Hot Stuff

Thursday, November 26, 2009

::pemilik cintaku:::




untukmu hawa




Rama-rama ibarat wanita.Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan-tangan yang  tidak berhak hinggap pada tubuhnya.memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang,tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.begitulah wanita.ia bagai rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah,apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi. Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga seorang muslimah terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala ia di damping si suami.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong.bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikatnya itu.sedangkan sepanjang berade  didalam kepompong tiada siapa pedulikannya,malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama.terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk.daripada suatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.rama-rama adalah contoh terbaik seorang wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan kalian duhai muslimah. Sewaktu antum dipuja,usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum antum menjadi seorang perawan ayahnda dan bonda menjaga antum sebaik yang mungkin..sewaktu antum digoda,dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan antum dapat bangkit sebagai muslimah sempurna hari ini.antum tidak muncul sendiri tapi antum adalah lambang pengorbanan ayahnda dan bonda.
Usah jadi rama-rama yang didalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggun beban.hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai  murni yang perlu dipertahankan.hak antum ialah memelihara kehormatan.selama mana antum memelihara kehormatan dan maruah diri antum berada pada terbaik,sebaik sahaja antum tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan,antum sudah kehilangan masa depan.postman-butterfly kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia,dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini.sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya,ia sentiasa terdedah pada bahaya.namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran terpenting sang penceroboh,antum ibarat rama-rama yang tidak sedar  diintai bahaya.

Mahalkan harga diri aatum duhai muslimah.semakin sukar antum dimiliki semakin mahal nilai antum di sisi kaum adam.lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi antum.usah terperangkap kedalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna antum.setelah warna-warna itu hilang antum dibiarkan.jadilah muslimah anggun yang punya nilai dan maruah diri,antum akan lebih dihormati.nilai antum bukan terletak pada berapa ramai lelaki ingin memiliki antum tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai antum.cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas.selama antum belum menemuinya anggaplah diri antum masih berhak terbang bebas bagaikan sang  rama-rama..
“JADILAH RAMA-RAMA YANG MENGINDAHKAN ALAM,JADILAH WANITA YANG MEMBANGGAKANKAN SEMUA ORANG"


saat cerita ini ditaip dalam fikiranku hanya ade 2 orang kedua-duanya puteri yang bakal membesar sebagai seorang muslimah ku harap dirimu adindaku akan menjadi muslimah yg akan berjuang buat agamamu..nur faradila &fathin nur hakimah semoga kalian akan selalu dalam bimbingan cinta ilahi..
..............................................................................................................................................................
petikan dari buku pemilik cintaku setelah ALLAH DAN RASUL





  •  kelak diri ibarat lembu yang ditarik hidung oleh nafsu
  • menyibukkan diri  merindui makhluk yang tidak halal umpama membuka pintu syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakan ALLAH
  • hati akan terseksa dengan barah rindu
  • rindu palsu akan membelenggu minda ia terjajah dan terhina dibawah jajahan syaitan
  • cinta lalai akan menyebabakan kita alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat
  • boleh menjadi tidak rasional berfikir jika benar2 mabuk cinta
  • jiwa terganggu untu menilai mana yang baik dan buruk
  • jikalau melangkah ke alam rumah tangga..nescaya ia terbina atas dasar maksiat yang mengundang padah
         untuk mengelakkan cinta yang xhalal ni....
  •  tegas dengan prinsip diri....
  • meletakkan misi yang jelas dalam hidup..
  • bersahabat dengan rakan2 sejantina yang soleh
  • mengekang hawa nafsu
  • mendekati majlis ilmu
  • sibukkan diri dengan hobi dan minat yg berfaedah..
  • Taqarrub dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan

"my frenz,to love someone is nothing,to be loved by someone is something,to be loved by someone you loved is exciting,but to be loved by ALLAH is everything...frenzs ALLAH loves you"



Wednesday, November 25, 2009

::pesanan buatmu::



bahagianya kekasih Allah dihadiahi ujian yang amat hebat sebagai tanda kasihNya,
begitulah rupanya berkasih dengan Allah.
tidak akan dibiarkan terlena dalam kenikmatan yang melimpah
tetap dlindungi dengan ujian dan cubaan yang tidak berkesudahan.
panjatkan kesyukuran kerana itu tanda sayang Allah kepada hambaNya
Allah maha mengetahui
apa yangg terbaik untuk hambaNya


Tuesday, November 24, 2009

::Hukum Lelaki Berinai::


Diharamkan mewarnakan badan seperti tangan dengan inai dan seumpamanya bagi orang lelaki melainkan ada keperluan seperti perubatan dan sebagainya.
Imam Nawawi dr ulama mazhab syafie telah berkata:
Adapun mewarnakan tangan dan kaki dgn inai adalah disunatkan bagi wanita yg berkahwin berdasarkan hadis2 yg masyhur; dan diharamkan kpd lelaki melainkan kerana keperluan perubatan dan seumpamnya.
Pengharaman ini telah disokong oleh ulama dr mazhab lain seperti disebut dlm kitab Fatawa Hindiah, Fatawa hindiah, Fathul Bari dan lain2.
Dalil pengharaman adalah seperti berikut:
1. Perbuatan ini adalah menyerupai perbuatan wanita yg diharamkan syara'.
Nabi bersabda: لعن رسول الله صلى الله عليه وسلم المتشبهين من الرجال بالنساء ، والمتشبهات من النساء بالرجال.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melaknat lelaki yg menyerupai perempuan dan perempuan menyerupai lelaki. (HR Bukhari)

2. Hadis berikut: نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم أن يتزعف الرجل.

Maksudnya: Rasulullah s.a.w melarang lelaki untuk memakai wangian Za'faran. (HR Bukhari dan Muslim dan lain2).

Imam Nawawi berkata dalm kitabnya (Majmuk): Larangan ini adalah kerana warnanya bukan kerna bau wanginya. Bau wangi adalah disunatkan bagi lelaki. Hukum memakai inai bg lelaki adalah sama dengan memakai za'faran.

4. Hadis riwayat Ya'la: أن رسول الله راى رجلا متخلقا فقال: اذهب فاغسله ثم اغسله ثم لا تعد.

Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melihat seorang lelaki memakai sejenis wangian yg berwarna kekuningan dan kemerahan. Baginda bersabda: Pergilah basuh, pergilah basuh kemudian jangan buat semula. (HR Tirmizi dan Nasaie) sanad yg lemah.

5. Hadis dr Abi Hurairah: أتى رسول الله صلى الله عليه وسلم بمخنث قد خضب يديه ورجليه بالحناء الله ، فقال رسول الله صلى الله: ما بال هذا؟ قالوا يتشبه بالنساء فأمر به فنفي إلى النقيع.
Maksudnya: Para sahabat Nabi telah membawa seorang lelaki yang meneyerupai wanita ; dimana dia telah menginai kaki dan tangannya. Rasulullah s.a.w bersabda: "Kenapa dengan lelaki ni?" Para sahabat menjawab: "Dia menyerupai wanita" Lalu Nabi memerintah supaya dihalau ke Naqie'.(HR Abu Daud). Sanad yg lemah.




Hadis dari Anas ra. katanya: Rasulullah SAW bila melihat ada kesan warna za‘faran pada badan Abdul Rahman bin ‘Auf , Baginda terus bertanya apa hal kamu? (pertanyaan sinis). Jawabnya aku baru kahwin dan menjadi pengantin. Baginda bersabda lagi katanya: “Apa mas kahwinnya? Jawabnya seberat timbangan emas yang tidak diketahui berapa beratnya pada masa itu. Kata sesetengah ulama seberat lima dirham manakala kata sesetengah lagi sama berat timbangan biji tamar dari emas dan berbagai-bagai lagi. Apa yang dapat difahami dari hadis ini, ialah sekalipun berinai itu hukumnya tidak digalakkan (makruh) bagi lelaki, tetapi kerana untuk meraikan hari yang paling bersejarah dalam hidup, maka Rasulullah SAW tidak berkata apa-apa, malah mengalih soalannya kepada mas kahwin dan terus mendoakan dengan keberkatan kepada sahabatnya itu dan berpesan supaya Abdul Rahman mengadakan kenduri walimah sekurang-kurangya dengan seekor kambing untuk menyatakan kegembiraan dan kesyukuran atas nikmat tersebut. Wallahualam..

Nota Kaki ; Perempuan tidak boleh melukis corak pada tangan kerana ianya akan menyerupai tatu dan hukum nya haram ..

Sunday, November 22, 2009

::petikan hadis::


Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan

Saturday, November 21, 2009

::JALAN-JALAN KE NERAKA?::


  1. orang-orang yang tidak menjalankan tanggungjawab memberikan pelajaran agama islam kepada ahlinya.
  2. orang kaya yang bakhil
  3. peniaga yang menipu.
  4. peminum arak.
  5. mengada dan menyokong majlis-majlis maksiat.
  6. berzina.
  7. menipu,memakan harta anak yatim.
  8. meringan-ringankan sembahyang.
  9. tidak mengeluarkan zakat.
  10. panjang angan-angan dan tidak bertaubat kepada ALLAH.
  11. meninggalkan sembahyang.
  12. derhaka kepada kedua ibubapa.
  13. membuat fitnah.
  14. suami dan ibu bapa yang dayus/nusyuz.
  15. dusta
  16. mendapat dan memakan harta yang haram
  17. sihir.
  18. dengki/kianat.
  19. melakukan apa yang telah diharamkan oleh ALLAH
                                                                                                                                                                     عن أبي مسي عن نبي صلى الله عليه وسلم قال: المومن للمومن كلبونيان يسر بعضه بعضا                                                                                                                          
maksudnya: daripada abu musa,dari nabi s.a.w telah bersabda:orang mukmin dengan mukmin yang                 lain seumpama binaan yang saling menguatkan antara satu dan yang lain....

                                                         
MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...

Thursday, November 19, 2009

::Puteriku Sayang::


Posted by Picasa
Puteriku Sayang
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com/

Lembut mu tak bererti kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri pada suami yang sejati

Disebalik bersih wajah mu disebalik tabir diri mu
Ada rahsia agung tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri

Malu mu mahkota yang tidak perlukan singgahsana
Tapi ia berkuasa menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang pergi menyerah diri

Ketegasan mu umpama benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


:: Berfikiran Positif Or Negatif??::

Assalamualaikum...

