Hot Stuff

Tuesday, November 17, 2009

:: Fatwa Masa Kini : Wanita Berpolitik ::



Sumber :


  1. Penglibatan wanita dalam politik menurut perspektif islam, Hibah Rauf Izat, Dar Al Hijrah sdn. Bhd.
  2. Sikap dan pendirian Islam terhadap wanita, Dr. Mustafa As-Siba'ie 
  3. http://www.jim.org.my/fiqh/wanita3.htm

Fatawa Muasirat al Qardhawi memperuntukkan dua bab khusus membicarakan persoalan ini; perihal wanita berpolitik, serta menjawat jawatan-jawatan penting negara termasuk jawatan Perdana menteri. Kita berpendapat kebenaran dari kata-kata di atas memang ada berdasarkan wanita menghadapi sifat-sifat semula jadi (fitrah) seperti pusingan haidh bulanan dan kesakitannya, bersalin dan kepedihannya, penyusuan bayi dan keletihannya, menjadi ibu dan bebanannya, melayan kehendaksuami dan karenahnya... Semuanya ini menjadikan wanita tidak mampu dari sudut fizikal, emosi dan pemikiran (aqliah) untuk terjun ke kancah politik dan kepimpinan ummah teutama yang terlibat dengan penggubalan dasar dan perundangan negara serta urusan pentadbiran dan pengurusan kerajaan moden.

Tetapi zaman dan masa telah berubah begitu pantas, apa yang telah berlaku kepada wanita adalah suatu yang diluar dugaan sama sekali. Kalau zaman dulu ada ulamak yang mengharamkan wanita keluar menuntut ilmu; ada sebahagian yang lain berfatwa wanita perlu di ajar membaca saha tidak menulis kerana jika wanita pandai menulis, mereka akan menggunakannya untuk mengarang puisi asyik dan surat-surat cinta. Namun fatwa itu sudah dibakulsampahkan. Memang benar juga, kita dapati medan ijtihad sejak dulu lagi tidak ramai yang menghasilkan mujtahid wanita; ini juga kerana keadaan dan situasi zaman itu yang menghadkan wanita melakukan kerja-kerja yang disifatkan berunsur kewanitaan. Namun apa yang berlaku dalam 40 tahun kebelakangan ini, perubahan pesat telah merungkai apa yang dianggap 'taboo' selama ini, sistem pendidikan telah dibuka seluas-luasnya kepada wanita, begitu juga medan pekerjaan dan seterusnya medan politik.

Seluruh dunia melihat angin perubahan politik wanita, di mana nama-nama seperti Thatcher, Golda Meir, Indra Gandhi, Bandranaike, Kumaratungga, Begum Khalida Zia, Benazir dan Nusrat Bhutto, Imelda Marcos dan ramai lagi telah membuktikan wanita telah memberikan impak yang manakjubkan dalam senario politik antarabangsa.

Di medan pendidikan, statisitik menunjukkan bilangan pelajar cemerlang di Malaysia memihak kepada wanita; terserlahlah kepada dunia bahawa ada wanita yang memiliki kepintaran dan kecerdasan luarbiasa yang mengatasi lelaki; maka wanita hari ini telah menghasilkan cendikiawan dan profesional di segenap bidang dan ia semakin berkembang pesat. Bilangan profesor dan Prof Madya di IPTA dan IPTS sudah semakin ramai. Kepintaran wanita terserlah sejak zaman purbakala lagi iaitu daya kepimpinan yang ditonjolkan oleh Ratu Balqis yang memerintah Saba' di Yaman. Ratu Saba' bukanlah sebarang ratu tetapi mengamalkan sistem pemerintahan yang amat advance untuk zamannya, kita lihat firman Allah yang bermaksud,



"aku (Ratu Balqis) tidak pernah memutuskan sesuatu perkara sebelum kamu hadir memberi pendapat dan mempersetujuinya".(an-Naml:32)

Apakah Islam menghalang wanita daripada kepimpinan? Tidak ada nas yang qat'iy yang melarang wanita menceburi politik dan kepimpinan umat.

Fatwa Qardhawi menjelaskan: Wanita yang tidak dikurniakan anak, jika mempunyai anak masih mempunyai lebihan waktu dan kekuatan, ilmu dan kebijaksanaan; juga wanita yang mencapai usia hampir 50'an atau wanita yang tidak lagi diganggu oleh sifat semulajadinya; atau wanita yang mana anak-anaknya sudah berumahtangga atau wanita yang telah mencapai kematangan dari sudut usia dan pengalaman, atau memiliki kelapangan yang boleh dimanfa'atkan untuk tugasan umum kemasyarakatan....Maka apakah yang menghalang wanita menceburi politik dan kepimpinan umat? Menjawab dakwaan mereka yang menggunakan hadis Bukhari riwayat Abi Bakrah,

"Tidak berjaya sesuatu qaum yang ditadbir urusan mereka oleh wanita".
Ijma' fuqaha berpendapat maksud kepimpinan umum yang dilarang keatas kaum wanita ialah menjadi Ketua Negara atau Imam atau Khalifah sahaja. tetapi dalam bidang selain itu seperti kepimpinan dalam ijtihad dan fatwa, pentadbiran sektor awam dan swasta, wanita sebagai hakim (kita akan bincang kemudian) dan memberi saksi adalah dibenarkan. Oleh itu wanita boleh menjadi menteri, menjadi hakim, ahli parlimen atau pengawas umum badan-badan penting negara (seperti perlantikan AsySyifa' bte Abdullah al Adawiah sebagai penguasa pasar (macam Dato Bandar KL).

Rumusan
Menjawab kemusykilan : kenapa wanita diletakkan pelbagai syarat bagi wanita mencebur diri dalam kepimpinan ummah?

Syarat-syarat yang diletakkan Islam adalah sesuai dengan zaman dan situasi. Jika wanita telah terbukti sudah memliki kemampuan setanding lelaki, maka tiada syarat yang dikenakan. Syarat-syarat yang dikenakan adalah ijtihad fuqaha' jua demi kekukuhan masyarakat yang menjadi satu unsur penting dalam keutuhan negara. Namun apa jua syarat itu bukanlah mutlak, kerana syarat dan fatwa itu tidak qat'iy (putus dan muktamad); ia boleh terus dibahaskan oleh mujtahid dari kalangan wanita sendiri pada masa akan datang hatta membahaskan bahawa wanita boleh menjawat jawatan Presiden dan Perdana Menteri.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...