Hot Stuff

Friday, November 25, 2011

:: Susahnya hendak menjaga lidah!! ::


Sumber : majalah solusi isu 28

Imam al-Zahabi rhm. berkata ; "Perkataan sesama kawan, ahli-ahli semasa tidak di ambil kira dengannya, lebih-lebih lagi apabila diperhatikan terdapat perseteruan antara mereka ataupun berbeza pendapat mazhab ataupun kerana hasad dengki. tidak selamat daripada perbuatan tersebut kecuali orang yang dipelihara oleh Allah s.w.t. saya tidak tahu suatu masa yang telah berlalu, yang mana umatnya selamat daripada fitnah ini selain daripada para nabi dan siddiqin. Jika mahu disenaraikan golongan ini, nescaya boleh ditulis berjilid-jilid lagi kitab tentangnya." (Lisan al-Mizan, jil. 1, hlm. 201)

Imam Ahmad rhm. telah bertanya kepada beberapa orang pelajarnya; "dari mana kamu datang?" Mereka menjawab : "Dari masjid Abi Kuraib (beliau ini yang suka mengkritik Imam Ahmad)."

Berkata Imam Ahmad: "Tulislah apa yang kamu belajar daripadanya kerana beliau seorang syiekh yang soleh." Para pelajar itu memberitahu bahawa Abi Kuraib selalu mengkritik (Imam Ahmad). Beliau menjawab : "Apa aku nak buat. Seorang Syeikh yang soleh telah dijuji Allah (memberinya bala) dengan membenciku (Tarikh Dimasyq, hlm.55/88)

Terdapat banyak lagi contoh lain tentang betapa tenang dan matangnya para ulama yang benar-benar berilmu menghadapi situasi perbezaan pendapat. Semoga beberapa contoh dan peristiwa yang dinukilkan ini menjadi panduan kita dalam menangani masalah ini.

3 comments:

syaiful said...

lidah umpama pedang...err pisau...eh eh ape2 la yang tajam haha XD

Tuan Muda Farhan said...

hahaha =)

syiarislam said...

Allah Ta’ala berfirman: “Janganlah sebagian diantara engkau semua itu mengumpat sebagian yang lainnya. Sukakah seorang diantara engkau semua makan daging saudaranya dalam keadaaan ia sudah mati, maka tentu engkau semua membenci -karena jijik terhadap perbuatan tersebut-. Takutlah kepada Allah, sesungguhnya Allah adalah Maha Menerima taubat lagi Penyayang.” (al-Hujurat: 12)

Allah Ta’ala juga berfirman: “Tidaklah seorang itu mengucapkan sesuatu ucapan, melainkan di sisinya ada malaikat Raqib -pencatat kebaikan- dan ‘Atid -pencatat keburukan-.” (Qaf: 18)

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Adakah engkau semua mengetahui, apakah mengumpat itu?” Para sahabat menjawab: “Allah dan RasulNya adalah lebih mengetahui.” Beliau s.a.w. bersabda: “Yaitu engkau menyebutkan sesuatu yang ada dalam diri saudaramu dengan apa-apa yang tidak disukai olehnya.” Beliau s.a.w. ditanya: “Bagaimanakah pendapat Tuan, jikalau dalam diri saudara saya itu memang benar-benar ada apa yang dikatakan itu?” Beliau s.a.w. menjawab: “Jikalau benar-benar ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah mengumpatnya dan jikalau tidak ada dalam dirinya apa yang engkau ucapkan itu, maka sungguh-sungguh engkau telah membuat-buat kedustaan pada dirinya -memfitnahnya-.” (Riwayat Muslim)

Baca selengkapnya di: http://media-islam.or.id/2013/02/14/menjaga-lidah-lisan/

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...