Hot Stuff

Thursday, December 29, 2011

:: Uluwwul Himmah ::


Oleh : brohamzah

Suatu hari, saya bersembang-sembang dengan seorang sahabat saya seorang pensyarah di sebuah kolej tempatan.

” Hari ini, ana tengok ramai siswa siswi yang tiada semangat dalam menuntut ilmu. Assignment buat cincai-cincai. Kelas separa hadir dan kalau kita bagi peluang untuk upgrade markah pun tiada kesungguhan hendak rebut peluang,” Luah sahabat saya.

Itu realiti yang ada. Ia benar-benar berlaku dalam dunia kampus hari ini. Lihatlah mahasiswa mahasiswi, remaja, belia beliawanis dan pemuda pemudi kita.

Tiada cita-cita hidup. Ingin berkelana dengan kehidupan yang dihiasi kesenangan dan kemudahan.Tiada warna-warna kesusahan, kepayahan dan kesukaran di dalam mengejar sesuatu. Ah, biarkanlah sahaja kami sebegini. Hidup biasa-biasa sahaja sudah la. Buat apa berusaha payah menyusah diri.

Murabbi saya, pernah menyebut kepada saya suatu masa dahulu.

” Pemuda pada hari ini telah hilang sifat kepemudaannya. Kepemudaan sejati yang di dalam mengandungi sifat kelakian yang sejati. Anta tahu sebabnya?,” Tanya beliau kepada saya.

Saya menggeleng penuh hormat.

Kata almarhum Ustaz Dahlan ( Mudir saya dahulu) :

” Ini kerana ,  rendahnya himmah, lumpuhnya iradah.”

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...