Hot Stuff

Sunday, January 31, 2010

:: Warkah Dari Ibu dan Ayah ::


.....Di dalam hati ibu berkata : “pergilah wahai anakku.. belajarlah bersungguh-sungguh.. Jangan engkau lemas dalam kebebasan yang ibu berikan .. kalau tidak ibu tidak akan hantar kamu ke sana melainkan ibu memberikan kepercayaaan penuh kepada kamu.. kerana kamu anak ibu..sayang...”

.....Di dalam jiwa ayah berbisik : “anakku ayah lepaskan kamu dengan sejuta doa moga kamu tidak pernah lupa nama yang kau bawa di hujung namamu.. hati ini penuh berharap agar kamu pulang membawa hadiah perjuangan anakku!!!”

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...







:: Cinta ::

assalamualaikum wbt

Apakah itu cinta?
......Cinta itu perasaan jiwa semulajadi. Ia adalah fitrah yang menjadi salah satu sifat manusia.Ia wujud bila hati tertarik kepada yang dicintainya itu penuh emosi dan gembira kerana itu. Dalam memenuhi keperluan untuk puas dalam cinta,manusia menghadapi krisis nilai.Insan yang mula jatuh cinta akan bersungguh untuk mencapai kepuasan dalam cinta itu. Ada yang menjadi buta dan kabur nilai akibat bercinta. Tapi bagi yang bijaksana mereka mendambakan.. cara yang sesuai dan mulia untuk memenuhi keperluan cintanya itu. Insan sebegini ingin hidup yang bersih dan penuh taqwa.

Sifat Cinta
......Cinta itu suci,mahal dan tinggi tarafnya.Sifat cinta itu sempurna.Jika tidak,cinta akan cacat.Itulah cinta sebenar cinta. Untuk mengetahui dengan lebih dekat,kita perlulah tahu sifat-sifat cinta ;

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan
......Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke  dunia.Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari  cinta kepada belaian ibu,membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci,maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta  itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih.

Cinta Bersedia
......Bila sampai masanya di setiap tahap-tahap cinta,maka Tuhan menjadikan manusia itu bersedia menerima cinta itu.Pada mulanya jiwa itu bersedia menerima cinta,lantas sedia pula untuk berkongsi rasa kewujudan dengan dikasihi.Sedia untuk mengikat setia serta saling memahami.Setia untuk dipertanggungjawapkan kerana cinta.Sedia untuk menyerah diri pada yang dicintai.

Cinta Itu Indah
......Walaupun kewujudan cinta tidak bisa dilihat,tetapi cinta itu indah dan cantik.Cantiknya itu tulin dan tidak ia bertopeng.Bukan saja ia cantik malah suci murni,bercahaya gemerlap dan putih bersih.

Cinta Itu Mengharap Balasan
......Cinta antara manusia itu berkehendak kepada jodoh atau pasangan,dari diri yang punya persamaan,dari diri yang asalnya satu.Bila dapat yang dicari,bermakna cinta itu menganggap telah bertemu yang paling sesuai dan secucuk dengan jiwanya,untuk bersatu kembali.Kehendak itu timbal balik sifatnya kerana manusia dalam bercinta tidak hanya menerima tapi juga menerima.

Cinta Itu Menakluki
......Sifat cinta itu ingin menguasai.Dia mahu yang dikasihinya itu hanya khusus untuk dirinya.Dia tidak mahu ianya dikongsi dengan orang lain. Sifat ini menuntut hak untuk mencintai dan dicintai.Tapi,dalam pada ingin menakluki,ia juga ingin ditakluki sepenuhnya.

Cinta Itu Mengetahui
......Pada asasnya sebenarnya cinta itu mengetahui.Orang yang bercinta tahu siapa yang patut dicintainya.Cinta tidak perlu bertanya.Manusia boleh jatuh cinta tanpa membaca ilmiah atau novel tentang cinta.Mereka tahu apa yang perlu dilakukan.Tapi,cinta cuma tahu bercinta.Ia tidak tahu akan peraturan cinta jika tiada diberikan panduan.

