Hot Stuff

Thursday, December 31, 2009

:: Alasan ::


PADA hari Kiamat kelak, ada empat golongan manusia yg mengemukakan pelbagai alasan mengapa mereka tidak sempat beribadah kepada Allah SWT ketika di dunia. Ahli sufi Al-Faqih Abu Laits memberitahu, keempat-empat golongan itu ialah orang kaya, orang melarat, hamba abdi dan orang sakit.

Golongan pertama iaitu golongan kaya mengemukakan alasan : “Aku adalah orang kaya. Aku terlalu sibuk menguruskan hartaku hingga tidak sempat mengabdikan diri kepadaMu.” Maka Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Sesungguhnya Nabi Sulaiman adalah seorang raja dari timur ke barat tetapi beliau tidak derhaka kepada Tuhannya. Jadi alasan kamu tidak diterima.”

Golongan kedua, iaitu orang melarat mengemukakan alasan bahawa kemiskinannya menghalang untuk beribadah kepada Allah SWT. Allah SWT kemudian berfirman yg bermaksud : “Benarkah kamu lebih melarat daripada Nabi Isa? Kemelaratannya tidak menghalangnya daripada mengabdikan diri kepadaKu.”

Golongan ketiga, iaitu hamba abdi pula mengemukakan alasan terlalu sibuk menguruskan kerja yang diarahkan majikannya. “Tuhanku, saya dulu seorang hamba dan diperlakukan macam budak suruhan hingga menghalang aku untuk mengabdikan diri kepada Tuhan.” Tetapi Allah SWT membandingkan dengan nabi Yusof yang tidak lupa mengabdikan diri kepada Tuhan walaupun pernah menjadi hamba.

Golongan keempat ialah orang yang sakit yang mengemukakan alasan tidak terdaya dan mendakwa penyakitnya menghalang daripada mengabdikan diri kepada Tuhan. Lalu Allah SWT berfirman yang bermaksud : “Benarkah sakit kamu itu lebih berat daripada sakit yang dideritai Nabi Ayub? Walaupun sakit teruk, Nabi Ayub tetap beribadah kepada Tuhannya.”

Maka di hari Kiamat kelak, tiada seorang pun yang boleh mengemukakan alasan mengapa tidak beribadah dan tidak mengabdikan diri kepada Allah SWT ketika di dunia.

**Bersiap sedianya para mukminin bukan pula bermakna mereka hanya sibuk memburu dunia atau asyik mengurung diri menanti Kiamat sahaja, sebaliknya mereka kala itu amat sibuk mengerjakan ketaatan dan lebih ligat membuat manfaat kepada sesama manusia.**

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


Tuesday, December 29, 2009

:: Layanan Baik Terhadap Orang Bukan Islam ::



Intisari ayat
• Orang yang beriman wajib memberi perlindungan kepada orang bukan islam sekiranya mereka meminta perlindungan.

Kepentingan memberi layanan baik
• Supaya dapat memahami ajaran islam.
• Mewujudkan suasana aman dalam menjaga hubungan.
• Mewujudkan keadaan harmoni dalam kehidupan seharian.


Kesan peperangan dan kedamaian

• Peperangan
o Kehilangan nyawa
o Kemusnahan harta benda
o Tidak dapat membina kemajuan
o Tidak dapat menyediakan prasarana pendidikan
o Ekonomi akan hancur
o Memerlukan masa yang lama untuk memulihkannya

• Kedamaian
o Memberi keselesaan hidup
o Dapat memajukan negara
o Ekonomi menjadi kukuh
o Sistem pendidikan berjalan lancar

Pengajaran ayat
o Kita wajib mengekalkan keamanan
o Umat islam wajib menunjukkan teladan yang baik terhadap orang bukan islam
o Memberi kemaafan adalah sikap yang dituntut oleh islam
o Teladan yang baik dapat menarik orang bukan islam

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...




Saturday, December 26, 2009

:: Untukmu Wanita ::

Kau bunga di taman berseri,
mekarmu dipagari,
dari sucinya hati,
seorang wanita,
yang terpelihara.

Biar badai menduga,
kembangmu tetap indah,
dari nur keimanan,
menjulang di jiwamu,
asuhan ayah bonda.


Kau serikandi ummah,
akhlaqmu bunga diri,
menjaga nama dan budi,
dikaulah yang bernama,
wanita sejati,
kau intan permata.

