Wahai rakan-rakan sekalian.. disaat aku
menyangka tiada manfaatnya cinta sesama manusia... tiada gunanya menyemai
cinta... menagih cinta lelaki..
tatkala itulah hadirnya si dia... ketika itulah aku
temui kemanisan yang ada pada cinta... orang yang mencintai Allah... mengajak
aku untuk turut mencintaiNya..
sepenuh jiwa... kini kutemui Cinta Agung hanya pada
Allah swt... kerana diri si dia pembimbingku... Ikutilah kisah dibawah...kisah
hidupku! Di Saat Aku Istikharah....
Aku tidak tahu kenapa, jauh di sudut hati ini,
kupendam suatu perasaan yang begitu sukar untuk kuluah... Aku mengaku,
cemburunya hati ini bila melihat Nurul selalu mendapat jambangan bunga! wangian
jambangan bunga setiap kali ku mengintai bilik bacaannya, menambahkan rasa
cemburu... yang hanya menunggu masa untuk ku muntahkan keluar!
Ku lihat Salmi, tidak kurang bezanya! Asyik
bergayut dengan handsetnya..hampir siang dan malam!" Ayang tengah
makan..Abang dah makan ke"... telingaku bagaikan dah bernanah mendengar
ucapan-ucapan romantis mereka berdua...!
Nak ku kata tentang Amy, Miza, Ain, Huda... Ahhhhh
semuanya sama! Di rumah sewa itu,hanya aku saja yang kesepian... hanya aku saja
yang keseorangan! Memang aku akui... cinta sesama manusia, tak ke mana
akhirnya! Tetapi apakan dayaku... aku juga seorang wanita yang ingin disayangi,
ingin dibelai.. aku juga mahukan kata-kata semangat dari lelaki, setiap kali
aku menghadapi saat-saat hampirnya peperiksaan! Aku juga mahu bunga,
teddybear... mahu perfume... dan aku juga mahu segalanya yang telah dirasai
Amy, Miza Ain, Huda dan.....!
Seolah-olah aku ditakdirkan hidup keseorangan...
menemani kesepian hatiku yang merayu minta dipiisi segera dengan kasih
lelaki....!
Kepada Allah jua aku memohon, jalanNya saja
pilihanku! Ya Allah, andainya perasaan ini hanyalah semata-mata nafsu yang tak
habis-habis melulu, menggesa...maka kepadaMu kupohon petunjuk...kembalikan hati
ini mengingatiMu...hanya Mu!
Ramai juga yang menyapaku," tak nak ke rasa,
berkawan dengan lelaki..." ...tapi semua soalan-soalan itu... aku endahkan
saja! Umpama masuk telinga kiri... ku keluarkan di telinga kanan!!!
Akhirnya aku kalah juga pada ajakan kengkawan...
sehinggalah seorang Nurul memperkenalkan aku dengan seorang lelaki si
"A" . umur kami sama, dan kami sama-sama pelajar IPT... Entah kanapa
hatiku tiba-tiba setuju... di depan Nurul aku mengangguk tunduk... Nurul
tersenyum... melihat telatahku!
Setelah persetujuan aku dan Si "A"
diterima, Nurul Mengatur perbualan telefonku dengan si "A"... Aku
tidak memiliki handset sendiri... jadi terpaksalah menggunakan handset milik
Nurul untuk sementara!
Percayakah kalian, kalau ku kata, itulah kali
pertama aku berbual dengan seorang lelaki sepanjang hidupku! Perbualan selama 8
minit itu, kami tamatkan dengan ucapan salam... tak banyak yang kami borak...
sekadar menyentuh hal keluarga... dan butir-butir peribadi... itu saja!
"Apakah yang telah aku lakukan Ya Allah!
Wajarkah aku memperdengarkan suaraku kepada seorang lelaki? Kenapa aku begitu
ingin dengan cinta? Selang beberapa hari... perbualan telefon antara aku dan si
"A", hatiku merintih hiba... aku ...aku menyesal!
Lalu aku membuat keputusan tidak mahu lagi berbual
dengan si "A"... aku tidak mahu berkawan dengan lelaki... aku tidak
mahu bercinta!" aku mula bertekad... aku yang mulakan semuanya, jadi juga
yang perlu hentikannya!
