Sumber : http://www.ilmi-islam.com
Pada suatu hari, burung – burung berkicauan, ada yang bekerja, ada yang bergembira, indahnya pemandangan yang dilatari bendang sawah padi yang menghijau. Mendamaikan mata yang melihat dan menyejukkan hati yang menikmatinya. SubhanAllah. Meskipun begitu, Usop masih termenung keseorangan di tepi parit ditemani kesedihan dan kekesalan sambil matanya terarah kepada Pak Jabit yang sedang memancing.
“Usop, tersenyumlah ! meskipun dalam senyuman itu mungkin tersimpan kelukaan hati,tersorok kesakitan jiwa. Kesenangan, kebahagiaan, kegembiraan, kesedihan, kekecewaan dan kedukacitaan adalah sesuatu yang biasa dialami manusia. Apabila memperolehi sesuatu yang menggembirakan daripada keenakan dunia maka manusia akan berasa senang dan gembira. Sebaliknya ketika mendapat sesuatu yang tidak diingini maka manusia merasa sedih dan kecewa. Kamu tak perlu terkejut ketika menghadiahkan sebatang pena kepada seseorang, lalu ia memakai pena itu untuk menulis cemuhan kepada kamu dan kamu juga tidak perlu terkejut dengan apa yang terjadi ini. Inilah sikap manusia. Jangan bersedih, sesungguhnya Allah sentiasa bersama kita.
Berharaplah pada redha Allah semata-mata. Nescaya usop mesti tak kecewa. Sebab apa? Sebab Allah tidak pernah menyia-nyiakan segala kebaikan yang kita buat walaupun seberat zarah sepertimana firmanNya dalam surah (Az Zalzalah ayat 7 & 8), maka barangsiapa mengerjakan kebajikan seberat zarah, nescaya dia akan melihat(balasan)nya, dan barangsiapa mengerjakan kejahatan seberat zarah, niscaya dia akan melihat(balasan)nya. Malah jika kita ikhlas berbuat kebaikan semata-mata keranaNya diganjarkan pahala kepada kita. Baik kan Allah?”
Usop mengangguk tanda setuju..
“Tak macam manusia. Kadang-kadang macam situasi usop ni. Macam melepaskan anjing yang tersepit je kan. tapi apepun usop, tak perlulah bersedih mengenangkan peristiwa yang sudah lalu, pandanglah kehadapan, usirkanlah kesedihan. Allah Yang Menciptakan Segala-galanya pun di tohmah berbagai-bagai tohmahan oleh manusia tidak berakal yang ingkar kepadaNya dan Nabi Muhammad SAW yang mulia itupun ada yang membenci serta mengejinya, Inikan pula kita yang hanyalah hambaNya yang biasa, yang pasti penuh kekhilafan. Anggap saja lah segala apa yang dikatakan Hussien itu satu kritikan yang membina. Anggap saja ini teguran dari Allah. Jangan bersedih , kerana kesedihan kamu terhadap musibah ini akan melahirkankan berbagai musibah lainnya. Ketika kamu sedih dengan perkara ini, bukankah kesedihan itu hanya akan menambah kedukaan kamu itu? Bersabarlah walaupun hatimu disakiti. Maafkan jelah si Hussien tu. Janganlah biarkan kegundahan yang disebabkan pandangan manusia kepada kita terus menyedihkan kita tapi hakikat yang patut kita sedar pandangan Allah kepada kita lah yang perlu dan sangat kita gundahkan. InsyaAllah bilamana Allah redha pada kita, hati pasti lebih bahagia kan.”
“terima kasih Pak Jabit ! alhamdulillah tenang hati saya dengar nasihat Pak Jabit ni. Tak macam doktor pencen, macam ustaz ada la Pak Jabit ni. huhu”
“sama-sama.. bukan ustaz lah. Alhamdulillah apa yang Pak Jabit balajar dari ustaz-ustaz, Pak Jabit kongsikanlah kat kamu. Ini pun Pak Jabit masih seorang doktor lagi lah ni. “Doktor hati” yang sedang merawat kamu. Merawat hati yang kecewa dek tingkah laku manusia hingga lupa ganjaran yang ada di sisi Allah itu lebih baik dan membahagiakan.. Kamu pun, cubalah rajin-rajinkan sikit blajar jugak agama. Ini tak. Asyik-asyik english education je... ok?”
“baiklah Pak Jabit, insyaAllah akan saya usahakan”
“hmm.... tapi kan usop..” ,Pak Jabit melontarkan satu persoalan.
“Tapi apa? Ce cite ce cite..”,soal Usop penuh penasaran
“ hmm. Pak jabit terfikir. Yelah. terkadang rasanya sikap Hussien tu ada juga dalam diri ni. Usop hamba Allah, Pak Jabit juga hamba Allah dan semua insan tidak kira siapapun, sehebat mana dia, setinggi mana dia, tetap hamba Allah. Kita diberi pelbagai kenikmatan, diberi oksigen untuk bernafas, diberi tubuh badan yang sihat, di anugerahi akal, senang cerita semua nikmat Allah bagi kat kita. Tapi kebanyakannya dosa, keingkaran dan kelalaian kepada dunia pula yang banyak kita balas kepada Allah. Selepas tu, kita kata pula kita hendak dan sangat menginginkan syurgaNya.. Ya Allah bila renung balik... Pak Jabit malulah pada Allah.. Malu semalunya..”
“hmm betul tu Pak Jabit. Insaf pula rasanya... Ya Allah berapa banyak jelah amalan kebaikan yang telah saya lakukan ini diredhai Allah..”
“sama-samalah kita muhasabah diri kita, yang baik kita tambah, yang tak baik kita tolak. Sambil Pak Jabit menasihat kamu ni, Pak Jabit pun mengingatkan diri Pak Jabit sendiri yang penuh dengan kekhilafan. Moga Allah redha... dah jom balik, dah nak maghrib ni. pasni siap-siap pergi berjemaah magrib kat masjid jom” ajak Pak Jabit.
“InsyaAllah. Baiklah Pak Jabit.. thanks bebenor lah ye”, sambut Usop sambil tersenyum simpul.
No comments:
Post a Comment