Hot Stuff

Friday, March 26, 2010

:: Hati Ku Di Sekolah SK KOPOK :: =)



Semasa memperkenalkan cikgu-cikgu yang lain...



Cikgu Azizee memperkenalkan diri...


Cikgu Nora merakamkan aksi kami mengajar.. hehehe...


Bagus kelas 5 amanah.. nanti cikgu nak tahu keputusan UPSR kamu semua... =)


Cikgu Yusof memberikan cenderahati kami kepada semua pelajar 5 Amanah.. Ingat jangan makan dalam kelas!!! hehehe =)

Puteri-puteri 5 Amanah.. Cikgu doakan kamu semua berjaya =)




ha.. makan dalam kelas ekh?


Cikgu Nora dah nak balik ker? hehehe =)


cikgu Yusof menyampaikan hadiah... senyum sikit =)


wah ramai nyer kelas 5 amanah =)


Putera-putera 5 Amanah =)


cikgu sayang kamu SEMUA... video kamu semua cikgu sedang siapkan.. nanti dah siap cikgu letak dalam laman web cikgu ni =) 

::Ilhamku::







"Berikanlah kepadaku sifat yang lembut sehingga
kecantikanku datang daripada-Mu.
Berikanlah daku tangan sehingga aku selalu
mampu berdoa untuknya.
Berikan lah daku penglihatan sehingga aku dapat
melihat banyak hal baik
dan bukan hal buruk dalam dirinya.
Berikanlah daku lisan yang penuh dengan kata-kata
bijaksana,
sehingga mampu memberikan semangat serta
mendukungnya setiap saat
dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi."






Thursday, March 25, 2010

:::jusT uNtuK rEnunGan sEmuA:::


Nak share tentang KEKASIH ana?(ana taip huruf besar tu sebab ana terlampau sangat sayang kat DIA!) Penyayang sifatnya.Betul ni tak tipu punya! Pure cintalah nak dikategorikan tue. Apa taknya ,masa ana susah ,minta tolong sajalah pada DIA. Sure akan datang bantuan. Bila ana susah hati,boleh terus mengadu kat DIA direct! Yang best tu,bila ana dah mengadu kat DIA,terasa peace aje...For surela KEKASIH,kan??! ishhh Beruntung betul dapat KEKASIH mcm nie...tak pernah sakitkan hati ana.bila-bila masa aje ana boleh contac DIA.yang seronok tue,sebab betul-betul rasa DIA tue dekat kat hati nie!yela cinta punya pasalkan??DIA tak kisah pun kalau ana tak ingat kat DIA.tapi rugila ana.sebab,kalau ana ingat & sentiasa contac DIA, sure macam-macam la yg ana dapat.tak kiralah material ke...spiritual ke..ermmm
memg kekasih sejatilah tue! Bila ana rindu kat DIA ,baca je surat2 yg DIA bagi tue
 xpayah kena duit sms...Macam-macam nasihat ada dalam tue.. Siap bagi example lagi suruh ana faham. Sebelum nie ana pernah gak frust..Memang sedih giler la
masa tue. Yela cinta bagai nak rak,tiba-tiba clash gitu aje.

              Tapi KEKASIH ana yg nie lain ,DIA tak kisah pun
dengar citer ana frust tue. Siap kasi semangat lagi.DIA
takde nak jeles pun.Cuma ana jek yg jeles ngan DIA.Memang
ramai jatuh cinta dengan DIA. So ana pun kenalah
usaha betul2..Bak kata orang putih....what you give,you get back (betul ntah)..
so kalau ana usaha lebih sikit,ana dapat lebih la,kan?? KEKASIH ana nie baik sangat2..
Perfect! tue yg kadang2 ana tengah2 malam... area kul 3-4 pagi tu
pun kalau ana terjaga ,sure ana contac DIA..Rindulah tanpa DIA!

