Hot Stuff

Showing posts with label kesihatan. Show all posts
Showing posts with label kesihatan. Show all posts

Thursday, January 26, 2012

:: Rahsia Solat ::


Oleh : Syarfa
Sumber : I Luv Islam

Abu Zar r.a meriwayatkan bahawa ada sekali Rasulullah s.a.w keluar dari rumahnya.Pada masa itu ialah musim daun-daun gugur.Baginda ambil ranting sebatang pohon yg daun-daunnya mulai gugur dengan lebatnya,seraya Baginda s.a.w bersabda,"Ya Abu Zar! Apabila seorang Islam menunaikan solatnya kerana ALLAH,dosanya gugur seperti daun-daun ini gugur dari pohon ini".
Solat ini ada banyak kebaikan dan rahsianya. Antaranya, Inilah dia rahsia solat, sebagai peringatan bagi yang dah tahu atau panduan bagi yang baru tahu.
1 - Niat Sembahyang : Sebenarnya memeliharakan taubat kita dari dunia dan akhirat.
2 - Berdiri Betul : Fadilatnya, ketika mati dapat meluaskan tempat kita di dalam kubur.
3 - Takbir-ratul Ihram : Fadilatnya, sebagai pelita yang menerangi kita di dalam kubur.
4 - Fatihah : Sebagai pakaian yang indah-indah di dalam kubur.
5 - Ruqu' : Sebagai tikar kita di dalam kubur.
6 - I'tidal : Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud : Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.
8 - Duduk antara 2 Sujud : Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur
9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) : Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.
10 - Tahhiyat Akhir : Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.
11 - Selawat Nabi : Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.
12 - Salam : Memelihara kita di dalam kubur.
13 - Tertib : Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Tuesday, December 27, 2011

:: Kurang Tidur Boleh Menyebabkan Maut ::




Kajian terbaru menunjukkan tidur nyenyak dan mencukupi pada waktu malam penting untuk kecergasan fizikal dan mental tetapi kini masalah tidur tidak cukup semakin meningkat, dengan penyelidikan membuktikan seorang daripada setiap lima orang, berasa letih luar biasa dan seorang daripada 10 mengalami keletihan berpanjangan. 

Pengarah Pusat Tidur Universiti Glasgow, Profesor Colin Espie, berkata tidur ialah cara semula jadi yang membekalkan rehat, pemulihan dan tenaga kepada manusia dan tiada sesuatu lain yang melakukan perkara sama.

Bagaimanapun, ramai daripada kita menganggap tidur cuma satu komoditi. Kita tidak menghormati pengambilan tidur nyenyak mencukupi, menganggap ia seperti pengacau. 

Mendapatkan tidur nyenyak pada waktu malam tidak pernah dianggap penting, katanya.

Menurut kajian Universiti Warwick menunjukkan mereka yang tidur kurang enam jam sehari dan terganggu berisiko 48 peratus menghidap atau meninggal dunia akibat sakit jantung dan 15 peratus risiko menghidap atau mati akibat serangan angin ahmar. 

Amalan tidur lewat dan awal pagi sebenarnya umpama bom jangka kepada kesihatan. Jadi, bertindak sekarang untuk mengurangkan risiko menghidap penyakit membahayakan nyawa seperti itu, kata penulis bersama kajian, Profesor Francesco Cappuccio. 

Lelaki berusia lebih 65 tahun yang kurang tidur nyenyak yang cukup berisiko tinggi mendapat tekanan darah tinggi, menurut kajian terbaru Fakulti Perubatan Harvard.

Kajian ke atas 784 pesakit, yang disiarkan dalam jurnal Hypertension, mendapati mereka yang kurang mendapat tidur nyenyak berisiko 83 peratus mendapat penyakit itu berbanding yang tidur nyenyak yang panjang. 

Tekanan darah tinggi meningkatkan risiko serangan jantung, angin ahmar dan masalah kesihatan lain. 

Kurang tidur menyebabkan tekanan pada tubuh, memaksa jantung berdegup lebih pantas, kata pakar. Namun tidur yang terlalu panjang, lebih sembilan jam, mungkin juga menjadi petanda kepada penyakit termasuk kardiovaskular. 

