SELAMAT DATANG...
Assalamualaikum ana ucapkan kepada semua yang mengenali diri ana...
Selamat datang ana ucapkan kepada antum semua yang telah memasuki blog ana dan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membaca blog ana. Walaupun blog ini masih baru lagi namun telah ramai yang menziarahi blog ini. Sekiranya antum semua ingin memuji, puji lah kepada sang pencipta kerana telah memberikan akal yang kreatif dan kritis kepada antum semua. Tanpa izin dari-Nya tidak mungkin ana dapat membuat blog yang sebegini rupa.
Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati, pandangan, pendapat dan sebagainya atau mungkin ulasan berkaitan artikel-artikel yang telah ditulis. Antum semua bolehlah menghantarkan emel ke alamat alfateh_90@yahoo.com. Sesungguhnya setiap manusia pasti melakukan kesilapan, dan jikalau ana mempunyai salah tegurlah secara berkhemah dan ilmiah. Ana akan terima teguran itu dengan hati dan minda yang terbuka. Berilah kritikan yang membina agar diri ana semakin maju kehadapan. Salam Ukhwah Fillah. Assalamualaikum.....
MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...
No comments:
Post a Comment