Hot Stuff

Thursday, December 8, 2011

:: Positifkan Diri Dalam Masalah Furuk Atau Khilaf ::


Oleh : Ustaz Nor Amin Sayani Bin Zainal


Knapa kita perlu hafaz quran, hadith, tinggi ilmu agama utk guna mazhab selain shafie? klu xde ilmu,dan kita guna mana2 mazhab yg kita suka, knapa dkatakan kita ni 'taqlik buta'? Maknanya semua org malaysia (selain ustaz, ulamak) ni taqlik buta kpd imam shafie ke? Sy rasa sbb kt xde ilmu la kita ikut mazhab, sbb semua persoalan dah terjawab, so sbgai msyrakat awam,xperlula kita kaji quran dan hadis bg semua persoalan, ikut buta je la..klu ustaz kata kita mringankan hukum allah dgn mmilih mana2 mazhab yg senang bg kita, maknanya scra xlgsung ustaz mengatakan imam2 mazhab tersebut pun meringankan hukum allah..? Maaf ustaz, bkn sy against ustaz, tapi hanya mcari jawapan kpd persoalan dlm benak sy ni..

Jawapan Ustaz

Awak salah faham dengan kenyataan saya, asas Islam adalah Al-Quran dan Hadis, setiap perkara yang dibahaskan mesti dikaitkan dengan Al-Quran dan Hadis. Sumber perundangan kita Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qiyas. Saya tak ada tulis tak boleh ikut mazhab lain. Kalau nak ikut kena belajar dulu, sebab Asas nak dapat ilmu kena belajar dan kena sentiasa tambah ilmu di dada.

Saya tak kata orang lain selain saya dan ulamak taqlik buta, kalau belajar itu bukan taqlik buta. Sampai bila kita nak beramal dengan ikut cakap orang lain. Jadi kenalah cari ilmu, kalau ada ilmu terpulanglah nak ambik yang manapun. Sebab ini masalah furuk dan khilaf sahaja..jangan sensitif dalam masalah khilaf. Sepatutnya kita kena berlapang dada, kalau berbalah jadi berdosa sebab para sahabat dulu elakkan diri dari berkhilaf untuk mengelakkan perbalahan dan takut perpecahan..

Kalau kita nak ikut Al-Quran nak kaji Hadis bagus, teruskan itu amalan yang baik, tapi persoalan disini, cukupkah ilmu kita untuk mengkaji semua benda tu, untuk mengkaji dia mempunyai disiplin ilmu yang tinggi. Kita kena bandingkan kitab-kitab tafsir dan pendapat ulamak yang berkaitan dengan disiplin ilmu tersebut, barulah kita keluarkan kesimpulan. Sebab itulah saya kata kena ada ilmu, ilmu asas dalam amalan..Hadis nabi "Tuntutlah Ilmu kerana wajib ke atas setiap muslim. Kata lain "Berilmu dan beramal" kenapa tak letak beramal baru berilmu, itu perlu difikirkan..

Mazhab maksudnya jalan untuk memandu kita ke jalan kebenaran, atau memadu kita kearah Al-Quran dan hadis..disebabkan kita kurangnya ilmu,  maka di sini mazhab itu diperlukan untuk membantu kita melaksanakan amalan Islam. Kalau tidak  jadi seperti sekarang, disebabkan doa qunut bercerai suami isteri, disebabkan kenduri arwah bergaduh sesama jiran, di sebabkan hal-hal khilaf berlaku pergaduhan perbalahan dan sebagainya.

Setiap mazhab mempunyai kaedah yang tersendiri untuk mengeluarkan hukum dan pendapat..jadi setiap pendapat yang dikeluarkan berbeza di antara satu sama lain..boleh ke kita kata mereka salah dan sesat. sebab mengeluarkan pendapat atau ijtihad sendiri. Asas setiap ijtihad dikeluarkan oleh ulamak, kadang-kadang mereka tengok keadaan tempat, zaman, masa dan keadaan penduduk dan sebagainya.

Masalah kita di Malaysia, kerajaan dan ulamak negara ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia mengamalkan mazhab Syafie dan semua perundangan dan hal2 yang berkaitan dengan syariat dirujuk dalam mazhab syafie kecuali ada perkara yang menghalang atau dharurat, maka mereka akan mengeluarkan fatwa yang tersendiri berdasarkan 4 sumber perundangan Islam.


Apa jadi kalau kita biarkan orang awam ni buat sesuka hati dia dan boleh ikut yang mana dia suka. Saya rasa mesti berlaku perbalahan dan pergaduhan seperti negara-negara lain. Kenapa berlaku semua ini? Sebabnya ialah jahilnya dan tidak ada ilmu, kalau ada ilmu tak jadi begini, sebab semua tahu ini adalah masalah khilaf ada berbagai pendapat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...