Cinta Itu Hidup
......Cinta adalah ibarat manusia,boleh berputik,lalu mekar serta boleh layu dan gugur.Cinta itu punya deria dan perasaan.Cinta mendengar cinta,berkata cinta,melihat cinta.Cinta ada segala-galanya.Sayang,  benci,cemburu,gembira,sedih,tenang,tertekan,ketawa dan menangis. Cinta itu hidup sampai satu ketika ia akan menemui mati.Tapi ramai orang  berharap agar cinta itu kekal selagi dia masih hidup dan tetap hidup walaupun telah mati.

Cinta Itu Suci
......Sebagaimana yang banyak dikatakan orang,cinta itu suci.Sucinya cinta bukan bermakna ia tidak mengharap balasan. Cinta mengharap balasan cinta.Sucinya cinta bermakna ia tidak bernoda dan tidak pula berdosa. Itulah sifat asal cinta,ia suci bagaikan anak yang baru lahir.Mereka yang kenal erti cinta akan cuba mengekalkan cinta itu sesuci mungkin. Mengekalkan cinta suci bermakna menjauhkan ia dari godaan nafsu yang tidak ada batasan.Kerana nafsulah cinta suci jadi bernoda dan berdosa.

Cinta Itu Mempersona
......Cinta itu bukan saja indah,tapi mempersonakan.Ia bukan kerana cinta itu nakal sifatnya tapi kerana ia suci dan bersih.Ia adalah sebagaimana anda melihat pada anak kecil yang comel dan bersih.Dia senyum pada anda dan merapati anda.Anda terpesona kerana bukan saja ianya comel,tapi kerana dia adalah insan yang tidak berdosa.Kerana sifat cinta yang mempersona ini selalunya manusia itu berbuat silap bila bercinta.Apa saja yang dilakukan oleh kekasihnya...mempersonakannya dan nampak cantik serta betul walaupun itu adalah satu dosa dan akan menodai cinta itu sendiri. Itulah juga yang menyebabkan orang yang bercinta itu walaupun seorang yang  bijaksana,akan menjadi bodoh kerana pesona cinta.Akal itu mampu dikalahkan oleh nafsu.Nafsu itu tidak bisa dikalahkan melainkan jika anda sentiasa ingat kepada Tuhan Maha Pencipta.

Apakah itu Bukti Cinta?
......Cinta perlukan bukti.Ramai orang percaya bahawa
bukti cinta itu ialah mengorbankan atau menyerahkan apa
saja yang kekasih anda mahu.Mereka percaya jika itu tidak
berlaku,maka cinta itu tidak tinggi nilainya.

Sebenarnya anggapan itu tidak tepat.Jika anda beri semua
yang dia mahu,apakah yang tinggal pada anda?
Benarkah dia cinta pada anda bila dia mahukan pengorbanan
anda?

Cinta sejati tidak memusnahkan atau merosakkan diri kekasih
yang dicintai.Malah ia menjaga agar kekasih tetap suci dan
selamat sebagaimana sucinya cinta itu sendiri


"Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu
membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap
sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur"

- Saidina Umar Ibnul Khattab -

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...

Wednesday, January 27, 2010

::Elakkan dosa::




Sayidina Umar pernah mengingatkan, bahawa dia lebih bimbangkan dosa-dosa yang dilakukan oleh tentera Islam berbanding kekuatan dan perancangan musuh. Dosa-dosa akan menghalang daripada datangnya bantuan Allah kepada kita. Kenapa orang melakukan dosa? Jawabnya, kerana lupakan Allah. Lupa zikir kepada-Nya. Justeru, untuk mendapat kekuatan, elakkan dosa. Dan untuk elakkan dosa sentiasalah mengingati Allah.

