chicago ) terhadap 3000 sukarelawan mendapati bahawa seseorang yang gemar menghidu makanan biasanya lebih kurus berbanding mereka yang tidak gemar menghidu.
2.Letakkan cermin bertentangan dengan tempat makan anda
-Satu kajian mendapati bahawa seseorang yang makan dihadapan cermin akan mengurangkan 1/3 jumlah pengambilan makanan berbanding mereka yang tidak makan dihadapan cermin. Ini berlaku mungkin disebabkan apabila anda melihat diri anda sendiri, ia akan mengingatkan mengenai matlamat yang ingin dicapai.
3.Kelilingi tempat makan anda dengan warna biru
-Adakah anda perasan mengapa kebanyakan restoran makanan segera tidak menggunakan warna biru sebagai tema restoran mereka? Ini adalah disebabkan kajian psikologi yang telah dilakukan bahawa penggunaan warna biru akan menahan selera makan seseorang. Elakkan warna seperti oren, kuning, dan merah ditempat makan kerana ia akan meningkatkan lagi selera makan anda.
4.Tangkap gambar makanan yang anda ambil
-Setiap kali anda melihat gambar makanan yang telah diambil, pasti ia akan mengingatkan anda untuk melakukan perancangan tentang bagaimana cara untuk anda berjaya mengurangkan berat bandan.
5.Ikat seutas benang pada bahagian perut
-Apabila anda sudah merasakan benang yang diikat pada perut semakin menegang, ia bermakna anda seharusnya sudah perlu berhenti daripada mengambil makanan lagi.

Sunday, December 4, 2011

:: Cara Makan Rasulullah ::



Sunnah-sunnah sebelum dan di pertengahan makan, sebagai berikut:
1.     Mengucapkan basmalah (bismillah).
2.     Makan dengan tangan kanan.
3.     Memakan apa yang ada di depannya. (yang terdekat di depannya).

Ketiga sunnah ini terkumpul dalam hadits Rasulullah saw.: “Wahai ghulam (anak) sebutlah nama Allah, makanlah dengan tangan kanan dan makanlah apa yang ada di depanmu”. (HR. Muslim).

4. Membasuh makanan ketika jatuh dan memakannya kembali, sesuai dengan hadits: “Jika jatuh suapan (makanan) dari salah seorang diantara kalian, maka hilangkanlah kotoran yang terdapat padanya kemudian makan”. (HR. Muslim).

5. Makan dengan tiga jari, sesuai dengan dalil yang berbunyi. : “adalah Rasulullah saw. makan dengan tiga jari”. (HR. Muslim). Makan dengan tiga jari ini adalah paling sering di lakukan oleh Rasulullah saw. dan ini yang paling baik, kecuali jika makanan tersebut tidak bisa di pegang dengan tiga jari maka beliau menggunakan semua jarinya.
6. Posisi duduk ketika makan, ialah sebagai berikut: menegakkan kaki kanan dan menduduki kaki kiri, dan inilah yang di sunnahkan sebagaimana yang di terangkan dalam oleh al Hafidz Ibn Hajar dalam Fathul baary.


Sunnah-sunnah setelah makan, sebagai berikut:

1.  Menjilat mangkok dan jari-jemari, Rasulullah saw. memerintahkan hal ini dengan bersabda:

“karena anda tidak mengetahui di bagian mana berkah itu ada”.

2.  Mengucapkan “al hamdulillah” setelah makan, Rasulullah saw. bersabda: “sesungguhnya Allah rela terhadap hamba yang setelah memakan suatu makanan mengucapkan tahmid atas makanan tersebut”. (HR. Muslim).

Diantara do’a Rasulullah saw. setelah makan ialah:


Artinya: “Segala puji bagi Allah, Yang telah memberikan aku makanan ini dan memberikan aku rezeki tanpa ada daya dan kekuatan dariku”.

Faidah dari do’a ini,ialah: orang yang mengucapkannya di ampuni dosanya yang terdahulu”. (HR. Abu Daud, Tirmidzi dan Ibn Majah, dan di hasankan oleh Syekh al baany).

