Hot Stuff

Thursday, December 22, 2011

:: Mengapa Perempuan Perlu Menjadi Muslimah ::

Assalammualaikum. Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani.
Setiap perempuan pastinya ingin menjadi yang terbaik. Namun, seperti bagaimana ingin menjadi yang terbaik? Walau zahir mereka nampak kabur namun jauh di lubuk hati mereka ingin berubah. Mereka tidak pinta mereka kabur namun hati mereka tidak kukuh untuk melangkah keluar daripada zon selesa yang sedia ada. Apetah lagi, tiada dorongan yang kuat daripada sekeliling membuatkan mereka hanya membiarkan niat itu usang di dalam hati tanpa diekspresikan melalui amalan.
“Sesungguhnya agama seseorang adalah bergantung kepada agama (cara hidup) sahabatnya”
Rasulullah SAW sendiri sangat berhati-hati dalam mencari kawan. Jika baik sahabatnya, baiklah juga dirinya dan sebaliknya. Suasana sekeliling itu sangat penting pada diri seseorang dalam proses untuk dia berhijrah ke jalan Allah.
Oleh sebab itu, kita digalakkan agar berada dalam sekeliling yang baik dan membantu dalam penghijrahan kita ke jalan-Nya. Jika tidak, melesetlah hidup kita kerana mereka. Bukanlah bermaksud kita patut menjauhkan sahabat yang kurang baik tetapi kita digalakkan untuk mencari sahabat yang baik di sampung menjadi sahabat yang baik terlebih dahulu terutamanya untuk sesiapa yang mula ingin mencari nafas baru ke alam kehidupannya yang baru untuk berhijrah di bumi Jihad hanya kerana Allah.
Namun masih, perempuan yang kabur zahirnya terus mengaburkan hatinya sedangkan Allah telahpun membuka hatinya untuk menerima hidayah. Mereka tidak berusaha untuk mengekspresikan apa yang ingin diubah kepada amalan. Kerap kali sahaja mereka dinasihatkan untuk berubah ke arah kebaikan namun mereka terus menerus mengabaikannya sekaligus menutupkan pintu hati mereka daripada menerima hidayah Allah.
“Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka lihat. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur, moga dengan itu jika dia menerima teguran, Allah akan lapangkan dadanya dan masukkan taufiq dan hidayahNya. Ada pun yang berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yang menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati.”
Tahukah anda? Kerana perempuanlah lelaki boleh masuk Neraka. Perempuan juga sangat berkuasa kerana menjadi fitnah kepada dunia. Oleh sebab kekuasaannya itulah mereka dapat memasukkan lelaki ke dalam Neraka. Terdapat 4 golongan lelaki yang masuk Neraka kerana perempuan:
1. Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

2. Suami
Apabila seorang suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram, apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

3. Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula abang-abangnya jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di Akhirat.

4. Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di Akhirat kelak nantikan tarikan ibunya.
Wahai anak perempuan,
Tidakkah dikau mengasihani ayahmu. Dia penat bekerja untuk memberi nafkah. Dia besarkan dikau dengan sebaiknya. Dia korbankan penat-lelahnya untuk besarkan dikau. Mungkin juga ayah tidak menekankan dikau dengan ajaran agama tetapi tidak mahukah dikau berubah untuk selamatkan ayahmu di Neraka. Dia juga bukan ahli maksum tanpa dosa tetapi dia juga melakukan dosa. Malahan dia tidak sendiri tidak dapat menampung dosanya yang tersedia ada.
“Selangkah anak perempuan keluar dari rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga ayahnya itu hampir ke Neraka. Selangkah seorang isteri keluar rumah tanpa menutup aurat, maka selangkah juga suaminya itu hampir ke Neraka.”
Haruskah dikau menyalahkan ayah semata-mata kerana dia tidak memberi penekanan yang tegas kepadamu sebagai seorang perempuan? Adakah dikau tidak menyayangi ayahmu? Sanggupkah dikau biarkan ayahmu masuk Neraka HANYA KERANAMU? Mengapa tidak mahu dikau sendiri yang berubah kerana dikau ingin menjaga ayah daripada ditarik ke Neraka?
Sungguh dikau SANGAT KEJAM kerana dikau sengaja biarkan ayahmu ditarik ke dalam Neraka. Dia ayahmu, dia ayahmu, dia ayahmu. Selangkah ayahmu ingin masuk ke Syurga dikau tarik dia ke Neraka. Selangkah lagi ayah menuju ke Syurga dikau tarik dia ke Neraka. Kasihanilah ayahmu.
Mungkin dia tidak tegas dalam penekanan didikan agama ke dalam dirimu tetapi sanggupkah dikau biarkan ayah masuk Neraka??
Tidakkah dikau sayang dan kasihkan ayahmu??
Sanggupkah dikau biarkan ayah di Neraka sendirian HANYA KERANAMU??
Dia ayahmu. Ayah yang membesarkanmu. Dia didik dikau bagai menatang minyak yang penuh tetapi di Akhirat nanti, dikau biarkan dia di Neraka. Dikau persalahkan dia kerana kurangnya didikan agama. Sanggupkah dikau?
Wahai isteri,
Suamimu adalah lelaki yang dikau cintai. Dia adalah suami yang dikau telah kahwini. Dialah yang memberimu nafkah, mendidik anak-anak. Dialah yang bersamamu tika dikau susah. Dialah yang memberi kegembiraan ke dalam dirimu tika dikau sedih. Dialah pendorong untuk dikau tabah dan sabar dengan segala kesusahan. Dia penat bekerja mencari nafkah untukmu dan anak-anakmu.
Sanggupkah dikau membiarkan dia ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah dikau biarkan suami yang dikau cintai ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sungguh biarpun dia diam dengan dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.
Wahai adik perempuan,
Abangmu adalah lelaki yang bakal menggantikan ayahmu. Dialah yang akan menjadi pengganti ayahmu mencari nafkah demi keluarga. Dialah yang akan berpenat lelah untuk mencari nafkah. Dia adalah tempat untuk kau mengadu masalah yang pernah kau adukan pada ayah pada suatu masa dahulu. Tetapi apabila ayah tiada, dialah yang menjadi penggantinya.
Sanggupkah dikau biarkan abang yang berpenat lelah mengganti ayah mencari nafkah ditarik ke NerakaHANYA KERANAMU??
Sanggupkah dikau biarkan abang yang memanjakanmu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah dikau biarkan abang yang menjadi tempat kau adu ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sungguh biarpun abang diam dan tidak menegur perilaku dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.
Wahai ibu,
Anak lelakimu adalah darah dagingmu. Ibu pasti sayang anak lelakimu kerana dialah darah dagingmu yang dikau lahirkan, yang dikau belai ketika kecil, yang dikau suapkan makan, yang dikau berikan keperluan tika dia perlukan. Ibu, dia anakmu. Ibu pasti sayang dia dengan perasaan sangat dalam.
Sanggupkah dikau biarkan anak lelakimu yang merupakan anakmu yang sangat disayangi ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sanggupkah dikau biarkan anak lelaki yang dikau lahirkan, suapkan makan dan berikan keperluan, ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU??
Sungguh biarpun dia diam dan tidak menegur  perilaku dirimu, namun tidak mahukah dikau berubah untuk menjaganya daripada ditarik ke Neraka di Akhirat kelak?? Dia sendiri tidak mampu menampung dosanya, apetah lagi dosamu. Tidakkah dikau rasa bersalah, setiap kali dikau melangkah keluar dengan penutupan aurat yang kurang, dikau telah MENAMBAH dosanya untuk menempah tiket ke Neraka.
Sanggupkah kita membiarkan mereka ditarik ke Neraka HANYA KERANAMU wahai perempuan? Mengapa tidak kita berubah, berusaha menjadi muslimah sejati agar mereka dapat diselamatkan daripada ditarik ke Neraka.
Marilah kita berubah daripada perempuan kepada muslimah sejati agar 4 golongan lelaki ini tidak menjadi mangsa tarikan kita ke Neraka HANYA KERANA PEREMPUAN. Mereka bukanlah ahli maksum yang terpelihara daripada dosa tetapi mereka juga melakukan dosa. Namun jika dosa mereka tidak mampu mereka tampung, apetah lagi, menampung dosa kita.