   Sebenarnya,KEKASIH ana nie kaya ...milionaire...billionaire..dan ntah ape2 naire lagi....tu yang pemurah sgt tue.semua keperluan hidup ana DIA yang support...caya x? walaupun hanya KEKASIH?? Free of charge....tapi ana tak sedap hati la..Mestila kena hargai ape yg DIA, bagi tue kan?ummi ana kata,kalau orang dah bagi ,suke ke tak suke ke,amik ajela...Pastu pandai2lah membalas budi...jadi tue yg membuatkan ana sanggup berkorban ape saje....cheeewah!DIA suruh ana belajar sungguh2 kalau boleh semua ilmu. Sebab kekasih ana nie memg cerdik+bijak+genius etc...

DIA kata tanpa ilmu setiap amal yg ana semua buat sia2.DIA pun tambah syg kat ana kalau ana rajin belajar.Malu la sebenarnya nak cakap nie..ermmm..Ana sebenarnya belum pernah jumpa DIA lagi pun..Belum bersedia la..tapi KEKASIH ana nie dah janji,satu hari nanti,mesti jumpa...Sekarang nie menghitung hari lah ana nie..Tapi kecut perut gak! takuttt!Aana mesti prepare awal2, Daripada surat2 DIA yg ada tue ana tahu ape DIA suka,ape yg DIA tak suka...Mestilah ana nak buat ape yg DIA suka,so that, DIA tambah2 la sayng kat ana,kan?? takpe la ,berkorban sekarang sebab DIA dah janji,sapa2 yg DIA sayang DIA bagi hadiah special yg ana tak pernah terfikir pun! ishhhhhhh! Rindu sangat dah nie!!






KEKASIHKU....AKU BERJANJI AKAN MEMPERTAHANKAN CINTA SUCI INI...WALAU NYAWA DIGALANG GANTIKAN,MENGADAI CINTA TERAGUNG INI TIDAK SAMA SEKALI..WALAU TAK PERNAH BERSUA AKU TETAP BAHAGIA...ITULAH KEKASIHKU..ALLAH S.W.T.   CINTA TERAGUNGKU!


"CINTA YANG ABADI,CINTA KEPADA ALLAH S.W.T"
MAY THAT KEKASIH,OUT OF HIS SHEER MERCY,GRANT US ALL THAT TRUE 
AND PURE LOVE... AMIIN....

::Muslimah Sejati::

Alangkah indahnya sebuah taman yang ditumbuhi
Oleh pepohon bunga yang mekar menguntum.
Alam jadi ceria,suasana nyaman terasa,
tetapi apabila pohon itu tidak
dijagai,dibajai,dan disirami,
kuntum-kuntum bunga pun menjadi,
layu dan gugur.
kekadang wanita yang diibaratkan
sekuntum bunga amat alah pada
persekitaran.

Jika ia dijagai dengan didikan syariah
asuhan Sunnah Rasulluah S.A.W.
jadilah ia SEORANG MUSLIMAH SEJATI
Bagaikan kuntum bunga kebanggaan 
Si empunya taman

Wednesday, March 24, 2010

:: Bakal-Bakal Isteri ::






     assalamualaikum  warahmatullah,.............        Istimewanya wanita ialah segala perbuatan dan setiap apa yang disentuh oleh jari halusnya di dalam ruang lingkup rumahtangganya akan mendatangkan pahala. Namun terdapat suatu perkara yang jarang sekali diambil perhatian oleh kebanyakan wanita hari ini, iaitu perihal menyambut kepulangan suami. 

     Setiap kali suami pulang ke rumah suami memerlukan bantuan isterinya untuk menghilangkan rasa letih, penat, lapar, dahaga dan lain-lain beban yang sedang ditanggungnya. Oleh itu, isteri yang menyambut suami hendaklah pandai memahami mood dan kehendak suami. Sambutlah kepulangan suami dengan air muka gembira, dan dengan senyuman. Tunjukkanlah wajah yang semanis mungkin dan senyuman yang kita berikan ketika itu akan menghilangkan sebahagian daripada keletihan suami. Elakkan daripada bersikap acuh tak acuh, bermasam muka ataupun melepaskan peluru berpandu' bila suami terjongol di muka pintu. 