Secara keseluruhan sunnah-sunnah ini akan senantiasa terulang dalam keseharian seorang muslim sebanyak 15 kali, jika kita memperhitungkan bahwa pada umumnya manusia  akan makan 3 kali dalam sehari semalam karena hal ini yang umum di lakukan oleh orang-orang, dan sunnah-sunnah ini akan semakin bertambah jika di sela-sela jadwal makan berat yang 3 kali tersebut di selingi dengan makan makanan ringan (snack).

Saturday, December 3, 2011

:: Sejarah Perubatan Dalam Islam ::


Oleh : Mansur ibn Ilyas
Sumber : Tashrīḥ-i badan-i insān. تشريح بدن انسان. Manuscript, ca. 1450, U.S. National Library of Medicine.


Sejarah Penggunaan Tanaman Ubat-Ubatan

Umum mengetahui, Pembangunan dan Penyelidikan Perubatan banyak dilakukan oleh para saintis dari Barat. Dalam masa yang sama, umum juga mengetahui bahawa suatu masa dulu Islam adalah perintis kepada dunia perubatan namun fakta hakiki ini semakin tenggelam tidak berdasar ditelan zaman. 

Masyarakat dunia hari ini disogok dengan informasi luaran yang menyatakan kecanggihan teknologi perubatan terkini tanpa sebarang perkaitan dengan pengasas dunia perubatan cerdik pandai Islam.

Empayar keagungan Islam memuncak sewaktu pemerintahan berkhalifah, terkenal di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh Islam. Ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w dengan berpandukan kitab al-Quran, jelas diterima oleh masyarakat ketika itu sebagai ajaran yang membawa kebaikan duniawi dan ukhrawi. Pada era pemerintahan berkhalifah Islam inilah berkembangnya teknologi Islam dalam pelbagai bidang tersuhur termasuklah bidang perubatan.

Antara tokoh-tokoh terkenal ketika itu adalah Bapa Ilmu Perubatan iaitu Ibnu Sina yang dikenali juga sebagai Avicenna oleh orang-orang Barat, Al-Razi, Al-Zahrawi, Ibnu Rusdy, Ibnu El-Nafis dan ramai lagi. Tokoh-tokoh ini bukan sahaja mahir dalam bidang ilmu kedoktoran malahan mencakupi banyak bidang ilmu yang lain seperti matematik, sains, fizik dan astronomi disamping mahir dalam ilmu-ilmu agama.

Ilmu kedoktoran yang diamalkan secara saintifik ketika itu berdasarkan teknologi perubatan zaman itu. Hasilnya, kitab-kitab perubatan karangan tokoh-tokoh berkenaan seperti AlQanul Fi At-Tibb karangan Ibnu Sina dijadikan asas, perintis dan panduan para sarjana Barat dalam menghasilkan teknologi perubatan masa kini. Tanpa umat seperti ini kemungkinan besar kita masih bergantung kepada perubatan Bomoh dan Dukun. 

Walaupun penggunaan tanaman sebagai ubat-ubatan telah ujud beribu tahun yang lalu olih Para ahli kesihatan bangsa Mesir kuno pada 2500 tahun sebelum masehi. Banyak resepi produk tanaman pengubatan berbagai penyakit, gejala-gejala penyakit dan rawatan terdapat dalam Papyrus Ehers, kebanyakannya telah disalah gunakan sehingga ia dipenuhi dengan mantara, sihir dan pujaan.

Bangsa Yunani kuno (Greek) juga banyak menyimpan catatan mengenai penggunaan tanaman ubat seperti Hyppocrates (466 tahun sebelum masehi), Theophrastus (372 tahun sebelum masehi) dan Pedanios Dioscorides (100 tahun sebelum masehi) membuat himpunan keterangan terperinci mengenai ribuan tanaman ubat dalam De Materia Medica, ia menjadi asas rujukan untuk pembaharuan sistem pengubatan era kebangkitan Sarjana Islam. Para doktoran Islam telah mengemaskinikan konsep dan tata cara pengubatan kearah yang lebih maju dan menjadi panduan masa kini.