Biar badai menduga,
kembangmu tetap indah,
dari nur keimanan,
menjulang di jiwamu,
asuhan ayah bonda.




MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


Thursday, December 24, 2009

:: Inzar Untuk Semua Muslimin & Muslimat ::



15 sifat yang TIDAK harus dimiliki oleh seorang pemimpin :

• Apabila diberi jawatan, dia merasa seronok dan terhibur.
• Apabila tidak dilantik,dia merasa tidak senang hati.
• Kalau dia pemimpin, arahannya selalu kasar dan menekan.
• Kalau dia menjadi pengikut, sukar untuk dia taat.
• Bersifat emosional dan mudah tersinggung.
• Suka berkawan dengan orang bawahan bertujuan untuk menonjol.
• Sukar untuk menerima pendapat orang lain.
• Berasa tidak senang apabila orang lain memberi pendapat yang bernas.
• Apabila di dalam majlis dia suka menyampuk percakapan orang lain.
• Suka jika pendapatnya sahaja yang diterima.
• Berasa tidak senang jika kemajuan tercetus daripada idea orang lain
• Tidak boleh dicabar, pasti tercabar.
• Bersifat panas baran dan cepat melenting.
• Ego dalam percakapan dan penampilan diri.
• Lebih bercakap, kurang bekerja (cakap tak serupa bikin).

     Begitulah sahabat-sahabat yang dikasihi Allah, sama-samalah kita mengkaji dan mencermin diri masing-masing. Adakah kita tergolong dalam golongan pemimpin yang memiliki ciri-ciri mazmumah di atas? Muhasabahlah….. dan fikirkanlah demi kebaikan diri kita.

“PEMIMPIN YANG BAIK IALAH PEMIMPIN YANG DAPAT MEMANIPULASI SEGALA KEADAAN YANG DIHADAPINYA DAN BUKANNYA DIMANIPULASI OLEH KEADAAN SEKITARNYA”

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


Wednesday, December 16, 2009

::perbaiki akhlak anda dihadapan Allah::



     Wiliam James mengatakan: Tuhan memberikan ampun atas kesalahan kita, namun organ saraf kita tidak pernah melakukan itu untuk selamanya."

     Ibnu Al Wazir dalam bukunya yang sangat terkenal,iaitu Al-Awashim Wa Al - Qawashim,mengatakan bahawa harapan terhadap rahmat Allah akan selalu membuka pintu harapan bagi diri seseorang hamba,akan menguatkannya untuk melakukan ketaatan,dan membuatnya semakin berlumba-lumba dalam melakukan amalan-amalan sunnah dan bersegera untuk melakukan kebaikan.

     Itu benar. sebab tidak semua jiwa akan menjadi baik kecuali dengan mengingat rahmat,keampunan,penerimaan taubat dan kesabaran Allah.kerana sikap Allah yang demikian baik,maka mereka pun mendekatkan diri kepadaNya dan berusaha keras melakukan kebaikan..

sematkan angan
hingga mencapai bintang keberkatan
jadikanlah kedipan kelopak matamu
dalam kedipan murah hati..
Bila hati meragu,segera jelaskan padanya
bahawa gugusan galaksi
sinar terang menerpa pagi..
Bersiaplah 
menghadapi waktu dhuha selanjutnya...

::adakah taubatku diterima::

TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA...



Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima? Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau  alamatnya itu:

     Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang soleh. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci”.

 Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:
    1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya.
    2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya.
    3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu.
    4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya.

 Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:
    1. Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa.
    2. Dia dicintai oleh Allah.
    3. Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
    4. Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini.





DUNIA HANYA PERSINGGAHAN
      Daripada ibnu umar r.a beliau berkata:Rasulluah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda:"Hiduplah engkau didunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir yang berlalu."Ibnu Umar r.a. pernah berkata :"Apabila engkau berada diwaktu petang,maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada diwaktu pagi,maka janganlah engkau menunggu ketibaan waktu petang.Ambillah peluang kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu..

Monday, December 14, 2009

:: Pemberitahuan ::



Assalamualaikum...

