Hot Stuff

Sunday, April 3, 2011

::Murid Dibelasah Penyelia Asrama Sehingga Meninggal Dunia ::

      Assalamulaikum pembuka bicara.....

Jika dilihat pada hari ini terpampang di muka depan akhbar berkaitan dengan kematian seorang pelajar berusia TUJUH tahun  di asrama  sebuah sekolah AGAMA!!
kematian murid tersebut bukan kerana terjatuh atau keracunan dan sebagainya, tapi disebabkan diPUKUL oleh pengurus asrama sekolah berkenaan.

Astagfirullah... di mana nilai kemanusiaan ketika ini?? ternyata manusia sekarang semakin rakus dan bertindak di luar batasan dan norma seorang manusia, langsung tidak menuruti garis landasan seperti mana yang terkandung dalam Al-quran  dan Sunnah Nabi Muhammad.

Sebagai seorang manusia biasa adakah wajar kita membelasah kanak-kanak berusia tujuh tahun kerana kesalahan mencuri dan sebagainya?? ya wajar?? itu jawapan anda?? jika itu jawapan anda, saya ingin bertanyakan pada umur berapa tahunkah kanak-kanak lelaki boleh dihukum jika meninggalkan solat?? dan hukuman yang macam mana yang dikenakan?? adakah hukum meninggal solat lebih kecil berbanding dengan hukum orang yang mencuri??

sila semak semula hujah-hujah yang diberikan.. pada pendapat saya kanak-kanak tersebut tidak bersalah. Walaupun jika kesalahannya mencuri adalah menjadi tanggungjawab kita agar merubah hatinya kembali kepada jalan yang benar. Tidak perlu dengan melakukan kekerasan. Jika semua jalan kebenaran dibawa dengan kekerasan, maka akan kucar-kacirlah dunia ini. Jika islam itu dibawa dengan mata pedang dan kekerasan, maka tidak kekallah ia sehingga sekarang. Jika nabi kita Rasulullah BERDAKWAH DENGAN CARA KEKERASAN, maka tidak akan berkembang Islam seperti mana yang ada sekarang.

Dan jika dilihat pada laporan akhbar metro dan kosmo, ternyata murid tersebut mempunyai masalah keluarga, iaitu beliau tinggal bersama keluarga angkat. Ibu beliau meninggal dunia pada tahun 2006. Ayah kandungnya berkerja di tempat lain dan telah setahun tidak berjumpa dengannya. Jikalau kita berada di tempatnya, bayangkan betapa sedihnya hati anak kecil ini yang tidak mendapat kasih sayang kedua orang tuanya. Namun semuanya telah terlambat, beliau telah pergi menyahut seruan Ilahi seperti mana ibunya.

Justeru marilah kita semua renungkan bagaimanakah perkara ini boleh terjadi di sebuah sekolah AGAMA?? sekolah yang berlandaskan ISLAM?? adakah manusia sekarang sudah sampai ke penghujungnya?? Wallahualam.. 

sila berikan pandangan anda......

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...