Di Malaysia penggunaan tumbuh-tumbuhanan sebagai ubatan juga telah ujud beratus tahun dahulu. Tetapi penggunaannya tidak dibukukan secara ilmia, ia lebih menjurus kepada amalan golongan tertentu yang diturunkan dari genarasi kepada satu genarasi yang lain melaui perguruan kebomohan atau kedukunan.

Definisi perubatan Islam 

Melaksanakan amalan perubatan berdasarkan paradigma, nilai dan tatacara yang tidak bercanggahan dengan al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w. Ramai di kalangan umat Islam terkeliru dengan istilah perubatan Islam sehingga terjebak ke dalam dunia syirik apabila tersilap perhitungan. Mereka menyangkakan semua perubatan tradisional yang menggunakan ayat-ayat al-Quran sebagai sulit dalam perubatan itu tidak bercanggahan dengan Islam. 

Namun begitu, Islam telah memberikan panduan yang jelas bahawa semua ilmu perubatan yang mengandungi sihir (jampi mentera yang melanggar syariat), bercampur dengan amalan-amalan haram dan amalan-amalan mendampingan dengan khadam yang diyakini berkuasa menentukan kesembuhan penyakit adalah syirik khafi (tersembunyi) serta amat dilarang dalam Islam. Al-Quran sebenarnya tersisip panduan perubatan dalam Islam.

Perbincangan tentang perubatan Islam di sini adalah berlandaskan kitab-kitab perubatan lama seperti amalan perubatan dalam kitab Sahih Bukhari bab Al-Tibb (Perubatan), Al-Qanun Fil At-Tibb karangan Ibnu Sina dan beberapa hadis sahih yang lain. Al-Razi atau nama sebenarnya, Abu Bakar Muhammad Ibnu Zakaria Al Razi, seorang ahli falsafah dan ahli kimia Islam serta pakar dalam bidang perubatan Islam turut menghuraikan tentang perubatan Islam secara saintifik melalui kitab beliau Al-Hawi Fi al-Tibb, kitab Al-Judari wa al Habshah dan kitab ami fi al-Tibb.

Dalam kitab Sahih Bukhari terkandung lebih 20 bab berkaitan perubatan Islam merangkumi perubatan tradisional berdasarkan hadis. Amalan dan teknik perubatan tradisional yang dinyatakan dalam sahih Bukhari ini diistilahkan sebagai Prophetic Medieval oleh sarjana Barat. 

Semua aspek perawatan diperjelaskan berdasarkan nas al-Quran dan hadis termasuklah bahan-bahan yang digunakan untuk merawat penyakit. Antara bahan-bahan perubatan yang dinyatakan di dalam kitab ini ialah buah zaitun (Olea europea), buah delima (Pomegranate), madu lebah, buah tamar (Phoenix dactilyfera), buah tiin (Phicus sycomorus), dan halia (Zingiber officibale) juga beberapa praktis dalam merawat gangguan sihir. 

Ummul Kitab iaitu Al-Fatihah ada dinyatakan dalam sahih Bukhari sebagai surah yang digunakan untuk menyembuhkan penyakit. Dalam kitab ini ada dinyatakan, Abu Said Al-Khudri r.a meriwayatkan beberapa sahabat Rasulullah s.a.w telah pergi ke sebuah perkampungan orang-orang Arab. Namun, begitu kehadiran mereka tidak diendahkan oleh masyarakat kampung berkenaan sebagai tetamu sebaliknya mengambil sikap acuh tidak acuh sahaja. Ditakdirkan Allah, ketua masyarakat kampung tersebut telah disengat oleh binatang berbisa dan jatuh sakit. Maka, penduduk kampung (khususnya bangsa Arab yang amat menghormati ketua) berada dalam keadaan tidak menentu , gusar, sedih dan gelisah. 

Mereka bertanya kepada sahabat-sahabat Rasulullah: adakah kamu mempunyai sesuatu iaitu ubat ataupun jampi untuk menyembuhkannya?� Sahabat-sahabat Rasulullah membacakan Al-Fatihah dan diusap pada tempat yang sakit. Dengan izin Allah, bisa sengatan binatang itu tadi sembuh lalu penduduk kampung memberikan sekawan kambing sebagai upah. Para sahabat bertanyakan kepada Rasulullah berkenaan upah yang diterima samada perlu diambil atau tidak. Rasulullah s.a.w menjelaskan, upah dalam pengubatan boleh diterima asalkan ianya berpatutan dan tidak membebankan.