     Pertama sekali ana ingin memohon maaf atas sebab berkemungkinan tidak dapat mengupdatekan blog ini buat sementara waktu. Namun ana akan cuba untuk mengemaskinikan juga blog ini. Ana akan minta tolong kepada anis insyirah untuk mengemaskini blog ini buat sementera waktu. Asif kepada semua=)

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


:: Angkara Maksiat (Bahagian 4)::


  • Maksiat Melenyapkan Malu


Malu adalah pangkal kebajikan, jika rasa malu telah hilang, hilanglah seluruh kebaikannya. Rasulullah SAW bersabda: "Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu". (HR Bukhari)

  • Maksiat Meremehkan Allah

Jika seseorang berlaku maksiat, disedari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah perlahan-lahan akan lenyap dari hati. Jika perasaan itu masih ada, tentulah ia akan mencegahnya dari berlaku maksiat.

  • Maksiat Memalingkan Perhatian Allah

Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan syaitan. Allah berfirman:"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik".(Q,S Al-Hasyir:19)

  • Maksiat Melenyapkan Nikmat dan Mendatangkan Azab

Allah berfirman:" Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)". (Q,S Asy-Syura :30). Ali RA berkata :"Tidaklah turun bencana melainkan kerana dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan kerana taubat".


  • Maksiat Memalingkan Istiqamah

Orang yang hidup di dunia ini bagaikan seorang pedagang. Pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangannya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi. Allah akan membeli barang itu dan dibayarnya dengan kehidupan syurga yang abadi. Jika seseorang menjualnya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, ketika itulah ia tertipu.
Wallahu'alam.

Nota Kaki: Lihatlah betapa maksiat itu menjadi punca kepada pelbagai masalah dalam kehidupan=)

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...




Saturday, December 12, 2009

:: Akibat Melakukan Maksiat (Bahagian 3) ::

  • Maksiat Warisan Umat Yang Pernah Diazab

Misalnya, homoseksual adalah warisan umat Nabi Luth AS. Perbuatan curang dengan mengurangi tukaran adalah peninggalan kaum Syu'aib AS. Kesombongan di muka bumi dan menciptakan berbagai kerosakan adalah milik Firaun dan kaumnya. Sedangkan takbur dan bongkak merupakan warisan kaum Hud AS. Dengan demikian bisa dikatakan, bahawa pelaku maksiat zaman sekarang adalah kaum yang memakai baju atau mencontohi umat yang terdahulu yang menjadi musuh Allah SWT. Dalam musnad Imam Ahmad dari Ibnu Umar disebutkan bahawa Rasulullah SAW bersabda,"...Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum, maka dia termasuk golongannya".

  • Maksiat Menimbulkan Kehinaan Dan Mewariskan Kehinadinaan

Kehinaan itu tidak lain adalah akibat perbuatan maksiatnya kepada Allah sehingga Allah pun menghinakannya."...Dan barangsiapa yang dihinakan Allah, maka tidak seorang pun akan memuliakannya. Sesungguhnya Allah berbuat apa yang Dia kehendaki".(Q,S Al-Hajj:18). Sedangkan kemaksiatan itu akan melahirkan kehinadinaan, kerana kemuliaan itu hanya akan muncul dari ketaatan kepada Allah SWT. "Barangsiapa yang menghendaki kemuliaan, maka bagi Allah lah kemuliaan itu..."(Q,S Al-Faathir:10). Seorang salaf pernah berdoa, "YA Allah, anugerahilah aku kemuliaan melalui ketaatan kepada Mu, dan janganlah Engkau hinakan aku kerana aku bermaksiat kepada Mu".

  • Maksiat Merosak Akal


Ulama Salaf berkata, bahawa seandainya seseorang itu masih berakal sihat, maka akal sihatnya itulah yang akan mencegahnya dari kemaksiatan kepada Allah. Dia akan berada dalam genggaman Allah, sementara malaikat menyaksikan dan nasihat Al-Quran pun mencegahnya, begitu pula dengan nasihat keimanan. Tidaklah seseorang melakukan maksiat kecuali akalnya telah hilang.

  • Maksiat dilaknat Rasulullah SAW

Nabi SAW melaknat perbuatan maksiat seperti mengubah petunjuk jalan, padahal petunjuk jalan itu sangat penting (HR Bukhari), melakukan perbuatan homoseksual(HR Muslim), menyerupai lelaki bagi wanita dan menyerupai wanita bagi lelaki, mengadakan praktik suap-menyuap(HR Tirmizi) dan sebagainya.