Pada masa kini sering kali kita melihat perbuatan seseorang individu itu dan terus membuat tanggapan berdasarkan apa yang dilihat pada individu tersebut tanpa berfikir secara rasional dan tidak pula ingin mencuba berfikiran di luar kotak pemikirannya. Pandangan ini disebut "first impression", malah mereka menganggap "first impression" inilah yang mencerminkan perilaku sebenar individu tersebut. Sebagai contoh, berdasarkan pakaian seseorang individu tersebut. Apabila individu tersebut berpakaian smart, bersih, kacak bertali leher dan sebagainya mesti kita membuat "first impression" bahawa individu tersebut berkerjaya bagus, berkerjaya yang baik, bergaul dengan orang yang baik dan sebagainya.

Kemudian apabila melihat seseorang individu yang berkopiah dan sentiasa berpakaian islamik, kita terus membuat "first impression" bahawa individu tersebut seorang yang baik dan alim, sentiasa mengamalkan ajaran islam dan tidak melakukan kesalahan. Contoh lain apabila kita melihat orang berpakaian lusuh dan sebagainya kita mesti membuat tanggapan bahawa orang itu orang miskin berdasarkan pada pandangan dari kaca mata manusia. Orang yang berkerja sebagai tukang sapu sampah dianggap orang biasa yang tidak mempunyai apa-apa sumbangan terhadap masyarakat berbanding ustaz2 yang mengajar di sekolah.

Semua ini sering kita lihat pada pandangan manusia sahaja, yang tidak cuba untuk berfikir pada dimensi yang lain pula. Mesti ada di kalangan antum yang masih belum paham apa yang ingin disampaikan oleh catatan ana di atas kan??. Baiklah ana akan memberikan penerangan berdasarkan catatan ana di atas.

1. INDIVIDU YANG BERPAKAIN SMART, BERSIH.

First Impression : berkerjaya bagus, pandai, mempunyai kedudukan sosio masyarakat yang bagus, sentiasa dipandang mulia oleh orang kebanyakan, kaya, sering memberikan derma seperti yang dilihat di kaca tv dan beberapa perkara posiftif yang lain.
Hakikat : menjalankan kerja yang haram seperti menipu orang, selalu berhibur di kelab2 malam, mempunyai ramai teman, mengamalkan rasuah, berasa bangga dengan kejayaan yang dimiliki, berbangga dengan taraf pendidikan yang dimiliki dan sebagainya.
Kesimpulan: tidak semua induvidu yang berpakaian smart itu dipandang mulia oleh Allah. Kerana berkemungkinan mereka sering takbur dan riak dengan kejayaan yang dimilikinya sedangkan kejayaan yang diberikan merupakan hak Allah dan ketentuan Allah yang diberikan sebagai amanah buat hambanya untuk diuji tahap keimanannya. Boleh kita lihat sekarang berapa ramaikah orang yang berkerjaya ini memenuhi surau2 dan masjid2. Selalukah dan banyakkah kita melihat kereta besar2 mereka berada di perkarangan masjid  ketika melaksanakan solat jumaat jika dibandingkan dengan pergi ke majlis2 VVIP dan sebagainya. Jika ada pun boleh dikira bilangannya dengan jari. Kalau tidak percaya boleh lihat sendiri dan membuat perbandingan di masjid ketika sembahyang jumaat dan majlis2 untuk orang kenamaan. Lihat kereta mewah, di mana yang lebih banyak??


2. INDIVIDU YANG BERPAKAIAN ISLAMIK.

First Impression : mempunyai akhlak yang baik, tidak menipu, sentiasa mengamalkan ajaran islam yang sebenar, senang bercampur dengan masyarakat. Menjadi contoh dan idola kepada pelajar.
Hakikat : tidak dapat melaksanakan beberapa tanggungjawab yang lain seperti terhadap keluarga kerana sering keluar untuk berceramah. Berasa riak dengan ilmu agama yang ada dalam dirinya. Sentiasa menganggap pandangannya betul. Berasa bangga dengan pandangan orang ramai terhadap dirinya.
Kesimpulan : tidak semestinya apabila kita melihat seseorang itu berpakaian islam kita mengaggap mereka ini 100% baik. Kerana ada juga individu yang berstatus ustaz atau ustazah yang melakukan perkara yang dilarang. Pernahkah kita melihat di dada akhbar seorang ustazah ditangkap khalwat bersama dengan pensyarahnya di hotel. Pernahkah kita mendengar ustaz cakera alam yang mempunyai sebuah klinik di selangor. Beliau telah melakukan penipuan yang cukup besar terhadap pesakit2 nya. Hal ini terbongkar apabila sebuah media di korea mendedahkannya. Antum boleh lihat sendiri di laman Youtube Ustaz CakeraAlam ini. Semua yang ana kemukakan ini merupakan perkara yang benar2 berlaku. Jadi apa presepsi anda tentang golongon ini?? 100% di kalangannya baikkah??


 3. BEKERJA SEBAGAI TUKANG SAPU SAMPAH ATAU TUKANG KEBUN

First Impression : mempunyai pendidikan yang rendah, miskin, dipandang rendah, pandangan mereka tidak diambil peduli, di hina pun ada.
Hakikat: mempunyai rezeki yang halal untuk diberikan kepada keluarga, miskin harta tetapi kaya dengan budi bahasa dan zikir pada Allah. Tidak mempunyai sifat riak kerana tidak apa yang perlu diriakkan. Membersihkan bumi Allah dengan pekerjaannya. Sentiasa berendah diri.
Kesimpulan : mungkin golongon ini dipandang rendah oleh sesetengah individu, tetapi bagaimana pula dengan pandangan Allah terhadapnya?? mungkin juga mereka melakukan amal ibadah dan ibadahnya diterima Allah yang kita tidak pernah nampak sebab mereka bukan ustaz yang selalu hadir di tempat2 ceramah dan sebagainya. berbanding dengan penceramah2 yang mungkin terdapat sedikit sifat riak di dalam hati mereka. 


RUMUSAN

Ingatlah bahawa tidak semestinya apa yang kita lihat itu merupakan hakikat sebenar. Tidak semestinya benda yang dipandang jelik dan hina itu merupakan perkara yang keji. Dan perkara yang nampak baik itu merupakan benar. Gunalah pandangan mata hati dalam menilai seseorang, jangan hanya dilihat pada "First Impression" sahaja, gunakanlah minda dan hati dalam menilai sesuatu perkara. berfikirlah dengan meluas dan jangan disempitkan pemikiran itu. Perkara ini boleh dilihat pada kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir dalam surah al-kahfi ayat 62-82. Bagaimana pandangan Nabi Musa terhadap Nabi Khidir setelah melihat perbuatan Nabi Khidir?? ikutilah kisah tersebut.

Pesanan daripada ana utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia. Pada artikel ini mempunyai maksud tersurat yang ingin disampaikan berdasarkan beberapa perkara. Gunakanlah pemikiran anda sendiri dalam merungkaikan makna tersurat tersebut.

Mata Hati
Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia.


MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


Wednesday, November 18, 2009

:: 5:08 PM - Bukti kebenaran Al Quran ::


Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w. melalui malaikat Jibril untuk umat Islam.
Adakah Mushaf Al-Quran di setiap rumah keluarga Muslim? Diduga jawabannya adalah "tidak"! Apakah anggota keluarga Muslim yang memiliki mushaf telah mampu membaca Kitab suci itu? Diduga keras jawabannya adalah "belum"! Apakah setiap Muslim yang mampu membaca Al-Quran mengetahui garis besar kandungannya serta fungsi kehadirannya di tengah-tengah umat? Sekali lagi jawaban yang diduga serupa dengan yang sebelumnya.

Kitab suci yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW, antara lain dinamai Al-Kitab dan Al-Qu'ran (bacaan yang sempurna), walaupun penerima dan masyarakat pertama yang ditemuinya tidak mengenal baca-tulis. Ini semua dimaksudkan agar mereka dan generasi berikutnya membacanya. Fungsi utama Al-Kitab adalah memberikan petunjuk. Hal ini tidak dapat terlaksana tanpa membaca dan memahaminya.

Dari celah-celah redaksinya ditemukan tiga bukti kebenarannya. Pertama, keindahan, keserasian dan keseimbangan kata-katanya. Kata yaum yang berarti "hari", dalam bentuk tunggalnya terulang sebanyak 365 kali ( ini sama dengan satu tahun), dalam bentuk jamak diulangi sebanyak 30 kali (ini sama dengan satu bulan). Sementara itu , kata yaum yang berarti "bulan" hanya terdapat 12 kali. Kata panas dan dingin masing-masing diulangi sebanyak empat kali, sementara dunia dan akhirat, hidup dan mati, iblis dan malaikat, dan masih banyak lainnya, semuanya seimbang dalam jumlah yang serasi dengan tujuannya dan indah kedengarannya.

Kedua, pemberitaan ghaib yang diungkapkannya. Awal surah Al-Rum menegaskan kekalahan Romawi oleh Parsi pada tahun 614; setelah kekalahan mereka dalam masa sembilan tahun di saat mana kaum mukminin akan bergembira. Dan itu benar adanya, tepat pada saat kegembiraan kaum Muslim memenangkan Perang Badar pada 622, bangsa Romawi memperoleh kemenangan melawan Parsi. Pemberitaannya tentang keselamatan badan Fir'aun yang tenggelam di Laut Merah 3.200 tahun yang lalu, baru terbukti setelah muminya (badannya yang diawetkan) ditemukan oleh Loret di Wadi Al- Muluk Thaba, Mesir pada 1896 dan dibuka pembalutnya oleh Eliot Smith 8 Juli 1907. Mahabenar Allah yang menyatakan kepada Fir'aun pada saat kematiannya: Hari ini Kuselamatkan badanmu supaya kamu menjadi pelajaran bagi generasi sesudahmu (QS 10: 92).

Ketiga, isyarat-isyarat ilmiahnya sungguh mengagumkan ilmuwan masa kini, apalagi yang menyampaikannya adalah seorang ummi yang tidak pandai membaca dan menulis serta hidup di lingkungan masyarakat terbelakang. Bukti kebenaran (mukzijat) rasul-rasul Allah bersifat rasional. Hanya Muhammad yang datang membawa bukti selainnya, Tuhan berpesan agar mereka mempelajari Al-Qur'an (lihat QS 29:50). Sungguh sayang bahwa tidak sedikit umat Islam dewasa ini bukan hanya tak pandai membaca Kitab Sucinya, tetapi juga tidak memfungsikannya, kecuali sebagai penangkal bahaya dan pembawa manfaat dengan cara-cara yang irasional.

