Hot Stuff

Saturday, December 5, 2009

:: Ahlan Wasahlan ::


SELAMAT DATANG...
Assalamualaikum ana ucapkan kepada semua yang mengenali diri ana...

    Selamat datang ana ucapkan kepada antum semua yang telah memasuki blog ana dan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membaca blog ana. Walaupun blog ini masih baru lagi namun telah ramai yang menziarahi blog ini. Sekiranya antum semua ingin memuji, puji lah kepada sang pencipta kerana telah memberikan akal yang kreatif dan kritis kepada antum semua. Tanpa izin dari-Nya tidak mungkin ana dapat membuat blog yang sebegini rupa.

    Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati, pandangan, pendapat dan sebagainya atau mungkin ulasan berkaitan artikel-artikel yang telah ditulis. Antum semua bolehlah menghantarkan emel ke alamat alfateh_90@yahoo.com. Sesungguhnya setiap manusia pasti melakukan kesilapan, dan jikalau ana mempunyai salah tegurlah secara berkhemah dan ilmiah. Ana akan terima teguran itu dengan hati dan minda yang terbuka. Berilah kritikan yang membina agar diri ana semakin maju kehadapan. Salam Ukhwah Fillah.  Assalamualaikum.....

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


Friday, December 4, 2009

:: Cinta ::

BERCINTA

Assalamualaikum....
     Ramai orang berpandangan: Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, tanpa perkenalan mustahil cinta bertandang, tanpa percintaan mustahil keserasian dikesan. Mereka sebenarnya terlepas pandang, dalam Islam ada taaruf dalam tempoh merisik dan bertunang, yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan, taaruf itulah mendedahkan keserasian, cuma takrif "taaruf" dan "serasi" dalam fikiran manusia berlainan.


     Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, bukan taaruf melalui bercinta sakan, Islam mengajar serasi dengan tuhan, bukan serasi dengan kehendak pasangan, cinta Ar-Rahman menjana kebahagiaan, lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.. sekadar renungan bersama..

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


Tuesday, December 1, 2009

:: Yakin Diri ::

Iskandar Zulkarnain..

     TATKALA Iskandar Zulkarnain masuk ke sebuah negeri, dia diberitahu tentang sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan.

"Mengapa kasut itu terlalu istimewa?"
"Siapa yang mampu membuka talinya yang bersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia," jawab seorang pengikutnya.
"Kalau demikian bawa aku kesana!"

    Sebaik tiba di kuil tersebut, Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah. Setelah merenung tali kasut yang bersimpul itu, tiba-tiba Iskandar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali tersebut dengan pedangnya. Tali kasut itu pun terputus dan terungkai.

"Nah sekarang aku akan menakluki dunia!"

     Semua orang di sekelilingnya terkejut. Telah ramai raja-raja dari seluruh pelusuk dunia datang mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu, semuanya gagal. Mereka hairan melihat betapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. Dan terbukti beberapa tahun kemudian Iskandar berjaya menakluki dunia!

     Pengajaran: Yakin atas kemampuan diri adalah syarat utama untuk berjaya. Mereka yang berjiwa besar berani menempuh jalan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa. Dan mereka selalunya mampu berfikir " di luar kotak" bagi menangani sesuatu cabaran.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...