Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualaikum w.b.t...
Pertama sekali ana menyusun sepuluh jari memohon jutaan kemaafan atas segala khilaf ana kepada antum semua sepanjang mengenali antum sebagai sahabat,kawan,teman,abang,kakak dan adik..sejujurnya ana terima semua teguran dan nasihat antum semua di blog ana..
Tetapi asif cara antum sendiri tidak kena,antum seperti mahu menjatuhkan orang lain dan mendatangkan perspeksi buruk orang yang tidak mengenali ana,dan menghadirkan diri antum sebagai seorang yang baik (INSYALLAH) dimata orang lain,apakah dengan cara ini antum berdakwah pada orang lain??
terus terang ana katakan kalau ini cara antum semua ,seorang yang mahu mendekati perubahan pun akan tercabar bukan kerana tidak terima teguran atau ego tapi kerana sifat manusia sendiri tidak suka di aibkan,kalau antum tidak pecaya tanya diri antum sendiri..
Muhasabah diri antum,betulkah cara antum menegur ana di ruang umum ini??dan cara antum terus terang seakan mahu menjatuhkan orang lain,dan mengaibkan diri ana..sedang antum semua boleh tegur ana melalui FB,EMAIL,YM,SKYPE dan laman maya yang lain yang private,contohnya di FB ana selama ini,antum boleh post mesej dan chat dengan ana untuk tegur ana ataupun buat antum yang mengenali ana boleh berjumpa ana dan tegur dengan baik,tapi antum pilih diruang blog ini untuk menegur syukran ana terima teguran antum, tapi caranya tidak kena,perlukah dengan cara mengaibkan ana pada umum dengan kesalahan yang lalu jadi pilihan antum?? atau antum ingin tunjuk yang antum ini terlalu prihatin pada khilaf ana dan dalam masa yang sama menunjukkan kebaikan antum kepada pembaca umum??nilai kembali diri kalian dan cara kalian semua betulkah cara teguran kalian ini...
Sebagai remaja yang sedang meningkat dewasa dan belajar mengenali erti kehidupan ana mengaku ana terlalu banyak melakukan kekhilafan pada diri,agama dan insan2 disisi ana,dari segala aspek..setiap manusia pasti akan melakukan kesilapan tidak ada yang sempurna kecuali baginda nabi S.W.T yang bersifat maksum,dan di kesempatan ini sekali lagi ana memohon jutaan kemaafan atas segala khilaf ana kepada semua yang mengenali ana secara maya mahupun realiti,ana mengharapkan sokongan antum semua buat diri ana untuk terus kuat dan kembali mencari hakikat sebenar hidup sebagai seorang khalifah dan daie yang telah diamanahkan buat ana dari pencipta yang agung,dan satu ingin ana nyatakan jangan kita mengharapkan yang terbaik dari seseorang,sebelum kita menjadi yang terbaik,dan jangan asyik menunding jari pada salah orang lain sedangkan satu jari yang kita tunjuk pada orang yang lain 4 lagi pada diri kita sendiri...
Dan pengalaman ana sendiri yang pernah melakukan pelbagai kesilapan,ketika ana melakukan kesilapan sesetengah darpada antum semua hanya tahu mengata dan menyampaikan di belakang lebih tepat ana katakan sebagai ejen pembawa fitnah dan mengaibkan orang lain bukan berdepan dan menegur dengan cara yang baik bahkan membiarkan dengan alasan "aku mendoakan dia berubah dari jauh,hanya doa aku sampaikan sebab aku tak mampu buat apa lagi" padahal antum sendiri tidak cuba menasihati dengan baik saat ana berubah dan keliru ana dibiarkan kerana alasannya ana sudah dewasa boleh fikir mana baik mana buruk sedang antum semua tahu disitulah ana memerlukan antum yang selama ini mengaku sebgai sahabat untuk menasihati ana,tetapi dimana peranan antum ketika diri ana yang antum mengaku sebagai sahabat ana saat diri ana hanyut dalam keasyikan dunia??dan ketika ini ana sedang berusaha untuk berubah antum hadir menegur dengan cara yang antum rasa betul tapi membuka aib ana..
Selama ana melakukan silap ana dibiar bebas memilih haluan tapi saat ana berusaha untuk berubah antum semua hadir menyoal kesalahan lalu ana..dengan kesilapan yang pernah ana lakukan paling tidak ana tidak memburukkan orang lain,dan lebih mudah untuk ana memahami dan mendekati orang lain andai satu hari nanti ana mampu berdakwah..pengalaman mampu mengajar seseorang dan "belum tentu seorang iman akan mati sebagai seorang iman dan begitu juga seorang penzina belum tentu akan mati sebagai seorang penzina" renung2kan bersama...tolonglah kembali sama2 muhasabah diri kita masing2..seperti mana dinyatakan kita perlu saling berpesan2 dgn kebenaran seperti dinyatakan dalam surah al-asr yang bermaksud :Demi Masa!Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran.
Andai selepas ini ana ada melakukan kesilapan tegurlah dengan cara yang baik dan berhikmah,dan post dalam blog ini perkongsian buat umum dari ana dan diri ukhtie ana,bila blog ini kecoh macam ini pembaca lain yang juga sahabat ana dan dia, pasti akan membuat andaian yang bukan2 apalagi bagi yang tidak mengetahui apa yang berlaku..kepada hamba ALLAH,aku prihatin,kekasihku_seru,seorang insan syukran atas teguran kalian semoga kalian juga dapat menilai diri sendiri dan sama2lah kita saling berpesan2 dan menegur kalau ada salah dan silap kerana kita manusia tidak lari dari melakukan semua kekhilafan dan kalau ada sebarang ketidak puasan hati atau kata2 ana menyakiti kalian atas nama MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN asif jiddan sekali lagi ana pohon,dan ini email ana kalau ada sebarang pertanyaan dan apa sekalipun ..alfateh_90@yahoo.com..akhir kalam beri ana peluang membuktikan yang terbaik dan jangan mengharapkan perubahan yang drastik dari ana..berdoa semoga ana dapat tabah dalam hijrah perubahan ini..dan semoga ana mampu sebaris diantara kalian dan memprolehi syafaat oleh baginda nabi disana nanti amin ..begitu juga ana harap buat diri kalian..salam kemaafan salam mujahadah...ukhuwah fillah abadan abada...
No comments:
Post a Comment