  • Maksiat Menghalangi Syafaat Rasul dan Malaikat

kecuali bagi mereka yang bertaubat dan kembali ke jalan yang lurus, sebagaimana Allah SWT berfirman: "(Malaikat-malaikat) yang memikul 'Arsy dan malaikat yang berada di sekelilingnya bertasbih memuji Tuhannya dan mereka beriman kepada-Nya serta memintakan ampun bagi orang-orang yang beriman (seraya mengucapkan) : "YA Tuhan kami, rahmat dan ilmu Engkau meliputi segala sesuatu, maka berilah ampunan kepada orang-orang yang bertaubat dan mengikuti jalan Engkau dan peliharalah mereka dari siksaan neraka yang menyala-nyala. Ya Tuhan kami, dan masukkanlah mereka ke dalam syurga 'Ada yang telah Engkau janjikan kepada mereka dan orang-orang yang soleh di antara bapak-bapak mereka, dan isteri-isteri mereka, dan keturunan mereka semua. Sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Dan peliharalah mereka dari (balasan)kejahatan..."(Q,S Al-Mukminun:7-9)

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


:: Akibat Perbuatan Maksiat (Bahagian 2) ::



  • Maksiat Menghalangi Ketaatan

Orang yang melakukan dosa dan maksiat akan cenderung untuk memutuskan ketaatan. Seperti selayaknya orang yang satu kali makan tetapi mangalami sakit berpanjangan dan menghalanginya dari memakan makanan lain yang lebih baik.



  • Maksiat Memendekkan Umur dan Menghapus Keberkahan


Pada dasarnya umur manusia dihitung dari masa hidupnya. Sementara itu tak ada yang namanya hidup kecuali jika kehidupan itu dihabiskan dengan ketaatan, ibadah, cinta dan zikir kepada Allah serta mementingkan keredhaanNya.


  • Maksiat Menumbuhkan Maksiat Lain


Seorang ulama salaf berkata bahawa jika seorang hamba melakukan kebaikan, maka hal tersebut akan mendorong dia untuk melakukan kebaikan yang lain dan seterusnya. Dan jika seorang hamba melakukan keburukan, maka dia pun akan cenderung untuk melakukan keburukan yang lain sehingga keburukan itu menjadi kebiasaan bagi si pelaku.


  • Maksiat Mematikan Bisikan Hati Nurani


Maksiat dapat melemahkan hati dari kebaikan dan sebaliknya akan menguatkan kehendak untuk berbuat maksiat yang lain. Maksiat pun dapat memutuskan keinginan untuk bertaubat. Inilah yang akan menjadi penyakit hati yang paling besar.





  • Maksiat menghilangkan Keburukan Maksiat itu sendiri dan Memudahkan Dosa


Jika orang sudah biasa berbuat maksiat, maka ia tidak lagi buruk memandang perbuatan itu, sehingga maksiat itu menjadi adat kebiasaan. Ia pun tidak lagi mempunyai rasa malu melakukannya, bahkan memberitahukannya kepada orang lain tentang perbuatan itu. Dosa yang dilakukannya dianggap ringan dan kecil. Padahal dosa itu adalah besar di mata Allah SWT.

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


:: Akibat Membuat Maksiat (Bahagian 1) ::

Karya Ibnul Qayyim Al-Jauziah


  • Maksiat Menghalangi Ilmu Pengetahuan


Ilmu adalah cahaya yang dipancarkan ke dalam hati. Namun, kemaksiatan dalam hati dapat menghalangi dan memadamkan cahaya tersebut. Ketika Imam Malik melihat kecerdasan dan daya hafal Imam Syafi'e yang luar biasa, beliau (Imam Malik) berkata, "Aku melihat Allah telah menyiratkan cahaya di dalam hatimu, wahai anakku. Janganlah engkau padamkan cahaya itu dengan maksiat".

  • Maksiat mengahalangi Rezeki

Jika ketakwaan adalah penyebab datangnya rezeki, maka meninggalkannya bererti menimbulkan kefakiran. " Seorang hamba dicegah dari rezeki akibat dosa yang diperbuatnya". (HR Ahmad) Maksiat Menimbulkan Jarak dengan Allah. Diriwayatkan ada seorang lelaki yang mengeluh kepada seorang arif tentang kesunyian jiwanya. Sang arif berpesan, "Jika kegersangan hatimu akibat dosa-dosa, maka tinggalkanlah (perbuatan dosa itu). Dalam hati kita, tak ada perkara yang lebih pahit daripada kegersangan dosa di atas dosa".

