Hot Stuff

Friday, November 18, 2011

:: Buah Hati Rasulullah ::

 
Muka orang Mukmin pada hari itu gilang-gemilang kerana
 dapat memandang Tuhannya
yang Maha Agung dan Maha Besar itu. (Al-Qiamah:22-23) 


Muaz…Buah Hati Rasulullah SAW 
 
Orangnya tampan, matanya hitam, rambutnya ikal. Perwatakannya yang menarik itu
memang tidak dapat disembunyikan kerana sesiapa sahaja yang melihatnya  pasti 
akan terpikat. Tetapi yang paling mengagumkan orang ialah kebijaksanaan dan 
ketajaman fikirannya. 

Muaz bin Jabal itulah namanya, seorg pemuda Yathrib yg memeluk Islam ditangan 
Mus’ab bin Umair. Ketika di Madinah, Muaz seboleh mungkin cuba untuk berada 
di sisiRasulullah s.a.w dan teman-teman sebaya untuk mengkaji Al-Quran dan 
undang-undang Islam hingga mahir. 

Kerana bijak dan tajamnya  fikiran Muaz, ke mana sahaja dia pergi, orang akan 
datang merujuknya utk menyelesaikan masalah. Ini bukanlah pelik, memandangkan 
Muaz sendiri dididik oleh Rasulullah dan mempelajari ilmu sebanyak mungkin 
daripada baginda, ditambah pula dengan fikirannya yang tajam. Muaz dikatakan 
yang paling baik kerana dididik oleh guru yang paling baik iaitu Rasulullah. 

Ilmu Muaz dihormati dan diiktiraf. Pengiktirafan terbaik yang diperolehinya ialah
pengiktirafan daripada Rasulullah sendiri apabila baginda berkata, “Umatku yang 
paling luas pengetahuannyadalam perkara halal dan haram ialah Muaz bin Jabal.” 

Rasulullah telah melantik Muaz menjadi amir dengan iringan beberapa orang 
Sahabat untuk memantapkan Islam di Yaman. Lalu Rasullullah pun bertanya kepada 
Muaz,
 
”Apakah panduan  engkau untuk memutuskan segala penghakiman dan keadilan?” 
 
“Berpandukan Kitab Allah,” jawab Muaz.

“Dan jika engkau masih tak dapat menemui jawapan di dalamnya?”

“Aku akan berpandukan sunnah Rasulullah.”

“Dan jika engkau masih tidak dapat menemuinya dalam sunnahku?”

“Maka aku akan menggunakan segala kebijaksanaan dan pengetahuanku 
(ijtihad) untuk membuat keputusanku sendiri.”

Rasulullah berpuas hati dan gembira dengan jawapaan itu dan berkata,”Segala
puji bagi Allah yang telah memberi panduan kepada utusan Nabi dan 
menyenangkan hati Nabi.” 

Rasulullah s.a.w. berjalan beriringan dengan Muaz dan berkata, 
 
“Wahai Muaz,mungkin  engkau tidak akan bertemu dengan aku lagi. Mungkin 
apabila engkaupulang nanti, engkau hanya akan dapat melihat masjid dan 
kuburku.”

Mendengar kata-kata itu, Muaz pun menangis.  Sahabat-sahabat yang lain turut 
ada bersama mereka juga menangis. Rasa pilu dan sepi amat dirasainya tatkala
tiba saat berpisah dengan Rasulullah s.a.w. yang tercinta itu. 
 
Kata-kata Rasulullah itu ternyata benar berlaku. Muaz tidak dapat bertemu 
Rasulullah lagi selepas itu. Rasulullah wafat sebelum Muaz sempat pulang dari
Yaman. Muaz begitu sedih kerana apabila pulang ke Madinah, dia mendapati 
Rasulullah tiada lagi utk menemaninya. 

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a., Muaz dihantar ke 
Bani Kilab untuk membahagikan gaji dan sedekah daripada orang kaya kepada 
fakir miskin. Setelah selesai tugasnya itu, Muaz kembali kepada isterinya dgn 
hanya membawa pulang sehelai selimut yang menutupi lehernya, tidak ada 
sebarang harta yang tinggal. 
 
Lalu isterinya bertanya,
”Di manakah hadiah yang sepatutnya dibawa pulang untuk keluarga nya 
oleh wakil-wakil yang berkhidmat dengan  Khalifah?”
 
“Aku ada Pemerhati yang mengawasi gerak-geriku,” jawab Muaz.

“Bukankah engkau seorang yang dipercayai Rasullullah dan Abu Bakar? 
Tidak patutUmar menghantar pemerhati untuk mengawasi engkau,” 
tambah isterinya.

 Hal itu sampai ke pengetahuan Umar, lalu Umar memanggil Muaz.

“Adakah aku menghantar seorang pemerhati untuk mengawasi gerak-gerimu?”

“Tidak Amirul Mukminin,” kata Muaz. “Tetapi itu hanyalah alasan yang dapat aku 
cari untuk isteriku.” 
 
Muaz menerangkan bahawa Pemerhati yang dimaksudkannyaadalah Allah s.w.t.
Umar ketawa lalu memberikan Muaz hadiah,
”Aku harap dapatpemberian ini menggembirakan hatimu.” 

Sewaktu pemerintahan Khalifah Umar juga , Muaz bersama dua Sahabat yang lain
iaitu Ubadah bin as-Samit dan Abu ad-Darda’ dihantar ke Syria untuk mengajar
ilmu Islam kepada saudara-saudara baru di sana. Ubadah ditinggalkan di Homs,
Abu ad-Darda’ di Damascus dan Muaz sendiri di Palestin. 

Di Palestin, Muaz jatuh sakit kerana dijangkiti penyakit. Sewaktu hampir menemui
ajalnya, Muaz menghadap kiblat dan mengulangi kata-kata ini,
”Selamat datang ajal, selamat datang. Setelah sekian lama, seorang pengunjung 
datang…
 
Muaz berkata,
 “Wahai Tuhan, Engkau tahu aku tidak inginkan dunia dan aku tidak mahu 
dipanjangkan hayatku untuk tinggal di dunia…Wahai Tuhan, ambillah rohku 
dengan kebaikan sebagaiman Engkau menerima roh orang yang beriman…” 

Lalu Muaz bin Jabal yang sepanjang hayatnya telah mengabdikan diri untuk
berkhidmat di jalan Allah  itu, menghembuskan nafas terakhirnya jauh dari
keluarga dan kaumnya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...