Satu kajian ke atas 472 pesakit obes, yang disiarkan dalam International Journal of Obesity, membabitkan peserta memakan 500 kurang kalori setiap hari, disertai senaman kebanyakan hari. Mereka yang tidur terlalu pendek atau terlalu lama kurang kehilangan berat badan dalam tempoh enam bulan. - Agensi

Sunday, December 25, 2011

:: Lemahnya Kita Ini ::


Oleh : Dr Hishamudin Alham
Sumber : I Luv Islam

"Bayangkan hanya satu urat dalam perut itu bocor - kami terpaksa memasukkan berbelas 'pain' darah"demikian kami diberitahu oleh Dr Murni dari Hospital Sultanah Aminah. Beliau menceritakan detik detik cemas pembedahan seorang insan beberapa hari yang lepas. Beliau mengalami pendarahan yang banyak apabila membuang air besar. Akhirnya ususnya terpaksa dipotong dan disambung semula bagi memberhentikan pendarahan di dalam ususnya.
Aku termenung. Betapa lemahnya diri ini. Betapa kita sepatutnya bersyukur kepada Allah ke atas semua nikmat yang Allah telah kurniakan kita. Betapa zalimnya kita apabila nikmat yang Allah kurniakan kepada kita namun kita sia-siakan.Hatta,perkara asas seperti sembahyang yang Allah wajibkan pun kita sudah rasa malas. Kalau buat pun rasa terpaksa. Alangkah zalimnya kita ini.Tidak menyedari betapa lemahnya kita ini dan betapa perlunya kita kepada perlindungan Allah SWT.
Aku melangkah keluar dari Hospital dengan penuh keinsafan dan bersyukur aku masih boleh berjalan dan sihat untuk melakukan ibadah kepada Allah swt. Inilah tazkirah paling besar pada hari itu. Sesungguhnya banyak manafaatnya kita akan perolehi apabila menziarahi orang sakit. Pahalanya pun banyak disediakan oleh Allah swt.
"Tidaklah seorang Islam itu menziarahi seorang Islam yang lain pada waktu pagi, melainkan berselawat (berdoa) ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke petang, dan tidak dia menziarahinya pada waktu malam, melainkan berselawat ke atasnya 70 ribu malaikat sehingga ke pagi, dan baginya buah-buahan yang dipetik di Syurga." ( Riwayat Tirmizi dan Hadis ini bertaraf hassan kata beliau).

:: Makan Untuk Meningkatkan Metabolisme ::

Sumber : I Luv Islam
Setiap hari anda mengira kalori. Setiap hari juga anda menyimpan kalori. Kemudian anda berusaha membakar kalori seberapa banyak yang anda mampu. Tetapi adakah ianya berkesan? Jika anda seperti 67% wanita yang kurang berjaya untuk menurunkan berat badan secara berterusan, jawapannya adalah TIDAK. Ini disebabkan kerana anda mungkin tidak memahami apa itu kalori.
Sejak anda belajar mengenali kalori, anda telah diberitahu bahawa kalori ini adalah sama: samada anda makan 500 kalori kek atau 500 kalori lasagna, tubuh anda akan membakar atau menyimpan kalori secara purata bagi kedua-dua jenis makanan. Betul ke? Salah. Kajian sains menunjukkan bahawa apabila membincangkan tentang penurunan berat badan, kalori yang diambil tidak akan sama bagi setiap jenis makanan.
Sebenarnya kalori adalah jumlah tenaga yang terdapat pada makanan yang diambil. Tenaga dari makanan ini akan dihasilkan semasa proses respirasi berlaku. Apabila zat makanan bertindakbalas dengan oksigen di dalam sel badan semasa proses respirasi, pada masa inilah nutrisi terhasil dan seterusnya tenaga akan dihasilkan. Jumlah kalori dalam setiap makanan adalah berbeza sama sekali.
Sesetengah zat pada makanan yang sukar diserap ke dalam badan akan ‘bekerja lebih’ untuk dicernakan. Oleh itu tubuh badan memerlukan lebih banyak kalori bagi penghasilan tenaga seterusnya meningkatkan metabolisme. Dalam satu kajian di Jepun mendapati wanita yang makan makanan seperti ini mempunyai bentuk badan yang ramping berbanding mereka yang hanya makan makanan lembut dan paling mudah untuk dicernakan. Fiber dan protein adalah antara contoh makanan yang sukar dicernakan.