     Sabda Rasulullah saw: "Siapa sahaja seorang isteri bermuka muram di hadapan suaminya, maka ia dalam kemurkaan Allah swt hingga ia dapat membuat suasana yang riang gembira kepada suaminya dan memohon kerelaannya." Begitulah besarnya harga senyuman seorang isteri kepada suaminya. Senyuman akan mencetuskan suasana kegembiraan dan itulah sebenarnya yang dikehendaki oleh semua suami ketika pulang, terutamanya jika ia sedang dalam keletihan. Muka yang masam bukan sahaja akan menimbulkan kemarahan suami, malahan menyebabkan Allah swt turut murka. Kemurkaan Allah itu akan berkekalan hingga isteri itu berjaya mengembalikan semula suasana gembira dan memohon keampunan daripada suami. Kerana sesungguhnya keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan suami. 

    Bila suami pulang segeralah bukakan pintu. Persilakan masuk dengan penuh hormat dan dengan kata-kata yang lemah lembut. Sambutlah tangan suami dan ciumi ia seebagai tanda hormat serta meminta maaf, walaupun isteri merasakan tidak berbuat sebarang kesalahan pada hari itu. Bukannya isteri yang hulurkan tangan untuk dikucup oleh suami sepertimana yang dilakukan oleh kebanyakan orang Barat hari ini.  

     Sebuah hadis ada menyebut bahawa apabila seorang suami bersalaman dengan isterinya, maka gugurlah segala dosa dari sela-sela jari mereka berdua.Begitulah Maha Pengampunnya Allah; dosa isteri gugur hanya dengan bersalaman dengan suami. Oleh itu rebutlah peluang dalam sebarang kesempatan untuk bersalaman dengan suami dan meminta maaf daripada suami. Tentunya tidak terhad hanya ketika suami pulang daripada kerja sahaja;lazimkan perbuatan Ini ketika selepas solat jemaah, ketika hendak keluar dari rumah Atau pun setelah membuat sebarang kesilapan samada kecil atau besar;supaya Sentiasa mendapat keampunan Allah. 
     Andaikata mempunyai anak-anak, ajarlah mereka itu untuk selalu bersalaman dengan ayahnya. Kelaziman ini akan memupuk rasa kasih dan hormat anak-anak kepada orang tua. Jika suami pulang membawa buah tangan, sambutlah dengan ucapan terima kasih Jangan biarkan sampai barang itu lama di tangannya atau suami meletakkannya sendiri di dapur. Ini tanda isteri tidak menghargai buah tangan yang dibawa oleh suami. Jangan pula bertanya soalan-soalan seperti `kenapa tidak beli barang yang dipesan?' dan seumpamanya. Soalan yang di tanya bertubi-tubi ketika suami sedang penat hanya akan membosankan suami, malahan mungkin akan menimbulkan kemarahannya. 

     Pernah disebut dalam riwayat, pada zaman Rasulullah, ada seorang wanita yang bakal masuk syurga lebih dahulu daripada Siti Fatimah. Wanita itu begitu taat serta sangat memuliakan suaminya. Dia menunggu kepulangan suaminya dengan pakaian yang bersih serta mengghairahkan; disediakan tuala, air sejuk dan sebatang rotan. Segala perbuatannya itu menjadi tanda tanya kepada Siti Fatimah yang mengunjunginya.
Lalu beliau bertanya untuk mengetahui di sebalik perlakuan wanita itu. Wanita itu pun berkata: "Aku bersiap-siap dan menyinsing kainku ialah supaya mudah jika suamiku ingin menyampaikan hajatnya. Adapun tuala ini ialah untuk mengesat peluhnya, air ini ialah untuk menghilangkan dahaganya dan rotan ini ialah untuk dia menghukum aku jika aku membuat sebarang kesalahan."   

     Kebahagiaan rumahtangga terletak pada akhlak dan budi pekerti isteri. Biarpun seorang isteri itu tidak cantik tapi jika cukup sempurna ayanannya terhadap suami dan berakhlak pula, tentu ia akan menjadi penghibur dalam rumahtangga. Oleh itu wahai wanita-wanita atau para isteri-isteri hendaklah berlumba-lumba untuk menjadi seorang isteri yang solehah, yang bertaqwa berakhlak mulia dan taat kepada suami. InsyaAllah seorang isteri itu akan disayangi oleh Allah, suami malah seluruh makhluk di dunia. 

