Maksiat Melenyapkan Malu
Malu adalah pangkal kebajikan, jika rasa malu telah hilang, hilanglah seluruh kebaikannya. Rasulullah SAW bersabda: "Malu itu merupakan kebaikan seluruhnya. Jika kamu tidak merasa malu, berbuatlah sesukamu". (HR Bukhari)
Maksiat Meremehkan Allah
Jika seseorang berlaku maksiat, disedari atau tidak, rasa untuk mengagungkan Allah perlahan-lahan akan lenyap dari hati. Jika perasaan itu masih ada, tentulah ia akan mencegahnya dari berlaku maksiat.
Maksiat Memalingkan Perhatian Allah
Allah akan membiarkan orang yang terus-menerus berbuat maksiat berteman dengan syaitan. Allah berfirman:"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, lalu Allah menjadikan mereka lupa kepada diri mereka sendiri. Mereka itulah orang-orang yang fasik".(Q,S Al-Hasyir:19)
Maksiat Melenyapkan Nikmat dan Mendatangkan Azab
Allah berfirman:" Dan apa saja musibah yang menimpa kamu, maka adalah disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri dan Allah memaafkan sebahagian besar (dari kesalahan-kesalahanmu)". (Q,S Asy-Syura :30). Ali RA berkata :"Tidaklah turun bencana melainkan kerana dosa. Dan tidaklah bencana lenyap melainkan kerana taubat".
Maksiat Memalingkan Istiqamah
Orang yang hidup di dunia ini bagaikan seorang pedagang. Pedagang yang cerdik tentu akan menjual barangannya kepada pembeli yang sanggup membayar dengan harga yang tinggi. Allah akan membeli barang itu dan dibayarnya dengan kehidupan syurga yang abadi. Jika seseorang menjualnya dengan imbalan kehidupan dunia yang fana, ketika itulah ia tertipu.
Wallahu'alam.
Nota Kaki: Lihatlah betapa maksiat itu menjadi punca kepada pelbagai masalah dalam kehidupan=)
MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...
MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...
No comments:
Post a Comment