Rupanya, umat generasi inilah antara lain yang termasuk diadukan oleh Nabi Muhammad  : Wahai Tuhan, sesungguhnya umatku telah menjadikan Al-Qur'an sesuatu yang tidak dipedulikan (QS 25:30).

Tahap pertama untuk mengatasi kekurangan dan kesalahan di atas adalah meningkatkan kemampuan baca Al-Qur'an . Janganlah anak-anak kita disalahkan kelak di kemudian hari mereka pun mengadu kepada Allah, sebagaimana ditemukan dalam sebuah riwayat: "Wahai Tuhanku, aku menuntut keadilan-Mu terhadap perlakuan orangtuaku yang aniaya ini". (Disadur daripada


:: Salam Perkenalan::

    BIODATA EDITOR BLOG


NAMA : MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
NAMA SAMARAN : SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH
TARIKH LAHIR : 23 JULAI 1990
TEMPAT LAHIR : HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU
BELAJAR : INSTITUT PERGURUAN KAMPUS IPOH
KURSUS : BAHASA MELAYU/ P. JASMANI/ SAINS SOSIAL


:: Kepimpinan Rasullullah::



Oleh : Tuan Muda Farhan


Pengenalan


Rasulullah s.a.w. telah diutuskan oleh Allah S.W.T untuk memimpin dan membimbing umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat yang diberikan oleh Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini yang menjadi contoh kepada semua umat manusia.

Para nabi dan rasul merupakan manusia pilihan utusan Allah untuk memimpin dan membimbing manusia ke jalan yang benar. Oleh yang dimikian, para nabi dan rasul merupakan pemimpin yang menjadi contoh dan mercu tanda sejarah ketamadunan manusia. Dalam konteks yang lebih khusus, nabi Muhammad s.a.w merupakan nabi dan rasul yang terakhir dan penghulu segala nabi dan rasul, yang mempunyai kedudukan yang tersendiri terutama yang berkaitan dangan hal-hal kepimpinan. Beliau baginda s.a.w mempunyai gaya kepimpinan yang tersendiri dalam menguruskan agama yang dibawanya sehingga agama Islam menjadi agama yang terunggul di muka bumi ini.

Sebagai pembawa risalah Allah, untuk pemimpin manusia sejagat, baginda s.a.w merupakan pemimpin yang mempunyai kebijksanaan yang luar biasa yang tiada tolok bandingnya. Rasulullah telah merangka strategi yang sangat baik dalam menyebarkan agama Islam sehingga membawa kepada pembukaan kota Mekah dan seterusnya agama Islam telah berkembang ke seluruh pelusuk dunia.


Kepimpinan Rasulullah dan Kepimpinan Masa Kini


(Dipetik daripada Kitab Ihya Ulumuddin – Karya Hujjatul Islam Imam Muhammad bin Abu Hamid Al-Ghazali dll sumber pelbagai ) mengatakan bahawa agama Islam merupakan agama yang diredhai Allah di muka bumi. Walaupun terdapat pelbagai pegangan dan agama yang ada di muka bumi, hanya agama Islam sahaja yang mendapat keredhaan Allah s.w.t. kerana ajaran Islam merupakan ajaran yang lengkap yang merangkumi semua aspek dan sesuai diamalkan oleh kehidupan sepanjang zaman. Islam merupakan peraturan hidup yang sangat sempurna dan tidak ada agama lain yang mempunyai peraturan yang sesempurna agama Islam.

Rasulullah s.a.w. telah diutuskan oleh Allah untuk memimpin da membimbing umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat yang paling berharga dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini, sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:

'Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam'.(Al-Anbiya’:107)

Sebagai seorang Rasul yang diutuskan, darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat maksum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu, arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini, tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Dalam menyampaikan ajaran dan perintah dari Allah, Baginda juga memperlihatkan contoh-contoh teladan yang sangat baik untuk diikuti oleh umatnya. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman:

‘Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).' (Al-Ahzab: 21)

Nabi Muhammad s.a.w bukan sahaja sebagai seorang pendakwah yang menyebarkan ajaran Islam, tetapi baginda juga merupakan seorang pemimpin teragung yang perlu dijadikan contoh kepada pemimpin lain. Baginda telah dilantik menjadi pemimpin sejak kecil lagi dimana baginda telah diberi tanggungjawab yang amat besar bagi seorang kanak-kanak untuk mengembala kambing.

Dari pengalaman itu, secara tidak langsung telah melatih baginda menjadi seorang pemimpin. Baginda telah berjaya menyelesaikan pelbagai permasalahan yang timbul. Sebagai contoh, baginda telah berjaya menyelesaikan pertikaian siapa yang akan meletakkan semula batu Hajarul Aswad ke tempat asalnya ketika berlaku banjir besar di Mekah. Baginda bijak menyelesaikan pertelingkahan diantara ketua-ketua puak yang berebut-rebut untuk meletakkan hajarul aswad ke tempatnya. Dari peristiwa itu, Rasulullah telah digelar penduduk mekah sebagai Al-Amin. Baginda juga mempunyai kebijaksanaan termasuk berniaga sehingga Khadijah tertarik kepada baginda untuk menguruskan perniagaannya. Baginda jujur dalam urusan jual beli dan menyebabkan perniagaan Siti Khadijah berkembang maju.

Rasulullah s.a.w menghadapi pelbagai kesukaran dalam menyebarkan agama Islam. Baginda telah menempuhi pelbagai tentangan daripada pelbagai masyarakat. Rasulullah s.a.w merupakan seorang pemimpin yang bijaksana. Baginda telah merangka strategi menyebarkan ajaran Islam dengan berhijrah ke Madinah setelah penduduk Quraisy Mekah menentang dan ingin membunuh baginda.

Semasa di Mekah, beberapa orang suku kaum Khazraj iaitu penduduk Madinah telah membuat perjanjian Aqabah pertama dengan Rasulullah s.a.w. Selepas mereka kembali ke Madinah, mereka menyebarkan Islam kepada penduduk Madinah. Pada tahun berikutnya (621 Masihi), beberapa orang suku kaum Aus dan Khazraj menemui baginda lagi dan membuat Perjanjian Aqabah yang kedua. Antara perjanjian yang di buat oleh kaum Aus dan Khazraj ialah berjanji membantu baginda ketika hijrah,meninggalkan amalan jahiliah seperti minum arak, berjudi dan sebagainya. Selepas perjanjian itu, Rasulullah s.a.w telah menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk menyebarkan Islam. Dari peristiwa inilah membuktikan Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin yang unggul dan bijaksana mengatur strategi.

Rasulullah SAW mempunyai peranan yang sangat besar dalam pembentukan masyarakat Madinah. Pembentukan Madinah mempunyai perkara yang tersirat iaitu sebagai medium untuk menyatukan penduduk Madinah yang selama ini bermusuhan. Rasulullah telah membina masjid yang pertama ketika berhijrah di Madinah iaitu Masjid Kuba’. Rasulullah telah menjadikan masjid sebagai tempat pertemuan umat Islam. Segala aktiviti dan musyawarah akan dilakukan di masjid. Secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim dan menguatkan perpaduan umat Islam.



Selepas Rasulullah s.a.w dan orang muhajirin Mekah berhijrah ke Madinah, baginda telah mewujudkan perlembagaan terlebih dahulu sebelum menubuhkan negara iaitu Piagam Madinah. Piagam Madinah ini mencatatkan mengenai tanggungjawab ketua Negara dan rakyat. Piagam ini mendapat persetujuan orang Islam dan bukan Islam. Piagam Madinah merupakan perlembagaan bertulis pertama digubal di dunia. Antara kandungan Piagam Madinah ialah Rasulullah s.a.w sebagai pemimpin semua penduduk Madinah dan menjadi ketua hakim berlandaskan musyawarah dan adil. Tidak ada paksaan memeluk Islam, penduduk Madinah bebas untuk memilih dan mengamal agama tanpa gangguan penganut lain. Masyarakat Madinah hendaklah bersatu-padu dan bekerjasama tanpa mengira bangsa.

Undang-undang Islam dilaksanakan secara menyeluruh tetapi peraturan kaum atau keluarga yang sesuai dengan Islam boleh diamalkan. Hukuman bagi penduduk yang melakukan kesalahan adalah adil. Riba dan penindasan adalah dilarang Semua penduduk Madinah diwajibkan mempertahankan kedaulatan Negara dan mempunyai semangat cinta akan negara sekiranya Negara diancam oleh musuh. Bagi orang yahudi, mereka mempunyai hak yang sama dengan penduduk Islam Madinah yang lain seperti hak kebebasan, hak keselamatan dan sebagainya selagi mematuhi piagam Madinah. Dengan wujudnya perlembagaan ini, Madinah telah berkembang menjadi sebuah Negara yang maju dan agama Islam telah menjadi kuat.



Setelah Madinah maju, Rasulullah telah membuka semula kota Mekah setelah hampir lapan tahun di Madinah. Peristiwa pembukaan kota Mekah ini bermula apabila Rasulullah SAW serta muhajirin yang amat merindui Mekah ingin melakukan Umrah. Sebagai menunjukkan kesungguhan hasrat mereka semata-mata untuk mengerjakan umrah, Nabi Muhammad s.a.w mengutus Saidina Uthman al-Affan untuk berunding dengan pembesar Mekah.

Peristiwa itu membawa kepada perundingan di antara Nabi Muhammad dengan utusan Quraisy, Suhail bin ‘Amr yang akhirnya membawa kepada pemeteraian perjanjian Hudaibiyah. Antara isi kandungan perjanjian itu ialah umrah ditangguhkan ke tahun depan, orang Islam diberi masa tiga hari saja untuk menyempurnakannya serta tidak dibenarkan membawa senjata kecuali pedang yang bersarung. Kedua-dua pihak juga bersetuju menguatkuasakan gencatan senjata selama 10 tahun dan bebas membuat perjanjian dengan sesiapa saja. Pelarian Muslim yang berasal dari Makkah hendaklah dipulangkan ke Makkah, manakala orang Islam yang berpaling tadah tidak perlu dikembalikan ke Madinah. Walaupun perjanjian bertulis itu memberi banyak kelebihan kepada pihak musuh namun ianya memberi kesan yang baik terhadap perkembangan Islam.

