Hot Stuff

Monday, May 31, 2010

:: Untuk Suami Tercinta Isteri Tersayang::



Sekadar renungan.........


1. Jika kamu memancing ikan....setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu....janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kail mu dan mungkin akan menderita selagi ia masih hidup.

Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang...setelah ia mula menyayangimu, hendaklah kamu menjaga hatinya....janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja....kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu....

Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang! sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... 

Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya....
Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa....anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya....akhirnya kamu tinggalkan dia sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan bertambah baik....


2. -MENCARI WANITA SEMPURNA-
Ini kisah perjumpaaan dua orang sehabat yang sudah puluhan tahun berpisah. Mereka amat merindui antara satu sama lain, berbual, bersenda sambil minum kopi di sebuah cafe. Awalnya topik yang dibicarakan adalah soal2 nostalgia zaman sekolah dulu, namun pada akhirnya menyangkut kehidupan mereka sekarang ini.

"Mengapa sampai sekarang kamu belum menikah?" ujar seorang kepada temannya yang sampai sekarang masih membujang. "Sejujurnya sampai sekarang ini saya masih terus mencari wanita yang sempurna. Itulah sebabnya saya masih membujang. Dulu waktu saya di Utara, saya berjumpa dengan wanita yang cantik yang amat bijaksana. Saya fikir inilah wanita ideal untuk saya dan sesuai menjadi isteri saya. Namun belakangan selepas itu pada masa berpacaran baru ana tahu dia sebenarnya amat sombong. Hubungan kami putus sampai disitu. 

Di Ipoh saya ketemu seorang perempuan yang cantik jelita, ramah dan dermawan. Pada perjumpaan pertama ana begitu takjub dan seronok. Hatiku berdesir kencang, inilah wanita idealku. Namun selepas itu baru saya tahu, ia banyak tingkahlaku yang tak baik dan tidak bertanggung jawab. 

Dan ketika ana di JB, ana bertemu wanita yang manis, baik, periang dan pintar. Dia sangat menyenangkan bila diajak berbicara, selalu menyambung perbualan kami dan penuh humor. Tapi terakhir ana ketahui kalau dia dari keluarga yang berantakan yakni berpecahbelah dan selalu menuntut sesuatu yang kita tidak mampu memenuhinya. Akhirnya kami berpisah.

Saya terus mencari, namun selalu mendapatkan kekurangan dan
kelemahan pada wanita yang saya temui. Sampai pada suatu hari, saya bersua dengan wanita ideal yang saya dambakan selama ini. Ia begitu cantik, pintar, baik hati, dermawan dan penuh humor. Dia juga sangat perhatian dan sayang kepada orang lain. Saya fikir inilah pendamping hidup saya yang dikirim oleh Tuhan untuk saya". 

"Lantas", sergah temannya yang dari tadi tekun mendengarkan "Apa yang terjadi? Mengapa kamu tidak terus meminangnya?".

Yang ditanya diam sejenak dan akhirnya dengan suara perlahan si bujang itu menjawab, "Baru sekarang ana mengetahui bahawa ia juga sedang mencari lelaki yang sempurna".

Kesimpulan : Sudah diketahui maksud daripada cerita itu ? .... 
Nobody's perfect. Jadi jangan menyia-nyiakan apa yang sudah ada di hadapan kita ,belum tentu nanti kita mendapatkan yang lebih baik dari yang sekarang kita dapat, Kalau kita mahu mencari yang sempurna, check dulu diri kita sendiri, apakah sudah sempurna di hadapan orang lain.


Syurga rumahtangga itu fitrah hati...
Naluri semulajadi yang pinta diisi...
Kerananya jejaka rela menjadi suami...
Kerananya perawan rela menjadi isteri... 
Masing-masing dengan harapan...
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan...
Matlamat yang satu tapi jalannya berliku...Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza...
Lalu bermacamlah jalan ke sana...
Ada yang mengatakan...
Bahagia itu pada harta...
Diukir dari intan permata...( Gah , suamiku seorang jutawan)
tidak kurang merasakan bahagia itu pada rupa...
Ditempa oleh wajah rupawan...( Wah, isteriku seorang celeberity)
ramai juga yang merasakan bahagia itu pada kuasa...
dituai oleh pangkat dan jawatan...( Wah, suamiku seorang negarawan)
pelbagai jalan menimbulkan dilema...
mencari yang benar mempelai tersasar...
kalaulah bahagia itu pada harta...
kalaulah bahagia itu pada nama...
kalaulah bahagia itu pada rupa...
kalaulah bahagia itu pada kuasa...
Kenapa Charles dan Diana berpisah...
Kenapa Elvis dan Priscilla berpecah...
Kenapa Onassis dan Jackie bertelagah...
Bahagia itu dari dalam hati...
Kesannya zahir rupanya maknawi...
Terpendam bagai permata dalam hati...
Terbenam bagai mutiara disalut nurani...
Bahagia itu pada HATI...
Bertakhta di kerajaan diri...
Bahagia itu pada JIWA...
Mahkota di singgahsana rasa...
Bahagia itu KESABARAN...
Bila susah tak gelisah...
Bila miskin tak pemarah...
Bila gagal tidak resah...
Hakikatnya bahagia itu ketenangan...
Bila hati mengingati tuhan...

Firman Allah:
Ketahuilah dengan mengingati Allah itu memberi ketenangan pada hati suami isteri sama-sama mengerti maksud tersemi takdir ilahi, itulah zikir yang hakiki. 
Binalah rumahtangga atas tapak iman...
Tuluskan niat, luruskan matlamat....
'suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'....
'isteriku, kaulah permaisuri hati.....
'penyeri Islamku nanti...
muktamadlah akad sahlah nikah...
dengan nama Allah...
gerbang perkahwinanpun terserlah...
di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan...
Iman itu tujuan...
Syariat itu jalan....
Tempat merujuk segala permasalahan...
Tempat mencari semua penyelesaian
- isteriku, taatilah hukum Allah....
- suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w.....
Binalah hidup di neraca maaruf....
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat...
Tapaknya ....iman...
Jalannya ....syariat...
Natijahnya.....akhlak...
Tiga penjamin segala kunci kebahagian rumahtangga dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'....
'cinta dan kasih isteri'...
lalu berbuahlah...
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan....."Soleh dan solehah".