  • Maksiat Menjauhkan Pelakunya dengan Orang Lain

Maksiat menjauhkan pelakunya dari orang lain, terutama dari golongan yang baik. Semakin berat tekanannya, maka semakin jauh pula jaraknya hingga berbagai manfaat dari orang yang baik terhalangi. Kesunyian dan kegersangan ini semakin menguat hingga berpengaruh pada hubungan dengan keluarga, anak-anak dan hati nuraninya sendiri. Seorang salaf berkata," Sesungguhnya aku bermaksiat kepada Allah, maka aku lihat pengaruhnya pada perilaku binatang(kenderaan) dan isteriku".

  • Maksiat Menyulitkan Urusan


Jika ketakwaan dapat memudahkan segala urusan, maka pelaku maksiat akan menghadapi kesulitan dalam menghadapi segala urusannya. Maksiat menggelapkan hati. Ketaatan adalah cahaya, sedangkan maksiat adalah gelap-gulita. Ibnu Abbas RA berkata,"Sesungguhnya perbuatan baik itu mendatangkan kecerahan pada wajah dan cahaya pada hati, kekuatan badan dan kecintaan. Sebaliknya, perbuatan buruk itu mengundang ketidakceriaan pada raut muka, kegelapan di dalam kubur dan di hati, kelemahan badan, susutnya rezeki dan kebencian makhluk".

  • Maksiat Melemahkan Hati dan Badan

Kekuatan seorang mukmin terpancar dari kekuatan hatinya. Jiak hatinya kuat maka kuatlah badannya. Tapi bagi pelaku maksiat, meskipun badannya kuat, sesungguhnya dia sangat lemah jika kekuatan itu sedang dia perlukan, hingga kekuatan pada dirinya sering menipu dirinya sendiri. Lihatlah bagaiman kekuatan fizik dan hati kaum muslimin yang telah mengalahkan kekuatan fizik bangsa Persia dan Romawi.

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...




Thursday, December 10, 2009

:: Sketsa Generasi Hawa ::



Lihatlah generasi Hawa
Senyumnya melilit tangkai jiwa
Akalnya satu nafsunya sejuta
Mudah ke syurga ramai ke neraka

Anehnya generasi Hawa
Tubuhnya yang kerdil kilang manusia
Jarinya yang halus menggoncang dunia
Rusuknya yang bengkok tiang negara

Tanya pada generasi Hawa
Siapakah pemimpinmu, Hawa atau Adam?
Dimanakah istanamu, rumah atau pawagam?
Bilakah pengembaraanmu, siang atau malam?

Sedarlah generasi Hawa
Kambalikanlah hijabmu yang tersingkap
Kelembutanmu yang lenyap
Nur dijiwamu yang kian malap
Fitrah Insaniah yang ranap

Ingatlah generasi Hawa
Umur dakwah seusia dunia
Jihad itu pahit,yang manis hanyalah syurga
Kau bukan kuntum plastik idaman remaja
Tetapi murabbi ummah semesta


Wahai generasi Hawa
Hidupkan semula
Peribadi Aisyah yang bijaksana
Keibuan Khadijah yang mulia
Ketaqwaan Fatimah yang berhati waja
Keimanan Sumaiyah syahidah pertama


MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...




Wednesday, December 9, 2009

:: Ainul Mardhiah ::

 Assalamualaikum...   
'Ainul Mardhiah merupakan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari yang lain (bermaksud mata yang di redhai). Suatu pagi (dalam bulan puasa) ketika nabi memberi targhib (berita-berita semangat di kalangan sahabat untuk berjihad/berdakwah untuk agama Allah) katanya siapa-siapa yang keluar di jalan Allah tiba-tiba ia syahid, maka dia akan dianugerahkan seorang bidadari yang paling cantik dalam kalangan bidadari-bidadari syurga. Mendengar berita itu seorang sahabat yang usianya muda teringin sangat hendak tahu bagaimana cantiknya bidadari tersebut, tetapi di sebabkan sahabat ini malu hendak bertanyakan kepada nabi saw, kerana malu kepada sahabat-sahabat yang lain. Namun dia tetap memberi nama sebagai salah sorang yang akan keluar di jalan Allah.