Perjanjian Hudaibiyah membuka jalan menuju Makkah dan membuka peluang untuk berdakwah ke seluruh pelosok Tanah Arab. Pembukaan ini ialah strategi jangka panjang Rasulullah dalam menyebarkan Islam kerana penguasaan Mekah akan memantapkan Islam. Selepas pembukaan Kota Mekah, Islam disebarkan keseluruh Tanah Arab sehinggalah ke Negara Parsi (Iran).

Rasulullah s.a.w telah memainkan peranan yang amat penting dalam penyebaran Islam di seluruh dunia. Hari ini, kita dapat merasai nikmat Islam dengan kebijaksanaan Rasulullah dalam merangka strategi penyebaran Islam. Allah s.w.t telah merakamkan di dalam Al-Quran mengenai Rasulullah sebagai tokoh yang terbaik dan termasyur.

Pada hari ini, pelbagai kemajuan dan kejayaan telah dicapai dunia dalam pelbagai bidang seperti bidang sains dan teknologi. Manusia kini dapat menikmati kemudahan dan kesenangan dengan terciptanya pelbagai teknologi. Sungguhpun perkembangan sains dan teknologi pesat membangun, namun ajaran Islam tetap dilaksanakan seiring dengan perkembangan semasa. Pada hari ini juga, kita dapat melihat dakwah yang telah dilakukan Rasulullah pada masa dahulu berkembang luas dengan peningkatan penduduk dunia yang memeluk Islam yang dianggarkan berjumlah melebih 1 bilion orang. Ini kerana dakwah dapat disebarkan dengan meluas dan menyeluruh dengan kehadiran teknologi seperti internet ,media massa dan media cetak.

Kesimpulannya, agama Islam telah tersebar luas keseluruh dunia dan kepimpinan Rasulullah telah menjadi contoh dan ikutan pemimpin masa kini untuk mentadbir sesebuah Negara dengan lebih berkesan. Sesungguhnya, tiada insan yang teristimewa di dunia ini melainkan junjungan besar Muhammad Rasulullah s.a.w. Kepimpinan Rasullullah s.a.w lebih hebat cabaran dan dugaannya berbanding dengan kepimpinan masa kini yang kita dapat lihat lebih banyak bergantung terhadap kemodenan teknologi .

Tuesday, November 17, 2009

:: Sikap Optimis (Harapan Yang Baik) ::


Manusia sering ragu

Orang yang ragu akan kejayaan atau masa hadapannya dapat disuntikkan semangat untuk maju dengan rasa optimis atau keyakinan pada diri sendiri. Rasa optimis itu akan lahir jika seseorang itu dapat menilai kuniaan Allah Ta’ala pada dirinya iaitu kurniaan hati, akal, anggota tubuh badan yang cukup, masa dan peluang yang membolehkannya berusaha untuk mencapai kejayaan.

Rasa ragu yang digantikan dengan rasa optimis akan menimbulkan keinginan untuk mencuba dan mengambil peluang bagi kemajuan dan kejayaan diri.

Ertinya: Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaga yang silih berganti dari hadapan dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan sebab perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah mengkehendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala’ bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapa pun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkan itu, dan tidak ada siapa pun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. (Surah Ar-Ra’du: Ayat 11)

Pengertian Optimis

Optimis merupakan perasaan yakin terhadap sesuatu yang baik akan terjadi yang memberi harapan positif serta menjadi pendorong untuk berusaha ke arah kemajuan atau kejayaan.

Rasa optimis akan lahir dalam diri manusia yang mengenali dirinya serta menyedari kurniaan Allah kepadanya. Juga mempunyai keyakinan kepada Allah Ta’ala yang bersifat pengasih dan penyayang dan keyakinan kepada kebolehan diri sendiri. Jelasnya, optimis terbentuk daripada tiga unsur utama:

1-Mengetahui bakat dan kelebihan diri sendiri.
2-Yakin kepada Allah Ta’ala
3-Yakin kepada kebolehan diri sendiri.

Optimis sebagai pendorong

Rasa optimis menjadi pendorong utama ke arah kemajuan dan kejayaan. Perasaan ini akan melahirkan semangat ingin maju dan ingin berjaya, mengerakkan diri untuk berusaha, menimbulkan daya tahan dan istiqamah dan sedia berkorban dengan semangat jihad yang tinggi.

Orang yang berjaya dalam kehidupan, memulakan usaha dengan rasa optimis pada diri sendiri, semangat berdikari dan berserah kepada Allah Ta’ala. Ia yakin bahawa usahanya yang baik tidak akan dipersia-siakan oleh Allah Ta’ala.

Firman Allah Ta’ala:

Ertinya: …..Sesungguhnya Allah tidak menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya. (Surah At-Taubah Ayat 120)


Optimis terhadap keampunan Allah

Kemajuan dan kejayaan yang hakiki adalah kemajuan dan kejayaan yang diredhai Allah Ta’ala. Kemajuan dan kejayaan itu adalah rahmat yang dikurniakan olehnya. Sedangkan rahmat Allah Ta’ala pula sering terhalang oleh dosa hambanya. Maka langkah pertama yang harus di ambil oleh orang yang mengharapkan kemajuan dan kejayaan itu ialah memohon keampunan daripadaya.

Orang yang memohon keampunan kepada Allah Ta’ala hendaklah optimis bahawa Allah Maha Pengampun, tanpa rasa ragu dan kecewa, hampa dan putus asa. Allah Ta’ala dengan sifat Maha pengampun dan Maha penyayang membuka ruang pengampunan yang amat luas kepada hamba-hambanya.

Ertinya: Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa ; sesunguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani. (Surah Az-Zumar Ayat 53)

Allah Ta’ala mengalu-alukan usaha hambanya mendekatkan diri kepadanya seperti yang dapat di fahami daripada hadis Qudsi:

Ertinya: Sesiapa yang mengerjakan satu kebaikan, maka pahalanya sepuluh kali ganda atau Aku lebihkan. Sesiapa yang mengerjakan satu kejahatan, maka ia hanya dibalas dengan satu kejahatan atau Aku ampunkan. Sesiapa yang hampir kepada Aku sejengkal, Aku hampir kepadanya sehasta. Sesiapa yang hampir kepada Aku sehasta, Aku akan hampir kepadanya sedepa. Sesiapa yang datang kepada Aku berjalan, Aku akan datang kepadanya berlari. Sesiapa yang menemui Aku membawa dosa seluas bumi, sedangkan ia tidak mempersekutukan Aku dengan sesuatupun, maka Aku akan menemuinya dengan memberi pengampunan sebesar itu juga.

Sungguh benar bahawa nasib manusia di dunia ini tidak sama. Ada orang yang kaya dan ada yang miskin, ada yang pandai, ada yang kurang pandai, ada yang sihat dan ada yang sakit. Semua yang ada pada manusia adalah rahmat daripada kurniaan Allah Ta’ala. Allah Ta’ala Maha Mengetahui, Maha Pemurah dan Maha Adil terhadap hamba-hambanya.

Sikap yang paling baik dalam mengharapkan rahmat Allah Ta’ala ialah optimis bahawa Allah Maha Pemberi Rahmat dan Maha Memperkenankan Harapan hamba-hambanya. Sikap ini mendorong setiap orang untuk berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk mendapatkan rahmat Allah dalam apa jua perkara yang diharapkannya. Jika kamu mengalami nasib yang kurang baik janganlah kamu kecewa dan putus asa. Percayalah bahawa Rahmat Allah amat baik dan tidak putus-putus.

Firman Allah Ta’ala:
Ertinya: ” Wahai anak-anakku ! pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusuf dan saudaranya ( Bunyamin ), Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak putus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir. “ (Surah Yusuf Ayat 87)

Sabda Rasullallahi Sallallahu Alaihi Wasallam:

Ertinya: Allah Ta’ala menjadikan Rahmat seratus bahagian, 99 bahagian ditahan dan satu bahagian diturunkan ke bumi. Daripada satu bahagian itu seluruh makhluk menaburkan kasih sayang, sehingga kamu melihat, binatang mengangkat kakinya kerana khuatir terpijak anaknya. ( Hadis Riwayat Bukhari Muslim)

:: Mujahid Sejati ::



mujahid Sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar,

tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya...

mujahid sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang,

tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran...

mujahid sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya,

tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa...

 mujahid sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja,

tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah...

mujahid sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan,

tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan...

mujahid sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang,

tetapi dari hati yang ada dibalik itu...

 mujahid sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja,

tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya...

 mujahid sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan,

tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan...

 mujahid sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci,

tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca..

:: Fatwa Masa Kini : Wanita Berpolitik ::



Sumber :


  1. Penglibatan wanita dalam politik menurut perspektif islam, Hibah Rauf Izat, Dar Al Hijrah sdn. Bhd.
  2. Sikap dan pendirian Islam terhadap wanita, Dr. Mustafa As-Siba'ie 
  3. http://www.jim.org.my/fiqh/wanita3.htm

Fatawa Muasirat al Qardhawi memperuntukkan dua bab khusus membicarakan persoalan ini; perihal wanita berpolitik, serta menjawat jawatan-jawatan penting negara termasuk jawatan Perdana menteri. Kita berpendapat kebenaran dari kata-kata di atas memang ada berdasarkan wanita menghadapi sifat-sifat semula jadi (fitrah) seperti pusingan haidh bulanan dan kesakitannya, bersalin dan kepedihannya, penyusuan bayi dan keletihannya, menjadi ibu dan bebanannya, melayan kehendaksuami dan karenahnya... Semuanya ini menjadikan wanita tidak mampu dari sudut fizikal, emosi dan pemikiran (aqliah) untuk terjun ke kancah politik dan kepimpinan ummah teutama yang terlibat dengan penggubalan dasar dan perundangan negara serta urusan pentadbiran dan pengurusan kerajaan moden.

