Hot Stuff

Thursday, November 19, 2009

:: Berfikiran Positif Or Negatif??::

Assalamualaikum...

Pada masa kini sering kali kita melihat perbuatan seseorang individu itu dan terus membuat tanggapan berdasarkan apa yang dilihat pada individu tersebut tanpa berfikir secara rasional dan tidak pula ingin mencuba berfikiran di luar kotak pemikirannya. Pandangan ini disebut "first impression", malah mereka menganggap "first impression" inilah yang mencerminkan perilaku sebenar individu tersebut. Sebagai contoh, berdasarkan pakaian seseorang individu tersebut. Apabila individu tersebut berpakaian smart, bersih, kacak bertali leher dan sebagainya mesti kita membuat "first impression" bahawa individu tersebut berkerjaya bagus, berkerjaya yang baik, bergaul dengan orang yang baik dan sebagainya.

Kemudian apabila melihat seseorang individu yang berkopiah dan sentiasa berpakaian islamik, kita terus membuat "first impression" bahawa individu tersebut seorang yang baik dan alim, sentiasa mengamalkan ajaran islam dan tidak melakukan kesalahan. Contoh lain apabila kita melihat orang berpakaian lusuh dan sebagainya kita mesti membuat tanggapan bahawa orang itu orang miskin berdasarkan pada pandangan dari kaca mata manusia. Orang yang berkerja sebagai tukang sapu sampah dianggap orang biasa yang tidak mempunyai apa-apa sumbangan terhadap masyarakat berbanding ustaz2 yang mengajar di sekolah.

Semua ini sering kita lihat pada pandangan manusia sahaja, yang tidak cuba untuk berfikir pada dimensi yang lain pula. Mesti ada di kalangan antum yang masih belum paham apa yang ingin disampaikan oleh catatan ana di atas kan??. Baiklah ana akan memberikan penerangan berdasarkan catatan ana di atas.

1. INDIVIDU YANG BERPAKAIN SMART, BERSIH.

First Impression : berkerjaya bagus, pandai, mempunyai kedudukan sosio masyarakat yang bagus, sentiasa dipandang mulia oleh orang kebanyakan, kaya, sering memberikan derma seperti yang dilihat di kaca tv dan beberapa perkara posiftif yang lain.
Hakikat : menjalankan kerja yang haram seperti menipu orang, selalu berhibur di kelab2 malam, mempunyai ramai teman, mengamalkan rasuah, berasa bangga dengan kejayaan yang dimiliki, berbangga dengan taraf pendidikan yang dimiliki dan sebagainya.
Kesimpulan: tidak semua induvidu yang berpakaian smart itu dipandang mulia oleh Allah. Kerana berkemungkinan mereka sering takbur dan riak dengan kejayaan yang dimilikinya sedangkan kejayaan yang diberikan merupakan hak Allah dan ketentuan Allah yang diberikan sebagai amanah buat hambanya untuk diuji tahap keimanannya. Boleh kita lihat sekarang berapa ramaikah orang yang berkerjaya ini memenuhi surau2 dan masjid2. Selalukah dan banyakkah kita melihat kereta besar2 mereka berada di perkarangan masjid  ketika melaksanakan solat jumaat jika dibandingkan dengan pergi ke majlis2 VVIP dan sebagainya. Jika ada pun boleh dikira bilangannya dengan jari. Kalau tidak percaya boleh lihat sendiri dan membuat perbandingan di masjid ketika sembahyang jumaat dan majlis2 untuk orang kenamaan. Lihat kereta mewah, di mana yang lebih banyak??