Makanan Untuk Tingkatkan Metabolisma

Makan akan memerlukan tenaga yang tinggi jika anda bijak memilih makanan. Terdapat empat jenis makanan yang aktif kalori yang akan merangsang tubuh anda untuk menggunakan lebih banyak tenaga seterusnya membakar lebih banyak kalori.
  1. Makanan kenyal seperti daging, kekacang, buah-buahan dan sayur-sayuran. Kalori dari makanan ini akan membuat tubuh anda bekerja sebaik sahaja anda menyuap masuk ke mulut anda.
  2. Makanan baik untuk jantung seperti buah-buahan, sayur-sayuran, beras perang, bijirin penuh, dan serat. Selain sifatnya yang kenyal, makanan seperti ini juga kaya dengan fiber dan mengisi perut dengan cepat berbanding makanan lain yang sama jumlah kalorinya.
  3. Makanan pembekal tenaga seperti kopi, teh, dan dark chocolate. Anda boleh meningkatkan metabolisme anda dengan kopi dan teh; cuma perlu berhati-hati supaya tidak mengambil susu, creamer dan gula secara berlebihan. Teh hijau tidak mengandungi jumlah kafein yang tinggi tetapi ia kaya dengan catechins, sejenis antioksidan yang merehatkan metabolisme sebanyak 4%, iaitu lebih kurang 80 kalori setiap hari. Dark chocolate pula mengandungi catechins dan kafein, tetapi anda perlu mengawal pengambilan makanan ini untuk menghadkan lemak dan kalori dalam badan.
  4. Makanan yang ‘panas’ seperti lada, kayu manis, halia, bawang putih, bunga cengkih, cuka dll. Makanan seperti ini membantu membakar kalori dengan menggandakan tenaga selepas beberapa jam anda makan. Ia juga boleh membantu membakar 100 kalori setiap hari dengan merangsang reseptor saraf dan menghantar signal ke otak untuk membakar lemak. Makanan seperti ini juga akan meningkatkan metabolisme sehingga 12%.
Tubuh manusia akan menggunakan tenaga yang dihasilkan semasa proses respirasi sebanyak 20% untuk metabolisme otak, dan selebihnya adalah untuk BMR (basal metabolic rate) organ dan tisu dalam badan. Penukaran tenaga kepada tenaga fizikal (mekanikal) adalah bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil dan jenis penggunaan tenaga fizikal harian anda.
Oleh itu anda perlu memahami definisi sebenar tenaga makanan atau kalori ini supaya kalori yang anda ambil setiap hari tidak melebihi keperluan harian anda. Malah, untuk mengurangkan berat badan, kalori defisit adalah salah satu cara yang paling berkesan.

Thursday, December 22, 2011

:: Bagaimana Ingin Merangsang Minda Kanak-Kanak ::