Lalu aku istikarah kepada Allah, semalaman aku
masih tak dapat jawapan!Masuk 2 hari, 3 hari... Alhamdulillah kini ku dapat
melihat gambarannya dengan jelas... Dialah Bakal Suamiku... Pembimbingku Dunia
Akhirat! Orangnya tinggi, berjanggut... kulitnya hitam manis... bibirnya tak
pernah lekang dengan senyuman! Dia memimpin tanganku menuju suatu tempat yang
begitu indah... wangiannya menusuk jiwa dan kalbuku... tempat yang pernah
kuimpikan... mungkinkah syurga! Detus hatiku... Selain aku ada dua orang
kanak-kanak lelaki memimpin tanganku! Aku hairan dengan mimpi itu! Andai itu
jawapan untuk istikarahku... siapa kanak-kanak itu? Mungkinkah anak-anakku? Aku
tersenyum gembira dengan mimpuku malam itu...Ya Allah...dimanakah suamiku!
Nurul ke bilikku suatu hari... sebelum aku sempat
memberitahu padanya keputusanku tidak mahu berkawan dengan si "A"...
Dia hulurkan padaku sekeping gambar foto! ...Inilah Si"A"... Dia
poskan!" kata Nurul... Ya Allah..! alangkah terkejutnya aku menatap wajah
lelaki yang menghiasi gambar foto itu... lelaki itu seperti kukenal... seperti
pernah kujumpa sebelum ini... tapi dimana... ingatanku semakin jelas...
MasyaAllah dialah lelaki yang hadir dalam mimpiku!Wajahnya, janggutnya...
cahaya di wajahnya... Ya Allah! Berkali-kali aku menampar pipiku... ternyata
aku bukannya bermimpi... "Ya Allah... Dialah jodohku...!
Bermula dari hari itu, aku sering mendoakan
kesihatannya, kebahagiaannya, keselamatannya... Kepada Allah swt aku serahkan
dan sandarkan segalanya!"
Sehingga ke hari ini... ukhwah itu masih
terjalin... masuk bulan ni usianya sudah menjangkau 2 tahun...! Dan dengarlah
kalian bahawa ku benar-benar hanyut dalam cinta yang diperkenalkannya...
kami sering mengutus surat, tapi tak pernah ia
didahului dan diakhiri selain kata-kata hikmah Islamiah, selain dari cerita
beberapa tokoh Islam... Kami saling tukar info.. dan segala ilmu darinya...
kini dah jadi koleksi peribadi... yang masih kutatap sehingga ke hari ini...
Kami berbual telefon sekali setiap 2 minggu, tapi
jangan salahfaham bukan antara aku dan si "A"... tapi antara ibuku
dan ibunya... antara ahli keluargaku dan keluarganya...! Betapa indahnya
hubungan yang terjalin ini... Moga ia kekal selamanya...
Adab tidur... makan ... dan segalanya masih
kuamalkan...! Harijadiku kini juga dipenuhi dengan hadiah,sesuatu yang aku
impikan dulu... Tahun pertama, dia hadiahkan aku senaskah Al-Quran, aku
membalasnya dengan sehelai sejadah...
Tahun kedua diberinya aku buku agama "Isteri
Solehah Igauan Suami" ...aku membalasnya dengan senaskah buku agama
"Suami Idaman Isteri Solehah"...
Tahun ketiga... Harijadiku semakin hampir... dan
aku sedang menanti hadiahnya... kerana hadiah darinya begitu berharga... begitu
bermakna... malah kupercaya, bukan saja bagiku... tetapi juga bagi semua wanita
solehah di luar sana!
Dikala aku menyangka lelaki sejati telah pupus di
alam maya ini... di kala itulah kau hadir... membuktikan ada lagi Lelaki
sejati... Ada lagi Cinta yang diredhai Allah....
Walaupun ramai yang meminati si "A" di
IPTnya... Tapi aku yakin..Dia Milikku...!
Kerana kuyakin dengan jawapan yang kuperolehi dalam
istikharahku... dan aku tidak akan mengalah... aku akan terus berdoa..!
"Ya Allah...Andai dirinya tercipta untukku... menjadi milikku...
Baik untuk duniaku... untuk akhiratku... untuk
agamaku... maka satukanlah kami dunia dan akhirat... Ku pohon restu dan
keizinanMu selamanya Ya Allah!"
Inilah doaku sejak dirinya ku kenal... dan sehingga
hari ini... doa ini masih kupanjatkan... dan sehingga kini jugalah... ukhwah
ini masih terbina kukuh... masih utuh...
Bila kupohon sesuatu Yang Baik DariNya... Dia
Selalu Berikanku... Yang Terbaik!!!
No comments:
Post a Comment