2. INDIVIDU YANG BERPAKAIAN ISLAMIK.

First Impression : mempunyai akhlak yang baik, tidak menipu, sentiasa mengamalkan ajaran islam yang sebenar, senang bercampur dengan masyarakat. Menjadi contoh dan idola kepada pelajar.
Hakikat : tidak dapat melaksanakan beberapa tanggungjawab yang lain seperti terhadap keluarga kerana sering keluar untuk berceramah. Berasa riak dengan ilmu agama yang ada dalam dirinya. Sentiasa menganggap pandangannya betul. Berasa bangga dengan pandangan orang ramai terhadap dirinya.
Kesimpulan : tidak semestinya apabila kita melihat seseorang itu berpakaian islam kita mengaggap mereka ini 100% baik. Kerana ada juga individu yang berstatus ustaz atau ustazah yang melakukan perkara yang dilarang. Pernahkah kita melihat di dada akhbar seorang ustazah ditangkap khalwat bersama dengan pensyarahnya di hotel. Pernahkah kita mendengar ustaz cakera alam yang mempunyai sebuah klinik di selangor. Beliau telah melakukan penipuan yang cukup besar terhadap pesakit2 nya. Hal ini terbongkar apabila sebuah media di korea mendedahkannya. Antum boleh lihat sendiri di laman Youtube Ustaz CakeraAlam ini. Semua yang ana kemukakan ini merupakan perkara yang benar2 berlaku. Jadi apa presepsi anda tentang golongon ini?? 100% di kalangannya baikkah??


 3. BEKERJA SEBAGAI TUKANG SAPU SAMPAH ATAU TUKANG KEBUN

First Impression : mempunyai pendidikan yang rendah, miskin, dipandang rendah, pandangan mereka tidak diambil peduli, di hina pun ada.
Hakikat: mempunyai rezeki yang halal untuk diberikan kepada keluarga, miskin harta tetapi kaya dengan budi bahasa dan zikir pada Allah. Tidak mempunyai sifat riak kerana tidak apa yang perlu diriakkan. Membersihkan bumi Allah dengan pekerjaannya. Sentiasa berendah diri.
Kesimpulan : mungkin golongon ini dipandang rendah oleh sesetengah individu, tetapi bagaimana pula dengan pandangan Allah terhadapnya?? mungkin juga mereka melakukan amal ibadah dan ibadahnya diterima Allah yang kita tidak pernah nampak sebab mereka bukan ustaz yang selalu hadir di tempat2 ceramah dan sebagainya. berbanding dengan penceramah2 yang mungkin terdapat sedikit sifat riak di dalam hati mereka. 


RUMUSAN

Ingatlah bahawa tidak semestinya apa yang kita lihat itu merupakan hakikat sebenar. Tidak semestinya benda yang dipandang jelik dan hina itu merupakan perkara yang keji. Dan perkara yang nampak baik itu merupakan benar. Gunalah pandangan mata hati dalam menilai seseorang, jangan hanya dilihat pada "First Impression" sahaja, gunakanlah minda dan hati dalam menilai sesuatu perkara. berfikirlah dengan meluas dan jangan disempitkan pemikiran itu. Perkara ini boleh dilihat pada kisah Nabi Musa dan Nabi Khidir dalam surah al-kahfi ayat 62-82. Bagaimana pandangan Nabi Musa terhadap Nabi Khidir setelah melihat perbuatan Nabi Khidir?? ikutilah kisah tersebut.

Pesanan daripada ana utamakanlah pandangan Allah dari pandangan manusia. Pada artikel ini mempunyai maksud tersurat yang ingin disampaikan berdasarkan beberapa perkara. Gunakanlah pemikiran anda sendiri dalam merungkaikan makna tersurat tersebut.

Mata Hati
Album : Pelita Hidup
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih

Hati kalau selalu bersih
Pandangannya akan menembusi hijab
Hati jika sudah bersih
Firasatnya tepat kehendak Allah

Tapi hati bila dikotori
Bisikannya bukan lagi kebenaran
Hati tempat jatuhnya pandangan Allah
Jasad lahir tumpuan manusia
Utamakanlah pandangan Allah
Daripada pandangan manusia.


MOHD FARHAN BIN JAMALUDIN
PPISMP-IPGM (BM/PJ/SS) H1...


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...