Badiuzaman Fauzi: Tazkirah Hari Ini: Bergembiralah Karena Sakit.. Dari Abu Hurairah ra, bahwasanya ia bersama dengan Rasulullah saw menjenguk orang yang sakit karena demam, lalu Rasulullah saw bersabda: “Bergembiralah, karena Allah telah berfirman: Itu adalah api-Ku, yang Aku kuasakan terhadap hamba-Ku yang mu’min di dunia agar menduduki (sebagai pengganti) bagian apinya di akhirat”. (Hadits ini ditakhrijkan oleh Ibnu Majah

Kalau tak malu.. Daripada Abu Mas’ud, Uqbah bin Amru Al-Anshari Al-Badri r.a, katanya : Telah bersabda Rasulullah SAW : ‘Di antara sabda para Nabi yang terdahulu yang masih dipakai untuk orang ramai ( sehingga kini ) ialah : apabila engkau tidak malu, maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki." (Riwayat Bukhari) Para ulama hadith memberi dua pendapat kepada maksud "maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki" 1. Jika tidak malu, maka maka kerjakanlah apa yang engkau kehendaki, maka Allah akan memberi balasan ke atas setiap perbuatan, seperti di dalam Surah Fussilat ayat 40. 2. Jika perbuatan tersebut tidak memalukan sesiapa, tidak mendatangkan malu kepada diri sendiri, Allah atau Rasul atau orang lain, kerana perkara itu perkara baik, maka lakukan.

Sunday, January 17, 2010

::sekadar renungan::






Duhai sahabat..susah itu TARBIYAH,
 SABAR itu indah , 
tanggungjawab itu AMANAH, 
kerja itu IBADAH..
teruskan perjuangan sebagai KHALIFAH..
moga dalam genggamanmu NAJAH

PETUA IMAM SYAFIE - 4 PERKARA UNTUK SIHAT: Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas

Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam

 Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
 3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih

Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat

Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama


Daripada Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang mengucapkan ketika pagi dan petang: Subhanallah wa bihamdi, seratus kali, maka tidak akan datang seseorang pun besok pada hari kiamat yang keadaannya lebih utama dari apa yang dikerjakannya, kecuali seseorang yang mengucapkan seperti apa yang diucapkan olehnya itu atau menambahkan dari ucapannya tadi." (Riwayat Muslim)

Wednesday, January 13, 2010

::coretan::



CARA MENGAWAL ‘STRESS’ DARI BUKU ‘PERUBATAN ISLAM...
(1)Jauhi Rokok dan perkara2 yg memabukkan:-Nabi Muhammad bersabda: “Jauhilah sesuatu yang memudaratkan..” (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah)

 (2)Tidur Yang Mencukupi Adalah Penawar Tidur yang mencukupi merehatkan badan serta otak. Nabi Muhammad bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berasa mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang membaca istighfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.” (Riwayat Bukhari-Muslim)

Saturday, January 9, 2010

::Wasiat Imam Syafi’e: Berakhlak Mulia::







Bahasa terjemahannya agak puitis, tapi banyak pengajaran dapat di ambil jika kita renungkan bait-bait nasihat berikut dengan mata hati yang dalam. Insya Allah.

1. Perbanyaklah Amal Kebaikan

Nafsuku padam tatkala ubun-ubunku menyala. Malamku gelap gelita ketika bintang bersinar terang. Wahai burung hantu yang hinggap di atas ubun-ubunku! Ketika burung gagak terbang dariku, kau kunjungi daku dan kau lihat tubuhku semakin rapuh. Memang setiap tempat yang kau kunjungi bererti itulah tempat-tempat kerapuhan.

Masihkah dapat kunikmati manisnya hidup, meskipun rambutku semakin menipis dan ubanku semakin menyebar, sulit untuk disemir ? Ketika usia senja seseorang telah datang dan rambutnya semakin memutih, hendaknya dia segera menumpas keseronokan serta kekejian hari-harinya dengan kebaikan.

Tinggalkanlah perkara-perkara yang buruk ! Kenapa hal itu haram dilakukan oleh orang yang bertaqwa. Dan tunaikanlah zakat atas kedudukan atau jawatanmu, kerana zakat tersebut sama dengan zakat harta bila telah sampai nisabnya.

Berlaku baiklah kepada orang lain. Kerana dengan begitu, kelak engkau akan dapat menguasai manfaat kepada orang lain.

Jangan berjalan di atas bumi dengan penuh keangkuhan. Ketahuilah bahawa tidak lama lagi bumi ini akan menelanmu.

