Jika dilihat pada penafsiran Dr.Wahbah Zuhaili dalam tafsirnya yang mahsyur Tafsir Munir, makna “yakun” itu bererti Allah SWT mengkhabarkan tentang kekuasaannya lalu melakukan sesuatu perkara dengan sendirinya tanpa memerlukan sebarang alatan mahupun bantuan. Terjemahan ayat menunjukkan akan kekuasaan Allah SWT menciptakan, melakukan, merubah sesuatu ke atas sesuatu merangkumi keseluruhan penciptaanNYA. Maha suci Allah SWT berkuasa atas segalanya. Firman Allah SWT:
“Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: “Jadilah!” maka terjadilah ia.” (Surah Yassin : 82)
“Maka Maha Suci (Allah) yang di tangan-Nya kekuasaaan atas segala sesuatu dan kepada-Nyalah kamu dikembalikan.” (Surah Yassin : 83)
"Apabila bumi digongcang dengan goncanganya (yang dahsyat)." (Surah Al-Zalzalah :99:1)
orang-orang kafir bertanya-tanya tentang hari kiamat." Mereka bertanya bila datangnya hari kiamat itu?." dan lain-lain pertanyaan mereka.Lalu Allah menjelaskan dalan surah ini tanda-tanda hari kiamat,agar mereka mengetahui bahawa tidak mungkin menentukan waktu datangnya hari tersebut saat manusia seluruhnya dikumpul dihadapan Allah subahanallah ta'ala untuk di tentukan siapa-siapa yang berhak mendapat azab dan siapa pula yang harus mendapat pahalanya
Dalam ayat ini Allah mengungkapkan bahawa bumi bergetar sedahsyat-dahsyatnya, sebagaimana diterangkan dalam ayat lain dengan firmanNya :
"Hai manusia bertakwalah kepada Tuhanmu ; Sesungguhnya kegoncangan Hari Kiamat itu adalah suatu kejadian yang sangat besar (dahsyat) ." ( Surah Al-Hajj :1)
Dan firmanNya :
" Apabila bumi digoncangkan dengan sebenar goncangan." (Surah Al-Waqiah :4)
Keterangan ini menunjukkan tentang dahsyatnya keadaan ketika itu,di maksudkan untuk menarik perhatian orang kafir,agar mereka memikir dan merenungkannya. Seakan-akan dikatakan kepada mereka apabila bumi sebagai benda padat bisa bergetar dengan benda padat pada hari itu,maka mengapakah kamu tidak mahu sedar dari kelalaian dengan meninggalkan kekafiranmu..
Ketika sedang asyik membaca artikel di blog sahabat blogger ,saya terjumpa satu artikel dan youtube yang mengaitkan gempa bumi di negara matahari terbit itu adalah Man-Made maksudnya manusia yang menghasilkan bencana melalui teknologi yang terlampau canggih atau lebih dikenali sebagai HAARP,samaada di Sinchuan dan tempat-tempat yang lain...sejauh mana kebenarannya wallahua'lam.. Apa pun yang berlaku semoga ia menjadi iktibar buat kita semua terutamanya kita yang bergelar muslim..jadikanlah pengajaran bersama..
Saksikan video ini..Kuasa Allah tiada batasanNya..
Bila tengok video tentang fenomena HAARP dengan sendirinya rasa takut menyelubungi hati kecil ini, ya Allah jadikanlah kami hamba yang selalu taat kepada-Mu..Di sinchuan aurora ia membentuk seperti pelangi sebelum gempa bumi berlaku..sumber :google...
Siapa sangka air yang memukul sisiran pantai yang mampu menenangkan si hati..boleh mengubah segalanya dengan kehendak-Nya..
link dibawah ini menunjukkan sebelum dan selepas kejadian gempa bumi dan tsunami di Jepun..
( gerakkan anak panah tetikus anda kekiri dan kanan) Subahanallah hebatnya Kuasa Allah..
( gerakkan anak panah tetikus anda kekiri dan kanan) Subahanallah hebatnya Kuasa Allah..
No comments:
Post a Comment