Oleh : Megat Shahrul Imran Bin Ismail
Sumber : I Luv Islam
Petang yang indah. Matahari seolah-olah mengalirkan cintanya melalui  sinar-sinar cahaya perangnya, yang menembusi setiap sudut dunia,  menyinari setiap ciptaan Ilahi.
Burung-burung menzahirkan cintanya, bertasbih memuji keindahan Yang  Maha Indah. Pokok-pokok kelihatan seolah-olah tiang-tiang cinta,  bersambung ke langit, menghubungkannya dengan bumi.
Namun begitu, keindahan petang itu tetap tidak dapat menghapuskan  awan kelabu di hatiku pada petang itu. Aku duduk berbaring di atas  katil, merenung siling bilikku. Hatiku resah. Petang itu kelihatan  sangat suram.
*****
Sejam sebelum itu...
"Umar! Ke sini sekejap!" Panggil Puan Zubaidah.
Aku mengerling ke sekeliling kelas. Suasana di dalam kelas senyap  sekali. Semua murid sibuk menyiapkan tugasan sejarah yang diberi oleh  Puan Zubaidah, yang juga guru kelas ku itu.
Aku bangun dari kerusi, lalu perlahan menuju ke meja guru yang  terletak di bahagian hadapan kelas. Aku duduk di kerusi yang  bertentengan dengan guruku itu.
"Umar,"
"Err... ya cikgu?" aku kenal dengan renungan itu. Renungan yang menjanjikan berita buruk.
"Kamu dah tahu keputusan peperiksaan semester kamu?"
Nah. Soalan yang menakutkan.
"Err.. belum.. kenapa cikgu?"
Puan Zubaidah mengeluarkan sehelai kertas berwarna kuning. Transkrip keputusan peperiksaan.
"Tak megapa. Lihat dahulu."
Aku melihat kertas itu.
Terkejut!
"Tidak mungkin. Ini mesti salah orang."
Aku melihat namanya. benar. UMAR ASYRAFF BIN MOHD AMIRUL. Tetapi, bagaimana mungkin?
"Umar, sebenarnya cikgu lihat keputusan kamu sejak beberapa bulan  ni agak merundum. Cikgu pun terkejut dengan perubahan keputusan kamu,  tapi..."
"......"
"Cikgu tahu, kamu dah berusaha. Cuma, lepas ini, cuba lagi ya?"
"Baik, cikgu..."
*****
Aku bertanya kepada diri.
'Aku dah usaha kan? Kenapa masih tak berjaya? Aku study tak cukup ke? ke Allah memang tak bagi aku berjaya? Kenapa?'
Sedang aku sibuk merenung siling bilikku, berfikir, waktu itulah kebetulan abang Razif, murobbiku, datang menegurku.
"Assalamualaikum... kenapa muram je ni? Senyum lah sikit.. eleh... putus cinta ke? Haha"
Abang razif memang seorang murobbi yang ceria. Lawaknya sentiasa  membuatku tersenyum. Aku sangat mengaguminya. Sebagai murobbi yang  sangat prihatin, dia sering sekali menziarahiku. Paling tidak, seminggu  sekali dia mesti menjejakkan kali ke bilik ini. Kebetulan waktu inilah  dia datang.
"Waalaikumsalam. Eh, pandai jelah anta. Mana ada apa-apa, kan senyum ni? Hehe..."
"Tak payah nak cover dengan ana. Ada tulis kat dahi tu, 'sedang dilanda masalah', hehe gurau.. kenapa ini? Ceritalah."
"Hmm... ok lah... sebenarnya, tadi Puan Zubaidah panggil ana. Dia  tunjuk result peperiksaan semester tempoh hari. Ana masih tak meningkat  lagi. Ana tak fahamlah akhi, ana dah usaha penuh-penuh, tapi kenapa  masih tak berjaya?"
"Oh.. akhi, ini ujian Allah S.W.T. anta ingat lagi tak ana cakap, Allah S.W.T dah kata dalam surah al-Baqarah, ayat 214. Orang beriman itu pasti diuji. Ujian itulah yang akan menentukan sejauh mana Iman anta."
"Apakah  kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang  kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu?  Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan  (dengan bermacam-macam cubaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang  yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?"  Ingatlah, Sesungguhnya pertolongan Allah itu Amat dekat." (al-Baqarah: ayat 214)
Murobbiku yang satu ini, kata-katanya selalu penuh dengan nasihat.  Itulah juga punca mengapa aku selalu berkongsi masalah dengannya.
"Tapi.. ana dah usaha. Ana dah berdoa, ana dah tawakkal. Kenapa  Allah S.W.Tmasih tak bagi? Sedangkan ana dah usaha habis-habisan dah  ni."
"Akhi, anta berusaha untuk apa? Maksud ana bukan niat anta, tapi kenapa anta berusaha?"
"Untuk dapatkan result cemerlanglah. Kenapa?"
"Huhu... akhi, sebenarnya, kita tak boleh macam tu. kadang-kadang  manusia berusaha dengan harapan dia akan dapat capai hajatnya atas  usahanya. Mungkin itu sebab Allah tak bagi apa yang kita hajatkan."
"Maksud anta?"
"Kita tak boleh berusaha untuk capai apa yang kita hajati. Itu  seolah-olah menunjukkan kita mengaku yang kita ni ada kekuasaan.  Sebenarnya akhi, kita berusaha untuk menunjuk sahaja."
"Menunjuk?"