Saturday, May 29, 2010

::Maaf Wajahmu Bukan Untuk Tontonan Umum Puteriku::


seindah dirimu puteri~
Suatu kisah


Kisah benar belaka

seorang pemuda dalam pencarian

Mencari pemilik rusuk kirinya

Sudah bertahun bersendirian

Muncullah calon yang entah ke berapa

Seperti biasa

Diusulkan emak tersayang



Bukan calang-calang calon yang diusulkan

Lulusan universiti Timur Tengah

Menghormati permintaan si anak

Yang mahu pendamping solehah

Sejuk mata memandang

Bertudung labuh litup

Pandai berbahasa Arab

Pendek kata tip top!



Si pemuda mulakan istikharah

Hampir berminggu

Setelah meneliti gambar

Mula mencari maklumat

Sebelum sesi taaruf bermula



Si pemuda menjenguk ke web

Laman Friendster kegemaran ramai

Yang kini mungkin Facebook

Satu keajaiban!!!

Si lelaki tidak pernah punya web sedemikian

Tiba-tiba tergamam

Si gadis masih anggun

Bertudung labuh litup

Namun, bergambar sakan

Aduh!



Terkejut bukan kepalang

Calon solehah direject tanpa ihsan

Bukan menjadi pilihan

Kerana gambar ditayang

Dengan penuh sakan

Pemilihan terbatal



Dia pernah berkata

Perempuan cantik itu

Tidak memandang dan tidak dipandang

Perempuan cantik itu

Tidak mengenali dan tidak dikenali

Perempuan cantik itu

Tidak menegur dan tidak ditegur



Akhirnya

Solehah kempunan calon soleh

Merayu untuk dipertimbangkan

Tapi sayang sekali

Si pemuda tetap

Tidak berganjak dengan keputusan



Wahai Muslimah

Aku dan kamu

Mari mempelajari, mencontohi

Watak-watak wanita salafussoleh

Sifat, pengorbanan dan perjuangan mereka

Kerana wanita solehah itu

Lebih baik daripada

seribu lelaki yang tidak soleh



p/s : puisi ini mmg sengaja di copy...

Wahai adik2 muslimah marilah mengambil iktibar,

jadilah muslimah sebenar,

jangan berselindung disebalik tudung litupmu itu.

sampaikanlah pada sahabat2 kalian

sekiranya mereka bertepatan dengan puisi ini



Terima Kasih kepada penulis puisi ini.



barokallahulakum jami'a..



KIRIMAN EMAIL DARI ABANG LONG KU

Friday, May 28, 2010

:: Renungan ::



Assalamualaikum....

Sabda Rasululla s.a.w.

               "Jagalah dirimu dari
       perkara-perkara yang haram
 nescaya anda menjadi manusia yang
  paling 'abid, dan terimalah dengan
  penuh kerelaan akan pembahagian
  yang telah ditentukan Allah kepada
    anda nescaya anda akan menjadi
         manusia yang paling kaya,
      berbudilah kepada jiran anda,
 nescaya anda  menjadi mu'min yang
 sebenar, dan cintailah kepada orang
  lain apa yang dicintai anda untuk
   diri anda sendiri, nescaya anda
     menjadi seorang muslim yang
     sebenar, dan janganlah banyak
   ketawa kerana banyak ketawa itu
           akan mematikan hati.

(diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari abu Hurairah)


Nota Kaki: Berdoalah kepada Allah agar kita dapat 
menelusuri hari-hari mendatang  di bawah payung rahmat-Nya 
dan dinaungi lautan perlindungan dari-NYa, demi 
mencapai keredhaan Allah fid dunya wal akirat...

Wednesday, May 26, 2010

:: Batu Terlepas Dari Neraka ::

      Pada zaman dulu, seorang nabi bertemu seketul batu kecil di tengah jalan. beliau hairan dan tercengang melihat air mencurah-curah keluar dengan banyak melalui serkahan batu itu. Dengan izin Allah, batu itu boleh berkata." Semenjak aku dengar Firman Tuhan bahawa bahan bakar neraka ialah manusia dan batu, aku selalu menangis ketakutan!" Nabi itu bermohon supaya batu itu terlepas dari neraka.

      Beberapa lama kemudian, nabi itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti. Beliau bertanya batu itu menjumpai batu itu sekali lagi dalam keadaan menangis seperti dulu. Beliau bertanya batu itu kenapa dia menangis lagi sedangkan dia terselamat dari menjadi bahan bakar api neraka. "Dulu aku menangis kerana ketakutan tetapi sekarang aku menangis kerana bersyukur dan gemberi!!"

         
Modal dan Iktibar

     Batu adalah juga makhluk Allah yang mempunyai perasaan. Batu menjadi bahan bakar api neraka selain manusia. Makhluk Jumud boleh berkata jika diizinkan Allah. Orang yang kashaf yakni mereka yang dibukakan oleh Allah pintu hijab dapat mendengar dan melihat perkara yang tersirat. Hati manusia seperti batu yang keras iaitu sukar menerima nasihat dan petunjuk kecuali mereka yang diizinkan. Hati manusia bisa dilembutkan dengan cara tangisan seperti batu tadi. 

     Menangis kerana takut akan azab Allah dan juga kerana rasa syukur dan gembira akan nikmat kurniaan Allah. Batu yang tidak mempunyai akal pun takut dibakar dalam neraka, betapa dengan manusia yang diberikan akal. Manusia yang berhati batu tidak akan mendapat kurniaan dan rahmat Allah. Ada batu yang terkecuali dari menjadi bahan bakar neraka seperti batu giling Siti Aisyah yang tidak henti-henti menggiling demi untuk menolongnya mengisar tepung.

Wallahualam....

Tuesday, May 25, 2010

::Khas buat hamba ALLAH,aku prihatin,kekasihku_seru,seorang insan dan semua yang pembaca..::

Bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum w.b.t...

