Kedatangan bulan Ramadhan sangat ditunggu-tunggu oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka selalu berdoa agar dipanjangkan umur untuk sama-sama dapat berpuasa pada bulan yang mulia ini. Bulan yang penuh keberkatan dan kemuliaan. Bulan di mana di dalamnya terdapat Lailatul Qadar. Iaitu malam yang terbaik dari seribu bulan.
Rasulullah dan para sahabat menyambut kedatangan Ramadhan dengan penuuh gembira. Dan pemergiannya ditangisi. Mencontohi akhlak Rasulullah dan para sahabat, itulah yang sepatutnya ada dalam diri kita. Rasa seronok dan gembira untuk menyambut kedatangan bulan Ramadhan perlu disemai dalam jiwa kita.
Allah mewajibkan kita berpuasa di dalam bulan ini kerana terdapat banyak hikmah tersirat buat manusia itu sendiri. Waktu berpuasalah dapat memberikan kerehatan kepada organ-organ di dalam badan. Seterusnya organ-organ ini akan berfungsi dengan lebih baik lagi setelah cuku rehat di waktu siang harinya pada bulan ramadhan.
Ini memberikan satu penjagaan kesihatan badan yang cukup baik kepada manusia, tanpa kita sedari. begitu juga buat ramaja dan umat ISLAM seluruhnya. Kepentingan berpuasa kepada manusia ialah memberi latihan yang cukup baik bagaimana menahan dan mengawal nafsu.
No comments:
Post a Comment