Kitab sahih Bukhari dalam bab Kitab Tibb ini ada membincangkan tentang perubatan yang dilakukan oleh Baginda Rasulullah s.a.w. Imam Bukhari membahaskan perihal pengubatan ini dengan menukilkan riwayat dan hadis-hadis Baginda. Diriwayatkan daripada Abd Aziz Ibnu Shuaib, bahawa dia dan Thabit Al-Bunani telah menemui Anas bin Malik. Thabit telah berkata kepada Anas bin Malik: Wahai Abu Hamzah (gelaran Anas bin Malik), sesungguhnya aku telah sakit. Anas menjawab: Mahukah kamu aku ubatkan dengan cara Rasulullah s.a.w? Thabit menjawab: ya! Anas membacakan doa ini: Ya Allah, pentadbir segala manusia, yang menghilangkan kesakitan, sembuhkanlah kesakitan, sembuhkanlah sesungguhnya engkaulah Yang Maha Penyembuh, tiada yang dapat menyembuhkan melainkan engkau, sembuh yang tidak meninggalkan sakit.

Prinsip Herbalogi

Menggunakan bahan yang bersifat alami, tidak menggunakan bahan-bahan sintetik. Herba terbaik adalah herba yang dianjurkan oleh Rasulullah SAW, seperti madu, habbatusaudah, minyak zaitun dan termasuk herba-herba yang tumbuh disekitar kita. Rasulullah pernah bersabda tidaklah suatu penyakit diturunkan melainkan Allah juga menyertakan obat-obatnya.

Ayat-ayat dalam Al-quran yang berhubungan dengan herbal dan firman Allah s.w.t. untuk manusia untuk menggunakan nya :

Dia menumbuhkan bagi kamu dengan air hujan itu tanam-tanaman; zaitun, korma, anggur dan segala macam buah-buahan. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar ada tanda (kekuasaan Allah) bagi kaum yang memikirkan. (QS. An Nahl [16] : 11)

Lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayur-sayuran, zaitun dan kurma, kebun-kebun (yang) lebat, dan buah-buahan serta rumput-rumputan, untuk kesenanganmu dan untuk binatang-binatang ternakmu. (QS.’Abasa [80]: 27 - 32) 

Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu. (Al Baqarah [2]: 168-169)

Maka hendaklah manusia itu memperhatikan makanannya. (QS.’Abasa [80]:24)


Hadis Nabi s.a.w.

“Gunakanlah dua penyembuh: madu dan Al Qur’an” (HR. Ibnu Majah dan Al Hakim)

“Kesembuhan itu ada dalam 3 perkara, yaitu minum madu, berbekam, dan kay dengan api. Dan aku melarang umatku dari kay.” (HR. Bukhari)

“Sesungguhnya Allah menurunkan penyakit dan ubat, dan menjadikan bagi setiap penyakit ubatnya, maka (berubatlah kamu sekalian, tetapi) jangan berubat dengan yang haram.” (HR. Abu Dawud)

Dari Jabir berkata, “Rasulullah bersabda, bagi tiap-tiap penyakit itu ada ubatnya, apa bila berubat yang dengan penyakitnya maka ia sembuh dengan izin Allah.” (H.R. Muslim) 

Definisi Herba

Herba adalah segala bahan (tumbuh-tumbuhan, garam, batu-batuan dan galian) yang mengandung satu atau beberapa bahan aktif yang dapat digunakan untuk tujuan pengubatan.


Definisi Herbalis / Hakimi

Herbalis / Hakimi adalah orang yang memiliki kepakaran (arif) dan kecakapan (sklill) dalam bidang pengobatan (terapi) dengan menggunakan herba-herba alami.