     Pertama sekali ana menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan atas segala khilaf ana kepada antum semua sepanjang mengenali antum sebagai sahabat,kawan,teman,abang,kakak dan adik..sejujurnya ana terima semua teguran dan nasihat antum semua di blog ana..

     Tetapi asif cara antum sendiri tidak kena,antum seperti mahu menjatuhkan  orang lain dan mendatangkan perspeksi buruk orang yang tidak mengenali ana,dan menghadirkan diri antum sebagai seorang yang baik (INSYALLAH) dimata orang lain,apakah dengan cara ini antum berdakwah pada orang lain??
terus terang ana katakan kalau ini cara antum semua ,seorang yang mahu mendekati perubahan pun akan tercabar bukan kerana tidak terima teguran atau ego tapi kerana sifat manusia sendiri tidak suka di aibkan,kalau antum tidak pecaya tanya diri antum sendiri..

     Muhasabah diri antum,betulkah cara antum menegur ana di ruang umum ini??dan cara antum terus terang seakan mahu menjatuhkan orang lain,dan mengaibkan diri ana..sedang antum semua boleh tegur ana melalui FB,EMAIL,YM,SKYPE dan laman maya yang lain yang private,contohnya di FB ana selama ini,antum boleh post mesej dan chat dengan ana untuk tegur ana ataupun buat antum yang mengenali ana boleh berjumpa ana dan tegur dengan baik,tapi antum pilih diruang blog ini untuk menegur syukran ana terima teguran antum, tapi caranya tidak kena,perlukah dengan cara mengaibkan ana pada umum dengan kesalahan yang lalu jadi pilihan antum?? atau antum ingin tunjuk yang antum ini terlalu prihatin pada khilaf ana dan dalam masa yang sama menunjukkan kebaikan antum kepada pembaca umum??nilai kembali diri kalian dan cara kalian semua betulkah cara teguran kalian ini... 

     Sebagai remaja yang sedang meningkat dewasa dan belajar mengenali erti kehidupan ana mengaku ana terlalu banyak melakukan kekhilafan pada diri,agama dan insan2 disisi ana,dari segala aspek..setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan tidak ada yang sempurna kecuali baginda nabi S.W.T yang bersifat maksum,dan di kesempatan ini sekali lagi ana memohon jutaan kemaafan atas segala khilaf ana kepada semua yang mengenali ana secara maya mahupun realiti,ana mengharapkan sokongan antum semua buat diri ana untuk terus kuat dan kembali mencari hakikat sebenar hidup sebagai seorang khalifah dan daie yang telah diamanahkan buat ana dari pencipta yang agung,dan satu ingin ana nyatakan jangan kita mengharapkan yang terbaik dari seseorang,sebelum kita menjadi yang terbaik,dan jangan asyik menunding jari pada salah orang lain  sedangkan satu jari yang kita tunjuk pada orang yang lain 4 lagi pada diri kita sendiri...

      Dan pengalaman ana sendiri yang pernah melakukan pelbagai kesilapan,ketika ana melakukan kesilapan sesetengah darpada antum semua hanya tahu mengata dan menyampaikan di belakang lebih tepat ana katakan sebagai ejen pembawa fitnah dan mengaibkan orang lain bukan berdepan dan menegur dengan cara yang baik bahkan membiarkan dengan alasan "aku mendoakan dia berubah dari jauh,hanya doa aku sampaikan sebab aku tak mampu buat apa lagi" padahal antum sendiri tidak cuba menasihati dengan baik saat ana berubah dan keliru ana dibiarkan kerana alasannya ana sudah dewasa boleh fikir mana baik mana buruk sedang antum semua tahu disitulah ana memerlukan antum yang selama ini mengaku sebgai sahabat untuk menasihati ana,tetapi dimana peranan antum ketika diri ana yang antum mengaku sebagai sahabat ana saat diri ana hanyut dalam keasyikan dunia??dan ketika  ini ana sedang berusaha untuk berubah antum hadir menegur dengan cara yang antum rasa betul tapi membuka aib ana..

       Selama ana melakukan silap ana dibiar bebas memilih haluan tapi saat ana berusaha untuk berubah antum semua hadir menyoal kesalahan lalu ana..dengan kesilapan yang pernah ana lakukan paling tidak ana tidak memburukkan orang lain,dan lebih mudah untuk ana memahami dan mendekati orang lain andai satu hari nanti ana mampu berdakwah..pengalaman mampu mengajar seseorang dan "belum tentu seorang iman akan mati sebagai seorang iman dan begitu juga seorang penzina belum tentu akan mati sebagai seorang penzina" renung2kan bersama...tolonglah kembali sama2 muhasabah diri kita masing2..seperti mana dinyatakan kita perlu saling berpesan2 dgn kebenaran seperti dinyatakan dalam surah al-asr yang bermaksud :Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka  yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.



      Andai selepas ini ana ada melakukan kesilapan tegurlah dengan cara yang baik dan berhikmah,dan post dalam blog ini perkongsian buat umum dari ana dan diri ukhtie ana,bila blog ini kecoh macam ini pembaca lain yang juga sahabat ana dan dia, pasti akan membuat andaian yang bukan2 apalagi bagi yang tidak mengetahui apa yang berlaku..kepada hamba ALLAH,aku prihatin,kekasihku_seru,seorang insan syukran atas teguran kalian semoga kalian juga dapat menilai diri  sendiri dan sama2lah kita saling berpesan2 dan menegur kalau ada salah dan silap kerana kita manusia tidak lari dari melakukan semua kekhilafan dan kalau ada sebarang ketidak puasan hati atau kata2 ana menyakiti kalian atas nama MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN asif jiddan sekali lagi ana pohon,dan ini email ana kalau ada sebarang pertanyaan dan apa sekalipun ..alfateh_90@yahoo.com..akhir kalam beri ana peluang membuktikan yang terbaik dan jangan mengharapkan perubahan yang drastik dari ana..berdoa semoga ana dapat tabah dalam hijrah perubahan ini..dan semoga ana mampu sebaris diantara kalian dan memprolehi syafaat oleh baginda nabi disana nanti amin ..begitu juga ana harap buat diri kalian..salam kemaafan salam mujahadah...ukhuwah fillah abadan abada...