     Sabda Nabi: "Sungguh-sungguh memintakan ampun untuk seorang isteri yang berbakti kepada suaminya, iaitu burung-burung di udara, ikan-ikan di air dan malaikat di langit selama dia sentiasa dalam kerelaan suaminya."Jika seorang isteri mengharap cintanya berbalas maka berbanyak-banyaklah isteri itu mencari keredhaan Allah melalui suami. 


MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...

Sunday, March 21, 2010

:: A BEAUTIFUL PRAYER ::


"Assalamualaikum.. With The Name of Allah..

I asked God to take away my habit.
God said, No.
It is not for me to take away, but for you to give it up.

I asked God to make my handicapped child whole.
God said, No.
His spirit is whole, his body is only temporary

I asked God to grant me patience.
God said, No.
Patience is a by product of tribulations;
it isn't granted, it is learned.

I asked God to give me happiness.
God said, No.
I give you blessings; Happiness is up to you.

I asked God to spare me pain.
God said, No.
Suffering draws you apart from worldly cares
and brings you closer to me.

I asked God to make my spirit grow.
God said, No.
You must grow on your own! ,
but I will prune you to make you fruitful.

I asked God for all things that I might enjoy life.
God said, No.
I will give you life, so that you may enjoy all things.

I ask God to help me LOVE others, as much as He loves me.
God said...Ahhhh, finally you have the idea.

If you love God, send this to ten people and
back to the person that sent it.

THIS DAY IS YOURS DON'T THROW IT AWAY

May God Bless You

Friday, March 19, 2010

::SERUAN,JERITAN DAN PANGGILAN KEPADA MAYAT::



Dalam suatu riwayat disebutkan takala roh berpisah dari tubuh, maka ia dipanggil dari langgit dengan 3 kali jeritan :- 


WAHAI ANAK ADAM ; 
1) Apakah kamu meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan 
kamu ? 


2) Apakah kamu mengumpul dunia, atau dunia mengumpulkamu ? 


3) Apakah kamu mematikan dunia, atau dunia mematikan kamu ? 


Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan : 


WAHAI ANAK ADAM ; 
1) Dimanakah tubuh yang kuat, bukankah sekarang kamu 
menjadi lemah ? 


2) Dimanakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang kamu 
menjadi diam ? 


3) Dimanakah semua kekasihmu, bukankah mereka sekarang 
mengasingkan kamu ? 


Dikala mayat diletakkan ditempat kafan, ia dipanggil tiga kali jeritan


WAHAI ANAK ADAM ; 
1) Pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal ! 


2) Keluarlah kamu dari rumahmu dan tidak usah kembali ! 


3) Ingatlah kamu akan mendiami di dalam rumah yang penuh 
kesedihan ! 


Sewaktu mayat diletakkan untuk di solatkan maka ia dipanggil tiga kali teriakan : 


WAHAI ANAK ADAM
1) Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat ! 


2) Jika amal perbuatanmu baik maka kamu akan melihat 
kebaikan ! 


3) Jika amal perbuatanmu buruk kamu akan melihat keburukan ! 


Sewaktu mayat dipikul di atas usungan, ia dipanggil tiga kali jeritan : 


WAHAI ANAK ADAM; 
1) Sangat bhagiakah kamu jika kamu termasuk orang yang 
bertaubat. 


2) Sangat berbahagiakah kamu jika amalanmu baik..


3) Sangat berbahagiakah kamu jika sahabatmu dalam keredaan 
Allah dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang 
yang dimurkai Allah..


Apabila mayat sudah berada ditepi kubur maka ia dipanggil lagi tiga kali teriakan


WAHAI ANAK ADAM; 
1) Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit 
ini ? 


2) Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini ? 


3) Bukankah kamu membaw cahaya penerang ditempat yang 
gelap ini ? 


Dan jika mayat diletakkan pada liang kubur maka ia pun dipanggil dengan tiga kali lagi: 


WAHAI ANAK ADAM ! 
1) Kamu di atas punggungku bersenda gurau tapi kamu dalam 
perutku menjadi sedih..