  1. Dedahkan anak-anak dengan input yang pelbagai - mereka belajar melalui penglihatan, pendengaran, deria rasa dan lain-lain. Tunjukkan mereka kawasan sekitar setiap kali anda memandu sebagai contohnya. Kemudian anda tidak akan pelik bagaimana budak berumur tiga tahun boleh memandu arah orang lain dari rumah anda ke rumah nenek mereka.
  2. Tanamkan motivasi yang tinggi dalam diri anak-anak - motivasi penting. Jangan suka merendah-rendahkan mereka dengan mcm2 kerenah kita yang mcm bosan nak layan anak2. Ada segelintir ibubapa yang suka membiarkan anak cucu dengan soalan yang tidak berjawab. Anda tidak membantu perkembangan mereka dengan kedinginan anda ini.
  3. Beri didikan agama yang intensif dan lengkap. Telah terbukti bahawa anak-anak di peringkat sekolah rendah yang berusia sekitar 7 - 10 tahun yang mempunyai pencapaian yang cemerlang, mampu untuk menghafal Al-Quran sebanyak 1 juzuk dalam masa 1 - 2 bulan di samping kerja harian seperti pelajar lain. Bagi kita yang penuh dosa noda ni memang lah dah beku sangat otak nak menghafaz tapi bagi anak2 yang suci ini, sebenarnya mereka tidak terbeban jika kita membiasakan mereka.
  4. Gambarkan kehebatan dan kekuasaan Allah SWT. Jangan pernah jemu layan diorang sambil menggambarkan kekuasaan ALLAH. Di sepanjang minggu ini kebetulan saya tidak sihat dan Asmaa' sangat kesiankan saya. Saya mintak dia berdoa pada ALLAH semoga saya dan Arwa cepat sembuh. Asmaa' sehingga kata mcm mana kakak nak doa, kakak tak nampak ALLAH. Kemudian saya kata, kakak doa je, ALLAH dengar kakak doa perlahan ke, kuat ke, Dia dengar. Lalu dia memilih untuk menjerit dengan kuat semoga saya cepat sembuh. Kerana dia percaya, semakin dia bersungguh, semakin cepat doanya dimakbulkan dan hanya kerana ALLAH yang boleh menyembuhkan, tidak yang lain.
  5. Beri tugasan yang mencabar. Sekalipun yang tak mencabar, mcm suruh buat buku skrap, otak dia akan tetap berkembang, daripada dia duduk saja2 dan tengok kartun yang tak munasabah.
  6. Beri contoh teladan yang mudah diikuti atau dicapai oleh anak-anak. Nama pun budak, jangan suruh dia ikut model yang susah2, nanti dia lak yang frust tak dapat nak ikut kita kata.
  7. Jangan terlalu menyuapkan bahan-bahan ke minda anak-anak. Galakkan mereka mencari sendiri. Sebagai contoh, kapit kuku, ikat jam, pakai baju..satu contoh mudah tapi jika mereka tak biasakan sendiri, maka sampai ke sudah lah anda yang akan mengepit kuku mereka, yang akan memakaikan jam untuk mereka dan lain2.
  8. Ibu bapa perlu menceritakan pengalaman positif mereka yang lalu untuk dicontohi. Wah, yang ni saya rasa tak cuba lagi..he he
  9. Apabila berbual dengan anak-anak, tinggalkan persoalan untuk anak-anak mencari sendiri jawapannya. Anda akan ketawa dengan jawapan mereka. Enjoy this...
  10. Selalu gambarkan perkara abstrak yang mungkin menjadi cita-cita atau wawasan bersama keluarga pada masa akan datang. Contoh kalau nak jual tapai, jangan buat sorang2. Anak2 sebesar 3-4 tahun sudah boleh membantu.
  11. Agihkan sebahagian daripada tugas ibu bapa yang mudah-mudah kepada anak-anak. Yang ni kalau asyik anda sendiri yang buat, maka bilalah anak anda akan pandai tolong anda.
  12. Rangsang anak-anak dengan teknik berfikir, teknik belajar dan teknik bersoal-jawab dengan betul.
Merangsang Minda Dari Segi Fizikal

  • Pastikan anak-anak diberi pemakanan yang seimbang, berzat dan berkhasiat. Realitinya, orang kita kurang memberi penekanan terhadap pemakanan yang sebenarnya.
  • Beri kemudahan untuk anak-anak mendapat makanan tambahan (food supplement) seperti vitamin, kismis, susu, buah tamar, air kacang soya dan sebagainya,
  • Pastikan anak-anak diberi makanan yang bersih, halal dan tidak syubhat dari segi penyediaan dan juga dari segi sumber pendapatan ibu bapa.
  • Pastikan anak-anak mendapat riadah ringan setiap hari. Riadah yang cergas akan menyebabkan darah mengalir dengan efisyen ke otak. Darah akan membawa oksigen yang sangat diperlukan oleh otak untuk menghasilkan minda yang cemerlang.

Makanan Tambahan Untuk Merangsang Minda Anak-Anak
  • Vitamin
  • Kismis
  • Susu
  • Air Kacang Soya
  • Kurma

Besarlah harapan kita untuk menjadikan anak2 kita seorang yang berjaya kelak. Maka dari sekarang, mulakanlah dengan usaha yang besar supaya harapan kita nanti tidak hanya harapan, malah satu kenyataan yang amat manis untuk dikongsi bersama. Ya ALLAH mudahkan kami. 

Wednesday, December 21, 2011

:: Pendakap Gigi Dalam Islam ::



Nabi bersabda :
“Allah melaknat wanita yang membuat tattoo dan wanita yang telah memakainya, wanita yang mencabut bulu diwajahnya dan wanita yang telah melakukannya, dan wanita yang meluaskan jarak diantara gigi mereka atau orang lain bagi tujuan kecantikan, menukar apa yang Allah telah ciptakan”  (Shahih Muslim #3966)
Imam Al-Nawawi rh didalam memberi komentar terhadap hadith diatas menjelaskan :-
“Meluaskan jarak gigi – maknanya sesuatu yang dilakukan keatas gigi bagi menjadi seseorang itu kelihatan cantik, dan ini menunjukkan bahawa ia adalah HARAM, iaitu apabila dilakukan bagi tujuan kecantikan, akan tetapi bagi merawat masalah yang berlaku kepada gigi, maka tidak ada salah melakukan, Dan ALLAH yang lebih tahu sebaiknya.”

