Sumber : http://www.ilmi-islam.com
Solat subuh merupakan lambang disiplin diri dan kekuatan ummah. Itulah kayu pengukur nilai sesuatu umat. Umat yang lalai dari Subuh berjemaah adalah umat yang tidak berhak mendapat kejayaan akan tetapi berhak untuk diganti dengan yang lain. Sehinggakan pernah salah seorang penguasa Yahudi menyatakan mereka tidak gentar dengan orang Islam kecuali apabila jumlah jemaah solat subuh seramai jumlah jemaah solat Jumaat.
Tanpa solat subuh umat Islam tiada lagi berwibawa. Tidak selayaknya umat ini mengharapkan kemuliaan, kehormatan dan kejayaan jika mereka tidak memperhatikan solat ini. Presiden Sukarno sewaktu dalam pidatonya ambilan kata-kata daripada seorang pejuang Islam pada zaman pemerintahannya:
"Berikan aku 10 orang pemuda Islam yg selalu solat subuh berjemaah, nescaya akan aku goncangkan dunia bersama mereka"
yang melambangkan kekuatan umat Islam jika mereka mampu menunaikan solat Subuh secara berjemaah kerana sanggupnya mereka bangun ketika Subuh hanya untuk mengingati Allah SWT.
1. Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:
"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)
2. Salah satu keutamaannya adalah Rasulullah SAW mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis: “Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya) .” (Hadis riwayat Termizi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)
Jika Rasulullah SAW yang berdoa, maka tidak ada hijab di antara baginda dengan Allah SWT kerana baginda sendiri adalah orang yang secara jasadiyah paling dekat dengan Allah SWT.Waktu Subuh adalah waktu yang paling baik untuk mendapatkan rahmat dan keredaan Allah SWT.
3. Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat.” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Tarmizi)
4. Sesungguhnya melakukan solat jemaah Subuh dan Asar tepat pada waktunya termasuk sebab yang memasukkan seseorang ke syurga dan selamat dari seksa neraka. Rasulullah bersabda: “Tidak masuk neraka seseorang yang melakukan solat sebelum matahari terbit dan sebelum terbenam (solat subuh dan Asar.”) (Hadis Riwayat Muslim)
5. Rasulullah SAW memberi janji, apabila solah Subuh dikerjakan, maka Allah akan melindungi siapa saja yang mengerjakannya. Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Sesiapa yang menunaikan solah Subuh, maka ia berada dalam jaminan Allah. Maka janganlah cuba-cuba membuat Allah membuktikan janji-Nya. Sesiapa yang membunuh orang yang menunaikan solah Subuh, Allah SWT akan menuntutnya, sehingga Allah SWT akan membenamkan mukanya ke dalam neraka.” (Hadis riwayat Muslim, At-Termizi dan Ibn Majah)
6. Dari Aisyah telah bersabda Rasulullah SAW, "dua rakaat solat Fajar pahalanya lebih indah daripada dunia dan seisinya." (Hadis Riwayat Imam At-Tarmizi)
7. Malaikat berkumpul di waktu solat Asar dan Subuh. Merekalah yang membawa rahmat dan berkat.
8. Hadis Abu Hurairah mengatakan: Sesungguhnya satu langkah orang yang berjalan ke masjid adalah menghapuskan kesalahan dan yang lain mengangkat darjat. Maka langkah yang banyak ke masjid termasuk hal yang membawa kesalahan dihapus dan darjat diangkat. (Riwayat Imam Muslim)
9. Solat Subuh adalah sumber daripada segala cahaya di hari kiamat. Di hari itu, semua sumber cahaya di dunia akan padam. Matahari akan digulung, ibadat yang akan menerangi pelakunya.