Monday, May 24, 2010

:: (Q.S. As-Shaff 1-2) ::

     Imam Tirmizi telah mengetengahkan sebuah hadis, demikian pula Imam Hakim melalui Abdullah bin Salam, yang menilainya sebagai hadis sahih telah menceritakan, kami mempersilakan duduk segolongan di antara sahabat-sahabat Rasulullah saw. Kemudian kami saling berbincang-bincang, maka kami mengatakan, "Seandainya kami mengetahui amalan-amalan yang paling disukai Allah, nescaya kami akan mengerjakannya." Lalu Allah menurunkan firman-Nya, "Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Hai orang-orang yang beriman mengapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian perbuat." (Q.S. As-Shaff 1-2) Rasulullah saw. membacakannya hingga selesai. 

     Imam Ibnu Jarir mengetengahkan pula hadis yang serupa hanya hadis yang diketengahkannya itu bersumber dari Ibnu Abbas r.a. Imam Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah hadis lainnya melalui Abu Saleh yang menceritakan, bahwa mereka (para sahabat) berkata, "Seandainya kami mengetahui amalan-amalan yang paling disukai Allah dan paling utama (nescaya kami akan mengerjakannya)." Lalu turunlah ayat ini, yaitu firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman! Sukakah kalian Aku tunjukkan suatu perniagaan..." (Q.S. Ash-Shaff 10) Akan tetapi mereka enggan untuk melakukan jihad, maka turunlah ayat ini, yaitu firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian perbuat?" (Q.S. Ash-Shaff 2) 

    Imam Ibnu Abu Hatim mengetengahkan pula hadis yang serupa melalui jalur Ali yang Ali terima dari Ibnu Abbas. Imam Ibnu Abu Hatim mengetengahkan hadis serupa hanya kali ini ia mengetengahkannya melalui Ikrimah yang bersumber dari Ibnu Abbas r.a. Imam Ibnu Jarir mengetengahkan sebuah hadis melalui Dhahhak yang menceritakan, bahwa ayat ini, yaitu firman-Nya, "Mengapa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian perbuat?" (Q.S. Ash-Shaff 2) Diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki yang mengatakan dalam masalah perang hal-hal yang tidak ia lakukan, seperti memukul, menusuk dan membunuh musuh. Imam Ibnu Abu Hatim mengetengahkan sebuah hadis melalui Muqatil, bahwasanya ayat ini diturunkan berkenaan dengan larinya mereka dalam perang Uhud.


kesimpulan

     Ayat ini diturunkan berdasarkan kisah ketika sahabat-sahabat nabi yang membincangkan perihal " sekiranya mereka mengetahui amalan yang yang paling Allah sukakan, nescaya mereka akan laksanakan" kemudian telah turun ayat pertama dari surah tersebut "Telah bertasbih kepada Allah apa saja yang ada di langit dan apa saja yang ada di bumi; dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana." (Q.S. As-Shaff 2) menunjukkan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana yang Maha mengetahui apa yang disuruhNya. Dan turun ayat yang kedua yang menyatakan "Hai orang-orang yang beriman mengapa kalian mengatakan apa yang tidak kalian perbuat." (Q.S. As-Shaff 2) Rasulullah saw. membacakannya hingga selesai. 

      Bagi kisah yang kedua pula bermaksud ketika sahabat-sahabat nabi menyatakan "Seandainya kami mengetahui amalan-amalan yang paling disukai Allah dan paling utama (nescaya kami akan mengerjakannya)." maka telah turun ayat "Hai orang-orang yang beriman! Sukakah kalian Aku tunjukkan suatu perniagaan..." (Q.S. Ash-Shaff 10) tetapi mereka enggan turun untuk berjihad, maka Allah memberi peringatan kepada mereka yaitu firman-Nya, "Hai orang-orang yang beriman! Mengapa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian perbuat?" (Q.S. Ash-Shaff 2).

      Kisah yang ketiga "Mengapa kalian mengatakan apa-apa yang tidak kalian perbuat?" (Q.S. Ash-Shaff 2) Diturunkan berkenaan dengan seorang lelaki yang mengatakan dalam masalah perang hal-hal yang tidak ia lakukan, seperti memukul, menusuk dan membunuh musuh. Imam Ibnu Abu Hatim mengetengahkan sebuah hadis melalui Muqatil, bahwasanya ayat ini diturunkan berkenaan dengan larinya mereka dalam perang Uhud. Menunjukkan Allah membenci orang yang hanya mereka-reka cerita melakukan kebaikan (menceritakan kebaikan diri )  sedangkan tidak melaksanakan apa yang diceritakan berdasarkan firmanNya "Amat besar kebencian di sisi Allah bahawa kamu mengatakan apa yang tidak kamu kerjakan.”(Q.S. Ash-Shaff 3).

NOTA KAKI: janganlah kita menceritakan kebaikan diri kita kepada orang lain sedangkan kebaikan itu kita tidak laksanakannya. UBAHKAN DIRI MANTAPKAN HIZBI..

Saturday, May 22, 2010

::Nak BERCOUPLE silakan tapi....:::


Secara mudah,keinginan untuk ber'couple' tidak mengapa..silakan..Tp hendaklah mengikut peraturan Allah.InsyaAllah pasti tidak mendatangkan masalah.Namun kalau peraturan Allah dilanggar,maka tunggulah padahnya.Sebagai contoh,selagi belum b'nikah kita diharamkan melakukn sesuatu yang diharamkan kecuali bagi pasangan yang telah b'kahwin(fhm kn?)..Kawallah diri..Jagalah batas-batas itu.Tapi sekiranya sudah tidak sanggup menahan diri lagi,maka b'nikahlah secara sah.Maka segala yang haram sebelumnya,sudah menjadi halal..


Peraturan daripada Allah,hakikatnya bukan untuk menyekat tapi untuk mengawal..Kedua-duanya adalah b'beza.

