TANDA-TANDA TAUBAT DITERIMA...
Seorang hakim ditanya: Apakah ada tanda bahawa taubat itu telah diterima? Jawabnya : Ya, ada 4 tanda atau alamatnya itu:
Putus hubungan dengan kawan-kawannya yang tidak baik dan bersahabat dengan orang-orang soleh. Menghentikan semua maksiat dan rajin melakukan ketaatan. Hilang rasa kesenangan kepada dunia pada hatinya dan selalu ingat akan kesusahan akhirat Percaya kepada jaminan Allah dalam urusan rezekinya lalu menyibukkan diri menunaikan perintah Allah Maka bila terdapat semua sifat itu maka dia termasuk dalam ayat yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah kasih pada orang yang bertaubat dan kasih pada yang suka bersuci”.
Kemudian dia berhak memperolehi daripada orang lain 4 perkara iaitu:
1. Mereka cinta kepadanya kerana Allah telah cinta kepadanya.
2. Mereka akan memeliharanya dan selalu mendoakannya.
3. Mereka lupa terhadap dosa-dosanya yang telah lalu.
4. Mereka selalu membantu dan mendekatinya.
Manakala Allah akan memuliakannya dengan 4 perkara:
1. Melepaskannya dari dosa sehingga seolah-olah dia tidak pernah berdosa.
2. Dia dicintai oleh Allah.
3. Dia dipelihara dari gangguan syaitan.
4. Dia diamankan dari rasa takut sebelum keluar daripada dunia ini.
DUNIA HANYA PERSINGGAHAN
Daripada ibnu umar r.a beliau berkata:Rasulluah SAW telah memegang bahuku seraya bersabda:"Hiduplah engkau didunia seolah-olah engkau seorang perantau atau musafir yang berlalu."Ibnu Umar r.a. pernah berkata :"Apabila engkau berada diwaktu petang,maka janganlah engkau menunggu (ketibaan) waktu pagi dan apabila engkau berada diwaktu pagi,maka janganlah engkau menunggu ketibaan waktu petang.Ambillah peluang kesihatanmu untuk masa sakitmu dan masa hidupmu untuk matimu..
No comments:
Post a Comment