Ia bukanlah satu cerita rekaan..Tanpa menambahkan perisa dimana-mana bahagian dalam cerita ini, jijah kisahkan kepada sahabiah sekalian suatu kisah benar yang terjadi kepada salah seorang dari rakan jijah..dan izinkan jijah rahsiakan namanya disini. Begini ceritanya...
Tidak tahu di mana harusku mula...setiap kali aku
melihat wajah lelaki,kenangan pahit yang pernah menimpa diriku berulang
kembali. Ligat ia bermain di benakku! Rakaman ceritanya sungguh jelas..
Dan ketahuilah setiap kali itu jugalah air mataku
menitis...entah ke berapa kali..sukar bagi aku menghitungkannya...! Linangannya
membasahi pipiku, ia bukanlah tangisan dari mataku, tetapi mengertilah bahawa
itulah tangisan dari dalam ...lubuk hatiku!
Walaupun kini sudah 2 tahun usia bagi suatu tragedi
hitam yang menimpa diriku.. tetapi aku tidak mampu melupakannya! Hatiku
menangis..Jiwaku merintih! Andai dapat aku dilahirkan semula...hanya itu saja
caranya untuk aku melupakan tregedi hitam itu.
Aku cemas setiap kali adanya rombongan masuk
meminang ke rumah ku! Aku cemas! Walaupun aku tahu dan sedari itulah yang
dinantikan oleh setiap wanita! Itulah saat yang ditunggu-tunggu, apatah lagi
jika yang datang meminang adalah lelaki idaman hati, punya iman yang sejati!
"Kau tolak lagi?" ibu menyoal ku keras...
"Apa yang kau mahu Murni...orangnya bergaji
besar, berilmu...apa lagi yang tak cukup Murni?"
Begitulah..kerenah ibu setiap kali pinangan, aku
tolak! Oh ibu, bukan sengaja aku menolak pinangan yang mendatang, Aku juga
wanita yang inginkan seorang suami yang membimbingku..malah itu sudah menjadi
lumrah dan apa yang didam-idamkan oleh semua wanita, menjelang usia
perkahwinan!
Tapi ibu..oh bagaimana harus aku luahkan semuanya?
Kenapa kenangan itu menghantui aku..walaupun sudah 2 tahun berlalu?
*********************************
Kenangan itu masih kulipat kemas dalam diari
hidupku.
Saat di mana aku kehilangan...sesuatu yang amat
berharga!
Di saat diriku dihempam sesusuk badan yang tegap...
Merampas segalanya yang menjadi milikku!
Dengan begitu rakus..tanpa
berperikemanusiaan...aku...aku dinodai! Tangisan dan jeritanku umpama tiada
bermakna. Sekujur tubuh sasa itu mengasari tubuhku, mencuri pandang pada seinci
tubuhku...!Darah yang mengalir akibat kekasarannya...akibat nafsu melurunya, membasahi
pakaianku...oh! terlukanya hatiku!Aku dirobek, dicarik..umpama ...oh aku tidak
mampu untuk meneruskannya lagi!
Ibu, kerana itulah persoalanmu tak pernah aku
jawab. Kerana padaku sendiri tiada jawapannya! Bukan aku mahu menjadi anak yang
durhaka, bukan aku tidak tahu keinginan ibu melihat anaknya
berumahtangga...tapi apa dayaku ibu!
Tragedi itu menjadi igauanku! Ia menjadi mimpi yang
mengisi tidurku!Menemani hidupku!
Kiranya kau tahu rahsiaku..wahai lelaki
masihkah kau sudi meminangku?
Relakah kau memiliki isteri sepertiku?
Mahukah kau pada diriku yang sudah tiada
lagi....nilainya ini?
Sanggupkah kau memimpin tanganku
membimbingku ke Syurga? Dan adakah aku layak
bersamamu ke sana?
Wahai lelaki...
solatmu tinggi nilainya, aku tidak pernah berniat untuk
mengotorinya!
Nur di wajahmu, terpancar indah menyinari seluruh
tubuhmu..
Dan aku tidak mahu walaupun nafasku mengenaimu..!
kerana aku takut mencemari kesucian jiwamu!
Kau seorang lelaki yang baik, dirimu menjadi idaman
wanita solehah...
Dan aku tidak mahu menghancurkan cita-citamu!
Bila aku tidak mampu lagi memiliki kembali sesuatu
yang telah pun aku kehilangan?
Jangan kau marah padaku..setiap kali aku menolak
pinanganmu. Itu adalah tandanya aku tidak mahu dirimu terkena percikan
"kekotoran" ku!
Ramai wanita menantimu..dan kau juga layak memiliki
wanita solehah!
Wahai lelaki... dengarlah rintihanku bahawa di
sebalik diriku ini, aku menyimpan satu rahsia!
Dan aku takut ...kiranya kau tahu rahsiaku!"
No comments:
Post a Comment