2) Kamu berada di atas punggungku bergembira ria tapi kamu 
dalam perutku menjadi cemas dan duka..


3) Kamu di atas punggungku dapat berbicara tapi kamu dalam 
perutku menjadi bisu. 


Setelah para manusia pulang meninggalkan kubur lalu Allah berfirman :


 WAHAI HAMBAKU KAMU TETAP TERPENCIL DAN SENDIRIAN, MANUSIA SUDAH PERGI DAN PULANG MENINGGALKAN KAMU DALAM KEGELAPAN. PADAHAL KAMU TELAH BERBUAT MAKSIAT KEPADA KU.. KERANA MANUSIA, KERANA ISTERI DAN KERANA ANAKMU. NAMUN AKU SANGAT KASIHAN KEPADAMU PADA HARI INI DENGAN LIMPAH RAHMAT YANG SANGAT MANUSIA KAGUMI. AKU LEBIH KASIHAN KEPADAMU DARIPADA KASIH IBU KEPADA ANAKNYA." 


Demikianlah keterangan dalam satu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang ditujukan kepada MAYAT sejak rohnya dicabut keluar sehinggalah mayat diusung ke tanah perkuburan. 


Nilailah dengan mata hati,bukan dengan hawa nafsu... 


::petikan buku Alam Kubur::

Wednesday, March 17, 2010

::sekadar renungan buat semua::






Termenung jauh mindaku, mengenangkan diri semakin hari semakin hilang usianya..Sudah lama meniti dunia ini, namun imanku tak jua semakin bertambah..Mentari yg menyinari 'alam ini, bulan purnama menghiasi mlm...Betapa hinanya kita, matahari serta bulan yg cukup besar masih patuh pd aturanNya..sedangkan kita yg kerdil ini seringkali lalai drp perintahNya..~Ya Allah, ampunkanlah daku kerna kelekaanku mengecapi dunia milikMu....~


Dari Aisyah r.a katanya: “Aku melihat Nabi s.a.w semasa Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu Baginda berdoa: “Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)”......

::Golongan AR-RIJAL QOWWAMUN pupus??::



DALAM hadis yang diriwayatkan Anas bin Malik, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki [qowwamun] semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki. (Bukhari dan Muslim)
Ia adalah satu topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi mahupun tanggungjawab. Mengapakah fenomena ini terjadi, apakah puncanya, dan bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai yang beranggapan ia membawa maksud bertambahnya bilangan lelaki lembut yang meniru gaya hidup wanita, seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu masa dahulu, atau semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini.

Pada hakikatnya yang dimaksudkan ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai lelaki seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai qowwamun (pelindung) kepada wanita.
Allah berfirman di dalam surah an Nisa ayat 34 Yang bermaksud:
Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.

Lelaki mendapat dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka, lelaki dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli isterinya dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah daripada wanita dalam banyak perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya.

Lelaki memimpin wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang mengiringinya dan begitulah seterusnya.
Maksud hadis riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita hanya dijaga seorang lelaki.

Merujuk kepada matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan qowwamun yang bermaksud pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan ar-rijal yang membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki yang menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.

Yang ramai ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi, merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.
Lihatlah laporan yang selalu dipaparkan di media cetak dan elektronik mengenai moral atau akhlak masyarakat kita, khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat.

Peningkatan kes rogol, sumbang mahram, bunuh, samun, ragut wanita, dera isteri, anak dan pembantu rumah, jelas menunjukkan betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di negara ini. Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian kerana mereka bertukar jantina, tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada wanita, seperti yang termaktub di dalam al-Quran dan hadis nabi.

Jika seseorang lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka, tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati seumpama barang mainan. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.

Dalam kehidupan berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang setiap hari. Selain itu mereka tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang dihadapinya. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat hari ini.

Namun, wanita juga turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Mereka juga galak menyeru kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang kaum lelaki. Pada masa sama, semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material semata-mata, hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur yang dianggap bukan lagi suatu masalah dalam masyarakat.