Scra p'bndingn,lht kpd tnda2 jln d jln rya.Ada lmpu isyrt,ada tnda had laju,ada tnda p'ingtn selekoh m'bhya & sbgainya.Apkh kita mersakn tnda2 itu sbgai satu sektn t'hdp p'jlnan menuju dstnasi kita?Tdk,itu bkn sektn,itu adlh kwln utk menyelamtkn kita.Hnya manusia y tdk siuman shja merskn tnda2 d ats jln rya itu stu sektn.Mlh kita menrmanya itu sbgai sestu y ckup membntu agr kita smpai ke mana2 destinasi dgn slmt.

Begitulh,kwln kpda keinginn llki t'hdp wanita & seblknya,y jika dlnggr akn menybbkn b'lkunya bdya 'coupling' ini.Skranya perturn Tuhan dlnggr(kononnya itu danggp stu sktn) maka tunggulh akbt burknya.P'buatn melnggr prturn itu tdk sekali-kali menyushkn Allah(Maha Suci Allah dri sbrng kelemhn & kekurngn),tp y sush manusia jg khususnya kpd psngn y t'lbt.

Adkh 'couple-couple' skrng ini mengikut prturn Allah?Tepuk dada,tnyalh iman.'couple' tlh dsinonimkn dgn prkra y b'tentangn dgn syariat.Sehingga,klu ada psngn y tdk melkukn prkra2 y dtegh oleh syariat,mereka sdh tdk danggp 'couple' lg.Pdhl pd sy 'couple' itu soal p'tautn hti bkn 'contact' badani..

Sdh T'lnjur Ber'couple'?

Apkh perlu memutusknnya serta merta@meneruskannya shj?Jika dptuskn,hai...tkut2 nnt ada pula y merana.Jtuh cnta smalh dgn jtuh hti.Hti bla sudh t'twn,sgt bhya,krna hti itu adlh umpama rja dlm hti kita.Jd,blhkh dterskn?Jka ya,bgaimna?tlh dtegskn sblmnya,bhwa ber'couple' tdk slh-tp ikutlh prtrnnya.Yknlh dgn jnji Allah mllui lidh keksh-Nya Nabi Muhammad s.a.w:"jka seorg hmba Allah menhn keingnnnya dri sstu y hrm(krn Allah)mka Allah akn mmbrikn sstu yg dingninya itu mengkut jln y halal"[Al-Hadith]

Y pntg tnyalh hti sendri,utk apa aku ber'couple'?Jka niatnya bnr2 sci,ykni utk b'nikh(krn itu tntutn Allah & mengikut sunnah) mka pelhralh niat y sci itu baik2.jgn dcmri dgn p'buatn y ktor & jijik.Tp sekranya niat kita hnya utk ska2,sekdr b'srnok,mka hntiknlh.Tkut syaitn mencelh.Apth lg bg psngn y sering b'dua2an d tmpt y sunyi.Syaitn adlh 'org' ke 3.Tdk ada ketengn & kebhgian dgn memblkgkn hukm Tuhan.

Bg 'couple' y bnr2 serius pula,ingtlh bhwa smkn byk kemnsn y kita teguk dlm p'gauln bebs sblm b'khwin,mka smkn twr & hmbar pula p'gauln itu sbg suami istri nnt(slps b'khwin) & seblknya jga.

Jka bnr2 sygkn psngn anda,mka hrmtilh dia,pelhralh dia & amp; p'lkuknlh si dia sewjrnya sprti org y anda sygi.Jgn hncurkn hdup psngn anda hnya krn kesrnkn y semntra.Jka sygkn permta,tmptknlh ia dlm beks y selmt,dlndungi & djga...Jgn sekli2 ddedhkn,dseph2kn.Jgn mnsnya dkecap.sepahnya dbuang.Bg jejaka,jgalh kehrmtn si dia-bkl ibu bg ank anda nnt.Sesngghnya hnya inu y baik dpt mendidik ank y baik.

"Perempuan-perempuan yang baik adalah untuk lelaki-lelaki yang baik.Manakala lelaki-lelaki yang baik adalah untuk perempuan-perempuan yang baik".(An-Nur 24:26


MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...

Friday, May 14, 2010

:: Berjanggut ::





BERJANGGUT

            Berjanggut merupakan salah satu sunnah Rasulullah s.a.w, amalan para sahabat dan para anbia a.s. Mencukur janggut dan memelihara misai itu adalah  budaya atau cara hidup orang Yahudi, Nasrani dan Majusi. Oleh sebab itu orang Islam diperintahkan supaya berkeadaan sebaliknya, tidak mengikut budaya mereka itu untuk membezakan cara hidup orang Islam dengan cara hidup mereka seperti yang disabdakan Nabi s.a.w yang bermaksud :

            “Berbezalah kamu daripada orang Musyrik, iaitu peliharalah janggut dan cukurlah misai” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

            Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud “kamu simpanlah janggut dan potonglah misai, ubahlah warna uban kamu (dengan berinai) dan janganlah kamu mencontohi Yahudi dan Nasrani”. (Riwayat Ahmad).

            Kata Imam al-Bukhari : “Ibn Umar menipiskan misainya sehingga kelihatan kulitnya yang putih.” (Fath al-bari: 11/524).

            Daripada keterangan di atas, jelas membuktikan bahawa para sahabat yang berjanggut kerana mencontohi amalan kekasih mereka Rasulullah s.a.w.

            Menurut Imam Nawawi dalam Syarh Sahih Muslim, bahawa janggut itu tidak dicukur, katanya : “Bahawa pendapat yang terpilih adalah membiarkan janggut mengikut keadaan semula jadinya, tanpa memendekkan sedikit pun pada hukum asalnya, dan pendapat yang terpilih pada misai pula adalah tidak mencabut atau mencukurnya habis, memadai (memendekkannya) setakat kelihatan di tepi bibir.”

