Hot Stuff

Monday, December 26, 2011

:: Rahsia Aku Kaya ::

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang
"Kamera sendiri?" ...seseorang bertanya
"A'ah" ...aku menjawab
"Memang photographer MSU ke?"
"A'ah" ...aku kurang mendengar jadi aku iyakan aja
"Memang jadi photographer untuk event MSU?"
"Saya berkhidmat untuk PMI MSU under Unit Media PMIMSU" ...baru aku jelas kedengaran soalannya
"Kenapa?" ...aku menyambung
"Tengok ambil gambar kat sini"
Lama dia memandang ke arah kameraku.
"Oh, saje je tapi saya biasa ambil gambar untuk program PMIMSU"
"Berapa beli?"
"RM2000 lebih"
"Fuhh~"
"Kalau nak minta saya ambil gambar event pun boleh, panggil je" ...aku menyambung untuk tawarkan khidmat fotografi yang tak seberapa untuk meningkatkan skill fotografi aku
Antara yang lain,
"Untunglah ada kamera, kaya doeh"
"Allah Lagi Kaya" ...aku hanya menjawab
Aku tak tahu nak cakap apa sebenarnya bila orang cakap aku camtu dan aku sebenarnya kurang suka bila orang puji/cakap aku kaya sebab aku tak kaya pun. Alhamdulillah aku ada rezeki beli kamera tapi itu pun duit ayah bukan aku dan Allah bagi kamera entry level dslr, Nikon D3100 melalui perantara-Nya iaitu ayah aku.
Kaya? Aku pasti semua orang nak jadi kaya, daripada segi dunia, nak kaya duit. Boleh beli apa yang kita suka, nak makan apa. Kalau sebagai seorang pelajar yang tinggal di bandar metropolitan yang sara hidupnya tinggi, memang kena jimat habis. Makan pun kurang 3 kali sebab?? Nak jimat duit. Ada juga yang puasa sepanjang hari kerana nak jimat duit untuk sara hidup di bandar. Rumah sewa, hostel, bil air dan bil api, banyak yang kena bayar. Kalau standard bagi aku makan di bandar terutamanya makan nasi paling murah pun RM4++ campur lauk. Kat kampus even kampus yang sepatutnya harga lagi rendah daripada kat luar pun mahal juga. Semuanya hanya kerana orang nak kaya, untung banyak.
Dahulu ketika mula-mula belajar di Shah Alam, aku hampir nak berhenti belajar sebab aku risaukan masalah kewangan yang aku hadapi. Biasanya aku makan quacker oat dan pisang campur dengan air milo. Nampak macam hina, tetapi itulah kehidupan aku di Shah Alam masa mula-mula masuk universiti. Ibu tak bagi aku berhenti namun aku masih rasa bersalah. Aku tak pandai macam abang aku. Selalu peroleh hampir 4 flat. UPSR, PMR, dan SPM pun aku hanya mampu dapat 4A setiap peperiksaan. Itu sahaja yang aku mampu.
Aku bukan tak berusaha cuma tak tahulah, mungkin aku ada kelebihan daripada segi yang lain. Secara jujurnya, sekarang pun aku tak berminat nak belajar sebab aku terlalu menggemari sesuatu kerja yang praktikal dan salah satunya adalah fotografi. Aku terlalu syok dengan kamera aku, apetah lagi aku baru sahaja mendapatkan Danbo, barang mainan yang orang guna untuk fotografi tetapi aku masih belum bawa dia jengjalan.
Berbalik kepada persoalan kaya, alhamdulillah makin lama, Allah permudah aku dalam urusan kewangan. Antaranya aku dapat rumah sewa yang lebih murah. Aku guna telefon yang bayar bil telefon sekali dengan pakej internet Digi. Tiap bulan sebenarnya aku sering risau macam mana aku nak bayar bil telefon dan pakej internet tetapi Allah yang Maha Kaya itu sering bagi aku duit. Bagaimana?? Kadang-kadang ada sahaja duit RM50 yang terselit mana-mana. Barangkali aku lupa tetapi bagi aku sebenarnya Allah yang bagi duit itu.
Sebenarnya rahsia aku kaya (sentiasa ada duit untuk membayar keperluan dan adakalanya berlebihan untuk membeli kehendak) adalah dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah. Dahulu, aku pernah berniaga internet dan antara sifu aku adalah J. Alhamdulillah aku dapat kenal sifu yang dah earning sehingga 5 angka USD yang lebih baik agamanya. Dia tidak lupa Allah malah lebih kuatkan dirinya pada agama Allah. Dia nasihatkan aku antara amalan dia dapat earning sampai macam tu sekali adalah dengan mengamalkan Surah Al-Waqiah di samping Surah Al-Mulk sebagai pendinding seksa kubur. Selain itu, dia juga menyarankan aku agar jadikan qiyamulail itu macam solat wajib untuk mendidik rohani, membersihkan jiwa kerana daripada qiyamulail lah kita akan lebih dekat dengan Allah. Begitu juga dengan menunaikan solat Dhuha. Dia kata jangan tinggal kalau boleh.
Dan Alhamdulillah sejak dia suruh aku amalkan, aku dapat melihat kesannya dalam kehidupan aku. Contohnya, aku sering ada duit untuk makan, bayar bil handphone. Ada sahaja duit yang Allah beri untuk aku bayar semua itu setiap bulan walau sebenarnya setiap bulan aku akan berasa risau untuk bayar semua itu. Namun tidaklah semewah mana cuma alhamdulillah segalanya lebih daripada mencukupi. 
"Terima kasih Allah"
Jadi, aku ingin mengajak kalian agar amalkanlah apa yang aku sarankan.
Surah Al-Waqiah, Surah Al-Mulk
Jadikan solat Dhuha dan Qiyamulail sebagai solat wajib
Yang penting, berusahalah untuk istiqamah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...