Braces atau pendakap gigi ini adalah bertujuan membetulan kedudukan gigi atau merawat gigi, dan ia bukan dari larangan yang dinyatakan didalam hadith diatas yang dikategorikan sebagai mengubah ciptaan Allah.

Menurut Dr Rafa’at Fawzi Abdul Muttalib, Prof Universiti Dar al-Ulum, Braces yang membetulkan kerosakan gigi adalah dibenarkan.

Syeikh Faizal al-Moulawi, Naib Pengerusi Majlis Fatwa Eropah berkata :
“Braces atau pendakap gigi bagi tujuan KESIHATAN adalah dibenarkan menurut syara’, bahkan ia juga diperlukan”

Menurut sekumpulan Mufti Islam Online : “As long as the bracing is done to fix a problem, then it is allowed and there is nothing wrong with it.”, iaitu selama mana pendakap itu membaiki sesuatu, maka ia dibenarkan.

Tuesday, December 20, 2011

:: Kehebatan Molekul Air Zam-Zam ::

Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.
Dim lights Embed 
Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. Subhanallah!
Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata “Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.
Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.
Kelihatan gambar molekul air zam-zam yang bercahaya. Subhanallah!

:: Abang Tak Mahu Kahwin Awal?? ::




Lama sungguh saya tidak minum diluar, semenjak bercuti.Kebetulan pula, ada seorang teman mengajak saya pada malam itu mengajak minum dan makan diluar, bagaikan mengantuk disorongkan bantal, usai Isyak saya dan dia singgah di sebuah warung di tepi jalan.
Teman yang saya anggap adik itu sudah lama tidak saya ketemu, mungkin banyak perkara mahu disembangkannya. Nescafe panas yang baru tiba itu saya hirup perlahan.Sunyi seketika.Mungkin kerana sudah tidak lama bertemu, tidak tahu bagaimana harus memulakan bicara.Dia tersenyum sahaja memerhatikan saya minum, saya kehairanan.Namun cuba menyembunyikan dengan buat-buat menonton televisyen di depan saya.
Usai bertanya khabar, berbual sepatah dua bertanyakan akan hal keadaan masing masing.Keadaan sunyi kembali.Sesekali dia Menghirup Milo panasnya sambil memerhatikan kereta di jalanan.Saya khusyuk memerhatikan abang roti canai menebar rotinya.
“ Abang tak mahu kahwin awal ?” terpacul dari mulutnya soalan yang saya tidak terjangka jangka.Hampir tersembur Nescafe panas yang saya hirup tadi. Dia terkejut tidak sangka saya akan memberi reaksi sedemikian.
Saya tersenyum sebentar.
“ Siapa yang tak nak kahwin dik oii..semua orang nak“  jawab saya bersahaja.
“Habis tu kenapa abang tak ‘slow-slow’ start jalan kearah itu?” Bersungguh benar dia bertanya.
“Bukan senang nak melengkapkan iman yang separuh tu dik.Tidak semudah seperti melafaz akadnya, banyak perkara perlu difikirkan, dicongak kira kan.” Saya cuba merintis jalan bincang.
Saya menyambung lagi, kasihan pula melihat dia menggaru garu kepala kebingungan.
“Iya, memang benar ramai mahu kahwin awal, tapi banyak benda mahu difikirkan, tambahan kita sebagai lelaki, kalau yang masih belajar, kewangan macam mana, takkan bila dah kahwin kita masih nak suruh isteri kita bergantung harap pada ibu bapa mereka sepenuhnya, hantaran, kenduri, itu baru dari segi kewangan, lepas tu sudah benar benar bersediakah kita sebagai lelaki nak menanggung dosa isteri kita pula nanti.Itu baru sedikit dik, malah banyak lagi perlu diperkirakan.” Jelas saya kepadanya.
“Takut pula saya mendengarnya, habis abang tak setuju lah tentang kahwin awal ni ” dia menyoal lagi.
“Bukan tak setuju. Kahwin awal tu bagus. Tapi jarang benar orang bercakap tentang persediaan, perkara-perkara yang perlu ditimbang-timbang. Sebagai contoh, bila dahulu ada seorang sahabat abang ini mahu kahwin awal, tapi bila ditanya bagaimana persediaan kewangan dia, bagaimana selepas kahwin pula dia mahu menyara isterinya, sedangkan dia juga masih lagi belajar seperti abang ni, sahabat abang ni mudah menjawab, kononnya bila kita sudah buat perkara baik, sudah tentu Allah akan murahkan rezeki ”
“ Betullah abang, mestilah Allah tolong kita sebab kita dah mendirikan sunnah yang dituntut!” dia mencelah, belum sempat saya menghabiskan ayat saya tadi.
Saya ketawa kecil. Benar dia masih lagi belum jelas lagi akan hal ini.