Media massa berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apa logiknya wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak dilancarkan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai sifat pelindung dan wanita pula menyedari mereka wajib dilindungi, bukan dieksploitasi atau diperalatkan untuk kepentingan duniawi.

Persoalannya disini, bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai pelindung martabat tersebut.
Jika lelaki Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia wajib menurut perintah Allah. Jika ingin mengikuti perintah Allah, dia wajib patuh ajaran al-Quran yang menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah lagi menganiaya dan menzalimi wanita, terutama isteri baginda sendiri. Baginda mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan sentiasa menjadi pelindung kepada wanita.

Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis :
Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada Rasulullah:
Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan dikatakan dia buruk. (Abu Daud).......

:: KARAM ::




KARAM

Dapatkah putik kan menjadi bunga
Kiranya cuaca sering gerhana
Dapatkah kasih bersemi selamanya
Ataupun aku harus berserah kepadanya yang maha esa

Mestikah ada satu pengorbana
Sehingga terjadinya perpisahan’
Kiranya itu satu permintaan
Perlukah kau dan aku merelakan

Kita hanya insan yang selalu mengharapkan
Suatu yang indah dalam percintaan
Jikala tiba dugaan mendatanga
Aku kau tinggalkan

c/o Karam aku dilautan duka
      Kilau wajahmu hilang dimata
      Tiada berita mengubat rindu
      Dikala sendu..

      Kubiarkan duka dihati bertandang
      sehingga gerimis dimamah mentari
      apakah salahku disakiti sebegini….

Perlukah aku terus mengharapkan
Camar yang hilang kembali kesarang
Apakah masih ada kerinduan
Yang tersimpan dihatimu sayang..

Friday, March 12, 2010

::KERANA CINTA AKU TINGGALKAN::

Sebenarnya sudah lama saya ingin kongsi kisah saya ini dgn sahabat-sahabat sekalian. Tapi , setiap kali laptop saya buka, jari ini jadi kaku untuk menulis. Tapi akhirnya saya nekadkan juga untuk menulis tentang ini. Hati saya bagai ditarik-tarik untuk menulis.Saya sudah tidak berdaya untuk pendam segalanya. Saya bimbang jika makin saya pendam,saya akan makin tersiksa dalam dunia saya sendiri. Doa saya semoga Allah ampuni saya atas segala apa yang saya lakukan ini. Apa yang akan saya coretkan ini adalah sekadar buat tatapan sahabat-sahabat sekalian. Ia adalah pengalaman saya sendiri. Ia hadir dari lubuk hati saya sendiri. Bukan fantasi atau rekaan semata. Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah tetapkan kepada saya. 

Kisah ini saya ceritakan supaya apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya untuk hari-hari kemudian. Ianya terjadi sewaktu saya berada dalam tahun 2 diploma dan si dia berada dalam tahun akhir diploma. Kebetulan kami belajar di tempat yg sama dan dalam jurusan yang sama di Bangi. Saya juga adalah seperti kalian semua. Manusia biasa yang punya fitrah untuk dicintai dan mencintai. Kamar hati saya ini sepi dan tidak pernah saya isikan dengan cahaya atau cinta dari mana-mana lelaki. Ianya suram dan sepi. Hinggalah akhirnya saya bertemu dengan seseorg. 

Pertemuan saya dan dia terjadi sewaktu saya mengikuti aktiviti rehlah kelab. Itu pertemuan pertama. Tidak kenal pun, tapi perkenalan kami bermula hanya melalui sms dan demi Allah , saya ikhlas menghulurkan salam persahabatan padanya hanya kerana Allah. Tapi, semua yang terjadi telah ditakdirkan , dan saya tidak menduga akhirnya saya mula jatuh cinta dengan dirinya. Saya sendiri tidak sedar bila perasaan itu mula bercambah. Demi menjaga maruahnya , cukuplah kalau dia hanya dikenali sebagai “Mukhlis Sadiqy”. Gelaran itu saya sendiri yg berikan padanya kerana pada saya dia merupakan seorang sahabat yang ikhlas. Benarkah? Erm,hanya Allah dan dia saja yang tahu sejauh mana tahap keikhlasannya.