Tujuan penggunaan herba adalah untuk mengembalikan keseimbangan tubuh dan bukan sekedar untuk menyembuhkan penyakit (Release, Relax, Regeneration dan Refunction) Dan sebaiknya penggunaan herba dilakukan secara sinergi (tidak berdiri sendiri, namun diikuti dengan menggunakan herba lain yang memiliki sifat berbeda dari herba yang kita konsum bertujuan: Mempercepatkan penyembuhan, Menambah khasiat ubat, mengurangi sifat kerasnya ubat dan menghilangkan efek samping.

Tahap fungsi herba, adalah sebagai berikut : 

1. Membuang (mengeluarkan):dalam proses ini segala racun/toksid dalam tubuh di keluarkan (detoksifikasi).
2. Meyenang (mengistirahatkan):peringkat ini tubuh diletakan dalam keadaan yang stabil dimana keadaan suhu, alkali (basa), dan acid (asam) berada dalam tahap yang paling baik,agar dapat membantu fungsi sistem imunitasi.
3. Menghasil (menggantikan dengan yang baru): sel-sel yang mati/rusak di ganti dengan yang baru, dimana herba dengan antioksidannya dapat bertindak sebagai antiaging dalam pencegahan penyakit-penyakit degeneratif.
4. Mengerak (mengembalaikan fungsi): setelah proses di atas berjalan sempurna, maka organ – organ akan berfungsi normal kembali, sebagaimana Allah ciptakan.

Sifat Penggunaan Herba : 

1. Harus yakin terhadap kekuasaan ALLAH s.w.t karena ALLAH s.w.t. lah yang menciptakan penyakit, Dia pula yang akan menciptakan ubatnya. Sesungguhnya sifat tawakal akan membawa diri kita menjadi lebih tenang dan secara otomatis akan mengpengaruhi kondisi organ dalam tubuh kita. Menurut hasil penelitian, 50% kesembuhan suatu penyakit disebabkan oleh kekuatan spiritual seseorang, selebihnya berupa emosi berperan sebesar 20%, mental berperan sebesar 20% dan fisik hanya sebesar 10% saja.

2. Harus dimakan/minum secara rutin. Karena ubat-ubatan herbal berbeda dengan ubat-ubatan kimia. Proses penyembuhannya pelahan tetapi pasti. Berbeda dengan ubat-ubatan kimia, ubat-ubatan herbal bersifat memperbaiki organ yang rusak dari sumbernya.

3. Sukatan yang betul. Dalam hal penentuan sukatan bagi ubat-ubatan herbal tidak sama sebagaimana ubat-ubatan kimia karena ubat-ubatan herbal tidak memiliki aksi khusus seperti ubat-ubatan kimia. Untuk penentuan sukatan harus dilakukan secara sederhana (cuba dan gagal) yaitu dengan memperhatikan tanda-tanda yang muncul dari setiap sukatan. Pemberian dimulai dari sukatan yang rendah kemudian sedikit demi sedikit dinaikkan sampai ketika pesakit mulai memiliki gejala mual-mual maka sukatan dikurangi sedikit. Atau dengan menggunakan aturan umum dimana 1gm herbal mewakili 10 kg berat badan atau <> 40 Kg : 2 - 4 kapsul/hari

4. Berlaku hukum DOC (Direct of Cure). Dalam hal ini seorang pesakit yang menggambil herbal pada pertama kalinya, terkadang akan merasa sakit yang sangat seperti saat tersakit yang pernah dia rasakan. Kalau terjadi demikian, pengobatan jangan dihentikan tetapi perhatikan hal-hal berikut : Meminum air yang secukup (2,5 liter sehari), memakan herbal setelah makan, (kurangi sukatannya). Atau terkadang saat terjadi DOC akan timbul beberapa gejala penyakit lain seperti jerawat dll.