Tetapi zaman dan masa telah berubah begitu pantas, apa yang telah berlaku kepada wanita adalah suatu yang diluar dugaan sama sekali. Kalau zaman dulu ada ulamak yang mengharamkan wanita keluar menuntut ilmu; ada sebahagian yang lain berfatwa wanita perlu di ajar membaca saha tidak menulis kerana jika wanita pandai menulis, mereka akan menggunakannya untuk mengarang puisi asyik dan surat-surat cinta. Namun fatwa itu sudah dibakulsampahkan. Memang benar juga, kita dapati medan ijtihad sejak dulu lagi tidak ramai yang menghasilkan mujtahid wanita; ini juga kerana keadaan dan situasi zaman itu yang menghadkan wanita melakukan kerja-kerja yang disifatkan berunsur kewanitaan. Namun apa yang berlaku dalam 40 tahun kebelakangan ini, perubahan pesat telah merungkai apa yang dianggap 'taboo' selama ini, sistem pendidikan telah dibuka seluas-luasnya kepada wanita, begitu juga medan pekerjaan dan seterusnya medan politik.

Seluruh dunia melihat angin perubahan politik wanita, di mana nama-nama seperti Thatcher, Golda Meir, Indra Gandhi, Bandranaike, Kumaratungga, Begum Khalida Zia, Benazir dan Nusrat Bhutto, Imelda Marcos dan ramai lagi telah membuktikan wanita telah memberikan impak yang manakjubkan dalam senario politik antarabangsa.

Di medan pendidikan, statisitik menunjukkan bilangan pelajar cemerlang di Malaysia memihak kepada wanita; terserlahlah kepada dunia bahawa ada wanita yang memiliki kepintaran dan kecerdasan luarbiasa yang mengatasi lelaki; maka wanita hari ini telah menghasilkan cendikiawan dan profesional di segenap bidang dan ia semakin berkembang pesat. Bilangan profesor dan Prof Madya di IPTA dan IPTS sudah semakin ramai. Kepintaran wanita terserlah sejak zaman purbakala lagi iaitu daya kepimpinan yang ditonjolkan oleh Ratu Balqis yang memerintah Saba' di Yaman. Ratu Saba' bukanlah sebarang ratu tetapi mengamalkan sistem pemerintahan yang amat advance untuk zamannya, kita lihat firman Allah yang bermaksud,



"aku (Ratu Balqis) tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".(an-Naml:32)

Apakah Islam menghalang wanita daripada kepimpinan? Tidak ada nas yang qat'iy yang melarang wanita menceburi politik dan kepimpinan umat.

Fatwa Qardhawi menjelaskan: Wanita yang tidak dikurniakan anak, jika mempunyai anak masih mempunyai lebihan waktu dan kekuatan, ilmu dan kebijaksanaan; juga wanita yang mencapai usia hampir 50'an atau wanita yang tidak lagi diganggu oleh sifat semulajadinya; atau wanita yang mana anak-anaknya sudah berumahtangga atau wanita yang telah mencapai kematangan dari sudut usia dan pengalaman, atau memiliki kelapangan yang boleh dimanfa'atkan untuk tugasan umum kemasyarakatan....Maka apakah yang menghalang wanita menceburi politik dan kepimpinan umat? Menjawab dakwaan mereka yang menggunakan hadis Bukhari riwayat Abi Bakrah,

"Tidak berjaya sesuatu qaum yang ditadbir urusan mereka oleh wanita".
Ijma' fuqaha berpendapat maksud kepimpinan umum yang dilarang keatas kaum wanita ialah menjadi Ketua Negara atau Imam atau Khalifah sahaja. tetapi dalam bidang selain itu seperti kepimpinan dalam ijtihad dan fatwa, pentadbiran sektor awam dan swasta, wanita sebagai hakim (kita akan bincang kemudian) dan memberi saksi adalah dibenarkan. Oleh itu wanita boleh menjadi menteri, menjadi hakim, ahli parlimen atau pengawas umum badan-badan penting negara (seperti perlantikan AsySyifa' bte Abdullah al Adawiah sebagai penguasa pasar (macam Dato Bandar KL).

Rumusan
Menjawab kemusykilan : kenapa wanita diletakkan pelbagai syarat bagi wanita mencebur diri dalam kepimpinan ummah?

Syarat-syarat yang diletakkan Islam adalah sesuai dengan zaman dan situasi. Jika wanita telah terbukti sudah memliki kemampuan setanding lelaki, maka tiada syarat yang dikenakan. Syarat-syarat yang dikenakan adalah ijtihad fuqaha' jua demi kekukuhan masyarakat yang menjadi satu unsur penting dalam keutuhan negara. Namun apa jua syarat itu bukanlah mutlak, kerana syarat dan fatwa itu tidak qat'iy (putus dan muktamad); ia boleh terus dibahaskan oleh mujtahid dari kalangan wanita sendiri pada masa akan datang hatta membahaskan bahawa wanita boleh menjawat jawatan Presiden dan Perdana Menteri.

Sunday, November 15, 2009

Imam Syafi’i r.a. (150H – 204H )


Nama beliau ialah Muhammad bin Idris bin Al-‘Abbas bin ‘Uthman bin Shafi’ bin Al-Saib bin ‘Ubaid bin Yazid bin Hashim bin ‘Abd al-Muttalib bin ’Abd Manaf bin Ma’n bin Kilab bin Murrah bin Lu’i bin Ghalib bin Fahr bin Malik bin Al-Nadr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrakah bin Ilias bin Al-Nadr bin Nizar bin Ma’d bin ‘Adnan bin Ud bin Udad. Keturunan beliau bertemu dengan titisan keturunan Rasulullah s.a.w pada ‘Abd Manaf. Ibunya berasal dari Kabilah Al-Azd, satu kabilah Yaman yang masyhur.

Penghijrahan ke Palestina
Sebelum beliau dilahirkan, keluarganya telah berpindah ke Palestina kerana beberapa keperluan dan bapanya terlibat di dalam angkatan tentera yang ditugaskan untuk mengawal perbatasan Islam di sana.

Kelahiran dan Kehidupannya
Menurut pendapat yang masyhur, beliau dilahirkan di Ghazzah – Palestina pada tahun 150 Hijrah. Tidak lama sesudah beliau dilahirkan bapanya meninggal dunia. Tinggallah beliau bersama-sama ibunya sebagai seorang anak yatim. Kehidupan masa kecilnya dilalui dengan serba kekurangan dan kesulitan.

PENGEMBARAAN IMAM AL-SHAFI’I

Hidup Imam As-Shafi’i (150H – 204H ) merupakan satu siri pengembaraan yang tersusun di dalam bentuk yang sungguh menarik dan amat berkesan terhadap pembentukan kriteria ilmiah dan popularitasnya.

Al-Shafi’i di Makkah ( 152H – 164H )
Pengembaraan beliau bermula sejak beliau berumur dua tahun lagi (152H), ketika itu beliau dibawa oleh ibunya berpindah dari tempat kelahirannya iaitu dari Ghazzah, Palestina ke Kota Makkah untuk hidup bersama kaum keluarganya di sana.
Di kota Makkah kehidupan beliau tidak tetap kerana beliau dihantar ke perkampungan Bani Huzail, menurut tradisi bangsa Arab ketika itu bahawa penghantaran anak-anak muda mereka ke perkampungan tersebut dapat mewarisi kemahiran bahasa ibunda mereka dari sumber asalnya yang belum lagi terpengaruh dengan integrasi bahasa-bahasa asing seperti bahasa Parsi dan sebagainya. Satu perkara lagi adalah supaya pemuda mereka dapat dibekalkan dengan Al-Furusiyyah (Latihan Perang Berkuda). Kehidupan beliau di peringkat ini mengambil masa dua belas tahun ( 152 – 164H ).

Sebagai hasil dari usahanya, beliau telah mahir dalam ilmu bahasa dan sejarah di samping ilmu-ilmu yang berhubung dengan Al-Quran dan Al-Hadith. Selepas pulang dari perkampungan itu beliau meneruskan usaha pembelajarannya dengan beberapa mahaguru di Kota Makkah sehingga beliau menjadi terkenal. Dengan kecerdikan dan kemampuan ilmiahnya beliau telah dapat menarik perhatian seorang mahagurunya iaitu Muslim bin Khalid Al-Zinji yang mengizinkannya untuk berfatwa sedangkan umur beliau masih lagi di peringkat remaja iaitu lima belas tahun.

Al-Shafi’i di Madinah ( 164H – 179H )
Sesudah itu beliau berpindah ke Madinah dan menemui Imam Malik. Beliau berdamping dengan Imam Malik di samping mempelajari ilmunya sehinggalah Imam Malik wafat pada tahun 179H, iaitu selama lima belas tahun. Semasa beliau bersama Imam Malik hubungan beliau dengan ulama-ulama lain yang menetap di kota itu dan juga yang datang dari luar berjalan dengan baik dan berfaedah. Dari sini dapatlah difahami bahawa beliau semasa di Madinah telah dapat mewarisi ilmu bukan saja dari Imam Malik tetapi juga dari ulama-ulama lain yang terkenal di kota itu.

Al-Shafi’i di Yaman ( 179H – 184H )
Ketika Imam Malik wafat pada tahun 179H, kota Madinah diziarahi oleh Gabenor Yaman. Beliau telah dicadangkan oleh sebahagian orang-orang Qurasyh Al-Madinah supaya mencari pekerjaan bagi Al-Shafi’i. Lalu beliau melantiknya menjalankan satu pekerjaan di wilayah Najran. Sejak itu Al-Shafi’i terus menetap di Yaman sehingga berlaku pertukaran Gabenor wilayah itu pada tahun 184H. Pada tahun itu satu fitnah ditimbulkan terhadap diri Al-Shafi’i sehingga beliau dihadapkan ke hadapan Harun Al-Rashid di Baghdad atas tuduhan Gabenor baru itu yang sering menerima kecaman Al-Shafi’i kerana kekejaman dan kezalimannya. Tetapi ternyata bahawa beliau tidak bersalah dan kemudiannya beliau dibebaskan.

Al-Shafi’i di Baghdad ( 184H – 186H )
Peristiwa itu walaupun secara kebetulan, tetapi membawa arti yang amat besar kepada Al-Shafi’i kerana pertamanya, ia berpeluang menziarahi kota Baghdad yang terkenal sebagai pusat ilmu pengetahuan dan para ilmuan pada ketika itu. Keduanya, ia berpeluang bertemu dengan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, seorang tokoh Mazhab Hanafi dan sahabat karib Imam Abu Hanifah dan lain-lain tokoh di dalam Mazhab Ahl al-Ra’y. Dengan peristiwa itu terbukalah satu era baru dalam siri pengembaraan Al-Imam ke kota Baghdad yang dikatakan berlaku sebanyak tiga kali sebelum beliau berpindah ke Mesir.