            Merujuk kitab al-Majmu karangan Imam al-Nawawi, kata al-Khithabi dan ulama-ulama selainnya “ Janggut itu disimpan, dibiarkan dengan tidak digunting. Mengguntingnya adalah makruh seperti perbuatan orang a’jam (bukan Islam)” (Al-Majmu’ 1/342)

            Had untuk memotong janggut adalah berdasarkan kepada perbuatan Ibn ‘Umar r.a semasa mengerjakan haji dan umrah, yang mana beliau telah menggenggam janggutnya dan yang lebih daripada genggamannya dipotong. Maksudnya, semasa Ibn ‘Umar mengerjakan haji atau umrah, belian menggenggam janggutnya, mana yang lebih (daripada genggaman) dia akan memotongnya. (Riwayat al-Bukhari n0. 5892).

            Mengenai misai pula, menurut Imam al-Nawawi bahawa pendapat yang terpilih adalah tidak memotongnya habis, cukup memendekkannya setakat jelas kelihatan di tepi bibir.

            Janggut adalah hiasan untuk kaum lelaki dan amalan Nabi s.a.w. Kepada mereka yang sudah berjanggut maka teruskan sehingga ke akhir hayatmu serta syabas diucapkan kerana bersabar di atas segala kata-kata kurang enak sepanjang berjanggut. Sebenarnya kamu adalah lelaki sejati yang mencintai Rasul.

rujukan Majalah Solusi.

Monday, May 3, 2010

::Manisnya Taubat::




Bismillahirrahmanirrahim..
 
Seringkali hati bertanya, minda ligat berfikir, mengasak soalan bertalu-talu pada diri, mengapa manusia susah nak buat baik? 

Mengapa segelintir manusia lebih suka memilih untuk buat jahat? 

Kadang- kadang ingin saja ku temuramah mereka "terlibat dengan urusan sebegitu", .. 

Kenapa jadi jahat? Tak takut Tuhan ke? Tak nak masuk syurga ke? Dah tak sayang keluarga?kenapa, mengapa, dan untuk apa... 

Namun, hati ini masih sedar, mereka juga manusia, juga punya naluri, punya akal dan perasaan, juga punya nafsu, sama sepertiku..adalah tidak wajar untuk menghukum mereka seratus peratus. 

Kadang-kadang soalan- soalanku dijawab secara tidak langsung oleh "mereka", terpapar di dada-dada akhbar, juga di majalah-majalah.. 

Jawab mereka, "bukan kami tak nak jadi baik, kami nak..kami nak masuk syurga..tapi kami jahat.. alang-alang dah buat jahat, biar sampai masuk neraka" 

"keluarga pun dah tak nak terima kami.masyarakat mula menyisihkan kami. kami hina di mata mereka.kami tak layak untuk berdiri satu barisan bersama pak imam, tak layak nak bersalaman dengan pak lebai" 

 "ayah dan mak dah tak nak tengok muka saya lagi. mereka malu atas perbuatan saya. kekasih saya lari meninggalkan saya dan anak yang saya kandungkan. mak tak nak mengaku saya ni anak dia. saya dah tak suci, saya dah tak ada apa-apa.." 

Itu antara jawapan-jwapan daripada "mereka".. 

Sebenarnya banyak lagi kisah-kisah sebegini yang dipaparkan untuk tatapan kita, untuk dijadikan teladan, bukannya ikutan..tapi, yang menghairankan aku, semakin banyak kisah sebegini didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat seharusnya sedar dan menjadikannya sebagai iktibar, memulakan langkah untuk mendidik anak-anak kecil yang masih bersih fitrahnya, memantapkan pendidikan bagi anak-anak yang sudah mulai dewasa, dengan pelbagai pengisian agama, agar tidak mengikut jejak langkah "mereka" itu. 

Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya. Bermula dari kes yang kita anggap remeh-temeh sehinggalah kes yang membawa ke tali gantung, semuanya seakan dipandang ringan oleh masyarakat. 

Malah mereka seakan berlumba-lumba, untuk mencari publisiti murahan, memenuhi dada-dada akhbar, gembira melihat wajahnya ditayangkan di kaca televisyen, tersenyum megah kerana dia dikenali ramai, namanya menjadi bualan di sana- sini, kerana terbait dengan kes RASUAH, BUNUH, ROGOL, dan tak kurang juga yang sibuk memenuhi lebuh raya, merempit sana sini tak tentu hala, kononnya hendak mati di JALAN YANG LURUS. 

Belum termasuk lagi kes-kes HARUAN MAKAN ANAK, pelajar SEKOLAH AGAMA buang anak, tambah lagi dengan masalah politiknya, dan bermacam- macam jenis 'penyakit' lagi, yang kini sedang menular di kalangan masyarakat kita, yang kelajuan penularannya mengalahkan penularan virus H1N1. 

Aduhai manusia, aduhai bangsaku.. 

Mengapa kalian memilih jalan sesempit ini. maka akan dijawab mereka, 

 "kerana ini sudah ditakdirkan Allah" 

 Aduhai, mengapa kalian sanggup menghukum diri sendiri, sedang Allah telah berfirman bahawa tidak akan berubah nasib sesuatu kaum itu kecuali dengan tangan mereka sendiri. 

 Mengapa masih memilih untuk menjadi jahat sedang jalan untuk menjadi baik itu adalah lebih senang daripada menjadi jahat!. 

 Mengapa berputus asa dari rahmat Allah, sedangkan ketika 1 pintu rahmat Allah telah tertutup untuk kita, maka akan dibukakan untuk kita 99 pintu yang lain. 

 Subhanallah, begitu sekali sayang Allah pada kita. Begitu sekali baiknya Allah pada kita, tapi mengapa kita jadikan Allah murka atas segala perbuatan kita? dan kita berkata, 

 "aku dah jadi jahat, mana mungkin Allah akan menerima aku sebagai hambaNya". 

 Masya Allah, pernahkah kalian mendengarkan kisah tentang seseorang yang kehilangan untanya di padang pasir? seseorang yang berkenderaan di tengah-tengah padang pasir, kemudian haiwan yang ditungganginya itu lari meninggalkannya, sedangkan di atas haiwan itu terdapat bekalan makanan dan minumannnya. 

 Dia berputus asa untuk menemui haiwan dan bekalannya. Lalu dia duduk berteduh di bawah sebatang pohon dan berbaring, kerana dia benar-benar berputus asa untuk menemui haiwan tunggangannya itu. Kemudian dia tertidur.Sejurus dia bangun dari tidurnya, dia mencari lagi untanya itu dengan berjalan kaki namun dia tidak menjumpainya. dia berjalan lagi, namun gagal menjumpainya. Dia mencarinya untuk kali ketiga, namun usahanya itu masih gagal.