Barangsiapa sedang mencicipi dunia, di situlah aku pernah merasakan pahit getirnya kehidupan. Bagiku dunia adalah tipu daya dan penuh berisi kedustaan, bagaikan fatamorgana di tengah padang sahara. Dunia tidak ubahnya bagaikan bangkai-bangkai busuk yang hanya anjing-anjing kelaparan yang mahu mendekatinya. Jika engkau menjauhi dunia, kelak engkau akan terselamat dari kekotorannya. Tapi, jika engkau dekati dunia, maka engkau akan diserang oleh anjing-anjingnya.

Berbahagialah orang-orang yang kukuh asas imannya dan menutup diri dalam kesucian jiwa.

2. Akhlak Yang Baik

Jika aku dicaci maki oleh orang yang hina, itu petanda bahawa darjatku akan bertambah. Kerana tidak akan muncul keaiban kecuali akibat perbuatan seseorang. Jika jiwaku belum menjadi mulia atas dunia akan kutetapkan ia di kalangan orang-orang yang hina. Jika semua usahaku kuniatkan hanya untuk kepentinganku sendiri, maka engkau akan menemukan diriku memiliki banyak kesempatan untuk itu. Tetapi, aku berusaha melakukan sesuatu untuk kepentingan kawan-kawanku. Sungguh merupakan suatu cela atas orang yang kenyang, sementara dia membiarkan kawan-kawannya kelaparan.

Suatu ketika aku pernah mendapat penghinaan dari orang bodoh, namun aku tidak menganggapinya. Dia semakin bodoh, dan aku semakin bijak. Ibarat batang kayu cendana, semakin hangus dibakar, semakin harum baunya. Jika orang-orang bodoh bertutur kata di depanmu, janganlah engkau tanggapi ! Sebaik-baik tanggapan untuk mereka adalah dengan bersikap diam. Jika kau berbicara di hadapan mereka, janganlah sampai terbawa arus pendapat yang diciptakan mereka. Dan jika kau berpaling dari mereka, wajah mereka akan tampak pucat pasi.

3. Jiwa Yang Kerdil

Diriwayatkan oleh Abdullah Al-Asbahani dari Abu Nashr dari Abu Abdillah yang mengatakan bahawa pernah mendengar Imam As-Syafi’e berkata :

“Tumpukan wang dapat membuat orang-orang yang sebelumnya membisu menjadi banyak bicara. Hati mereka tidak pernah mengenali kelebihan orang lain, dan tidak tahu darjat kemuliaan mereka sendiri”

4. Jiwa Yang Mulia

Tercabutnya gigi, seksa di penjara, tercabutnya jiwa, ditolaknya cinta, sejuk yang mencengkam, hukuman gantung, menyamak kulit binatang tanpa sinaran matahari, memakan daging, memburu burung, menanam biji di tanah yang gersang, memadamkan kobaran api, menanggung malu, menjual rumah dengan harga murah, menjual kasut, dan menghadapi keganasan cambukan rotan, semuanya itu masih lebih meminta belas kasihannya.

5. Tiga Penyebab Datangnya Penyakit

Terdapat tiga perkara yang dapat merosak manusia di samping juga dapat menyebabkan orang sihat menjadi sakit. Iaitu membiasakan minum minuman keras , terlalu banyak bersenggama, dan terburu-buru memasukkan makanan ketika di mulut masih ada makanan.

Mestikah kutaburkan permata ke hadapan domba-domba bodoh, atau mestikah aku bersajak di depan pengembala kambing-kambing ?

Sungguh ! Jika hidupku terlantar di negeri ini, aku akan memanfaatkan kata mutiara yang keluar dari penghuninya.

Jika Allah masih menganugerahi aku dengan kasihnya, akan kutemukan orang-orang pandai dan bijak.

Akan kusebarkan ilmuku, dan kumanfaatkan kecintaan mereka. Jika tidak, maka ilmuku akan selalu ku simpan.

Barangsiapa mengajari orang bodoh, akan sia-sia. Barangsiapa melarang orang lain yang berhak mendapat ilmu, zalimlah dia.