     Sebelum Zohor sunnah nabi akan tidur sebentar (dipanggil khailulah), maka sahabat yang muda tadi juga turut bersama jemaah yang hendak berangkat tadi tidur bersama-sama sekejap. Tiba-tiba dalam tidur sahabat tersebut dia bermimpi berada di satu tempat yang sungguh indah, dia bertemu dengan seorang yang berpakaian yang bersih lagi cantik dan muka yang berseri-seri, lalu di tanya sahabat ini, di manakah beliau berada,lalu ada suara yang menjawab, inilah syurga, tiba-tiba dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan 'Ainul Mardhiah (bidadari yang Nabi saw bagitahu tadi),lalu ditunjuknya di suatu arah maka berjalanlah sahabat ini, disuatu pepohon beliau mendapati ada seorang wanita yang tak pernah dia lihat kecantikan yang sebegitu,tak pernah dilihat didunia ini, lalu diberikan salam dan sahabat ini bertanya, andakah ini Ainul Mardhiah, wanita itu menjawab ehh tidakk (lebih kurang macam tu la dalam bahasa kita),saya penjaganya, Ainul Mardhiah ada di dalam singgahsana di sana.

      Lalu dia berjalan dan memasuki satu mahligai yang cukup indah dan mendapati ada seorang lagi wanita yang kecantikannya berganda-ganda daripada yang pertama tadi di lihatnya, sedang mengelap permata-mata perhiasan di dalam mahligai,lalu diberi salam dan di tanya lagi adakah ini Ainul Mardiah lalu wanita itu menjawab,eh tidak, saya hanya penjagaya di dalam mahligai ini,Ainul Mardiah ada di atas mahligai sana, lalu dinaikinya anak-anak tangga mahligai permata itu, kecantikkannya sungguh mengkagumkan, lalu sahabat ini sampai ke satu mahligai dan mendapati seorang wanita yang berganda-ganda cantik dari yang pertama dan berganda-ganda cantiknya dari yang kedua yang beliau jumpa tadi, dan tidak pernah di lihat di dunia lalu wanita itu berkata,akulah Ainul Mardhiah, aku diciptakan untuk kamu dan kamu diciptakan untuk aku, bila lelaki itu mendekatinya wanita itu menjawab, nanti kamu belum syahid lagi, tersentak daripada itu pemuda itu pun terjaga dari tidurnya lalu dia menceritakan segala-galanya kepada sahabat lain, namun begitu dia memesan agar jangan menceritakan cerita ini kepada Nabi SAW, tapi sekiranya dia syahid barulah di ceritakan kepada Nabi saw.

      Petang itu pemuda itu bersama-sama dengan jemaah yang terdapat Nabi saw di dalamnya telah keluar berperang/berjihad lalu ditakdirkan pemuda tadi telah syahid. Petang tersebut ketika semua jemaah telah pulang ke masjid, di waktu hendak berbuka puasa maka mereka telah menunggu makanan untuk berbuka (tunggu makanan adalah satu sunnah nabi). Maka kawan sahabat yang syahid tadi telah bangun dan merapati nabi saw dan menceritakan perihal mimpi pemuda yang syahid tadi.

     Sahabat pemuda yang syahid tadi, dalam menceritakan kepada nabi saw, Nabi saw menjawab benar, benar, benar sepanjang cerita tersebut. Akhirnya nabi SAW berkata memang benar cerita sahabat kamu tadi dan sekarang ini dia sedang menunggu untuk berbuka puasa di syurga.. Wallahualam...

Nota Kaki : Ainul Mardhiah merupakan ketua di antara bidadari-bidadari di syurga=)

MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...





Monday, December 7, 2009

::islam dan kerahsiaannya??::





  • Beranilah untuk mengejar apa yang kita mahukan,kerana tak semua yang kita inginkan akan kita perolehi,tetapi sekurang-kurangnya kita akan berpuas hati kerana kita telah berusaha dengan bersungguh-sungguh... Hidup tak bererti andai kita menyombong diri..kita adalah hamba dimuka bumi ALLAH itu hakikat yang sering kita lupa..


  • .."apabila kamu teringat akan seseorang,banyakkanlah olehmu ISTIGHFAR..apabila kamu lupa tentang apa yang kamu pelajari,banyakkanlah SELAWAT..apabila kamu mahukan wajah berseri dan sejuk mata memandang,banyakkanlah SOLAT DHUHA..apabila kamu mahukan perlindungan dan kekuatan hati,banyakkanlah TAHJJUD..dan apabila kamu mahukan malaikat mendampingimu dan mengelak dari pandangan nafsu@syaitan,hendaklah kamu sentiasa berada dalam keadaan berwudhu'.." 