Hal-hal yang membuat herbal menjadi tidak berkesan : 
• Mind set kita terhadap herbal 
• Tekanan perasaan / Stress 
• Sembelit / susah Buang Air Besar 
• Pengambilan air yang kurang 
• Terlalu banyak ledir / kahak 
• Keadaan tubuh terlalu asam/asidik 
• Tidak mengikut jadual tetep dalam pengambilan ubat 
• Sukatan yang tidak mencukupi

Klasifikasi Herba Berdasarkan Teori Ibnu Sina 

“Setiap yang manis itu panas sifatnya dan setiap yang masam itu sejuk sifatnya“

• Panas / Lembab (Pahit) 
• Panas / Kering (Aromatik) 
• Sejuk / Lembab (Manis) 
• Sejuk / Kering (Kelat)

Dari keempat klasifikasi diatas, Ibnu Sina membagi sifat asal penyakit dan sifat asal herbal menjadi 4 bagian : 

1. Panas - Kering : untuk penyakit-penyakit yang berhubungan dengan jantung dan paru-paru. Herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat aromatik.
2. Sejuk - Kering : untuk penyakit-penyakit yang bersumber dari darah. Herba-herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat kelat.
3. Sejuk - Basah : untuk penyakit-penyakit yang bersifat radang dan ginjal. Herba-herba yang berada pada zona ini adalah herba yang bersifat sejuk.
4. Panas - Basah : untuk penyakit-penyakit yang berhubungan dengan unsur angin seperti usus, hati, limpa dan lain-lain. Herba-herba yang berada pada zona ini adalah herba-herba yang bersifat pahit.

Proses penentuan sifat asal penyakit dan sifat asal herbal berdasarkan pada pemereksaan keatas pesakit. Pemerksaan dilaku melalui rasa denyutan nadi dan melihat lidah pesakit. Ada berbagai cara merasa denyut nadi pesakit, namun cara yang paling mudah dilakukan adalah dengan meletak 4 jari kita diatas pegelangan tangan pesakit selari dengan Ibu jari.

Namun begitu, praktis perubatan tradisonal Islam harus bersandarkan kepada hukum bahawa Allah adalah Maha Berkuasa dalam menetapkan penyembuhan sesuatu penyakit. Bersandarkan kepada hadis yang dinyatakan oleh Imam Bukhari dalam kitab ini, Rasulullah s.a.w bersandarkan kepada Allah ke atas setiap perbuatan yang dilakukan. Daripada Aisyah r.a: Bahawasanya Baginda s.a.w membacakan A'uzubillah atau sesuatu yang mengandungi pengharapan dan memohon pertolongan Allah ke atas ahli keluarganya dengan menyapu tangan kanan sambil membaca Ya Allah , pentadbir segala manusia, yang menghilangkan kesakitan, kesakitan, sembuhkanlah sesungguhnya engkaulah yang Maha Penyembuh, tiada sembuhkanlah yang dapat menyembuhkan melainkan engkau, sembuh yang tidak meninggalkan sakit. Pengharapan yang disandarkan oleh Rasulullah s.a.w terhadap memohon pertolongan Allah ini dinyatakan sebagai ta’awaz dan stijarah oleh Aisyah r.a.

Praktikal perubatan moden melihat penyakit yang wujud dalam diri manusia disebabkan oleh serangan virus dan bakteria. Dua elemen ini akan menyerang sel-sel tubuh badan sehingga menyebabkan sistem fisiologi manusia gagal berfungsi dengan baik serta mengakibatkan munculnya pelbagai jenis penyakit sampingan. Namum, ada sesetengah penyakit yang tidak dapat dijelaskan oleh kaedah saintifik hari ini termasuklah pakar perubatan. Antara penyakit itu adalah ganguan sihir daripada individu tertentu yang tidak boleh dijelaskan melalui mikro teleskop sekalipun. Dalam membicarakan tentang praktis perubatan tradisional Islam, Kitab sahih Bukhari ada menyatakan berapa perkara tentang sihir, antaranya sihir mata (al-ain). Sesetengah ulama dan ahli fisiologi bersetuju bahawa al-ain adalah sesuatu yang amat halus dan boleh memudaratkan manusia kerana apabila bersentuhan dengan kulit manusia boleh mendatangkan mudarat. al-ain bermaksud mata, mangsa akan merasa takjub (pukau) dengan sesuatu sehingga mendatangkan kesan negatif terhadap mangsa. 