6. Meruntuhkan Kehormatan Orang Lain

Wahai orang yang telah menghancurkan kehormatan orang lain, dan yang memutuskan tali kasih sayang, kau akan hidup penuh kehinaan. Jika engkau orang merdeka dan dari keturunan orang yang baik-baik, pastilah engkau tidak akan menodai kehormatan orang lain.

Barangsiapa pandai menimbang orang lain, tentu orang lain akan menimbang dirinya dengan segenap kebaikannya. Cukup sudah bagiku pengajaran dari guruku.

7. Buruk Sangka

Prasangka selalu buruk dan prasangka buruk itu sumber fitnah. Ketika seseorang melemparkan tuduhan dalam keadaan lapar, ia hanya mengungkapkan prasangka baik dan ucapan yang enak didengar.

8. Terimalah Maaf Dengan Tulus

Terimalah permintaan maaf sahabatmu yang melakukan kesalahan, baik ia jujur mengatakannya kepadamu ataupun tidak. Dengan begitu bererti telah taat kepadamu orang yang engkau terima dari segi lahirnya sahaja. Dan telah membuatmu mulia orang yang bermaksiat kepadamu secara sembunyi-sembunyi

9. Permintaan Maaf Sebagai Penebus Dosa

Dikatakan kepadaku “Si polan telah membuatku sedih”. Padahal merupakan suatu cela bila seorang pemuda diperhatikan. Ku jawab : “Dia telah datang kepadaku untuk meminta maaf. Dan menurutku permintaan maafnya merupakan penebus dosanya.”

10. Diam Membawa Keselamatan

Banyak orang berkata : “Mengapa engkau diam padahal engkau dimusuhi ?” Aku katakan kepada mereka : Menanggapi sesuatu permusuhan sama dengan melakukan kejahatan. Bersikap diam dalam menghadapi orang bodoh atau orang yang gila merupakan kebajikan jiwa. Di dalam sikap diam juga terdapat penjagaan bagi kehormatan. Tidakkah engkau lihat ! Harimau-harimau hutan itu ditakuti dan disegani ketika mereka diam, sedangkan anjing di jalan raya banyak yang dilempari kerana selalu mengonggong.

11. Keutamaan Orang Pendiam

Aku menganggap diam sebagai perniagaan. Meskipun tak ada untungnya, paling tidak aku tak merugi. Diam ibarat barang niaga yang membawa banyak keuntungan bagi pemiliknya.

12. Sang Dermawan

Jika kamu tidak boleh bersikap dermawan, maka ingatlah bahawa hari-harimu yang telah berlaku tak akan kembali. Bukankah tanganmu boleh mengepal dan membuka ? Apa yang boleh kau harapkan ketika kau sendirian tatkala bumi mencengkam dirimu dengan kuku besinya ? Saat itulah tentu, engkau berharap untuk dapat kembali ke dunia, padahal hari-hari itu tak akan pernah kembali.

13. Ciri-ciri Orang Warak

Seorang yang memiliki sifat warak, tak akan mempedulikan kejelekan orang lain, kerana disibukkan oleh aibnya sendiri, ibarat orang sakit, ia tak mungkin menghiraukan penyakit orang lain, kerana sibuk memperhatikan penyakitnya sendiri.

14. Mengendalikan Nafsu

Yaqut Al-Hamawiy berkata bahawa pada suatu hari ada seorang yang datang kepada Imam Syafi’e seraya membawa lembaran bertulis : “Tanyakanlah kepada mufti Mekah dari keturunan Hasyim, apakah yang dia lakukan ketika sedang sangat marah kepada seseorang.”

Imam Syafi’i lalu menuliskan sesuatu di bawah pertanyaan itu: Tekanlah nafsunya, kendalikan amarahnya dan hendaklah bersabar dalam menghadapi setiap persoalan.

Pembawa lembaran itu kemudian datang kembali sambil membawa tulisan yang baru sebagai jawapan fatwa Imam Syafi’e. “Bagaimana mungkin dia dapat menekan nafsunya pada saat nafsu itu telah menjadi pembunuh dan setiap hari ada saja halangan yang merintanginya?”