“Benar dik. Semestinya Allah tolong, tapi sunnatullah juga perlu di ambil kira. Kena ada juga sumber kewangan, persediaan walaupun sedikit. Kena pula keluarga sebelah perempuan minta hantaran tinggi, takkan kita nak bergantung harap kepada mak ayah kita sepenuhnya wang hantaran tersebut. Sebab tu abang kagum dengan ada beberapa kawan abang yang berhasrat mahu kahwin awal, mereka benar bukan sekadar berhasrat, tidak tunggu rezeki Allah datang menjemput, tapi mereka juga percaya padasunnatullah, ada yang mengumpul duit dengan berniaga top up telifon lah, macam-macam jenis kerja dibuatnya, sampai buka syarikat pun ada semata mata nak berkahwin awal! Kamu kena ingat bila berkahwin nanti, nafkah itu hukumnya wajib kepada isteri kamu, kalau kamu mampu seringgit, maka seringgit itulah wajib kepada kamu sebagai nafkah kepada isteri kamu ”
“ Wah! Kagum saya dengan kawan – kawan abang tu, banyak benar perlu dikirakan tu ” nampaknya dia mulai faham.
“Ya benar sekali, hakikatnya ia tidak semudah melafaz akad, selepas akad update status di facebook dan upload gambar kahwin kita facebook ” sinis saya menyambung.
Dia tergelak besar, sambil mengangguk- angguk mengiyakan.
“Itu baru sudut kewangan dik, mujahadah mencari sumber rezeki, tapi bagaimana pula mujahadah kita dengan bakal pasangan kita sepanjang tempoh taqdim atau bertunang tu, ramai orang apabila sudah mengikat tali pertunangan dengan masing-masing sudah macam suami isteri. Si perempuan segala benda mahu dicerita kepada si lelaki, yang lelaki pula melebihi ibu bapa si perempuan pula mengawal tunangnya. Lebih daripada itu pun banyak, tanyalah diri kita sekuat mana mujahadah kita sepanjang tempoh itu.Bagaimana kita mahu menuai buah yang elok daripada pokok yang akarnya sudah reput dik! ” saya sedikit berfalsafah.
“Benar abang, saya pernah berjumpa pasangan yang telah bertunang, tapi gaya percakapan dengan pasangan masing – masing mengalahkan orang yang sudah sepuluh tahun berkahwin, macam sudah ‘confirm-confirm’ mereka akan berkahwin dengan pasangan mereka.Siapa tahu, mungkin putus di tengah jalan? ” Dia menambah.
“ Ya, kalau si lelaki itu memimpin nafsunya sendiri dia sudah tidak mampu, apatah lagi bila berkahwin bagaimana dia mahu memimpin isteri dan rumah tangganya yang berganda ganda lagi cabarannya. Hakikatnya perkahwinan bukan sekadar mahu melepaskan keinginan syahwat semata, justeru ia sebuah ikatan yang disimpul bersama ikatan tanggungjawab, amanah dan komitmen antara satu sama lain ” jelas saya.
“Tadi abang ada sebut tentang hantaran, kenapalah ibu bapa si perempuan sekarang ni suka sangat meletakkan hantaran tinggi-tinggi sehinggakan menyusahkan si lelaki pula, tambahan pula yang lelaki ini masih lagi belajar, tentu sukar mahu cari duit untuk hantaran perempuan ni. kadang –kadang saya rasa ibu bapa ni macam nak jual anak pula” serius benar dia membangkang tentang hantaran perkahwinan yang tinggi.
Saya menghirup kembali Nescafe o saya yang sudah sejuk dek kerana rancaknya perbincangan yang hangat itu.Sambil itu sempat juga saya mencicip sedikit roti canai bawang yang tidak sempat disentuh lagi, sudah lama tiba di meja kami.
“Makan?” saya mempelawanya. Dia mengangguk sambil  menunggu nunggu saya menjawab persoalannya tadi.
“Itulah yang silapnya kita, bila diletakkan harga tinggi yang berpatutan kita katakan mereka mahu jual anak pula, sedangkan ibu bapa si perempuan ini menjaga pasangan kita daripada sebesar kotak kasut sehingga menjadi wanita sempurna, mahu melepaskan anak dara kesayangan yang dijaga bertahun-tahun dengan penuh kasih sayang kepada orang lain bukan perkara senang dik. Disinilah kita mahu menunjukkan kesungguhan kita mahu mendapatkan anak mereka dan menganggap harga hantaran yang ditetapkan sebagai cabaran kepada kita supaya bersungguh sungguh mendapatkan pasangan kita itu. Percayalah, benda yang kita dapatkan dengan penuh susah payah, penuh cabaran kita akan benar benar menghargai dan menjaganya berbanding dengan benda yang mudah didapati dan tiada cabaran untuk menghadapinya” jawab saya panjang lebar.
“Tapi kalau hantaran diletakkan terlalu tinggi sehingga menyusahkan pihak lelaki tu, tidak wajar juga kan?” dia cuba menegaskan sekali.
Saya mengangguk.