Aisyah r.a berkata: aku telah disuruh oleh Rasulullah agar dijampi ( membaca ayat suci al-Quran) apabila terkena sihir al-ain. (Hadis riwayat Sahih Bukhari). Dalam riwayat yang lain, Ummu Salamah r.a menyatakan, bahawasanya Nabi Muhammad s.a.w telah datang ke rumahnya. Ketika itu Baginda melihat ke wajah hamba yang berada di rumah Ummu Salamah dalam keadaan pucat dan lesu. Maka beliau bersabda: ubatilah dia, sesungguhnya dia terkena sihir mata (al-ain).

Penggamal perubatan tradisional Islam semakin mendapat tempat di hati masyarakat umat Islam. Pelbagai tumbuhan semulajadi seperti bijirin-bijirin dan buah-buahan yang pernah digunakan sebagai ubat olih cendekiawan Islam terdahulu, kini diaplikasikan semula fungsinya. habbatus sauda atau bijirin hitam misalnya, dinyatakan dalam kitab Sahih Bukhari ini pernah digunakan oleh Rasulullah s.a.w. Aisyah r.a pernah mendengar Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:

Sesungguhnya Habbatus sauda menyembuhkan segala penyakit kecuali mati.

Dalam satu peristiwa diriwayatkan oleh Sahih Bukhari, Khalid bin Saad telah keluar menuju ke Madinah bersama Ghalib bin Abjar. Tatkala dalam perjalanan itu Ghalib bin Abjar telah sakit sehinggalah selamat sampai di Madinah. Berita Ghalib bin Abjar yang sakit itu sampai ke pengetahuan Ibnu Abi Ariq lalu menziarahinya sambil menyarankan supaya Ghalib bin Abjar mengambil bijirin hitam sebagai ubat. Berikut dijelaskan cara pengubatan yang disarankan oleh Ibnu Abi Ariq kepada Ghalib bin Abjar: ambil lima hingga tujuh biji-bijirin hitam, hancurkannya sehingga lumat dan kemudian rendamkan atau dicampur dengan minyak. Selepas itu, titis beberapa titik pada kedua-dua lubang hidung. Dengan kuasa dan kehendak Allah, penyakit Ghalib bin Abjar berjaya disembuhkan. 

Para saintis perubatan telah mengkaji beberapa tumbuhan dan buah-buahan yang terdapat di dalam al-Quran seperti buah zaitun, buah tinn, delima, anggur dan tamar. Buah delima dan tamar misalnya disebut oleh Allah di dalam surah al-An’am ayat 141. Persepsi saintifik melihat buah delima kaya dengan kandungan zat besi yang tinggi dan berpotensi untuk membantu pembentukan darah kerana kadar hemoglobin yang cepat. Daripada sudut perubatan tradisional Islam yang dinyatakan oleh sesetengah ulama, buah delima melancarkan sistem pencernaan, memperkuatkan jantung dan melancarkan sistem pembuangan air kencing. Bunga delima yang direbus dikatakan dapat menyembuhkan sakit perut serta radang tonsil.

Kajian saintis juga mendapati, buah anggur yang dijadikan kismis mengandungi kalsium. Fosforus, vitamin A dan B serta mempunyai kandungan glukosa dan fruktosa bagi meningkatkan tahap kesihatan. Sementara itu, buah tinn dikenalpasti mengandungi kalsium, potassiium, fosforus dan zat besi yang diperlukan oleh sistem tubuh badan. Oleh karana kandungan bahan-bahan berkhasiat itu, buah tinn mempunyai nilai perubatan yang tinggi dalam merawat penyakit batuk yang berpanjangan dan penyakit buasir.

Sesungguhnya, kaedah perubatan tradisional Islam meletakkan falsafah bahawa kuasa penyembuhan adalah terletak pada Yang Maha Kuasa. Segala macam bahan yang digunakan dalam proses perawatan tidak kira sama ada menggunakan teknologi perubatan yang telah dipermodenkan mahupun secara terapi tradisional adalah sekadar alat semata-mata. Dalam istilah lainnya, segala kaedah dan ubatan hanya al-asbab tetapi ulama berpendapat mengikut sunnah dalam proses perubatan bersandarkan cara Rasulullah s.a.w meletakkan kuasa penyembuhan kepada Allah (taawaz dan istijarah) adalah perkara paling wajib kerana makhluk tidak berkuasa ke atas sesuatu.