 Apabila dia kembali ke tempat tidurnya sebelum itu, tatkala dia duduk termenung, tanpa diduganya, tiba-tiba unta tunggangannya yang hilang itu muncul kembali, lengkap dengan bekalan yang dibawanya. Kemudian, dia segera memegang tali tambatannya. Bayangkan kalau kita berada di tengah padang pasir yang luas dan panas yang terik, hampir berputus asa untuk mencari unta yang hilang, tetapi tiba-tiba unta itu muncul kembali di hadapan kita. Mana mungkin kita tidak gembira, gembira yang bukan kepalang..namun sahabatku, sesungguhnya, Allah s.w.t itu lebih jauh lagi gembiranya dengan taubat seorang hamba berbanding dengan musafir yang menemui untanya di padang pasir itu tadi. 

 Wahai sahabatku sekalian, ayuh, bersangka baiklah dengan Allah. Sebagaimana kita gembira bertemu dengan kekasih hati, malah Allah lebih gembira daripada itu. 

 Sebagaimana kita menyayangi kekasih hati sepenuh jiwa, namun sayangnya Allah lebih daripada itu, betapa luasnya nikmat pemberian Allah, tapi sayang hanya kita sahaja yang tidak tahu untuk menghargai pemberiannnya. 

 Banggalah menjadi hamba Allah, tanamkanlah rasa cinta pada Allah dalam diri kita, kerana cinta Allah pada hambaNya sangat tidak ternilai. 

 Demi cinta Allah pada hambaNya, Allah telah berfirman, 

 " dan Dialah Tuhan yang menerima taubat daripada hamba-hambaNya yang bertaubat, serta memaafkan kejahatan-kejahatan yang telah mereka lakukan dan Dia mengetahui apa yang kamu kerjakan", surah an-nisa (4:16). 

 Sungguh, Allah telah membukakan pintu rahmatNya di siang hari untuk menerima taubat hamba-hambaNya di waktu siang, dan membukakan pintu rahmat pada malam hari hari, untuk menerima taubat hamba-hambaNya pada malam hari. 

 Tapi, melihat keadaan kita pada hari ini, yang masih lagi dengan ego dan sombong yang menebal pada diri..cita-cita tinggi dijulang, mengimpi syurga Allah, namun tanpa sedar, amalan- amalan yang kita lakukan itu semakin membuatkan kita jauh dari syurgaNya, jauh dari rahmatNya.. 

 Amatlah rugi bagi mereka yang telah diberi peringatan, tapi masih bermegah-megah dengan diri sendri, tanpa sedar apa yang kita miliki ini semuanya adalah milik Allah. Alangkah sedihnya Allah, seakan tiada siapa lagi yang memerlukanNya, seakan tiada siapa yang mahukan taubatnya diterima, seakan tiada siapa yang mahu dosanya diampunkan, dan..seakan tiada siapa yang berlumba-lumba untuk meraih cintaNya Yang Maha Pengasih, lagi Pemurah itu..

:: Dimanakah Nilai Tudung Wanita ::


    Pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

     Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

    Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

    Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

    Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

     Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

   Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

    Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

   Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

    Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

     Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

    Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

   Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

   Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

   Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

   Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

   Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

   Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.

::Serahkan hatimu pada ALLAH, nescaya akan diserahkanNYA kepada pemilik terbaik::


Bismillahirrahmanirrahim...
" Dinikahi wanita itu kerana 4 perkara : Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkanmu." (Riwayat Muslim)
Assalamualaikum wbt...

Aku bukanlah seorang wanita yang memiliki harta bertimbun, bukan juga seorang yang mempunyai paras wajah yang anggun jelita bak bidadari, jauh sekali bersusur galurkan keturunan yang dihormati dan disegani. Apa yang ada pada diriku hanyalah agama yang menjadi pegangan dan panduan hidup untuk aku terus gah berdiri di muka bumi Allah ini. Maka milikilah hatiku dengan izin Allah, milikilah cintaku keranaNya, milikilah diriku kerana agamaNya dan milikilah jiwaku keranaNya.

Tidak pernah dan tidak sekali pun aku kisah siapa sahaja yang mahu berkawan dengan ku baik perempuan mahupun lelaki. Apa yang penting bagiku asalkan dia tahu batasnya ikhtilat terutama jika dia seorang lelaki. Tetapi aku kisah jika dia seorang lelaki yang terus-terusan meluahkan perasaan cintanya kepadaku tanpa melalui orang perantaraan yang aku percayai. Kerana aku tidak yakin lelaki sebegini mampu menjadi pemimpinku dalam perjalanan panjang mencari dan meraih redhaNya. Cintaku tidak semurah itu! Biarlah dia sehebat mana sekalipun tetapi aku tidak akan sekali-kali berkompromi dalam soal ini. Bagi aku lelaki sebegini kurang mujahadahnya dalam mengawal perasaan cintanya walaupun dia seorang yang hebat dari segi dakwah. Dimana hilangnya sensitivitinya terhadap agama dalam hal sebegini yang berkait rapat dengan kerajaan diri iaitu hati? sedangkan hati perlu dijaga kerana disitu letaknya segala kemuliaan. Cukuplah sekadar berkawan denganku sehingga tiba masa yang ditetapkanNya. Saat itu pasti tiba!

Kerap sekali soalan siapa mujahid pilihanku dilontarkan oleh sahabat2 seperjuangan ku dulu. Usahlah ditanya kerana itu menjadi asrar qalbi. Cuma ingin aku tegaskan aku tidak menginginkan lelaki yang hebat di pentas dunia, bukan juga yang namanya sering meniti di setiap bibir gadis-gadis kerana ketampanan dan kepimpinannya yang menyerlah tetapi, aku lebih memilih dia yang penuh dengan kerendahan hati, yang bangunnya disepertiga malam menemui Sang Kekasih dengan hati yang sarat dengan kerinduan dan kecintaan kepadaNya. Hidupnya sentiasa dalam halaqah, yang ditarbiyah dan istiqamah dalam perjuangan dakwahnya. Biarlah dia tidak dikenali oleh sesiapapun asalkan namanya menjadi sebutan di langit Ilahi dan dirindui para bidadari syurga. Yang ku harapkan bukanlah putera berharta tapi yang diimpi biarlah putera agama. Bukanlah aku mengharapkan yang sempurna kerana aku juga serikandi dengan silam yang kelam.