Ciri-ciri Muslimah Sejati
  1. Solat tepat waktu
  2. Banyak amalan sunat dan bibir basah dengan zikir.
  3. Butir bicaranya terselit dengan kalimah seperti bismillah, alhamdulillah, insyaALLAH, subhanallah, Allahuakhbar dan lain-lain zikir.
  4. Tidak mengeluh dengan masalah remeh kehidupan hariannya.
  5. Bercakap dengan rendah suara.
  6. Lembut dan halus tingkahlakunya.
  7. Tuturbicara yang senang didengar tanpa kata lucah atau sumpah seranah.
  8. Pakaian longgar tanpa mendedahkan bentuk tubuh.
  9. Rambut, leher dada yang sentiasa ditutup dan dijaga dari pandangan lelaki bukan muhrim dan mereka bukan Islam.
  10. Sukakan kanak-kanak dan kanak-kanak menyukainya.
  11. Pandai mengambil hati orang tua.
  12. Menghormati dan taat ibubapa.
  13. Kesayangan keluarga dan tetangga.
  14. Contoh kepada adik-adik dan mencontohi orang tua.
  15. Berkuku pendek sentiasa bagi menyempurnakan wudhu.
  16. Rambut tak diwarnakan.
  17. Banyak dan murah dengan senyuman.
  18. Banyak mendengar dari bercakap.
  19. Senyuman adalah ketawanya.
  20. Tidak ketawa terbahak-bahak.
  21. Suaranya tidak lantang dan jarang didengari oleh lelaki bukan muhrim.
  22. Tidak suka bersiar-siar atau keluar rumah tanpa urusan penting bagi mengelakkan fitnah.
  23. Menjauhi kumpulan yang sedang mengumpat dan mengeji supaya tidak dikira bersubahat.
  24. Tidak menghebohkan kedukaan hatinya dan menyembunyikan kesedihannya.
  25. Menerima dugaan sebagai ujian ALLAH dan kafarah dosanya.
  26. Sentiasa berdoa baik untuk keluarga, orang lain dan juga untuk orang yang menganiayanya.
  27. Pandai bergaul dengan semua orang tanpa mengira tahap pendidikan dan taraf.
  28. Tidak boros dalam berbelanja dan pandai menguruskan kewangannya.
  29. Berhati-hati dengan apa yang dimakannya dan menjauhi makanan syubhah.
  30. Sayangkan dan kasihan binatang peliharaan seperti kucing, arnab, burung, ikan dan lain-lain.
  31. Suka kepada alam sekitar, suka berkebun dan bunga.
  32. Menitik-beratkan aurat yang dianggap remeh seperti tumit kaki, kaki, siku dan lengan. Caranya dengan memakai sarung tangan dan sarung kaki.
Jangan hanya keranamu,  ayah, suami, abang dan anak lelakimu jadi tarikan ke Neraka kelak, sendirian di Neraka
HANYA KERANA DOSAMU
oleh sebab  hidayah Allah yang telah kau abaikan.

6 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum w.b.t :)

thanx 4 ur sharing. saya tersentuh dgn karangan encik. sebenarnya saya ada bbrpa soalan. sbg seorang perempuan, lebih baik xkeluar , melepak dsb bukan? tp dlm masalah sy ni, dulu sy seorang yg 'teruk' dr segi pergaulan dsb. skrg saya cuba utk kurangkannya. sy sedih sbb bila sy kurangkan keluar rumah dan jumpa dgn kwn2 sy (perempuan) tersebut, sy rasa kehilangan . sbb mereka kwn sy dr sekolah menengah. dan bila sy tolak ajakan mereka utk keluar, shopping, sy rasa sy dah buat sesuatu yg xpatut. sy mcm dah putuskan persahabatan kami. mana x nya, mereka bkn nya perempuan yg suka ke club,pub dsb. mereka jenis yg happy-go-lucky, mnutup aurat yg sepatutnya. bezanya, mereka suka keluar dgn
kwn2. jd soalannya di sini, adakah salah utk saya keluar sama2 dgn mereka, gelak ketawa spt sebelum ini? sejujurnya, saya rasa kehilangan sbhgn dr kebahagiaan sy sejak sy lakukan begini. kalau boleh , saya ingin berubah sikap buruk dan lebih mengingati Allah, tp dalam masa yg sama sikap saya terhadap rakan2 tidak berubah. adakah wajar utk sy bertindak sedemikian? terima kasih ^.^