Imam Syafi’e menjawab lagi: Jika dia tidak mahu bersabar atas derita yang menimpanya, maka tidak ada jalan lain baginya, kecuali hidup berhiaskan tanah.

15. Menyimpan Rahsia

Bila seseorang membuka rahsia peribadinya di depan orang banyak, kemudian dia mencela orang lain, maka orang tersebut dianggap tidak waras. Bila dia merasa dadanya sempit akibat rahsia peribadinya, maka ketahuilah bahawa dada tempat menyimpan rahsia tersebut lebih sempit lagi.

16. Hiasan Diri

Jagalah dirimu dan hiasilah dirimu dengan budi pekerti yang mulia ! Nescaya engkau akan hidup sejahtera, dan tutur kata orang-orang terhadapmu akan menjadi indah.

Janganlah memusuhi manusia, kecuali dengan sikap ramah. Nescaya akan ada yang menolongmu dan sahabat akan mengasihimu.

Tidak baik mencintai orang yang berwajah banyak (munafik) kerana ia akan mengikut arah angin ke manapun angin itu bertiup.

Apakah erti banyak kawan jika mereka tidak menolong di waktu kita susah.

17.  Sikap Lembut

Aku mengenali banyak orang, tetapi aku tidak pernah merasa dengki kepada mereka. Itulah sebabnya mereka sayang padaku. Bagaimana mungkin seseorang akan berlemah lembut kepada seorang pendengki, bila pendengki itu tidak menghendaki sesuatu apapun selain hilang nikmat dari orang tersebut.

18. Menjaga Diri

Jagalah dirimu baik-baik, nescaya isterimu akan menjaga dirinya dengan baik. Hindari perbuatan keji yang tidak pantas dilakukan oleh seorang muslim. Zina itu ibarat hutang, jika kau lakukan, maka isterimu dan anak-anakmu yang akan membayarnya. Renungkanlah.

19. Menjaga Lidah

Jagalah lidahmu kawan ! Agar ia tidak menyengatmu, kerana lidah tidak ubahnya ular berbisa. Banyak orang binasa akibat perbuatan lidah, padahal dulu mereka dihormati kawan-kawannya.

20. Rahsia Peribadi

Jika hidupmu ingin selamat dari nista, agama mulia, dan hartamu terjaga, jangan sekali-kali engkau buka rahsia peribadi seseorang. Kerana semua orang mempunyai rahsia peribadi, dan mereka juga mempunyai lidah.

Tetapi jika kedua matamu terbeliak mencari keaiban, biarkanlah. Katakan saja : “Hai mataku ketahuilah bahawa semua manusia punya mata.” Pergaulilah manusia dengan baik, tampakkan keramahan kepada manusia, dan layanilah mereka denagn baik. “

21. Menilai Diri Sendiri

Nilailah orang yang menilaimu dengan ukuran yang dipakainya waktu ia menilaimu. Siapapun yang datang dan berbaik hati padamu, sambutlah dengan hari lapang, dan siapa saja yang membencimu, layanilah. Kembalikanlah kepada Tuhan, kerana segala sesuatu yang datang kepadamu berasal daripadaNya.

22. Jika Akan Mulia Dengan Hidup Apa Adanya

Kubunuh sifat-sifat tamakku, maka tenanglah jiwaku. Jiwaku akan hina kalau aku tetap tamak. Kuhidupkan rasa puas yang telah lama mati, kerana dengan menghidupkannya harga diri dapat terjaga. Jika sifat rakus bersarang di hati seorang hamba, maka ia akan menjadi orang yang hina dina.

23. Diam Itu Lebih Baik

Tidak ada baiknya banyak bicara jika engkau telah mengetahui inti pembicaraannya. Bagi seseorang pemuda lebih baik diam daripada berbicara yang tidak pada tempatnya. Sebab, seseorang pemuda memiliki watak yang dapat dilihat dari raut mukanya.