“Apa apa pun cubalah berunding bersepakat, yang lelaki janganlah teruk sangat  meminta ‘diskaun’, sehingga menjatuh aib keluarga. Cubalah semampu mungkin, mungkin itu petanda kesungguhan kita mahu mendapatkan anak perempuan mereka”
Dia termenung sebentar, sambil menyuakan beberapa suap roti canai  ke   mulutnya. Saya melihat pelanggan di belakang meja kami bangun untuk beredar, mungkin malam semakin lewat, kenderaan di jalan raya pun mulai berkurangan.
“Bagaimana pula bang dengan nikah ‘khitbah’, bukankah itu ‘jalan express’ untuk pelajar macam kita ini mahu kahwin awal, tunaikan yang wajib sudahlah” Dia memecahkan lamunan saya tadi.
“Itulah kita, semua mahu express sahaja. Kadang kadang kita kena berpijak pada realiti juga, nikah khitbah ni terlalu asing bagi masyarakat kita, susah mereka mahu menerimanya, mungkin ada sesetengah ibu bapa sahaja yang faham, tapi hakikatnya kebanyakan ahli masyarakat, keluarga dan ibu bapa kita tidak terbiasa dengan hal-hal sebegini. Akhirnya akan menyusahkan kita juga suatu hari nanti mungkin boleh menyebabkan hati ibu bapa kita terluka. Itu pandangan abang lah“ tegas saya menyatakan pendirian.
Mukanya berkerut, Nampak riak kerisauan.
“Bila abang cakap begini, saya jadi takut mahu kahwin, kalau orang lain tahu juga, mesti berasa takut, memandangkan terlalu banyak perlu di ambil kira ”
Saya ketawa kecil.
“Kenapa perlu takut? Anggaplah ia sebagai cabaran kepada kita semua, jangan hanya tahu bercakap sahaja tentang kahwin awal, tapi tidak pernah bercakap tentang soal persediaan sebelum menuju ke gerbang perkahwinan. Apa yang abang ceritakan tadi baru separuh. Hakikatnya segala persiapan seperti kewangan, persiapan rohani, hantaran dan sebagainya, bukanlah ia berniat yang mahu menyusahkan kita, justeru mahu melatih kita bertanggungjawab, kalau perkara perkara basic seperti ini tadi pun kita tidak mampu untuk cuba untuk dipenuhi, bagaimana mahu memimpin, menjadi Imam kepada keluarga kita nanti ”
“Benar bang, ramai dalam kalangan kawan kita ni cakap pasal kahwin awal nak, tapi persediaan tiada langsung!” nadanya bunyi agak marah.
“Begitulah, bukan senang dik mahu menjemput mawaddah, sakinah dan rahmah ke dalam masjid yang kita bina ni dik, tanpa persediaan yang secukupnya antara kedua dua pasangan bukan mawaddah dan sakinah yang datang tapi padah dan mehnah jadinya!” sambut saya sedikit bergurau.
“Yang penting sekali, kita para lelaki yang bakal memimpin rumah tangga perlulah ada  sebanyak ilmu rumah tangga, ilmu fiqh wanita dan ilmu ilmu berkaitan. Hal yang ini paling penting sekali, macam mana kapal nak bergerak kalau nakhodanya tidak punya layar, alamatnya boleh karam kapalnya di tengah lautan. Ya, kalau mahu tunggu ilmu cukup sampai bila-bila pun kamu tidak akan boleh kahwin, yang penting selepas berkahwin nanti teruskan mencari lagi ilmu kerana ianya suatu proses berterusan sehinggalah sampai bila bila pun! ” saya menambah.
