Hot Stuff

Saturday, January 21, 2012

:: Pengunguman Buat Pembaca ::

admin utama

Oleh : Tuan Muda Farhan

Assalamulaikum.. Alhamdulillah kerana dengan limpah kurniaNYA kita masih diberikan kekuatan dan kesenangan untuk terus hidup di atas muka bumi ini. Sebelum saya ingin memulakan bicara saya berharap agar kita semua berada dalam keredhaanNYA insyaAllah..

Seperti yang semua sedia maklum, blog WILAYAH ISLAMIAH ini telah lama tidak diupdate, mungkin sahabat-sahabat dari kalangan facebook telah tahu sebabnya, namun saya pasti masih ada orang yang masih belum tahu kenapa blog WILAYAH ISLAMIAH ini tidak diupdate seperti kebiasaannya. Baiklah, pada 2 JANUARI 2012 yang lalu laptop yang digunakan untuk mengupdate blog WILAYAH ISLAMIAH telah rosak, jadi saya tidak mempunyai laptop untuk mengemas kini blog yang TERCINTA ini. Saya juga memohon maaf kepada semua pembaca kerana dalam tempoh itu saya tidak mempunyai kesempatan untuk mengemas kini BLOG WILAYAH ISLAMIAH ini.

Sebenarnya banyak ujian yang melanda saya pada awal tahun 2012 ini.Namun tak boleh saya nyatakan di ruangan ini, cuma salah satu ujian itu kerosakan laptop yang saya gunakan. Kerja saya banyak tertumpu pada penggunaan laptop, jadi kerosakan laptop ini membuatkan saya terkesima seketika memikirkan perkara ini. Namun saya redha dengan ketentuanNYA dan saya sentiasa bersikap optimis.

Untuk pengetahuan pembaca sekalian saya masih belum membeli laptop baru disebabkan ketiadaan sumber kewangan. Saya mengemaskini blog pada waktu sekarang ini dengan meminjam NETBOOK dari admin kedua blog ini iaitu saudari fathin naemah. Saya pinjam netbook beliau sementara beliau cuti seminggu bagi sambutan TAHUN BARU CINA. Jadi saya mengambil kesempatan ini untuk mengamaskini blog ini sekaligus menyampaikan artikel yang bermanfaat untuk diri saya dan sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian.

Pengunguman yang terakhir ialah semua pembaca di blog ini mesti tertanya-tanya boleh kah saya mengambil bahan daripada blog ini? Jawapan saya ialah BOLEH!! TAPI DENGAN SYARAT!!.. anda boleh mengambil bahan dari blog ini tapi dengan syarat anda mesti memautkan nama penulis artikel dan sumber asal artikel terbabit. Sekian ini sahaja dari saya buat masa ini, semoga kita semua sentiasa mendapat petunjuk dan hidayah dari Nya dan mati dalam keadaan beriman.. Amin =)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...