Tuan Muda Farhan said...

waalaikumsalam warahmatullah hiwabaraktatu... setiap orang yang wujud di dunia ini pasti ada rakan-rakan, sama ada rakan-rakan baik perangai atau pun biasa-biasa sahaja.. pada pengalaman saya adalah lebih baik saudari tidak memutuskan tali persahabatan yang dibina.. saudari boleh bergaul dengan mereka tanpa menjejaskan hubungan saudari dengan Allah.. cuma saudari kena bijak dalam menangani masalah ini... saya juga mempunyai ramai rakan-rakan yang sosial, tapi saya tak pernah meninggalkan rakan-rakan saya kerana ingin mendapat kebaikan.. bagi saya, saya mungkin ditakdirkan berkawan dengan mereka kerana supaya dapat menasihati mereka dalam beberapa perkara =)... ramai rakan-rakan saya menghisap rokok tetapi saya tidak pernah sekalipun mencuba tabiat buruk itu... kesimpulannya saudari teruskan lah hubungan saudari dengan rakan-rakan saudari agar saudari dapat dijadikan role model dan contoh yang dapat menegur mereka secara berhemah.. =)

Anonymous said...

terima kasih byk2 ^.^ kdg saya rasa takut kerana saya sendiri masih belum kuat utk menerima segala kebaikan dan mengajak ke arahnya. cuma, bila saya baca "Antara Ciri2 Wanita Muslimah" dlm krgn di atas, saya rasa saya sgt jauh dari ciri2 tersebut. mana x nya, saya sering keluar dgn mereka dan berhibur, bergelak ketawa. jauh sekali dr sikap seorg wanita muslimah :( secara jujurnya, apa pandangan saudara terhadap seorang wanita yg lengkap menutup aurat, tp bkn yg jenis pendiam? ye la, zmn skrg ni sy selalu nmpk akak2 @ adik2 yg menutup aurat selengkapnya tu, selalu jln bersendirian dan xberckp byk. kalau begitu, saya seorg yg petah berkata2, byk berckp dan rasa gembira dpt gelak ketawa bersama rkn2. maka adakah saya dikategorikan sbg wanita yg menutup aurat tp buruk akhlaknya? **kdg2 sy sendiri keliru dgn sikap sendiri. saya dah usaha sebaik mungkin menutup aurat tubuh badan, ttpi saya x mampu mengawal suara dan gelak ketawa bersama rakan2 ( perempuan ) maaf kalau saudara rasa agak annoyed dgn soalan+statement saya. kan sy dah ckp, sy meeemaaannggg byk ckp ^.^ !

Tuan Muda Farhan said...

insyaAllah segala sifat dalam diri kita boleh berubah.. daripada negatif kepada positif... kebiasaannya apabila diri kita bergelar wanita muslimah ramai rakan-rakan akan menghindari diri kita dan kadang-kadang sampai mereka segan terhadap kita disebabkan tingkah laku sopan kita sehingga kita tidak di ajak kemana-mana.. namun jangan lah terasa hati jika rakan melakukan yang sedemikian kerana Allah hanya ingin menguji diri kita.. Setiap manusia pasti ada gelak ketawa dalam diri mereka bukan tidak boleh untuk bergelak ketawa tapi ianya hendakhlah terkawal.. kalau saudari nak lihat contoh saudari boleh cari kisah kehidupan Rasulullah.. bagaimana adab dan akhlak baginda ketika gembira =) mula-mula memang susah, tapi dari susah kita akan mengenal erti kemanisan sesuatu =)

Anonymous said...

terima kasih sbb post benda nie..saya ada soalan.apa hukum perempuan cakap dgn lelaki untuk menghilangkan kbosanannya tanpa bersentuhan..
harap balas

Anonymous said...

terima kasih sbb post benda nie..saya ada soalan.apa hukum perempuan cakap dgn lelaki untuk menghilangkan kbosanannya tanpa bersentuhan..
harap balas

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...