Diriwayatkan daripada Abu Musa al-Asyaari, dia berkata Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Barang siapa yang solat dua waktu yang dingin, maka akan masuk syurga.” (Hadis riwayat Bukhari)
Dua waktu yang dingin itu adalah solat Subuh dan Asar. Mereka yang menjaga solat Subuh dan Asar dijanjikan kelak di syurga akan melihat Allah SWT.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Kami sedang duduk bersama Rasulullah SAW, ketika melihat bulan purnama. Baginda berkata, “Sungguh kamu akan melihat Rabb (Allah), sebagaimana kamu melihat bulan yang tidak terhalang dalam memandangnya. Apabila kamu mampu, janganlah kamu menyerah dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan solat sebelum terbenam matahari. Maka lakukanlah.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
10. Nabi SAW bersabda: Syaitan mengikat/membelenggu tengkuk di kalangan kamu yang tidur dengan tiga ikatan. Dia memukul di atas ketiga-tiga ikatan (sambil berkata) : Malam masih panjang, teruskan tidur! Jika dia bangun lalu berzikir menyebut nama Allah Taala maka terungkailah satu iakatan, jika dia berwudhuk terungkailah ikatan berikutnya dan jika dia solat maka terungkailah semua ikatan. Maka pagi itu dia akan cergas dan baik jiwanya, jika tidak dia akan berpagi dalam keadaan jelek dan malas. (Hadis Riwayat Al-Bukhari)
Mungkin kerana inilah yang membuatkan kita terlepas solat Subuh dan bangun di tengah hari menyebabkan kita masih rasa ngantuk di petang hari walaupun kita lambat bangun.
Selain itu, keistimewaan Solat Subuh kupasan dalam buku bertajuk "Mukjizat Tahajud dan Subuh" karya Husni A.Ghazali adalah:
1. Disaksikan oleh malaikat
2. Menyelamatkan kaum dari azab
3. Mendapatkan pahala setara dengan ibadah haji dan umrah.
4. Terbebas dari Api neraka
5. Dijamin Masuk Surga
6. Lebih utama dari sholat fadhu yang lain
7. Mendapat perlindungan dari Allah SWT
8. Menyempurnakan Agama
9. Terhindar dari kemunafikan
10. Mendapatkan berkah dari Allah SWT dan dimudahkan rejekinya
11. Mendapatkan kasih sayang Allah SWT
12. Mendapatkan cahaya terang di hari kiamat
13. Meraih pahala yang paling mulia
14. Mendapatkan pahala setara dengan sholat semalam penuh
15. Menyimpan pahala yang sangat besar
16. Waktu Mustajab
17. Nabi Isa AS kelak turun di waktu subuh
18. Melihat Rabb di hari kiamat
19. Membawa bendera Iman
20. Ibarat perang yang menang dengan cepat.
Kerugian orang yang meninggalkan solat Subuh
Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:
1. Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna (kelebihan) yg tersirat di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafa Alaih) - keistimewaan itu hanya Allah saja yg mengetahuinya.
2. Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: “Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al Ma’un : 4-5)
3. Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: “Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafa Alaih)
Berikut adalah kerugian yang akan dialami oleh orang yang tidak melakukan solat Subuh dan solat lain secara berjemaah:
1. Memiliki sifat-sifat orang munafik yang tidak menjalankan solat (kecuali dalam keadaan malas) Rasulullah bersabda bermaksud: “Solat yang paling berat bagi orang-orang munafik adalah solat Isyak dan Subuh. Seandainya mereka tahu apa makna (kelebihan) yg tersirat di dalamnya, maka mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.” (Muttafa Alaih) - keistimewaan itu hanya Allah saja yg mengetahuinya.
2. Kesengajaan tidur hingga tidak solat subuh dan meninggalkan solat berjemaah merupakan perbuatan kufur dan diancam dengan ancaman yang sangat berat. Allah berfirman bermaksud: “Maka celakalah orang-orang yang melakukan solat, iaitu orang-orang yang lalai dari solatnya.” (Al Ma’un : 4-5)
3. Seorang lelaki berada di sisi Nabi SAW dan dia tidur hingga pagi, lalu Nabi SAW bersabda bermaksud: “Itulah lelaki yang kedua telinganya dikencing syaitan.” (Muttafa Alaih)
Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.
No comments:
Post a Comment