Hot Stuff

Sunday, November 27, 2011

:: Kenapa perlu menyembah KAABAH? ::


Oleh : Tuan Muda Farhan

Persoalan yang sering bermain-main di fikiran umat Islam dan juga kepada bukan Islam. Bagi umat Islam mungkin mereka tiada masalah dalam memahami situasi ini. Namun bagaimana jika persoalan ini dalam kalangan orang bukan Islam?? Bagaimana kita untuk menerangkan?


Muslim dan John

Terdapat dua orang sahabat yang berkawan baik sejak dibangku sekolah. Seorang bernama Muslim dan seorang bernama John. Muslim meruapakan pengikut ajaran Islam yang taat manakala John merupakan pengikut ajaran Kristian. Pada suatu hari ketika mereka sedang duduk bersantai-santai. Tiba-tiba John mengajukan soalan kepada Muslim.

John : Saya melihat kamu begitu rajin bersembahyang. Namun saya ada persoalan kepada kamu yang telah lama saya ingin ketahui. Mengapa umat Islam  menyembah kotak hitam (kaabah)?

Muslim : (Tersentak seketika) sebenarnya umat Islam bukanlah menyembah kaabah atau kotak hitam pada pandangan kamu, tetapi sebenarnya umat Islam menyembah Allah s.w.t.

John : Kamu kata kamu menyembah Allah? Tetapi kenapa setiap kali kamu sembahyang kamu menghadap ke arah itu? Bukankah kamu menyembah Kaabah?

Muslim : Itu adalah kesalahan fahaman yang sering berlaku kepada orang yang ingin mendalami Islam. Begini, sebenarnya umat Islam diajar supaya menyembah Allah kerana Allah adalah pencipta alam ini. Tiada satu pun yang layak disembah malainkan Allah. Kaabah itu merupakan kiblat kepada umat Islam dimana Allah telah mengarahkan kepada umat Islam supaya menjadikan Kaabah sebagai arah panduan ketika solat (kiblat).

John : Saya masih belum memahami.

Muslim : Di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 144 menyatakan :-

"Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana saja kami berada, palingkanlah mukamu ke arahnya. Dan sesungguhnya orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberi Al Kitab (Taurat dan injil) memang mengetahui bahawa berpaling ke Masjidil Haram itu adalah benar dari Tuhannya ; dan Allah sekali-kali tidak lengah dari apa yang mereka kerjakan".

ini merupakan arahan dan hadiah dari Tuhan kami, maka kami wajib mentaati arahan dan suruhannya. Begitu juga seperti kamu yang taat kepada ajaran agama kamu mengikut kepercayaan kamu.

bayangkan jika kamu suka akan sesuatu perkara atau benda. Tiba-tiba ada orang memberikannya kepada kamu perkara atau benda yang kamu sukai itu, sudah semestinya kamu berasa seronok dan gembira dengan pemberian itu.. ("Sungguh Kami (sering) melihat mukamu menengadah ke langit, maka sungguh Kami akan memalingkan kamu ke kiblat yang kamu sukai. Palingkanlah mukamu ke arah Masjidil Haram.")

sebab itu kami umat Islam menjadikan Kaabah sebagai kiblat kami ketika hendak menyembah Allah yang Esa.

John : Sekarang ini barulah saya faham. Terima Kasih...










No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...