Dalam pengembaraan pertama ini Al-Shafi’i tinggal di kota Baghdad sehingga tahun 186H. Selama masa ini (184 – 186H) beliau sempat membaca kitab-kitab Mazhab Ahl al-Ra’y dan mempelajarinya, terutamanya hasil tulisan Muhammad bin Al-Hassan Al-Shaibani, di samping membincanginya di dalam beberapa perdebatan ilmiah di hadapan Harun Al-Rashid sendiri.

Al-Shafi’i di Makkah ( 186H – 195H )
Pada tahun 186H, Al-Shafi’i pulang ke Makkah membawa bersamanya hasil usahanya di Yaman dan Iraq dan beliau terus melibatkan dirinya di bidang pengajaran. Dari sini muncullah satu bintang baru yang berkerdipan di ruang langit Makkah membawa satu nafas baru di bidang fiqah, satu nafas yang bukan Hijazi, dan bukan pula Iraqi dan Yamani, tetapi ia adalah gabungan dari ke semua aliran itu. Sejak itu menurut pendapat setengah ulama, lahirlah satu Mazhab Fiqhi yang baru yang kemudiannya dikenali dengan Mazhab Al-Shafi’i.

Selama sembilan tahun (186 – 195H) Al-Shafi’i menghabiskan masanya di kota suci Makkah bersama-sama para ilmuan lainnya, membahas, mengajar, mengkaji di samping berusaha untuk melahirkan satu intisari dari beberapa aliran dan juga persoalan yang sering bertentangan yang beliau temui selama masa itu.

Al-Shafi’i di Baghdad ( 195H – 197H )
Dalam tahun 195H, untuk kali keduanya Al-Shafi’i berangkat ke kota Baghdad. Keberangkatannya kali ini tidak lagi sebagai seorang yang tertuduh, tetapi sebagai seorang alim Makkah yang sudah mempunyai personalitas dan aliran fiqah yang tersendiri. Catatan perpindahan kali ini menunjukkan bahawa beliau telah menetap di negara itu selama dua tahun (195 – 197H).

Di dalam masa yang singkat ini beliau berjaya menyebarkan “Method Usuli” yang berbeza dari apa yang dikenali pada ketika itu. Penyebaran ini sudah tentu menimbulkan satu respon dan reaksi yang luarbiasa di kalangan para ilmuan yang kebanyakannya adalah terpengaruh dengan method Mazhab Hanafi yang disebarkan oleh tokoh utama Mazhab itu, iaitu Muhammad bin Al-Hasan Al-Shaibani.

Kata Al-Karabisi : “Kami sebelum ini tidak kenal apakah (istilah) Al-Kitab, Al- Sunnah dan Al-Ijma’, sehinggalah datangnya Al-Shafi’i, beliaulah yang menerangkan maksud Al-Kitab, Al-Sunnah dan Al-Ijma’”.
Kata Abu Thaur : “Kata Al-Shafi’i : Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menyebut (di dalam kitab-Nya) mengenai sesuatu maksud yang umum tetapi Ia menghendaki maksudnya yang khas, dan Ia juga telah menyebut sesuatu maksud yang khas tetapi Ia menghendaki maksudnya yang umum, dan kami (pada ketika itu) belum lagi mengetahui perkara-perkara itu, lalu kami tanyakan beliau …”
Pada masa itu juga dikatakan beliau telah menulis kitab usulnya yang pertama atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, dan juga beberapa penulisan lain dalam bidang fiqah dan lain-lain.

Al-Shafi’i di Makkah dan Mesir ( 197H – 204H )
Sesudah dua tahun berada di Baghdad (197H) beliau kembali ke Makkah. Pada tahun 198H, beliau keluar semula ke Baghdad dan tinggal di sana hanya beberapa bulan sahaja. Pada awal tahun 199H, beliau berangkat ke Mesir dan sampai ke negara itu dalam tahun itu juga. Di negara baru ini beliau menetap sehingga ke akhir hayatnya pada tahun 204H.

Imam As-Shafi’i wafat pada tahun 204H. Asas Fiqih dan Ushul Fiqih kemudian disebar dan diusaha-kembangkan oleh para sahabatnya yang berada di Al-Hijaz, Iraq dan Mesir.

FATWA-FATWA IMAM AL-SHAFI’I

Perpindahan beliau ke Mesir mengakibatkan satu perubahan besar dalam Mazhabnya. Kesan perubahan ini melibatkan banyak fatwanya semasa beliau di Baghdad turut sama berubah. Banyak kandungan kitab-kitab fiqahnya yang beliau hasilkan di Baghdad disemak semula dan diubah. Dengan ini terdapat dua fatwa bagi As-Shafi’i, fatwa lama dan fatwa barunya. Fatwa lamanya ialah segala fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Iraq, fatwa barunya ialah fatwa yang diucapkan atau ditulisnya semasa beliau berada di Mesir. Kadang-kadang dipanggil fatwa lamanya dengan Mazhabnya yang lama atau Qaul Qadim dan fatwa barunya dinamakan dengan Mazhab barunya atau Qaul Jadid.

Di sini harus kita fahami bahawa tidak kesemua fatwa barunya menyalahi fatwa lamanya dan tidak pula kesemua fatwa lamanya dibatalkannya, malahan ada di antara fatwa barunya yang menyalahi fatwa lamanya dan ada juga yang bersamaan dengan yang lama. Kata Imam Al-Nawawi : “Sebenarnya sebab dikatakan kesemua fatwa lamanya itu ditarik kembali dan tidak diamalkannya hanyalah berdasarkan kepada ghalibnya sahaja”.

PARA SAHABAT IMAM AL-SHAFI’I

Di antara para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal di Al-Hijaz (Makkah dan Al-Madinah) ialah :-

1. Abu Bakar Al-Hamidi, ‘Abdullah bun Al-Zubair Al-Makki yang wafat pada tahun 219H.
2. Abu Wahid Musa bin ‘Ali Al-Jarud Al-Makki yang banyak menyalin kitab-kitab Al-Shafi’i. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
3. Abu Ishak Ibrahim bin Muhammad bin Al-‘Abbasi bin ‘Uthman bin Shafi ‘Al-Muttalibi yang wafat pada tahun 237H.
4. Abu Bakar Muhammad bin Idris yang tidak diketahui tarikh wafatnya.

Sementara di Iraq pula kita menemui ramai para sahabat Imam Al-Shafi’i yang terkenal, di antara mereka ialah :-

1. Abu ‘Abdullah Ahmad bin Hanbal, Imam Mazhab yang keempat. Beliau wafat pada tahun 241H.
2. Abu ‘Ali Al-Hasan bin Muhammad Al-Za’farani yang wafat pada tahun 249H.
3. Abu Thaur Ibrahim bin Khalid Al-Kalbi yang wafat pada tahun 240H.
4. Al-Harith bin Suraij Al-Naqqal, Abu ‘Umar. Beliau wafat pada tahun 236H.
5. Abu ‘Ali Al-Husain bin ‘Ali Al-Karabisi yang wafat pada tahun 245H.
6. Abu ‘Abdul RahmanAhmad bin Yahya Al-Mutakallim. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
7. Abu Zaid ‘Abdul Hamid bin Al-Walid Al-Misri yang wafat pada tahun 211H.
8. Al-Husain Al-Qallas. Tidak diketahui tarikh wafatnya.
9. ‘Abdul ‘Aziz bin Yahya Al-Kannani yang wafat pada tahun 240H.
10. ‘Ali bin ‘Abdullah Al-Mudaiyini.

Di Mesir pula terdapat sebilangan tokoh ulama yang kesemua mereka adalah sahabat Imam Al-Shafi’i, seperti :-

1. Abu Ibrahim Isma’il bin Yahya bin ‘Amru bin Ishak Al-Mudhani yang wafat pada tahun 264H.
2. Abu Muhammad Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Muradi yang wafat pada tahun 270H.
3. Abu Ya’kub Yusuf bin Yahya Al-Misri Al-Buwaiti yang wafat pada tahun 232H.
4. Abu Najib Harmalah bin Yahya Al-Tajibi yang wafat pada tahun 243H.
5. Abu Musa Yunus bin ‘Abdul A’la Al-Sadaghi yang wafat pada tahun 264H.
6. Abu ‘Abdullah Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Hakam Al-Misri yang wafat pada tahun 268H.
7. Al-Rabi’ bin Sulaiman Al-Jizi yang wafat pada tahun 256H.

Dari usaha gigih mereka, Mazhab Al-Shafi’i tersebar dan berkembang luas di seluruh rantau Islam di zaman-zaman berikutnya.

PERKEMBANGAN MAZHAB IMAM AL-SHAFI’I

Menurut Ibn Al-Subki bahawa Mazhab Al-Shafi’I telah berkembang dan menjalar pengaruhnya di merata-rata tempat, di kota dan di desa, di seluruh rantau negara Islam. Pengikut-pengikutnya terdapat di Iraq dan kawasan-kawasan sekitarnya, di Naisabur, Khurasan, Muru, Syria, Mesir, Yaman, Hijaz, Iran dan di negara-negara timur lainnya hingga ke India dan sempadan negara China. Penyebaran yang sebegini meluas setidak-tidaknya membayangkan kepada kita sejauh mana kewibawaan peribadi Imam Al-Shafi’i sebagai seorang tokoh ulama dan keunggulan Mazhabnya sebagai satu-satunya aliran fiqah yang mencabar aliran zamannya.

IMAM AL-SHAFI’I DAN KITABNYA

Permulaan Mazhabnya
Sebenarnya penulisan Imam Al-Shafi’i secara umumnya mempunyai pertalian yang rapat dengan pembentukan Mazhabnya. Menurut Muhammad Abu Zahrah bahawa pembentukan Mazhabnya hanya bermula sejak sekembalinya dari kunjungan ke Baghdad pada tahun 186H. Sebelum itu Al-Shafi’i adalah salah seorang pengikut Imam Malik yang sering mempertahankan pendapatnya dan juga pendapat fuqaha’ Al-Madinah lainnya dari kecaman dan kritikan fuqaha’ Ahl Al-Ra’y. Sikapnya yang sebegini meyebabkan beliau terkenal dengan panggilan “Nasir Al-Hadith”.