Perwatakannya sopan dan dia fasih berkata-kata, lebih-lebih lagi apabila melibatkan soal agama. Jalannya hanya menundukkan wajah. Dia seakan-akan takut untuk bertentang mata dengan wanita. Tindakannya itu wajar kerana dari mata segalanya boleh terjadi. Walaupun antara saya dan dia , kami tidak pernah bersua secara berhadapan, tapi setiap kali bicaranya melalui sms itu menambat hati saya.
Saya senang berbicara soal-soal agama dengannya, Namun, iman saya mula goyah, taqwa mula merapuh, nafsu merasuk nurani suci, lalu hati tunduk pada bisikan syaitan nan keji. Hanya sms. Nampak macam baik kan? Tidak pernah berbicara secara berhadapan tapi hanya sms. Sesetengah orang akan berpendapat bahawa cara saya itu betul , tapi sebenarnya ia silap sama sekali. Dan saya akhirnya menyedari kesilapan itu. 

Sms itu sebenarnya hanya 1 alasan bagi saya. Ianya mungkin nampak agak baik,walhal tujuannya tetap sama dan ianya tetap salah. Niat baik itu tidak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap batil. Yang haq tetap haq. Allah pernah berfirman :

“Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan sungguh telah nyata bagi kamu (kehancuran mereka) dari (puing-puing) tempat tinggal mereka. Dan syaitan menjadikan mereka memandang baik perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia menghalangi mereka dari jalan (Allah), sedangkan mereka adalah orang-orang yang berpandangan tajam.” (Surah Al-Ankabut,29:38)

Kalau difahami ayat ni, sebenarnya apa yang berlaku pada saya ialah, syaitan telah buat saya pandang baik pada perkara buruk yang saya lakukan. Memang pada mulanya niat saya baik, tapi syaitan itu sangat licik. Dia akan sedaya upaya buat saya terjerumus ke dalam kemaksiatan.

Matlamat baik saya itu tidak pernah menghalalkan cara saya. Selama hampir setahun saya leka dengan perasaan ini sendiri, akhirnya saya menyedari kesilapan yang telah saya lakukan ini. Saya terlalu asyik dengan cinta ini sehingga saya terlupa pada Pemilik Cinta yang sebenar. Sungguh, saya rasa terlampau berdosa dengan diri ini dan dengan dirinya sendiri. Saya telah menjadi fitnah bagi dirinya , kerana sedikit sebanyak saya telah melalaikan hatinya. Walaupun antara kami tidak pernah punya apa-apa yang istimewa , tapi saya tahu yang saya telah banyak menyusahkan dan meresahkan hatinya.

Saya panjatkan kesyukuran kerana Allah swt mengurniakan hidayah-Nya pada saya dan saya kembali menyedari kesilapan yang saya lakukan. Silap saya kerana punya cinta ini dihati. Tidak seharusnya saya begitu mudah melafazkan cinta dan meluahkan rindu. Saya seharusnya sedar pada siapa harus saya lafazkan cinta itu..hanya utk Allah ,Pemilik Cinta Teragung dan rasul-Nya. 

Terus-terang saya katakan yang saya jadi malu dengan diri saya sendiri, dengan Allah dan dengan dia sekali. Kini , untuk kembali mencari keredhaan dari-Nya saya tinggalkan cinta di hati saya ini,ia hanya untuk Allah. Itu sebenarnya adalah jalan terbaik bagi saya.

Saya mengaku, saya sering kali terluka dan saya sebenarnya tidak kuat untuk melakukan itu , tapi saya perlu lawan segala hasutan syaitan durjana ini untuk mencapai keredhaan-Nya. Saya terpaksa berperang dengan hati dan perasaan saya sendiri. 

Sewaktu saya mentaddabur Al-Quran, ada satu ayat yang membuatkan saya berfikir sejenak bahawa wajib bagi saya berperang dengan perasaan ini. Saya tidak boleh beri kemenangan pada syaitan dalam peperangan ini. Surah Al-Baqarah, ayat 216: 

”Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.”

