Sumber : http://www.resepirahsiaku.com
Di atas pengalaman rumahtangga kawan yang runtuh bagaikan negara Haiti yang digegarkan oleh gempa bumi berukuran 7 scala richter. Kali ini penulis terpanggil untuk menulis sedikit sebagai nasihat kepada pembaca-pembaca untuk menghayati tajuk kali ini. Rumahtangganya yang runtuh dan ranap menyembah bumi bukan retak lagi berpunca dari hubungan seks yang hambar atau kurang hubungan seks pada awal perkahwinan mereka.
Walaupun penulis sendiri sekarang adalah dalam kumpulan yang sederhana dalam hubungan seks tetapi jika keperluannya tinggi akan berusaha juga memenuhi hajat tersebut dengan apa cara sekalipun. Seks adalah fitrah manusia yang indah dikurniakan oleh Allah SWT kepada manusia. Kepada lelaki yang kurang minat dalam hubungan seks adalah suatu yang tidak normal atau pun dikatakan lelaki ini mempunyai masalah dengan hormon sex testosterone.
Membicarakan tentang seks perlu sikap yang amat berhati hati kerana ia memerlukan adab dan penggunaan bahasa yang terkawal supaya tidak memperlihatkan isu ini menjadi nampak lucah dan menjijikkan. Bagaimanapun seks tetap menjadi isu penting untuk diketengahkan kerana banyak orang dapat berbual tentang isu seks ini sambil diiringi hilaian ketawa penuh ghairah dan merangsangkan. Lebih dahsyat lagi seks telah diketengahkan dalam berbagai bentuk dan gaya yang hanya menaikkan syahwat sahaja dan lebih banyak nilai komersil dari nilai-nilai pendidikan. Ini membawa keuntungan besar bagi banyak pihak terutama dalam semua jenis media massa, sedangkan apa yang diketengahkan oleh media massa bukanlah pengetahuan seks yang sebenarnya.
Dalam Islam isu seks bukanlah sesuatu yang tabu atau memalukan untuk diketengahkan , bukan juga hanya semata mengetengahkan hukum halal dan haram. Ini disebabkan melakukan hubungan seks termasuk ibadah dalam rumahtangga seorang muslim. Dalam sunnahnya Nabi saw menyarankan seorang lelaki memilih wanita yang dapat melahirkan banyak anak. Ingin mempunyai anak adalah urusan bagaimana hubungan seks dilakukan oleh pasangan ditambah juga ada beberapa hadis yang mencatat doa doa dan tatacara hubungan seks oleh pasangan Muslim/Muslimah agar mendapat berkah kehangatan dan kenikmatan hubungan seks suami isteri disamping dapat melahirkan anak anak yang soleh/solehah.
Banyak pasangan Muslim/Muslimah tidak didedahkan dengan hadis-hadis tentang hubungan seks suami isteri yang lengkap. Ini disebabkan umat selalu merujuk hal ini kepada pakar perubatan atau kaunselor sahaja seolah olah Islam bukan tempat rujukan yang tepat. Asasnya perlu dibentuk dengan gaya dan cara yang sopan agar tidak terlalu menonjol atau mendatangkan fitnah dalam usaha menyampaikan dakwah.
Banyak nasihat dalam hadis-hadis Nabi saw tertuju kepada kaum lelaki kerana kelihatannya pengurusan hubungan seks adalah perkara yang amat penting bagi para suami. Malah melayani hubungan seks dalam rumahtangga termasuk isu ketaatan bagi para isteri. Banyak para wanita telah diberikan beberapa hadis ini sebelum mendirikan rumahtangga.
DALAM Al-Quran Allah SWT memberikan "kebenaran' kepada suami untuk melakukan hubungan seks dengan isterinya pada bila-bila saja. Hal ini seperti dinyatakan dalam firmanNya yang bermaksud:
Bagaimanapun, sebenarnya dalam ayat itu ada beberapa ajaran yang tersirat, iaitu
Tetapi janganlah kita menggunakan ayat ini untuk melakukan seks didalam kereta pulak nanti padah, terjadi kemalangan jalanraya. Tapi ayat itu bermaksudnya bertapa pentingnya permintaan sang suami yang tidak boleh ditolak oleh sang isteri dalam melakukan hubungan seks.
Dalam buku Fiqhus Sunnah karangan Sayyid Sabiq Ibny Hazam berkata:
Suami wajib mengumpuli isterinya sedikitnya satu kali setiap bulan jika ia mampu. Kalau tidak, bererti ia durhaka terhadap Allah SWT. Kebanyakan Ulama sependapat dengan Ibnu Hazm walaupun terdapat beberapa perbedaan pendapat. Bagaimanapun ini memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan semata kepentingan para suami tetapi juga keperluan naluri kewanitaan dalam hubungan lelaki/wanita.