24. Pahitnya Menjaga Kebaikan

Jangan engkau fikirkan kebaikan orang yang telah diberikan kepadamu. Pilihlah bahagian yang sesuai untukmu. Bersabarlah ! Sesungguhnya sabar itu perisai diri. Pemberian-pemberian orang lebih berat tanggunggannya di hati dibandingkan tusukan tombak.

25. Berpaling Dari Orang Bodoh

Berpalinglah dari orang-orang yang bodoh, kerana yang dikatakannya bermula dari kebodohannya. Tidak ada bahawa sungai Eufrat yang dalam itu, jika ada anjing yang menyeberanginya.

26. Mata Orang Yang Redha Itu Tumpul Terhadap Kesalahan

Mata orang yang redha seringkali tumpul terhadap semua keaiban. Tapi mata orang yang benci sering kali memusatkan kejelekan. Aku tidak takut kepada orang yang tidak takut kepadaku. Maka cintaku pun akan mendekat kepadanya. Dan jika cintanya menjauhi dariku, maka kita dapat hidup sendiri, apa lagi jika kita telah mati. 


MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


Wednesday, January 6, 2010

::berjaya dunia akhirat::




1-usaha dan ikhtiar 
2-jangan terpedaya dengan usaha sendiri 
3- jangan memandang rendah sahabat 
4- tinggalkan maksiat 
5- doa yang ikhlas
 6-husnuzzon billah 
7-restu ibu bapa 
8-redha guru & doa orang soleh 
 9-tawakkal...INGATAN & DOA TULUS IKHLAS drp ana buat sahabat2... semoga KITA NAJAH d DUNIA & AKHIRAT... Amin.....

BILAMANA KEYAKINAN KITA ADALAH KEYAKINAN TERTINGGI PADA ALLAH,SGL YG SEMPIT MNJADI LAPANG,YG SULIT MNJADI SENANG,JIWA RESAH MENJADI TENANG..YAKINLAH PADA ALLAH..-

::pembahagiaan nafsu ::




  • PEMBAHAGIAAN NAFSU MENGIKUT IMAN GHAZALI DALAM IHYA' ULUMUDDIN

  • Pertama: NAFSU AMARAH
  • Asalnya nafsu insan iaitu nafsu semula jadi manusia.
  • berbuat sesuatu maksiat barulah ia menjadi nafsu amarah dengan keburukan.

  • Kedua:NAFSU LAWWAMAH
  • Jika ia bertaubat daripada melakukan maksiat serta mencela dan menyesal atas perbuatan yang jahat itu,maka barulah ia naik kepada martabat nafsu lawwamah.

  • Ketiga:NAFSU MUTHMAINAH
  • Jika ia sangat gemar melakukan ibadat yang zahir dan ibadat yang batin seperti solat sunat dan zikir qalbi serta tetap hatinya dalam melakukan ibadat itu disamping menghindari pekara kejahatan,maka telah sampai ia kepada martabat nafsu muthmainah.

  • PEMBAHAGIAAN NAFSU MENGIKUT AL-ARIF SHEIKH QASIM AL-HARBI R.A

  • NAFSU AMARAH
  • Jahil,kikir,loba,takbur,gemar berkata-kata akan perkataan yang sia-sia,lalai,dan suka menyakitkan hati manusia.

  • NAFSU LAWWAMAH
  • Setelah ia ia menempuhi dengan penuh sabar dan tekun.
  • akan sentiasa mencela diri atas setiap kesalahan yang dilakukan.
  • ia bersifat dengan sifat banyak berfikir,ujub,riya,suka menjadi masyhur.

  • NAFSU MULHIMMAH
  • Sentiasa mempunyai keyakinan yang benar dan hatinya sentiasa kasih dan rindu kepada perbuatan ALLAH dan segala tentang ALLAH.
  • sentiasa lupa pada perasaan dan perbuatan sendiri yang sentiasa menumpu kasihnya terhadap ALLAH S.W.T.