Kini , segala apa yang pernah ada kaitan antara saya dan dia telah saya simpan. Gambarnya yang saya simpan secara curi-curi, diari saya yang penuh dengan catatan berkenaan dirinya, tudung pemberiannya dan semua sms nya yang saya simpan dalam buku, saya simpan di dalam kotak. Hanya satu saja pemberiannya yang saya pegang dan bawa kemana-mana saja , saya tidak tegar untuk menyimpan pemberiannya yang itu di dalam kotak. Nak tahu apa?

TAFSIR AL-QURAN pemberian dari dia. Tafsir Al-Quran yg berwarna coklat itulah yang banyak memuhasabah diri saya. Kerana Al-Quran itulah saya akhirnya sedar akan segala kesilapan saya. 

Jadi, TIDAK MUNGKIN saya simpan dan ‘tutup’ Al-Quran itu untuk selama-lamanya.

Dia kini sudah tamat diplomanya di Bangi dan alhamdulillah saya sudah tidak bertemu lagi dengannya. Dan dia pun sudah melangkah satu lagi fasa dalam proses mencari ilmunya , dimana dia sudah menyambung ke peringkat degree di Shah Alam. . tapi insyaAllah saya yakin dia bahagia sekarang kerana doa saya untuknya sentiasa ada agar dia berada dalam naungan cinta Illahi. Apa yang terjadi antara saya dan dia kini hanya kenangan. Bukanlah bermaksud saya putuskan ikatan persahabatan yg terjalin antara kami ..tidak..!! Haram untukk seorg muslim memutuskan silaturrahim dan menjauhi sahabatnya. Sampai kiamat pun , dia tetap sahabat saya dunia dan akhirat. Tapi dia pernah menyatakan pada saya bahawa ini yang terbaik dan saya terima dengan senang hati keputusannya itu. Cuma saat ini biarlah hanya Allah di hati saya dan biarlah masa yg tentukan siapa dia pada saya di masa hadapan. 

"Jika seseorang hamba Allah menahan keinginannya dari sesuatu yang haram (kerana Allah) maka Allah akan memberikan sesuatu yang diingininya itu mengikut jalan yang halal"

Saya tahan keinginan di hati ini kerana saya yakin Allah akan kurniakan sesuatu yang halal bagi saya. Semoga satu hari kelak saya akan berjumpa dengan “putera agama” saya yang akan dapat menambahkan lagi cinta saya pada Illahi.

P/S:mungkin hanya cerita biasa..tetapi terselit beribu pengajaran kpd kita yg masih mengejar cinta manusia melebihi cinta kita kepada TUHAN~nauzubillahiminzalik~

kiriman email naqibku

Thursday, March 11, 2010

::Suami yang soleh::


Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya
Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin
Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.
Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.
Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.
Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya
Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.
Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.
Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.
Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.
Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.
Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.
Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.
Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.
Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.
Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.
Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

::LEMAH mental rohani::

::Kurangkan makan bawang besar
::Kurangkan makan berempah
::Kurangkan makan ketumbar kering
::Kurangkan menonton hiburan
::Kurangkan membaca majalah hiburan
::Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak
::Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)
::Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2
::Jangan makan kepala ikan
::Jangan minum air yang ada semut
::Jangan tidur selepas subuh
::Jangan tidur selepas asar
::Jangan tidur selepas makan
::Jangan makan terlalu kenyang
::Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam
::Jangan menyapu rumah pada waktu malam
::Jangan makan yang masam-masam berlebihan
::Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan
::Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

AMALKAN!!!

*Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2
*Selalu makan makanan yang panas2
*Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2
*Selalu minum air masak
*Selalu makan ulam
*Selalu mengamalkan pandangan hijau
*Selalu bersenam
*Selau menggunakan imaginasi otak
*Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya
*Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok)   kerana  disitulah 

terdapat banyak ion2 negatif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit.
*Jangan ego
*Jangan dengki pada orang lain
*Jangan makan dari sumber yang tidak halal
*Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal*Jangan *makan               makanan yang ada pewarna
*Jangan makan makanan yang ada pengawet
*Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
*Jangan mandi selepas 9.00malam


PENTING!!!!!!
selamat beramal.....
Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.

Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.

Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).

Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.

Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.

Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.

Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.

Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.

Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.

Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.

Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita.

Nanti kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.

Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.

Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.

Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.

Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.

Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.

Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...