Hot Stuff

Thursday, April 7, 2011

:: KFC HALAL??::



OLeh : Tuan Muda Farhan

Pada 17 tahun yang lepas pusat sembelihan ayam dibuat dijalan kelang lama dan syarikat ini belum pun dikuasai oleh orang Islam. Ustaz Hj Daud Che Ngah telah mengesahkan perkara tersebut.

JAKIM [BAHEIS] belum pun mewujudkan logo halal . Logo halal hanyalah diterbitkan pada tahun 1994. Sekarang ini semua proses sembelihan dilakukan di premis AYAMAS di Pelabuhan Utara Klang yang sangat bersih dan mengikut cara yang ditetapkan hukum Halal.

Tidak ada penyembelih perempuan yang bekerja di Ayamas. Semua penyembelih adalah lelaki dan dilatih oleh JAIS. AYAMAS iaitu tempat sembelihan bagi syarikat KFC ialah pusat sembelihan yang di kawal selia oleh Jabatan Haiwan Malaysia. Ayamas mempunyai rekod yang terbaik tentang ayam yang dilupuskan kerana mati sebelum disembelih malahan ayam yang berpenyakit pun dilupuskan juga dan operasi harian Ayamas dikawal selia oleh Jabatan  Haiwan Malaysia.

80%pekerja di syarikat ini terdiri daripada orang Islam. Adakah mereka semua tidak boleh dipercayai ? Pengurus Pengeluaran adalah anggota Majlis Penasihat Syariah KFCH. Seorang yang sangat kuat berpegang kepada ajaran agama Islam. Pihak jabatan agama Islam Selangor pula sentiasa membuat lawatan mengejut bagi memastikan segala syarat kehalalan dipenuhi. Ayamas ialah pusat sembelihan contoh yang terbersih dan terbaik di Malaysia. Majlis Penasihat Shariah [MPS] KFCH terdiri daripada ulama besar Malaysia yang berwibawa dan mereka melawat dan memastikan semua syarat halal di patuhi.

Negara Brunei, hanya mengimport produk ayam daripada Ayamas sahaja sedangkan mereka sangat teliti mengenai hal halal haram. Ini menunjukkan mereka benar benar yakin dengan proses halal di Ayamas.. Tanda logo halal di restoran KFC atau PizzaHuts dikeluarkan secara khusus oleh MPS. Tidak benar jika menuduh semua tokoh Mufti ini palsu. Pandangan mufti Selangor bahawa ayam yang diproses oleh Ayamas ini tidak perlu dibasuh lagi kerana telah dibersihkan dengan sempurna mengikut kehendak Islam.

Hormat dari, Mohamad Shafie, Setiausaha MPS dan Penasihat Hal Ehwal Awam KFCH.

Pada pendapat saya hanya Allah yang mengetahui.. andai benar ayamas telah mendapat logo halal daripada JAKIM maka kita hendaklah yakin dengan pengesahan tersebut.. tetapi lebih baik makan ayam yang digoreng oleh mak atau isteri anda lagi sedap rasanya =) wallahualam..

2 comments:

NauRaH said...

assalamu'alaikum...
ye betul tu..ustazah ana pnh menceritakan ttg hal yg mcm nie..katanye, yakinla dgn logo halal yg ade pd produk tu..seandainye xyakin, jgn makan...dan seandainye logo tu adalah palsu, jd tu adalah urusan orang yg mengeluarkan logo tu dgn Allah la plak....

Cik Muda Fathin said...

waalaikumsalam.. ana setuju dgn pandangan enti.. syukran kerana memberi pendapat =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...