Walaupun adakalanya hati ini terasa lelah dan penat kerana kerap teruji dengan cinta lelaki, ku cuba juga sedaya upaya mungkin menepis cinta yang tak halal buatku. Ku hargai perasaan setiap insan yang datang padaku tetapi aku tetap dengan prinsipku cinta untuk seorang suami takkan ku kongsi!. Kalian lebih mulia berbanding diriku yang hanya insan hina yang cuba meraih redha dimataNya. Tetapi aku tidak boleh menerima kalian memandangkan hati ini tidak bersedia untuk menerima sesiapa. Bukanlah niatku untuk menyakiti hati sesiapapun, malah aku cukup merasa serba salah bila orang kecewa dan patah hati keranaku. Ketahuilah aku cuma kasihankan kaummu wahai adam kerana Rasulullah s.a.w sendiri pernah bersabda
"Tidak ada fitnah terbesar buat seorang lelaki di akhir zaman melainkan seorang wanita"
Aku takut tergolong dalam golongan yang menjadi fitnah kepada lelaki. Aku tidak mahu melalaikan seorang lelaki yang bakal menjadi mujahid agama. Betapa berdosanya diriku jika aku menjadi punca kejatuhan mereka.

Kepada insan yang pernah ku katakan diriku sudah bertunang dan mempunyai pilihan sendiri, ya memang benar. Aku mempunyai pilihan ku sendiri, dan sudah pun bertunang. Aku bertunang dengan study dan gerak kerja ku dan pilihan ku adalah "dia" yang Allah takdirkan buatku. Dalam usiaku ini aku tidak mahu tertipu dengan cinta palsu yang boleh mengundang padah pada keberkatan rumah tanggaku kelak. Ku petik sedikit kata2 Dr Nazri yang bercinta sebelum kahwin dan sering keluar bersama dengan teman wanitanya dalam buku Dr Farhan Hadi-Denyut Kasih Medik :
" Kena jaga hubungan dengan tunang. Saya rasa macam tak berkat aje lepas kahwin. Hati jadi susah. Rasa selalu curiga. Bila dia keluar aje terus rasa tak sedap hati. Kalau sebelum kahwin dah berani keluar dengan saya, sekarang ni pun mestilah berani keluar dengan lelaki lain. Curiga ni susah nak hilang. Rasa menyesal pula tak pilih yang baik dan solehah,"
Inilah yang cukup aku takuti. Benarlah, dosa semalam menjadi kecurigaan hari ini, esok dan selamanya! 
Sememangnya jatuh cinta itu bukanlah sesuatu yang salah kerana ianya fitrah dan merupakan hadiah dari Sang Pencipta. Tetapi manusia sering kali terlupa dan leka, mereka terlalu taksub dengan hadiah yang diberi sehingga terlupa untuk berterima kasih pada Sang Pemberi Hadiah itu. Oleh itu hati ini kuserahkan padaNya, biarlah Dia yang menentukan kepada siapa yang layak memilikinya..wallahualam..



Monologku: Syukran ya ukhti tercinta Surianah Yahya.. penulisan yang cukup dekat dengan diri ana.. luahanmu sama seperti luahanku..

Serahkan hati mu pada ALLAH, nescaya akan diserahkanNYA kepada pemilik yang terbaik

Milikilah hatiku dengan izin ALLAH, milikilah cintaku kerana cintaNYA, milikilah diriku kerana agamaNYA, milikilah jiwaku keranaNYA..

KOLEKSI ATIKEL~

Saturday, May 1, 2010

::Kata ibarat pedang kata bisa membunuh lawan::

Dari Mu’az bin Jabal radhiallahuanhu dia berkata : Saya berkata : Ya Rasulullah, beritahukan saya tentang perbuatan yang dapat memasukkan saya ke dalam surga dan menjauhkan saya dari neraka, beliau bersabda: Engkau telah bertanya tentang sesuatu yang besar, dan perkara tersebut mudah bagi mereka yang dimudahkan Allah ta’ala, : Beribadah kepada Allah dan tidak menyekutukannya sedikitpun, menegakkan shalat, menunaikan zakat, puasa Ramadhan dan pergi haji. Kemudian beliau (Rasulullah shollallohu ‘alaihi wa sallam) bersabda: Maukah engkau aku beritahukan tentang pintu-pintu surga ?; Puasa adalah benteng, Sodaqoh akan mematikan (menghapus) kesalahan sebagaimana air mematikan api, dan shalatnya seseorang di tengah malam (qiyamullail), kemudian beliau membacakan ayat (yang artinya) : “ Lambung mereka jauh dari tempat tidurnya….”. Kemudian beliau bersabda: Maukah kalian aku beritahukan pokok dari segala perkara, tiangnya dan puncaknya ?, aku menjawab : Mau ya Nabi Allah. Pokok perkara adalah Islam, tiangnya adalah shalat dan puncaknya adalah Jihad. Kemudian beliau bersabda : Maukah kalian aku beritahukan sesuatu (yang jika kalian laksanakan) kalian dapat memiliki semua itu ?, saya berkata : Mau ya Rasulullah. Maka Rasulullah memegang lisannya lalu bersabda: Jagalah ini (dari perkataan kotor/buruk). Saya berkata: Ya Nabi Allah, apakah kita akan dihukum juga atas apa yang kita bicarakan ?, beliau bersabda: Ah kamu ini, adakah yang menyebabkan seseorang terjungkil wajahnya di neraka –atau sabda beliau : diatas hidungnya- selain buah dari yang diucapkan oleh lisan-lisan mereka .

(Riwayat Tarmizi dan dia berkata: Hadisnya hasan shahih)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...