Hot Stuff

Thursday, September 10, 2009

:: Sepuluh Malam Terakhir ::


Hari ni adalah 10 malam terakhir ramadhan buat muslimin yg ternanti 10 malam terahir ini pasti dirasakan bertapa bersyukur dapat bertemu 10 malam terahir ini.. banyak kelebihan detik2 terakhir ramadhan ini.. banyakkanlah beramal ibadah semoga amalan kita diterima olehNYE.. ramandhan adakah akn datang aku akn menemuimu lagi???

YA RABBUL IZZATI AMPUNI AKU, AHLI KELUARGAKU, MUJAHIDKU KELUARGANYE SAHABAT2 KAMI SERTA UMAT ISLAM SELURUH DUNIA..

YA ALLAH DI PENGAHIRAN RAMADHAN INI KAU BERKATILAH KEHIDUPAN KAMI
TETAPKAN HATI KAMI DLM AGAMAMU BERIKAN KAMI KEJAYAAN DAN KEBAHAGIAAN DIDUNIA DAN AKHIRATMU..

BERIKAN KAMI TAUFIK DAN HIDAYAHMU JGN KAU PESONGKAN HATI KAMI DARI LANDASAN AGAMAMU YA MUHAIMIN HANYA PADAMU TEMPAT KAMI MEMOHON DAN MENGHARAP PERKENANKANLAH PEMINTAAN KAMI.. 

AMEEEN...


Bulan Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini sesungguhnya di sepuluh malam yang terakhir ini. “Dimalam itu (Lailatul Qadr) malaikat dan ruh turun dengan izin Tuhan mereka …” (Al-Quran).

Pernah dimalam itu Al-Quran diturunkan dari Luh Mahfuz ke langit dunia, Baitul Izzah. Ramadan 1430H/2009M semakin berakhir. Mukmin sejati semakin menggiatkan ibadah mereka khususnya di seluruh 10 malam terakhirnya, yakin pahala di salah satu dari malam-malam tersebut digandakan pahalanya sebanyak ibadah yang sama dikerjakan selama 1000 bulan! Itulah malam Lailatul Qadar. Pada 10 malam tersebut, demi berebut untuk mendapatkannya, Rasulullah saw mengasingkan dirinya dari isteri-isterinya, beriktikaf di dalam Masjid Nabawi, beribadah dan bermunajat kepada Allah swt sambil diikuti oleh para Sahabat ra. Firman Allah swt bermaksud,

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga dan Dakwah dan sebagainya.

Tips

Beberapa tips dalam merebut pahala dan kelebihan malam Lailatul Qadr :

1. Bersedia untuk merebutnya dari sekarang terutama disegi keyakinan, kesungguhan merebut peluang tahunan ini dan merancang kalender harian agar mengosongkan 10 malam-malam terakhir tersebut untuk tujuan itu semata-mata, tidak untuk kesibukan lain.

2. Memahami bahawa dimana jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, bersedia untuk “Hari (Akhirat) yang tiada gunanya lagi harta dan anak-anak, melainkan orang yang bertemu Allah dengan hati yang sejahtera” (Al-Quran).

3. Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, samada sebahagian atau 24 jam sehari. Pastikan AJK masjid tersebut memahami ibadah Iktikaf dan Qiyamullail 10 Malam terakhir agar tidak berlaku masalah pengurusan dengan mereka yang tidak memahaminya.

4. Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.

5. Jika anda bekerja dibawah majikan, kenalpasti hari-hari yang akan dimohon cuti agar dapat lebih hari untuk beriktikaf di masjid. Jika anda tidak dapat mengambil cuti kerja, anda boleh cuba berktikaf di masjid sepenuhnya dalam cuti hujung minggu pada hari Sabtu 12/9/2009 dan Ahad 13/9/2009.

6. Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan. Beli tiket balik kampung lebih awal agar tidak disibukkan mencari tiket nanti.

7. Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam Terakhir, agar kita tidak disibukkan nanti dengan membeli belah, memasang langsir, membuat kuih muih, menyiap atau menjahit pakaian Raya dan sebagainya seperti yang sering berlaku pada ramai orang yang kurang memahami dan menghayati kelebihan 10 malam terakhir Ramadan.

8. Memahami bahawa asas perubahan ke arah kebaikan pada seseorang bahkan pada sesebuah umat ialah pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam Terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai kearah perubahan tersebut.

Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

Wednesday, September 9, 2009

:: Tazkirah ::


Tazkirah Ramadhan: Dari Abu Hurairah R.A: Rasulullah SAW bersabda: 

"Puasa itu perisai,maka tidak boleh berkata kotor dan tidak boleh berbuat bodoh,jika seseorang itu memeranginya atau mencacinya,maka hendaklah ia berkata" Aku berpuasa" Aku berpuasa".Demi jiwaku didalam kekuasaanNya sesunggunya bau mulut orang yang berpuasa itu lebih harum disisi Allah dari haruman kasturi.(Allah berfirman)"Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan,minum serta syahwatnya keranaKu,dan aku yang akan memberi ganjarannya".dan satu kebaikan itu dilipat ganda seumpama sepuluh..H.R BUKHARI

masuklah ramadhan dengan kesyukuran dan merasai bhw inilh ramadhan trakhir dlm khidupn ini, hiruplah chaya ramadhan dgn kecintaan, hdupkan dlm stiap nafas ramadhan dgn syuhud kpd wjh Allah, puasakn sgala pilihanmu dlm pilihanNya, puasakan mmndang wujud yg lain melainkan wujudNya, biarkn hamba yg lain tnggelam dlm ibadah, namun engkau tnggelamkan diri dalam tanah kesunyian tiada kewujudan diri, ssghnya bulan ini bulan kasih syg kpd hamba yg rindu pdNya, ia mmpunyai kkuatn yg hebat dlm mnyingkap chy mkrifat dlm hatimu shngga berpuasa sgla anggotamu dri yg lain krn tasyriq, puasa mnggalkn diri kpd hakikat diri, khlawah drimu dr sgla bntuk kwujudn diri adalah hkikat puasa, tnggelam dirimu dgn sungguh dlm lautan tiaada ktiadaan diri dgn kbrktn chy ramadhan..

Monday, September 7, 2009

::Ingatlah Kalian Kepada Kematian ::


Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail: Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."

Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikat maut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati. Golongan Ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut, kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan .

Mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit

1440 minit / 70 = 21 minit
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...