Oleh : Tuan Muda Farhan
Janganlah hendaknya kecintaan anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi lupa dan kebencian anda terhadap sesuatu itu membuatkan anda menjadi hancur” (Saidina Umar Ibnul Khattab)
”Sesungguhnya tawar jampi, tangkal azimat, ilmu guna-guna (ilmu pengasih untuk menambatkan hati suami kepada isterinya atau hati isteri kepada suaminya) adalah syirik.” (Riwayat Abu Daud dan Imam)
"Sudut yang paling merbahaya sekali dalam sesuatu umat yang sedang membangun-terutama di ketika masih dalam peringkat permulaan kebangkitan ialah lahirnya berbagai corak fikrah dan pegangan, pelbagai seruan, bermacam-macam program, pelbagai langkah dan cara yang bersimpang siur di samping lahirnya begitu banyak orang-orang yang berlagak penganjur dan pemimpin.
Semua itu hanya memecah belahkan tenaga serta mencerai beraikan kekuatan yang sedia ada lalu mengendalakan tercapainya segala matlamat yang dituju. Menyedari hal inilah maka suatu kajian terhadap segala fikrah tadi serta suatu analisa perbandingan di antaranya merupakan suatu persoalan yang asasi yang mesti dilakukan oleh setiap orang yang benar-benar inginkan reformasi"
(al-Banna)
- Jika ingin wajah selalu bercahaya maka hendaklah selalu menjaga solat malam.
- Jika ingin tidak kehausan di hari Qiyamat maka hendaklah lazimi puasa sunnah.
- Jika ingin terselamat dari siksaan kubur hendaklah berjaga dan berhati-hati dari Najis, Makanan yang haram, dan menolak syahwat.
- Jika engkau ingin menjadi orang yag terkaya maka hendaklah besifat Qana`ah ( memadai )
- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dia akan mati, tetapi masih ketawa.
- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa dunia akan binasa, tetapi masih mencintainya.
- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa semua perkara terjadi menurut takdir, tetapi masih bersedih kerana kehilangan sesuatu.
- Aku hairan melihat orang yang sudah tahu bahawa di akhirat ada perhitungan, tetapi masih sibuk mengumpulkan harta.
- Aku hairan melihat orang yang sudah kenal dengan neraka, tetapi masih melakukan dosa.
- Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal Allah dengan yakin, tetapi masih mengingat selainNya.
- Aku hairan melihat orang yang sudah mengenal syaitan sebagai musuhnya, tetapi masih mahu mematuhinya.
(Usman Ibn Affan)
No comments:
Post a Comment