Hot Stuff

Wednesday, April 6, 2011

:: Kesusahan ::

Assalamulaikum Pembuka Bicara......

Pernahkah anda rasa telah berputus asa?
Pernahkah anda semua berasa tiada wang?
Pernahkah anda berasa sendiri di bumi ini?
Pernakah anda semua mengalami kesusahan?
Pernahkah anda rasa tersiksa dengan hidup ini?
Pernahkah anda rasa tersiksa dengan hidup ini?
Pernahkah anda semua mengalami kesempitan hidup?
Pernahkah anda rasa mengalami gagal dalam hidup anda?
Pernahkah anda merasa seperti ingin MEMBUNUH DIRI??
Pernahkah anda merasa anda sedih dan mengalami keperitan hidup?
Pernahkah anda berasa sedih apabila anda diabaikan berbanding mereka yang lain?
Pernahkah anda merasa Allah tidak sayang akan diri anda kerana diberikan bermacam-macam ujian?

Subhanallah.....

Setiap orang pasti akan melalui ujian yang diberikan oleh Allah SWT. Namun pernahkah anda semua terfikir kenapa Allah memberikan ujian yang bermacam-macam kepada diri kita? 

Apakah tujuan kita dilahirkan di dunia ini?
Adakah untuk bersenang lenang?
Adakah untuk mengecapi ketenangan sahaja?
Adakah untuk berasa bahagia selamanya?

Jika kita merasakan diri kita telah diuji dengan begitu dahsyat sekali, sehinggakan hati kita berdetik :

"ya Allah kenapa kau lahirkan aku kedunia ini".
"aku tidak percaya akan risalahNya kerana kesusahan yang aku alami", 
"Kenapa Allah beri kenikmatan kepada orang lain dan tidak kepada diri aku, adakah Allah Maha Adil" pernahkan kita terfikir kenapa ia berlaku?

Sesungguhnya setiap manusia akan diuji dengan pelbagai ujian hidup. Namun jika dilihat pada masyarakat sekarang mereka sering menyalahkan ketentuan takdir atas ujian yang mereka alami. Mereka sering merasakan seperti Allah itu tidak adil dan sebagainya. Sesungguhnya itu adalah daripada bisikan syaitan untuk menyesatkan umat manusia.

Jika kita merasakan diri kita tidak disayangi Allah kerana pelbagai ujian yang Allah berikan, pernahkah kita terfikir bagaimana Rasulullah membawa risalah kebenaranNya?

Adakah dengan bersenang-lenang?
Adakah hidup Rasulullah tidak pernah diuji?
Adakah hidup Rasulullah seperti raja-raja zaman sekarang ini?
Adakah makanan yang dimakan oleh Rasulullah lazat-lazat belaka?
Adakah badan Rasulullah halus dan gebu tidak mempunyai sedikit pun kesan calar?
Adakah harta Rasulullah banyak seperti pemerintah-pemerintah zaman sekarang ini?
Adakah Rasulullah hanya duduk di pusat pemerintahan sedangkan pengikutnya pergi berperang?

Subhanallah....

Andai nak dibandingkan keperitan hidup kita dan keperitan hidup yang dialami Rasulullah semasa hayatnya, pasti akan wujud jurang yang besar seperti LANGIT DAN BUMI. Terlalu kecil keperitan yang kita alami jika hendak dibandingkan dengan keperitan yang dilalui Rasulullah yang merupakan kekasih disisi Alllah. Sedangkan kekasih Allah diuji dengan begitu dahsyat sekali apatah lagi diri kita? 

Siapa kita di sisi Allah?
Adakah Kekasihnya?
Adakah hambanya yang taat?
Adakah hambanya yang tidak pernah melakukan dosa?
Adakah hambanya yang sentiasa mengingatiNya?

Subhanallah...

Fikirkanlah wahai manusia sekalian, kita ini bukan siapa-siapa di sisi Allah. Hanya manusia yang sering melakukan Khilaf. Apabila kita manusia yang sering Khilaf adakah layak untuk kita mendapat nikmat Allah? 

Adakah kita layak untuk menikmati kesempurnaan hidup?
Adakah kita layak untuk tidak diberikan apa-apa ujian hidup?

MasyaAllah.. Sesungguhnya ramai manusia hari ini telah lupa akan tanggungjawabnya kepada sang Pencipta.
Hingga inginkan bermacam-macam nikmat sedangkan kita lupa tujuan hidup kita di dunia ini iaitu MENDAPATKAN KEREDHAAN ALLAH.





KARYA TUAN MUDA MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...