Suatu malam Khalifah Umar Al Khattab meronda kota Madinah dan Umar mendengar keluhan dan rintihan seorang wanita dalam rangkapan kata katanya:
Malam ini begitu panjang dan tepi langit begitu hitam. Sudah lama aku tiada kawan untuk bersenda gurau. Demi Allah!. kalau tidak kerana takut kepada Allah SWT semata mata tentulah kaki kaki tempat tidur ini sudah bergoyang-goyang. Tetapi, O Tuhanku! Rasa malu cukup menahan diriku Namun, suamiku sungguh lebih mengutamakan mengendarai untanya.
Rupanya suami wanita ini selalu bertugas pergi berjihad fisabilillah. Saidina Umar kemudian menetapkan waktu tugas bagi tenteranya untuk berada di medan tempur hanya selama enam bulan, sebulan untuk pergi, empat bulan di medan tempur lalu sebulan untuk pulang.
Dari kisah di atas memperlihatkan bahawa keperluan hubungan seks bukan saja keinginan kaum lelaki tetapi juga keinginan semula jadi wanita apa lagi dalam ikatan yang sah sebagai suami/isteri.
Seorang sahabat Nabi SAW pun pernah menyelesaikan masalah seorang wanita yang mengadu hal tentang suaminya yang tidak suka melayani keinginan seksnya kerana hanya suka berpuasa dan bersolat sepanjang masa. Lalu sahabat ini menasihati suami wanita ini melalui hujjahnya:
Rasulullah saw bersabda:
Malah Rasulullah saw mengajarkan ini:
Hadis ini memperlihatkan bahawa hubunga seks suami isteri bukan semata pemuasan hawa nafsu satu pihak sahaja tetapi juga keperluan fisik dan biologi kedua keduanya, suami dan isteri. Misalkan lagi tentang Azl. Azl adalah satu kaedah hubungan seks yang biasa dilakukan oleh bangsa Arab untuk menjarakkan kehamilan yaitu suami mengeluarkan air maninya di luar faraj isterinya. Dalam kaedah ini Nabi saw mendiamkan tanpa bantahan. Mazhab Hanafi berpendapat bahawa Azl itu boleh jika isteri setuju dan makruh jika isteri tidak setuju. Pendapat fiqh ini memperlihatkan bahawa kepuasan melakukan hubungan seks tetap menjadi perkara utama dalam hubungan suami isteri.
Setiap pasangan suami isteri haruslah melihat hubungan seks dari sudut yang betul dan tepat kerana hubungan seks bukan semata hanya memenuhi keinginan fisik tetapi lebih dari itu. Banyak pasangan yang hidup bertahun tahun tidak dapat menikmati kepuasan hubungan ini malah banyak pula yang merasa hambar, kurang daya upaya yang akhirnya hanya sekadar menjadi tugas rutin semata. Akibatnya ada yang mencari jalan keluar dengan tarikan tarikan seks yang lain seperti hubungan seks luar nikah atau sekadar menonton video-video lucah sehingga sukar menjauhi perbuatan onani walaupun sudah ada isteri atau suami.
Sunat
Sunat melakukan persetubuhan pada malam Jumaat dengan syarat ketika suami menginginkan hubungan berkenaan isteri berada dalam keadaan suci tanpa uzur.
Perkara ini berdasarkan riwayat bahawa Rasulullah SAW bersabda:
Makruh
Makruh melakukan hubungan seks apabila satu pihak berada dalam ketakutan, waktu yang tidak sesuai, tidak ghairah dan semua keadaan yang boleh membuat hubungan seks itu tidak mencapai matlamat sebenar.
Haram
Haram hukumnya melakukan hubungan seks apabila isteri berada dalam keadaan haid seperti firman Allah SWT, maksudnya:
Pakar perubatan moden juga bersetuju bahawa perempuan yang sedang haid tidak boleh disetubuhi kerana pada waktu itu mereka sedang mengeluarkan darah kotor yang mengandungi banyak kuman dan bakteria.
Di samping itu, pada masa haid saraf alat kelamin mereka sedang berada dalam keadaan yang tidak stabil. Diharamkan juga bersetubuh pada siang puasa Ramadan dan pada waktu melaksanakan ihram atau menyetubuhi isteri melalui duburnya.
Demikian besarnya perhatian Islam dalam masalah pernikahan, khususnya masalah hubungan seksual hingga suami dan isteri tidak ada berasa dirugikan atau dipaksa.
Perkara itulah yang dipesan Rasulullah SAW dalam sabdanya:
Dengan kesedaran ini, maka suami dan isteri akan melakukan hak dan kewajipan mereka dengan baik berdasarkan panduan Al-Quran dan sunnah. Tidak akan ada yang berasa dizalimi atau menzalimi. Suami dan isteri sama berusaha menciptakan keluarga bahagia baik di dunia atau akhirat.
1 comment:
Alhamdulillah, artikel yg bermanfaat.
Jemput baca tips dari saya pula..
Hubungan intim HAMBAR?? Rahsia MENGHANGATKAN hubungan intim anda di sini: http://ummuhasanhealth.blogspot.com/2014/06/vitamin-untuk-menghangatkan-cinta-suami.html?m=1
Post a Comment