Hot Stuff
Friday, March 19, 2010
::SERUAN,JERITAN DAN PANGGILAN KEPADA MAYAT::
Dalam suatu riwayat disebutkan takala roh berpisah dari tubuh, maka ia dipanggil dari langgit dengan 3 kali jeritan :-
WAHAI ANAK ADAM ;
1) Apakah kamu meninggalkan dunia, atau dunia meninggalkan
kamu ?
2) Apakah kamu mengumpul dunia, atau dunia mengumpulkamu ?
3) Apakah kamu mematikan dunia, atau dunia mematikan kamu ?
Jika mayat diletakkan di tempat untuk dimandikan, maka ia dipanggil tiga kali teriakan :
WAHAI ANAK ADAM ;
1) Dimanakah tubuh yang kuat, bukankah sekarang kamu
menjadi lemah ?
2) Dimanakah mulutmu yang bercakap, bukankah sekarang kamu
menjadi diam ?
3) Dimanakah semua kekasihmu, bukankah mereka sekarang
mengasingkan kamu ?
Dikala mayat diletakkan ditempat kafan, ia dipanggil tiga kali jeritan :
WAHAI ANAK ADAM ;
1) Pergilah kamu ke tempat yang jauh tanpa membawa bekal !
2) Keluarlah kamu dari rumahmu dan tidak usah kembali !
3) Ingatlah kamu akan mendiami di dalam rumah yang penuh
kesedihan !
Sewaktu mayat diletakkan untuk di solatkan maka ia dipanggil tiga kali teriakan :
WAHAI ANAK ADAM ;
1) Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat !
2) Jika amal perbuatanmu baik maka kamu akan melihat
kebaikan !
3) Jika amal perbuatanmu buruk kamu akan melihat keburukan !
Sewaktu mayat dipikul di atas usungan, ia dipanggil tiga kali jeritan :
WAHAI ANAK ADAM;
1) Sangat bhagiakah kamu jika kamu termasuk orang yang
bertaubat.
2) Sangat berbahagiakah kamu jika amalanmu baik..
3) Sangat berbahagiakah kamu jika sahabatmu dalam keredaan
Allah dan alangkah celakanya kamu jika para sahabatmu orang
yang dimurkai Allah..
Apabila mayat sudah berada ditepi kubur maka ia dipanggil lagi tiga kali teriakan:
WAHAI ANAK ADAM;
1) Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit
ini ?
2) Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakiran ini ?
3) Bukankah kamu membaw cahaya penerang ditempat yang
gelap ini ?
Dan jika mayat diletakkan pada liang kubur maka ia pun dipanggil dengan tiga kali lagi:
WAHAI ANAK ADAM !
1) Kamu di atas punggungku bersenda gurau tapi kamu dalam
perutku menjadi sedih..
2) Kamu berada di atas punggungku bergembira ria tapi kamu
dalam perutku menjadi cemas dan duka..
3) Kamu di atas punggungku dapat berbicara tapi kamu dalam
perutku menjadi bisu.
Setelah para manusia pulang meninggalkan kubur lalu Allah berfirman :
WAHAI HAMBAKU KAMU TETAP TERPENCIL DAN SENDIRIAN, MANUSIA SUDAH PERGI DAN PULANG MENINGGALKAN KAMU DALAM KEGELAPAN. PADAHAL KAMU TELAH BERBUAT MAKSIAT KEPADA KU.. KERANA MANUSIA, KERANA ISTERI DAN KERANA ANAKMU. NAMUN AKU SANGAT KASIHAN KEPADAMU PADA HARI INI DENGAN LIMPAH RAHMAT YANG SANGAT MANUSIA KAGUMI. AKU LEBIH KASIHAN KEPADAMU DARIPADA KASIH IBU KEPADA ANAKNYA."
Demikianlah keterangan dalam satu riwayat mengenai beberapa ucapan dan jeritan serta teriakan yang ditujukan kepada MAYAT sejak rohnya dicabut keluar sehinggalah mayat diusung ke tanah perkuburan.
Nilailah dengan mata hati,bukan dengan hawa nafsu...