“ Habis tu, macam mana pendapat abang tentang sahabat sahabat abang yang sudah kahwin awal tu, abang rasa mereka mencongak congak benda ini jugakah? ”
“Wallahua’lam,  buat mereka yang telah selamat mendirikan rumah tangga pada usia muda, bersyukurlah mereka telah dimudahkan oleh Allah awal – awal lagi,  tinggal lagi mahu benar-benar melengkapkan iman mereka supaya bertambah sempurna dengan ikatan tanggungjawab dan komitmen mereka kepada pasangan masing masing, buat yang semakin hampir ke sana, persiapkanlah diri, anggaplah kesusahan kesusahan yang menimpa sebelum mereka berkahwin sebagai ujian kecil daripada Allah kepada kita untuk melatih kita lebih matang dan bertanggungjawab selepas berkahwin nanti, ingat! Bukan mudah mahu menjemput mawaddah, sakinah dan rahmah tadi tanpa itu semua. Buat kita yang masih bertamu di dataran mujahadah yang Allah sediakan kepada kita ini teruskan menyusuri perjalanan mujahadah kita, usah terlalu difikirkan sangat, insya Allah bila tiba waktu dan ketika yang dirasakan sesuai oleh Allah untuk kita, dengan sendirinya Allah akan menghantar pasangan kita itu ke dalam hidup kita.” Panjang lebar saya cuba membawa perbincangan kepada konklusinya, memandangkan jam sudah pun menghampiri jam 12.30 tgh malam.
Saya menghabiskan minuman lalu, usai bersalaman dengannya saya berbisik kepadanya.
“ Ingat, carilah teman untuk  menemani kita bersama dalam perjalanan menuju redha Allah, bukan teman untuk mencari murka Allah! “
Dia tersenyum mengangguk. Mudah mudahan dia faham.
Dalam perjalanan pulang, meredah kegelapan malam, saya termangu sendirian, sebolehnya saya tidak mahu berfikir tentang perkara perkara sebegini, tetapi desakan persekitaran menyebabkan saya dipaksa dan terpaksa memikirkannya juga. Sungguh usia usia sebegini di awal usia 20 an benar benar menguji iman, jiwa dan emosi, andai tidak kuat dan mudah rapuh, akhirnya akan tewas di tengah jalan jika tidak disertai jalan mujahadah yang bersungguh sungguh. Kalau diberikan peluang kepada saya, mahu sahaja usia awal 20 an sebegini cepat-cepat berlalu supaya saya tidak perlu memikirkan tentang perkara perkara sebegini lagi. Tapi insyaAllah saya yakin ladang mujahadah yang telah saya semaikan sekian lama, saya pohon agar Allah memberi natijah yang penuh dengan kebaikan saat saya menuai ladang mujahadah saya itu kelak suatu hari nanti. Saya pohon diberikan kesabaran dalam mencari hikmah liku liku bicara Ilahi ini kepada saya.
“Ya Allah, izinkan aku untuk terus bertamu di dataran mujahadah Mu yang luas lagi jauh ini, berikanlah ketenangan jiwa, kekuatan hati dan kelapangan akal fikiran serta kuatkan lagi pergantunganku kepada Mu saat aku menyusuri dataran mujahadah yang penuh berliku lagi tidak berpenghujung yang telah Engkau hamparkan kepadaku. ameen!”
“Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha Mengetahui.”  Surah An Nur (ayat 32)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...