Hot Stuff

Friday, December 16, 2011

:: Dosa Orang Mengumpat dan Hadis Mengenainya ::


Sumber : 

Mengumpat ialah menceritakan atau menyebut keburukan atau kekurangan seseorang kepada orang lain.Rasulullah S.A. W. menjelaskan mengenai mengumpat separti sabda nya bermaksud "Mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya" (Hadis Riwayat Muslim)

Mengumpat berlaku sama ada disedari atau tidak. Perbuatan itu termasuk apabila menyebut atau menceritakan keburukan Biarpun tanpa menyebut nama pelakunya tetapi diketahui oleh orang yang mendengarnya.Memandangkan betapa buruk dan hinanya mengumpat, ia Disamakan seperti memakan daging saudara seagama. Manusia waras tidak sanggup memakan daging manusia, inikan pula daging saudara sendiri.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya."Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat" (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Disebabkan mengumpat terlalu biasa dilakukan, maka ia Tidak dirasakan lagi sebagai satu perbuatan dosa. Hakikat inilah perlu direnungkan oleh semua.Mengumpat dan mencari kesalahan orang lain akan mendedahkan diri pelakunya diperlakukan perkara yang sama oleh orang lain. Allah akan membalas perbuatan itu dengan mendedahkan keburukan pada dirinya.

Sabda Rasulullah S.A.W. "wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya,dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Orang yang mengumpat akan mendapat kerugian besar pada hari akhirat. Pada rekod amalan mereka akan dicatatkan sebagai perbuatan menghapuskan pahala.Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud :"Perbuatan mengumpat itu samalah seperti api memakan ranting kayu kering".Pahala yang dikumpulkan sebelum itu akan musnah atau dihapuskan seperti mudahnya api memakan kayu kering sehingga tidak tinggal apa-apa lagi.

Diriwayatkan oleh Abu Ummah al-Bahili, diakhirat seorang terkejut besar apabila melihat catatan amalan kebaikan yang tidak pernah dilakukannya didunia. Maka, dia berkata kepada Allah "Wahai Tuhan ku, dari manakah datangnya kebaikan yang banyak ini, sedangkan aku tidak pernah melakukannya".Maka Allah menjawab :"Semua itu kebaikan (pahala) orang yang mengumpat engkau tanpa engkau ketahui".

Sebaliknya, jika pahala orang yang mengumpat tidak ada lagi untuk diberikan kepada orang yang diumpat, maka dosa orang yang diumpat akan dipindahkan kepada orang yang mengumpat. Inilah dikatakan orang muflis diakhirat nanti.Memandangkan betapa buruknya sifat mengumpat, kita wajib berusaha mengelakkan diri daripada melakukannya. Oleh itu perbanyakkan lah zikir supaya dapat menghindarkan diri daripada mengumpat.


HADITH MENGENAI DOSA ORANG MENGUMPAT
Pengertian mengumpat adalah menceritakan keburukan seseorang walaupun ianya benar. manakala, maksud memfitnah pula adalah menceritakan keburukan seseorang padahal ianya tidak benar atau bohong.
Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya”
(Hadis Riwayat Muslim)
Dosa mengumpat membinasakan amal kebaikan ibarat api membakar kayu kering
Dari Jabir dan Abi Said, Rasulullah SAW bersabda:
“Awaslah daripada mengumpat, kerana mengumpat itu lebih keras daripada zina. sesungguhnya seseorang terkadang ia berzina dan bertaubat. maka diterima Allah swt akan taubatnya. Dan sesungguhnya seseorang yg mengumpat, tidak akan diampun dosanya sebelum diampuni oleh org yg diumpatnya itu.”
Balasan bagi org yang suka mengumpat
Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Anas, Rasulullah SAW bersabda:
“Pada malam aku diIsra’kan aku telah melalui suatu kaum yg mencakar-cakar muka mereka dgn kuku-kukunya sendiri, maka aku berkata: “Hai Jibril siapa mereka ini? jawab Jibril: Mereka ini adalah org2 yg suka mengumpat dan mereka juga suka menjaga tepi kain org”.
(Abu Daud dari Anas)
Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin..

14 comments:

Unknown said...

alhamdulillah , lega ckit hati nih bila baca tentang nih . setiap hari apabila ke sekolah, saya hari hari dingumpat oleh rakan sekelas tapi saya tak buat apa apa cuma pedulikan apa yang orang mengumpat dan bersabar . saya sendiri tak faham kenapa hari hari saya diumpat sedangkan saya cuma beria mengejar waktu untuk belajar dan berusaha keras untuk belajar kerana saya tahu saya tidak pandai . apa yang perlu saya lakukan untuk menutup mulut orang ? adakah itu satu ujian dalam saya mengejar ilmu ? saya spm tahun nih😊 doakan saya cemerlang spm
-Nur Izzati-

Anonymous said...

kalau baca di atas tu, org yg kena umpat adalah org yg beruntung sbb pahala org yg mengumpat akan diberikan kepada yg di umpat.jd relax lah kerana ada dah ada saham yg bnyk

Anonymous said...

Adakah mengumpat itu sedekah?

arif said...

arif said...

kita sebagai umat islam tidak sengaja mengumpat dan berbuat dosa seperti yang dijelaskan diatas bisa di ampuni dengan orang kita umpat tadi berbalik mengumpat apa di itu sama saja dengan balas dendam

arif said...

dan mungkin juga ada berkah bagi orang yang kita umpat dan berkah nya supaya orang itu sadar akan kesalahan yang di perbuat dan logikanya orang yang tidak berbuat salah tidak mungkin ada yang mengumpat itu saja penjelasan nya

Unknown said...

Koment nya bodoh terlalu bodoh.. Apa berkahya mengumpat coba.

Anonymous said...

Peringatan Rasulullah SAW kepada Orang Beriman
Sabda Rasulullah: “Wahai org beriman dgn lidahnya, tetapi belum beriman dgn hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum Muslim, dan janganlah kamu mengintip keaiban (menjaga tepi kain) mereka. Sesungguhnya, sesiapa yg mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaiban, dan dia akan mendedahknnya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri.”
(Hadis Riwayat Abu Daud)
Semoga Allah SWT memelihara kita daripada tabiat suka mengumpat dan juga menjauhkan kita daripada orang2 yang suka mengumpat. Amin..

Unknown said...

kita yang telah di umpat oleh orang tu dapat pahala ke? Tak silap saya dengar katanya ada

Unknown said...

Betul3x

Atan said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Bagaimana jika Kita bekerja dengan orang yang suka menceritakan perihal orang lain? Jika tidak mendengar, kelihatan seperti biadab. Jika mendengar, kita berdosa. Mahu ditegur, orangnya lebih berusia. Bagaimana ya tuan?

JJ said...

Bismillahirrahmaanirrahiim jzkk atas perkongsian ilmu mohon share moga diterima sebagai amal soleh In Syaa Allah Aamiin Allahumma Aamiin

Anonymous said...

Fak

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...