::petikan buku Alam Kubur::
Wednesday, March 17, 2010
::sekadar renungan buat semua::
Termenung jauh mindaku, mengenangkan diri semakin hari semakin
hilang usianya..Sudah lama meniti dunia ini, namun imanku tak jua semakin
bertambah..Mentari yg menyinari 'alam ini, bulan purnama menghiasi mlm...Betapa
hinanya kita, matahari serta bulan yg cukup besar masih patuh pd
aturanNya..sedangkan kita yg kerdil ini seringkali lalai drp perintahNya..~Ya
Allah, ampunkanlah daku kerna kelekaanku mengecapi dunia milikMu....~
Dari Aisyah r.a katanya: “Aku melihat Nabi s.a.w semasa
Baginda hampir wafat dan disisinya sebuah bijana berisi air, dan Baginda
memasukkan tangannya ke dalam bijana itu lalu menyapu mukanya, sesudah itu
Baginda berdoa: “Ya Tuhanku! Berilah aku pertolongan terhadap
penderitaan-penderitaan maut atau Sakratul maut (yang sedang aku hadapi)”......
::Golongan AR-RIJAL QOWWAMUN pupus??::
Antara tanda hari kiamat ialah ilmu semakin sedikit dan kejahilan semakin
banyak, zina akan berleluasa, wanita semakin ramai dan lelaki [qowwamun]
semakin kurang sehingga 50 wanita hanya dilindungi seorang lelaki. (Bukhari dan
Muslim)
Ia adalah satu
topik menarik yang selalu dibincangkan dalam pelbagai forum kebapaan iaitu
seolah-olah kini nilai kelelakian semakin pupus sama ada dari segi mahupun
tanggungjawab. Mengapakah fenomena ini terjadi, apakah puncanya, dan
bagaimanakah langkah terbaik untuk mengatasinya? Mungkin ramai yang beranggapan
ia membawa maksud bertambahnya bilangan lelaki lembut yang meniru gaya hidup
wanita, seperti yang pernah dibincangkan di akhbar tempatan suatu masa dahulu,
atau semakin kurangnya bilangan lelaki di dunia pada masa ini.
Pada hakikatnya
yang dimaksudkan ialah kurangnya lelaki yang menjalankan peranan mereka sebagai
lelaki seperti yang diperintahkan Allah di dalam al-Quran iaitu lelaki sebagai
qowwamun (pelindung) kepada wanita.
Allah berfirman
di dalam surah an Nisa ayat 34 Yang bermaksud:
Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita kerana Allah telah melebihkan
sebahagian mereka (kaum lelaki) atas sebahagian yang lain (kaum wanita) dan
kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian daripada harta mereka.
Lelaki mendapat
dua bahagian lebih daripada kaum wanita dalam pembahagian harta pusaka, lelaki
dikehendaki membayar mahar apabila berkahwin, lelaki dikehendaki menggauli
isterinya dengan baik, lelaki juga diizinkan berpoligami hingga 4 orang isteri
dengan syarat mampu berlaku adil. Mengapakah lelaki diberi kelebihan oleh Allah
daripada wanita dalam banyak perkara? Jawapannya ialah kerana lelaki itu memimpin
perempuan, bukan perempuan memimpin lelaki dan tidak pula sama kedudukannya.
Lelaki memimpin
wanita bukan sahaja berlaku pada manusia, bahkan pada haiwan. Lihatlah
bagaimana haiwan jantan memimpin yang betina. Jika ada sekumpulan itik jantan
dan betina maka itik jantan yang memimpin berpuluh-puluh itik yang
mengiringinya dan begitulah seterusnya.
Maksud hadis
riwayat Imam Bukhari dan Muslim ada menyatakan bahawa antara tanda akhir zaman
ialah lelaki semakin kurang daripada wanita dan yang lebih parah, 50 wanita
hanya dijaga seorang lelaki.
Merujuk kepada
matan hadis itu, Rasulullah juga menggunakan perkataan qowwamun yang bermaksud
pelindung untuk 50 wanita dan baginda tidak menggunakan perkataan ar-rijal yang
membawa makna lelaki di dalam bahasa Arab. Maksudnya, golongan lelaki yang
menjaga wanita semakin sedikit bilangannya pada hari ini.
Yang ramai
ialah lelaki yang tidak menjadi penjaga wanita, sebaliknya mengeksploitasi,
merogol dan menjadikan mereka sebagai alat melepaskan nafsu.
Lihatlah laporan
yang selalu dipaparkan di media cetak dan elektronik mengenai moral atau akhlak
masyarakat kita, khususnya orang Melayu Islam yang semakin hari semakin tenat.