"Hehe.. Dengar sampai habis dulu... kita berusaha sebab kita nak  tunjukkan kepada Allah, betapa kita inginkan apa yang kita hajati itu,  tunjukkan kesungguhan kita kepada Allah. Sebab Allah yang akan bagi.  Bukannya kita usaha untuk capai perkara itu. Bila Allah lihat kita  bersungguh-sungguh menunjukkan kepadaNya betapa kita inginkan perkara  itu, baru Allah akan bagi."
"Oh..."
"Hmm... lagipun, mungkin itu ada baiknya bagi anta. Think positive. Ingat surah al-Baqarah, ayat 216?"
"Diwajibkan  atas kamu berperang, Padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu  benci. boleh Jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,  dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk  bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." (al-Baqarah ayat 216)
"Tapi ana tak berjaya.. macam mana itu boleh jadi lebih baik pula?"
"Huhu..akhi. Nak dengar cerita tak?"
"Cerita ini tentang seorang ahli ikhwanul muslimin. Namanya hampir sama macam anta, Umar. Umar Tilmisani."
Umar Tilmisani ini, salah seorang hakim mahkamah tinggi, di Mesir.  Dia juga adalah mursyidul am Ikhwanul muslimin yang ketiga. Seorang  da'ie, seorang murobbi, yang sangat hebat. Dia sangat hebat, sampai  dikatakan dia itu, meninggalkan kesan positif pada setiap orang yang  pernah berhubungan dengannya.
"Hebat betul orangnya."
"Hehe. Anta nak tahu tak bagaimana dia ini, boleh tertarik dengan Islam? Tertarik dengan ikhwanul muslimin?"
"Dia asalnya bukan Islam ke?"
"Eh, dia Islam. Cuma mula-mulanya tu, Islam pada nama. Anta tahu kan?"
"Oh.. ok, sambung cerita."
"Pada masa itu, Umar Tilmisani ini hendak menghadiri perbicaraan. Jadi dia nak naik keretapi dari Kaherah ke Iskandariah."
Dalam pada dia tengah menunggu tu, dia terlihat kelibat seorang  tukang sapu. Dia tengok, tukang sapu itu menyapu dengan penuh  keikhlasan. Dia tertarik melihat peribadi seorang yang begitu mulia itu.
Dia pun pergi dan bertanya kepada tukang sapu itu. Tukang sapu  itu pun menceritakan kepadanya, tentang Islam. Umar Tilmisani ini pun  kagum dengan akhlak yang ditunjuk oleh tukang sapu itu. Akhirnya, Umar  Tilmisani ini, ikut halaqoh dengan tukang sapu itu."
"Wah, hakim mahkamah tinggi, ikut halaqoh dengan tukang sapu?"
"Ya. Anta bayangkan, betapa hebatnya tukang sapu itu. Padahal  bukan sesiapa pun, cuma tukang sapu. Tapi anta lihat, sampai boleh  halaqohkan hakim mahkamah tinggi. Maksud ana tadi, kalau pun anta tak  berjaya dalam akademik, don't be sad, mungkin ada kebaikannya akhi."
"Kita memang kena usaha, tapi kalau Allah tak bagi, maknanya Dia  tahu apa yang lebih baik untuk kita. Mana tahu, suatu hari nanti, ana  jadi tukang sapu macam itu? Haha...."
Tanpa disedari, air mataku menitis. Jatuh diatas kaki seluarku.
"Oh. Betul juga. Syukran akhi, tenang sikit hati ini."
"Bukan ana yang bagi. Ketenangan, Allah S.W.T yang bagi. Kalau  anta rasa gelisah, ingatlah Allah. baca al-Quran ke. Sebab Allah dah  janji Akhi."
"Hehe. Ana tahu. Surah ar-Ra'd, ayat 28. Kan?"
"(yaitu)  orang-orang yang beriman dan hati mereka manjadi tenteram dengan  mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi  tenteram." (ar-Ra'd ayat 28)
"Pandai ikhwahku ini. Ok akhi, ana perlu beransur dulu, banyak  assignment tak siap lagi. Ada masa ana datang ziarah lagi, Insya-Allah.  Kalau ada masalah, call atau datang je bilik ana ye."
"Syukran Akhi. Uhibbuka fillah."
"Uhibbuka fillah aidhon, akhi..."
Kami berpeluk.
"Assalamualaikum.."
"Waalaikumussalam..."
Abang Zarif pun keluar.
Aku merenung ke langit. Mujur keindahan tadi masih belum pudar. Kini  hatiku tenang. Setenang langit petang yang mulai bertukar merah.  Indahnya ukhuwah kerana Allah S.W.T, setiap kita saling menguatkan yang  lain.
Kerana itulah Allah S.W.T menggambarkan orang yang beriman sebagai  saudara. Setiap langkah dakwah, jika diambil bersama, pasti terasa lebih  ringan. Itulah keajaiban ukhuwah fillah.
Aku bangun dari katil, lalu berwudhuk dan membuka al-Quran kecil milikku.
"Ya Allah, Engkaulah Yang Maha Mengetahui, apa yang  terbaik untukku, maka berikanlah yang terbaik. Aku redha dengan  ketentuan-Mu, aku ikhlas dengan cintaku pada-Mu. Redhailah kehidupanku,  Wahai Tuhan Yang Maha Penyayang..."
Jika takdirnya begitu sukar, yakinlah, pasti ada baiknya. Percayalah, kerana DIA lebih tahu!

No comments:
Post a Comment