  • NAFSU MUTHMAINAH
  • yang hati dan dirinya sentiasa dekat dengan ALLAH.
  • Ia merasakan ALLAH sentiasa bersamanya walau kemana sahaja ia pergi.
  • sifat seorang yang bernafsu muthmainah adalah murah hati,bertawakal kepada ALLAH,tidak cepat marah,suka membuat amal ibadat.bersyukur,redha dengan segala ketentuan ALLAH,dan sentiasa sabar dalam setiap pekerjaan yang dilakukan.

  • NAFSU RADHIAH
  • Yang sentiasa redha dengan segala dugaan yang diberikan oleh ALLAH terhadap dirinya.
  • sentiasa ikhlas dalam segala yang dilakukan dan tidak mengharapkan balasan, kecuali kerana ALLAH.
  • sifatnya adalah sentiasa membuat kebajikan,memberi nasihat,menyeru kepada amar makruf nahi mungkar(menyuruh kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran,tidak mendengar perkara yang sia-sia,sentiasa membanyakkan zikir kepada ALLAH,fananya sangat mendalam kepada ALLAH,dan sentiasa mementingkan suruhan ALLAH dari yang lain.

  • NAFSU MARDIAH
  • Yang sentiasa terus mendapat kemuliaan dari ALLAH.
  • doa sentiasa dimakbulkan oleh ALLAH S.W.T.
  • sifat orang yang bernafsu mardiah adalah segala perbuatan sentiasa  dilindungi oleh ALLAH,lemah lembut dengan semua manusia,sentiasa memaafkan segala kesalahan orang lain terhadap dirinya,sentiasa kasih terhadap manusia,dan mengeluatkan manusia dari kejahilan lampau dengan izin ALLAH S.W.T.

  • NAFSU KAMILAH
  • Yang perjalanannya sentias dalam perhatian dan kekuasaan ALLAH.
  • sentiasa menyayangi seluruh manusia atas perintah ALLAH sahaja dan ia tidak tunduk selain ALLAH.
  • tempatnya adalah khofi iaitu nisbah antara ruh dan jisim yang bermaksud kasih sayangnya terhadap ALLAH tiada jarak dan sempadan.

KESIMPULANNYA
  • Nafsu adalah makhluk yang diberikan oleh ALLAH kepada manusia untuk sentiasa ada perasaan berkasih sayang antara makhluk.Ia adalah satu nikmat yang yang sangat istimewa kepada manusia.Dengan nafsu kita dapat merasai nikmat hidup,nikmat makan,nikmat sentuhan dan sebagainya.Kita kena bersyukur kepada ALLAH kerana dikurniakan nafsu yang boleh kita merasai sesuatu yang ALLAH ciptakan di muka bumiNYA.
  • Namun begitu,hendaklah kita sentiasa beringat bahawa nafsu juga merupakan musuh dalam selimut yang juga merupakan pembantu utama kepada syaitan dalam menyesatkan kita.

:: Sejahtera ::


Assalamualaikum..

     Pertama sekali ana ingin mengucapkan syukran kepada semua yang telah sudi hadir ke blog ini. Pada waktu sekarang ini ana telah berjaya menyambungkan pelajaran ana di peringkat ijazah sarjana muda dengan kepujian. Sehubungan dengan itu berkemungkinan ana mempunyai waktu yang terhad untuk mengemaskini blog ini kerana sukatan pelajaran semakin berat dan bertambah. Tetapi ingat lah bahawa, jika kita menolong ke jalan Allah, maka Allah akan menolong kita. Ana akan sedaya upaya untuk menulis blog ini jika mempunyai kelapangan. Jadi ana berharap agar antum semua dapat bersabar sekiranya blog ini tidak selalu dikemas kini. syukran jazilan kepada antum semua..=)

Friday, January 1, 2010

:: Hidayah Allah ::



Intisari ayat
• Orang yang diberi hidayah pasti mengamalkan paraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah

Golongan yang mendapat hidayah Allah
• Bertasbih dan bertahmid kepada Allah
• Berjual beli tanpa lalai mengingati Allah
• Mendirikan solat fardhu
• Mengeluarkan zakat
• Takut kepada pembalasan hari kiamat

Cara mendapatkan hidayah Allah
• Menuntut ilmu
• Beramal soleh
• Zikir kepada Allah

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...