Peningkatan kes
rogol, sumbang mahram, bunuh, samun, ragut wanita, dera isteri, anak dan pembantu
rumah, jelas menunjukkan betapa hilangnya nilai serta peranan ramai lelaki di
negara ini. Fenomena ini bukanlah merujuk kepada hilangnya sifat kelelakian
kerana mereka bertukar jantina, tetapi disebabkan tidak menjalankan tugas
sebagai lelaki yang sebenarnya sebagai pelindung kepada wanita, seperti yang
termaktub di dalam al-Quran dan hadis nabi.
Jika seseorang
lelaki itu mempunyai sifat pelindung maka dia akan melihat wanita sebagai
kelompok insan yang memerlukan perlindungan, dihormati, dijaga maruah mereka,
tidak dikasari, tidak diekspolitasi, apatah lagi diperlakukan sesuka hati
seumpama barang mainan. Pendek kata jika masyarakat mempunyai ramai lelaki
pelindung, kuranglah masalah kekeluargaan dan sosial.
Dalam kehidupan
berkeluarga, masyarakat amat memerlukan lelaki bersifat pelindung. Mereka tidak
akan malas di rumah dan membiarkan isteri dan anak sahaja membanting tulang
setiap hari. Selain itu mereka tidak akan memukul atau mendera sama ada isteri
mahupun anak, tidak menengking, tidak mengherdik, tidak memaki, mencaci dan
mencarut kepada isteri dan ahli keluarganya. Lelaki pelindung juga tidak akan
menggadaikan maruah anak dan isterinya walau sesulit manapun masalah yang
dihadapinya. Sayangnya lelaki pelindung semakin pupus bilangannya dalam masyarakat
hari ini.
Namun, wanita
juga turut menyumbang kepada pelupusan sifat pelindung lelaki berikutan
lantangnya suara sumbang golongan aktivis wanita yang ingin menyamaratakan
taraf wanita dan lelaki tanpa menyedari akan risikonya. Mereka juga galak menyeru
kepada usaha dominasi wanita terhadap tugas yang selama ini dipegang kaum
lelaki. Pada masa sama, semakin ramai pula wanita yang rela diri mereka
dieksploitasi oleh lelaki yang mementingkan nafsu dan keuntungan material
semata-mata, hingga wujudnya golongan Pelayan Pelanggan (GRO) atau pelacur yang
dianggap bukan lagi suatu masalah dalam masyarakat.
Media massa
berlumba-lumba menggunakan wanita untuk melariskan produk mereka. Apa logiknya
wanita berpakaian ketat dan seksi berbaring di atas kereta baru yang hendak
dilancarkan? Perkara seumpama ini tidak akan berlaku jika lelaki mempunyai
sifat pelindung dan wanita pula menyedari mereka wajib dilindungi, bukan
dieksploitasi atau diperalatkan untuk kepentingan duniawi.
Persoalannya disini,
bagaimanakah caranya untuk menyedarkan kaum lelaki mengenai tugas mereka? Dalam
hal ini, lelaki Muslim perlu menyedari kedudukan mereka di hadapan Allah dan
kembali kepada Islam yang mengangkat martabat wanita dengan lelaki sebagai
pelindung martabat tersebut.
Jika lelaki
Muslim sedar bahawa dia hamba Allah, maka dia wajib menurut perintah Allah.
Jika ingin mengikuti perintah Allah, dia wajib patuh ajaran al-Quran yang
menyuruh lelaki menjadi pelindung kepada wanita dan mengikut contoh pelindung
terbaik iaitu baginda Rasulullah saw. Rasulullah tidak pernah menyakiti apatah
lagi menganiaya dan menzalimi wanita, terutama isteri baginda sendiri. Baginda
mengajar kita melindungi wanita yang menjadi sebahagian daripada unsur utama
masyarakat Islam. Dengan mengikuti sunnah Baginda, seseorang lelaki itu akan
sentiasa menjadi pelindung kepada wanita.
Sabda Rasulullah di dalam sebuah hadis :
Daripada Muawiyah b Haidah al Qusyairi bahawa dia pernah bertanya kepada
Rasulullah:
Ya Rasulullah! Apakah hak isteri kami ke atas suaminya. Baginda menjawab, jika
engkau makan dia pun hendaklah diberi makan, jika engkau membuat pakaian, dia
hendaklah diberi pakaian, kalau memukul jangan mukanya dipukul dan jangan
dikatakan dia buruk. (Abu Daud).......
Subscribe to:
Posts (Atom)