Detik terawal Mazhabnya bermula apabila beliau membuka tempat pengajarannya (halqah) di Masjid Al-Haram. Usaha beliau dalam memperkembangkan Mazhabnya itu bolehlah dibahagikan kepada tiga peringkat :-

1. Peringkat Makkah (186 – 195H)
2. Peringkat Baghdad (195 – 197H)
3. Peringkat Mesir (199 – 204H)

Dalam setiap peringkat diatas beliau mempunyai ramai murid dan para pengikut yang telah menerima dan menyebar segala pendapat ijtihad dan juga hasil kajiannya.

Penulisan Pertamanya

Memang agak sulit untuk menentukan apakah kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i dan di mana dan selanjutnya apakah kitab pertama yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah dan di mana? Kesulitan ini adalah berpunca dari tidak adanya keterangan yang jelas mengenai kedua-dua perkara tersebut. Pengembaraannya dari satu tempat ke satu tempat yang lain dan pulangnya semula ke tempat awalnya tambah menyulitkan lagi untuk kita menentukan di tempat mana beliau mulakan usaha penulisannya.

Apa yang kita temui – sesudah kita menyemak beberapa buah kitab lama dan baru yang menyentuh sejarah hidupnya, hanya beberapa tanda yang menunjukkan bahawa kitabnya “Al-Risalah” adalah ditulis atas permintaan ‘Abdul Rahman bin Mahdi, iaitu sebuah kitab di dalam Ilmu Usul, pun keterangan ini tidak juga menyebut apakah kitab ini merupakan hasil penulisannya yang pertama atau sebelumnya sudah ada kitab lain yang dihasilkannya. Di samping adanya pertelingkahan pendapat di kalangan ‘ulama berhubung dengan tempat di mana beliau menghasilkan penulisan kitabnya itu. Ada pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya sewaktu beliau berada di Makkah dan ada juga pendapat yang mengatakan bahawa beliau menulisnya ketika berada di Iraq.

Kata Ahmad Muhammad Shakir : “Al-Shafi’I telah mengarang beberapa buah kitab yang jumlahnya agak besar, sebahagiannya beliau sendiri yang menulisnya, lalu dibacakannya kepada orang ramai. Sebahagiannya pula beliau merencanakannya sahaja kepada para sahabatnya. Untuk mengira bilangan kitab-kitabnya itu memanglah sukar kerana sebahagian besarnya telahpun hilang. Kitab-kitab itu telah dihasilkan penulisannya ketika beliau berada di Makkah, di Baghdad dan di Mesir”.

Kalaulah keterangan di atas boleh dipertanggungjawabkan maka dapatlah kita membuat satu kesimpulan bahawa Al-Shafi’i telah memulakan siri penulisannya sewaktu beliau di Makkah lagi, dan kemungkinan kitabnya yang pertama yang dihasilkannya ialah kitab “Al-Risalah”.

Al-Hujjah Dan Kitab-kitab Mazhab Qadim

Di samping “Al-Risalah” terdapat sebuah kitab lagi yang sering disebut-sebut oleh para ulama sebagai sebuah kitab yang mengandungi fatwa Mazhab Qadimnya iaitu “Al-Hujjah”. Pun keterangan mengenai kitab ini tidak menunjukkan bahawa ia adalah kitab pertama yang di tulis di dala bidang Ilmu Fiqah semasa beliau berada di Iraq, dan masa penulisannya pun tidak begitu jelas. Menurut beberapa keterangan, beliau menghasilkannya sewaktu beliau berpindah ke negara itu pada kali keduanya, iaitu di antara tahun-tahun 195 – 197H.

Bersama-sama “Al-Hujjah” itu terdapat beberapa buah kitab lain di dalam Ilmu Fiqah yang beliau hasilkan sendiri penulisannya atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di Iraq, antaranya seperti kitab-kitab berikut :-

1. Al-Amali
2. Majma’ al-Kafi
3. ‘Uyun al-Masa’il
4. Al-Bahr al-Muhit
5. Kitab al-Sunan
6. Kitab al-Taharah
7. Kitab al-Solah
8. Kitab al-Zakah
9. Kitab al-Siam
10. Kitab al-Haj
11. Bitab al-I’tikaf
12. Kitab al-Buyu’
13. Kitab al-Rahn
14. Kitab al-Ijarah
15. Kitab al-Nikah
16. Kitab al-Talaq
17. Kitab al-Sadaq
18. Kitab al-Zihar
19. Kitab al-Ila’
20. Kitab al-Li’an
21. Kitab al-Jirahat
22. Kitab al-Hudud
23. Kitab al-Siyar
24. Kitab al-Qadaya
25. Kitab Qital ahl al-Baghyi
26. Kitab al-‘Itq dan lain-lain

Setengah perawi pula telah menyebut bahwa kitab pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i adalah di dalam bentuk jawaban dan perdebatan, iaitu satu penulisan yang dituju khas kepada fuqaha’ ahl al-Ra’y sebagai menjawab kecaman-kecaman mereka terhadap Malik dan fuqaha’ Al-Madinah. Kenyataan mereka ini berdasarkan kepada riwayat Al-Buwaiti : “Kata Al-Shafi’i : Ashab Al-Hadith (pengikut Imam Malik) telah berhimpun bersama-sama saya. Mereka telah meminta saya menulis satu jawaban terhadap kitab Abu Hanifah. Saya menjawab bahawa saya belum lagi mengetahui pendapat mereka, berilah peluang supaya dapat saya melihat kitab-kitab mereka. Lantas saya meminta supaya disalinkan kitab-kitab itu.Lalu disalin kitab-kitab Muhammad bin Al-Hasan untuk (bacaan) saya. Saya membacanya selama setahun sehingga saya dapat menghafazkan kesemuanya. Kemudian barulah saya menulis kitab saya di Baghdad.

Kalaulah berdasarkan kepada keterangan di atas, maka kita pertama yang dihasilkan oleh Al-Shafi’i semasa beliau di Iraq ialah sebuah kitab dalam bentuk jawaban dan perdebatan, dan cara penulisannya adalah sama dengan cara penulisan ahl al-Ra’y. Ini juga menunjukkan bahawa masa penulisannya itu lebih awal dari masa penulisan kitab “Al-Risalah”, iaitu di antara tahun-tahun 184 – 186H.

Method Penulisan Kitab-Kitab Qadim

Berhubung dengan method penulisan kitab “Al-Hujjah” dan lain-lain belum dapat kita pastikan dengan yakin kerana sikap asalnya tida kita temui, kemungkinan masih lagi ada naskah asalnya dan kemungkinan juga ianya sudah hilang atau rosak dimakan zaman. Walaubagaimanapun ia tidak terkeluar – ini hanya satu kemungkinan sahaja – dari method penulisan zamannya yang dipengaruhi dengan aliran pertentangan mazhab-mazhab fuqaha’ di dalam beberapa masalah, umpamanya pertentangan yang berlaku di antara mazhab beliau dengan Mazhab Hanafi da juga Mazhab Maliki. Keadaan ini dapat kita lihat dalam penulisan kitab “Al-Um” yang pada asalnya adalah kumpulan dari beberapa buah kitab Mazhab Qadimnya. Setiap kitab itu masing-masing membawa tajuknya yang tersendiri, kemudian kita itu pula dipecahkan kepada bab-bab kecil yang juga mempunyai tajuk-tajuk yang tersendiri. Di dalam setiap bab ini dimuatkan dengan segala macam masalah fiqah yang tunduk kepada tajuk besar iaitu tajuk bagi sesuatu kitab, umpamanya kitab “Al-Taharah”, ia mengandungi tiga puluh tujuh tajuk bab kecil, kesemua kandungan bab-bab itu ada kaitannya dengan Kitab “Al-Taharah”.

Perawi Mazhab Qadim
Ramai di antara para sahabatnya di Iraq yang meriwayat fatwa qadimnya, di antara mereka yang termasyhur hanya empat orang sahaja :

1. Abu Thaur, Ibrahim bin Khalid yang wafat pada tahun 240H.
2. Al-Za’farani, Al-Hasan bin Muhammad bin Sabah yang wafat pada tahun 260H.
3. Al-Karabisi, Al-Husain bin ‘Ali bin Yazid, Abu ‘Ali yang wafat pada tahun 245H.
4. Ahmad bin Hanbal yang wafat pada tahun 241H.

Menurut Al-Asnawi, Al-Shafi’i adalah ‘ulama’ pertama yang hasil penulisannya meliputi banyak bab di dalam Ilmu Fiqah.

Perombakan Semula Kitab-kitab Qadim
Perpindahan beliau ke Mesir pada tahun 199H menyebabkan berlakunya satu rombakan besar terhadap fatwa lamanya. Perombakan ini adalah berpuncak dari penemuan beliau dengan dalil-dalil baru yang belum ditemuinya selama ini, atau kerana beliau mendapati hadis-hadis yang sahih yang tidak sampai ke pengetahuannya ketika beliau menulis kitab-kitab qadimnya, atau kerana hadis-hadis itu terbukti sahihnya sewaktu beliau berada di Mesir sesudah kesahihannya selama ini tidak beliau ketahui. Lalu dengan kerana itu beliau telah menolak sebahagian besar fatwa lamanya dengan berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah Mazhab saya”.

Di dalam kitab “Manaqib Al-Shafi’i”, Al-Baihaqi telah menyentuh nama beberapa buah kitab lama (Mazhab Qadim) yang disemak semula oleh Al-Shafi’i dan diubah sebahagian fatwanya, di antara kitab-kitab itu ialah :-

1. Al-Risalah
2. Kitab al-Siyam
3. Kitab al-Sadaq
4. Kitab al-Hudud
5. Kitab al-Rahn al-Saghir
6. Kitab al-Ijarah
7. Kitab al-Jana’iz

Menurut Al-Baihaqi lagi Al-shafi’i telah menyuruh supaya dibakar kitab-kitab lamanya yang mana fatwa ijtihadnya telah diubah. Catatan Al-Baihaqi itu menunjukkan bahawa Al-Shafi’i melarang para sahabatnya meriwayat pendapat-pendapat lamanya yang ditolak kepada orang ramai. Walaupun begitu kita masih menemui pendapat-pendapat itu berkecamuk di sana-sini di dalam kitab-kitab fuqaha’ mazhabnya samada kitab-kitab yang ditulis fuqaha’ yang terdahulu atau pun fuqaha’ yang terkemudian.