  • Saturday, December 5, 2009

    :: Ahlan Wasahlan ::


    SELAMAT DATANG...
    Assalamualaikum ana ucapkan kepada semua yang mengenali diri ana...

        Selamat datang ana ucapkan kepada antum semua yang telah memasuki blog ana dan juga ucapan terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi membaca blog ana. Walaupun blog ini masih baru lagi namun telah ramai yang menziarahi blog ini. Sekiranya antum semua ingin memuji, puji lah kepada sang pencipta kerana telah memberikan akal yang kreatif dan kritis kepada antum semua. Tanpa izin dari-Nya tidak mungkin ana dapat membuat blog yang sebegini rupa.

        Jika terdapat sebarang ketidakpuasan hati, pandangan, pendapat dan sebagainya atau mungkin ulasan berkaitan artikel-artikel yang telah ditulis. Antum semua bolehlah menghantarkan emel ke alamat alfateh_90@yahoo.com. Sesungguhnya setiap manusia pasti melakukan kesilapan, dan jikalau ana mempunyai salah tegurlah secara berkhemah dan ilmiah. Ana akan terima teguran itu dengan hati dan minda yang terbuka. Berilah kritikan yang membina agar diri ana semakin maju kehadapan. Salam Ukhwah Fillah.  Assalamualaikum.....

    MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
    PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


    Friday, December 4, 2009

    :: Cinta ::

    BERCINTA

    Assalamualaikum....
         Ramai orang berpandangan: Kita perlu bercinta untuk mengenal pasangan, tanpa perkenalan mustahil cinta bertandang, tanpa percintaan mustahil keserasian dikesan. Mereka sebenarnya terlepas pandang, dalam Islam ada taaruf dalam tempoh merisik dan bertunang, yang melibatkan mahram bukan berdua-duaan, taaruf itulah mendedahkan keserasian, cuma takrif "taaruf" dan "serasi" dalam fikiran manusia berlainan.


         Islam mengajar manusia taaruf yang ada sempadan, terpelihara dan terjaga dari kemaksiatan, bukan taaruf melalui bercinta sakan, Islam mengajar serasi dengan tuhan, bukan serasi dengan kehendak pasangan, cinta Ar-Rahman menjana kebahagiaan, lantaran itulah, batasan-Nya tidak boleh dipermainkan.. sekadar renungan bersama..

    MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
    PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


    Tuesday, December 1, 2009

    :: Yakin Diri ::

    Iskandar Zulkarnain..

         TATKALA Iskandar Zulkarnain masuk ke sebuah negeri, dia diberitahu tentang sepasang kasut yang istimewa di sebuah kuil berdekatan.

    "Mengapa kasut itu terlalu istimewa?"
    "Siapa yang mampu membuka talinya yang bersimpul mati itu akan dapat menakluki dunia," jawab seorang pengikutnya.
    "Kalau demikian bawa aku kesana!"

        Sebaik tiba di kuil tersebut, Iskandar terus pergi ke tempat kasut itu ditempatkan yakni di satu tempat yang nampaknya disucikan dan disembah. Setelah merenung tali kasut yang bersimpul itu, tiba-tiba Iskandar terus mencabut pedangnya. Dengan tangkas dia memotong tali tersebut dengan pedangnya. Tali kasut itu pun terputus dan terungkai.

    "Nah sekarang aku akan menakluki dunia!"

         Semua orang di sekelilingnya terkejut. Telah ramai raja-raja dari seluruh pelusuk dunia datang mencuba nasib untuk membuka simpulan tali kasut itu, semuanya gagal. Mereka hairan melihat betapa beraninya Iskandar Zulkarnain menangani cabaran itu dengan cara yang tidak pernah terfikir oleh mereka. Dan terbukti beberapa tahun kemudian Iskandar berjaya menakluki dunia!

         Pengajaran: Yakin atas kemampuan diri adalah syarat utama untuk berjaya. Mereka yang berjiwa besar berani menempuh jalan yang tidak pernah difikirkan oleh manusia biasa. Dan mereka selalunya mampu berfikir " di luar kotak" bagi menangani sesuatu cabaran.
    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...