Kerangka pemahaman yang perlu difahami, secara ringkasnya, ialah bahawa setiap umat Islam perlu mengutamakan dua sumber dalam apa juga aspek kehidupan termasuk perubatan, iaitu Quran dan Sunnah. Jika ada pertembungan antara dua sumber ini dengan penemuan moden, maa perlulah dimuliakan dua sumber ini dan dikaji dengan lebih lanjut tentang penemuan moden itu. Umat Islam pula tidak boleh menolak terus penemuan moden selagi ia bertepatan dengan konsep perubatan yang digariskan oleh Islam. Bagi pengamal perubatan pula, perlu ada usaha dari mereka untuk menghubung jalin antara perubatan berpandukan hadith dan Quran dengan perubatan konvensional, mahupun dari segi teori, rohani, seterusnya amali. Sekurang-kurangnya, begi setiap prosedur yang mahu dlakukan, perlulah dibaca basmalah dan disudahi dengan Alhamdulillah. Ini menunjukkan usaha pengabung-jalinan antara konsep perubatan Islam dan moden, dan manifestasi keimanan bahawa hanya Tuhan yang menentukan beik-buruk sesuatu, dan Dialah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk para hambaNya.

Umat Islam harus bersyukur kepada Allah kerana mencambahkan sifat keilmuan dalam diri umat Islam sehingga menjadi contoh kepada dunia Barat untuk mengaplikasi teknologi dan metodologi perubatan ulama terdahulu. Umat Islam tidak hanya dibekalkan dengan ilmu perubatan yang bersifat saintifik tetapi turut disisipkan dengan cara perubatan dan perawatan secara tradisional yang islamik (berdasarkan ijmak ulama, qias, al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w).

Sumbangan Cendikiawan Islam pada Dunia Perubatan Moden
Diantara sumbangan para Ilmuan kedotoran Islam kepada dunia perubatan masa kini adalah ;

1) Hospitals
2) Memperkenalkan Rawatan Penyakit Mental
3) BerBekam (Cupping,)
4) Pensajian Makanan (Cuisine)
5) Rawatan Mandian Suana jemuran panas (Balneology)
6) Kumpulan Encyclopedias Tanaman Ubatan Pertama
7) Pediatrics dan child development
8) Psychology dan psychotherapy.
9) Memperkenalkan Cara Scientific
10) Memperkenalkan mathematization 
11) Quantifications
12) Experimentation 
13) Experimental medicine 
14) Evidence-based medicine 
15) Clinical trials 
16) Dissection
17) Animal testing 
18) Human experimentation
19) Postmortem dan Autopsy
20) Drug Test dan drug purity regulations
21) Competency tests Untuk doctors
22) Anatomy and physiology
23) Pulsology and sphygmology
24) Epidemiology, etiology, pathology
25) Hematology and heredity
26) Parasitology
27) Dental surgery
28) Dental restoration
29) Perinatology
30) Embryology
31) Pharmaceutical sciences
32) Clinical pharmacology
33) Pharmacy
34) Analgesics, antiemetics, antipyretics, diuretics
35) Antiseptics
36) Medical and therapeutic drugs
37) Chemotherapeutical
38) Medicinal alcohol
39) Surgery
40) Anesthesiology
41) Cataract surgery
42) Adhesive bandage and plaster
43) Cotton dressing
44) Injection syringe and hypodermic needle
45) Aromatherapy
46) Cancer therapy
47) Chromotherapy
48) Hirudotherapy
49) Pharmacotherapy
50) Physiotherapy
51) Urology
52) Lithotomy
53) Sexual health

An Arabic manuscript, dated 1200 CE, titled Anatomy of the Eye, authored by al-Mutadibih.
The opening page of a medical work by Ibn al-Nafis, the father of the circulatory physiology. This is probably a copy made in India during the 17th or 18th centuries.

From: Mansur ibn Ilyas: Tashrīḥ-i badan-i insān. تشريح بدن انسان. Manuscript, ca. 1450, U.S. National Library of Medicine.

Maka apakah wajar kita membangakan perubatan Barat morden sedangkan ia berasal dari Umat Islam .....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...