Hot Stuff

Wednesday, January 6, 2010

::pembahagiaan nafsu ::




  • PEMBAHAGIAAN NAFSU MENGIKUT IMAN GHAZALI DALAM IHYA' ULUMUDDIN

  • Pertama: NAFSU AMARAH
  • Asalnya nafsu insan iaitu nafsu semula jadi manusia.
  • berbuat sesuatu maksiat barulah ia menjadi nafsu amarah dengan keburukan.

  • Kedua:NAFSU LAWWAMAH
  • Jika ia bertaubat daripada melakukan maksiat serta mencela dan menyesal atas perbuatan yang jahat itu,maka barulah ia naik kepada martabat nafsu lawwamah.

  • Ketiga:NAFSU MUTHMAINAH
  • Jika ia sangat gemar melakukan ibadat yang zahir dan ibadat yang batin seperti solat sunat dan zikir qalbi serta tetap hatinya dalam melakukan ibadat itu disamping menghindari pekara kejahatan,maka telah sampai ia kepada martabat nafsu muthmainah.

  • PEMBAHAGIAAN NAFSU MENGIKUT AL-ARIF SHEIKH QASIM AL-HARBI R.A

  • NAFSU AMARAH
  • Jahil,kikir,loba,takbur,gemar berkata-kata akan perkataan yang sia-sia,lalai,dan suka menyakitkan hati manusia.

  • NAFSU LAWWAMAH
  • Setelah ia ia menempuhi dengan penuh sabar dan tekun.
  • akan sentiasa mencela diri atas setiap kesalahan yang dilakukan.
  • ia bersifat dengan sifat banyak berfikir,ujub,riya,suka menjadi masyhur.

  • NAFSU MULHIMMAH
  • Sentiasa mempunyai keyakinan yang benar dan hatinya sentiasa kasih dan rindu kepada perbuatan ALLAH dan segala tentang ALLAH.
  • sentiasa lupa pada perasaan dan perbuatan sendiri yang sentiasa menumpu kasihnya terhadap ALLAH S.W.T.

  • NAFSU MUTHMAINAH
  • yang hati dan dirinya sentiasa dekat dengan ALLAH.
  • Ia merasakan ALLAH sentiasa bersamanya walau kemana sahaja ia pergi.
  • sifat seorang yang bernafsu muthmainah adalah murah hati,bertawakal kepada ALLAH,tidak cepat marah,suka membuat amal ibadat.bersyukur,redha dengan segala ketentuan ALLAH,dan sentiasa sabar dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

  • NAFSU RADHIAH
  • Yang sentiasa redha dengan segala dugaan yang diberikan oleh ALLAH terhadap dirinya.
  • sentiasa ikhlas dalam segala yang dilakukan dan tidak mengharapkan balasan, kecuali kerana ALLAH.
  • sifatnya adalah sentiasa membuat kebajikan,memberi nasihat,menyeru kepada amar makruf nahi mungkar(menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran,tidak mendengar perkara yang sia-sia,sentiasa membanyakkan zikir kepada ALLAH,fananya sangat mendalam kepada ALLAH,dan sentiasa mementingkan suruhan ALLAH dari yang lain.

  • NAFSU MARDIAH
  • Yang sentiasa terus mendapat kemuliaan dari ALLAH.
  • doa sentiasa dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.
  • sifat orang yang bernafsu mardiah adalah segala perbuatan sentiasa  dilindungi oleh ALLAH,lemah lembut dengan semua manusia,sentiasa memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap dirinya,sentiasa kasih terhadap manusia,dan mengeluatkan manusia dari kejahilan lampau dengan izin ALLAH S.W.T.

  • NAFSU KAMILAH
  • Yang perjalanannya sentias dalam perhatian dan kekuasaan ALLAH.
  • sentiasa menyayangi seluruh manusia atas perintah ALLAH sahaja dan ia tidak tunduk selain ALLAH.
  • tempatnya adalah khofi iaitu nisbah antara ruh dan jisim yang bermaksud kasih sayangnya terhadap ALLAH tiada jarak dan sempadan.

KESIMPULANNYA
  • Nafsu adalah makhluk yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia untuk sentiasa ada perasaan berkasih sayang antara makhluk.Ia adalah satu nikmat yang yang sangat istimewa kepada manusia.Dengan nafsu kita dapat merasai nikmat hidup,nikmat makan,nikmat sentuhan dan sebagainya.Kita kena bersyukur kepada ALLAH kerana dikurniakan nafsu yang boleh kita merasai sesuatu yang ALLAH ciptakan di muka bumiNYA.
  • Namun begitu,hendaklah kita sentiasa beringat bahawa nafsu juga merupakan musuh dalam selimut yang juga merupakan pembantu utama kepada syaitan dalam menyesatkan kita.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...