Kemungkinan hal ini berlaku dengan kerana kitab-kitab lamanya yang diriwayatkan oleh Al-Za’farani, Al-Karabisi dan lain-lain sudah tersebar dengan luasnya di Iraq dan diketahui umum, terutamanya di kalangan ulama dan mereka yang menerima pendapat-pendapatnya itu tidak mengetahui larangan beliau itu.
Para fuqaha’ itu bukan sahaja mencatat pendapat-pendapat lamanya di dalam penulisan mereka, malah menurut Al-Nawawi ada di antara mereka yang berani mentarjihkan pendapat-pendapat itu apabila mereka mendapatinya disokong oleh hadis-hadis yang sahih.
Pentarjihan mereka ini tidak pula dianggap menentangi kehendak Al-Shafi’i, malahan itulah pendapat mazhabnya yang berdasarkan kepada prinsipnya : “Apabila ditemui sesebuah hadis yang sahih maka itulah mazhab saya”.

Tetapi apabila sesuatu pendapat lamanya itu tidak disokong oleh hadis yang sahih kita akan menemui dua sikap di kalangan fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i :-
Pertamanya : Pendapat itu harus dipilih dan digunakan oleh seseorang mujtahid Mazhab Al-Shafi’i atas dasar ia adalah pendapat Al-Shafi’i yang tidak dimansuhkan olehnya, kerana seseorang mujtahid (seperti Al-Shafi’i) apabila ia mengeluarkan pendapat barumya yang bercanggah dengan pendapat lamanya tidaklah bererti bahawa ia telah menarik pendapat pertamanya, bahkan di dalam masalah itu dianggap mempunyai dua pendapatnya.
Keduanya : Tidak harus ia memilih pendapat lama itu. Inilah pendapat jumhur fuqaha’ Mazhab Al-Shafi’i kerana pendapat lama dan baru adalah dua pendapatnya yang bertentangan yang mustahil dapat diselaraskan kedua-duanya.

Kitab-kitab Mazhab Jadid

Di antara kitab-kitab yang beliau hasilkan penulisannya di Mesir atau beliau merencanakannya kepada para sahabatnya di sana ialah :-

i. Al-Risalah. Kitab ini telah ditulis buat pertama kalinya sebelum beliau berpindah ke Mesir.
ii. Beberapa buah kitab di dalam hukum-hukum furu’ yang terkandung di dalam kitab “Al-Um”, seperti :-

a) Di dalam bab Taharah :
1. Kitab al-Wudu’
2. Kitab al-Tayammum
3. Kitab al-Taharah
4. Kitab Masalah al-Mani
5. Kitab al-Haid
B) Di dalam bab Solah :
6. Kitab Istiqbal al-Qiblah
7. Kitab al-Imamah
8. Kitab al-Jum’ah
9. Kitab Solat al-Khauf
10. Kitab Solat al-‘Aidain
11. Kitab al-Khusuf
12. Kitab al-Istisqa’
13. Kitab Solat al-Tatawu’
14. Al-Hukm fi Tarik al-Solah
15. Kitab al-Jana’iz
16. Kitab Ghasl al-Mayyit
c) Di dalam bab Zakat :
17. Kitab al-Zakah
18. Kitab Zakat Mal al-Yatim
19. Kitab Zakat al-Fitr
20. Kitab Fard al-Zakah
21. Kitab Qasm al-Sadaqat
d) Di dalam bab Siyam (Puasa) :
22. Kitab al-Siyam al-Kabir
23. Kitab Saum al-Tatawu’
24. Kitab al-I’tikaf
e) Di dalam bab Haji :
25. Kitab al-Manasik al-Kabir
26. Mukhtasar al-Haj al-Kabir
27. Mukhtasar al-Haj al-Saghir
f) Di dalam bab Mu’amalat :
28. Kitab al-Buyu’
29. Kitab al-Sarf
30. Kitab al-Salam
31. Kitab al-Rahn al-Kabir
32. Kitab al-Rahn al-Saghir
33. Kitab al-Taflis
34. Kitab al-Hajr wa Bulugh al-Saghir
35. Kitab al-Sulh
36. Kitab al-Istihqaq
37. Kitab al-Himalah wa al-Kafalah
38. Kitab al-Himalah wa al-Wakalah wa al-Sharikah
39. Kitab al-Iqrar wa al-Mawahib
40. Kitab al-Iqrar bi al-Hukm al-Zahir
41. Kitab al-Iqrar al-Akh bi Akhihi
42. Kitab al-‘Ariah
43. Kitab al-Ghasb
44. Kitab al-Shaf’ah
g) Di dalam bab Ijarat (Sewa-menyewa) :
45. Kitab al-Ijarah
46. Kitab al-Ausat fi al-Ijarah
47. Kitab al-Kara’ wa al-Ijarat
48. Ikhtilaf al-Ajir wa al-Musta’jir
49. Kitab Kara’ al-Ard
50. Kara’ al-Dawab
51. Kitab al-Muzara’ah
52. Kitab al-Musaqah
53. Kitab al-Qirad
54. Kitab ‘Imarat al-Aradin wa Ihya’ al-Mawat
h) Di dalam bab ‘Ataya (Hadiah-menghadiah) :
55. Kitab al-Mawahib
56. Kitab al-Ahbas
57. Kitab al-‘Umra wa al-Ruqba
i) Di dalam bab Wasaya (Wasiat) :
58. Kitab al-Wasiat li al-Warith
59. Kitab al-Wasaya fi al-‘Itq
60. Kitab Taghyir al-Wasiah
61. Kitab Sadaqat al-Hay’an al-Mayyit
62. Kitab Wasiyat al-Hamil
j) Di dalam bab Faraid dan lain-lain :
63. Kitab al-Mawarith
64. Kitab al-Wadi’ah
65. Kitab al-Luqatah
66. Kitab al-Laqit
k) Di dalam bab Nikah :
67. Kitab al-Ta’rid bi al-Khitbah
68. Kitab Tahrim al-Jam’i
69. Kitab al-Shighar
70. Kitab al-Sadaq
71. Kitab al-Walimah
72. Kitab al-Qism
73. Kitab Ibahat al-Talaq
74. Kitab al-Raj’ah
75. Kitab al-Khulu’ wa al-Nushuz
76. Kitab al-Ila’
77. Kitab al-Zihar
78. Kitab al-Li’an
79. Kitab al-‘Adad
80. Kitab al-Istibra’
81. Kitab al-Rada’
82. Kitab al-Nafaqat
l) Di dalam bab Jirah (Jenayah) :
83. Kitab Jirah al-‘Amd
84. Kitab Jirah al-Khata’ wa al-Diyat
85. Kitab Istidam al-Safinatain
86. Al-Jinayat ‘ala al-Janin
87. Al-Jinayat ‘ala al-Walad
88. Khata’ al-Tabib
89. Jinayat al-Mu’allim
90. Jinayat al-Baitar wa al-Hujjam
91. Kitab al-Qasamah
92. Saul al-Fuhl
m) Di dalam bab Hudud :
93. Kitab al-Hudud
94. Kitab al-Qat’u fi al-Sariqah
95. Qutta’ al-Tariq
96. Sifat al-Nafy
97. Kitab al-Murtad al-Kabir
98. Kitab al-Murtad al-Saghir
99. Al-Hukm fi al-Sahir
100. Kitab Qital ahl al-Baghy
n) Di dalam bab Siar dan Jihad :
101. Kitab al-Jizyah
102. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Auza’i
103. Kitab al-Rad ‘ala Siyar al-Waqidi
104. Kitab Qital al-Mushrikin
105. Kitab al-Asara wa al-Ghulul
106. Kitab al-Sabq wa al-Ramy
107. Kitab Qasm al-Fai’ wa al-Ghanimah
o) Di dalam bab At’imah (Makan-makanan) :
108. Kitab al-Ta’am wa al-Sharab
109. Kitab al-Dahaya al-Kabir
110. Kitab al-Dahaya al-Saghir
111. Kitab al-Said wa al-Dhabaih
112. Kitab Dhabaih Bani Israil
113. Kitab al-Ashribah
p) Di dalam bab Qadaya (Kehakiman) :
114. Kitab Adab al-Qadi
115. Kitab al-Shahadat
116. Kitab al-Qada’ bi al-Yamin ma’a al-Shahid
117. Kitab al-Da’wa wa al-Bayyinat
118. Kitab al-Aqdiah
119. Kitab al-Aiman wa al-Nudhur
q) Di dalam bab ‘Itq (Pembebasan) dan lain-lain :
120. Kitab al-‘Itq
121. Kitab al-Qur’ah
122. Kitab al-Bahirah wa al-Sa’ibah
123. Kitab al-Wala’ wa al-Half
124. Kitab al-Wala’ al-Saghir
125. Kitab al-Mudabbir
126. Kitab al-Mukatab
127. Kitab ‘Itq Ummahat al-Aulad
128. Kitab al-Shurut

Di samping kitab-kitab di atas ada lagi kitab-kitab lain yang disenaraikan oleh al-Baihaqi sebagai kitab-kitab usul, tetapi ia juga mengandungi hukum-hukum furu’, seperti :-

1. Kitab Ikhtilaf al-Ahadith
2. Kitab Jima’ al-Ilm
3. Kitab Ibtal al-Istihsan
4. Kitan Ahkam al-Qur’an
5. Kitab Bayan Fard al-Lah, ‘Azza wa Jalla
6. Kitab Sifat al-Amr wa al-Nahy
7. Kitab Ikhtilaf Malik wa al-Shafi’i
8. Kitab Ikhtilaf al-‘Iraqiyin
9. Kitab al-Rad ‘ala Muhammad bin al-Hasan
10. Kitab ‘Ali wa ‘Abdullah
11. Kitab Fada’il Quraysh

Ada sebuah lagi kitab al-Shafi’i yang dihasilkannya dalam Ilmu Fiqah iaitu “al-Mabsut”. Kitab ini diperkenalkan oleh al-Baihaqi dan beliau menamakannya dengan “al-Mukhtasar al-Kabir wa al-Manthurat”, tetapi pada pendapat setengah ulama kemungkinan ia adalah kitab “al-Um”.

------------------------------------------
sumber: http://www.kisah.web.id/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...