Hot Stuff

Saturday, December 24, 2011

:: Novel Pendek : Sengaja Ku Diam ::



Jam menunjukkan pukul 4 petang.
“Alamak! Kelas dah nak mula tetapi azan akan berkumandang 15 minit lagi. Solat dululah, hati aku tak sedap hati pulok kalau tak solat dahulu. Risau pulok kalau tetiba mati tanpa sempat solat Asar.” Detik hati Hassan.
Sememangnya dia selalu lambat ke kelas kerana ingin solat berjemaah terlebih dahulu kerana kebiasaannya kelas pada pukul 4 petang akan tamat pada pukul 6 petang dan dia tidak mahu melambatkan solat. Hatinya tidak akan tenang jika melambatkan solat apetah lagi apabila dia teringat sepotong hadis Rasulullah SAW,
Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya maka jawab baginda : "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail". 

Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas :"Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya". 

Dalam hadis yang lain Rasulullah bersabda : "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar". (Riwayat Al-Hakim)

Seusai solat Asar secara berjemaah. Dia segera memperkemas diri dan bergegas ke kelas.
“Ya Allah, aku tahu aku lambat ke kelas sungguhpun begitu, aku bukan sengaja kerana aku ingin menyahut seruan-Mu dengan segera. Aku nak angkat call Kau secepat mungkin. Permudahkan aku ya Allah, aku harap lecturer tak sampai lagi.” Detik hati Hassan.
“Sesungguhnya Allah Maha Mendengar.”
Setelah tiba berhampiran pintu kelas, Hassan berdoa, memohon agar pensyarah masih belum sampai di kelas. Kakinya melangkah masuk ke kelas.
“Alhamdulillah” Terlakar senyuman di bibirnya.
Nasibnya sering baik. Walau dia sering lambat ke kelas untuk solat berjemaah namun Allah sentiasa bantu dia. Jarang sekali, pensyarah berada di kelas ketika dia masuk.
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (ugama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu.” (Surah Muhammad: 7)
“Kau ni Hassan, selalu lambat. Nasib baik Encik Fuad pergi ambil barang. Kalau tak, kena sindir kau dengan dia.” Borhan menegurnya.
Hassan hanya tersenyum.
*****
“Ya Allah, penatnya.” Hassan melabuhkan punggung pada sofa rumah sewanya dan melelapkan mata seketika. Dia teringat sepotong ayat Al-Quran,
“Allah tidak memberati seseorang, melainkan apa yang terdaya olehnya.” (Surah Al-Baqarah: 286)
Kelasnya yang bermula seawal 8 pagi hingga 6 petang secara berterusan dengan hanya jarak masa 2 jam membuatkan dia kepenatan.
Dia terjaga. Tak sedar dia terlelap selama 20 minit. Dia mengerling jam tangannya.
“Dah pukul 6.45 petang. Baik aku pergi mandi dan bersiap untuk berbuka puasa dan solat di masjid.”
Dengan hanya tiga biji kurma dan segelas air, sudah memadai baginya ketika berbuka puasa seperti amalan Rasulullah SAW agar tidak terlalu kenyang dan mengah ketika solat nanti seperti yang terdapat dalam Hadis Riwayat Ibnu Abbas,
 “Makanlah ketika lapar dan berhentilah sebelum kenyang, isilah perut kalian dengan 1/3 makanan, 1/3 minuman dan 1/3 udara. Orang yang paling disukai Alloh diantara kalian yang paling sedikit makannya dan paling ringan tubuhnya”
“Assalammualaikum.” Seorang ustaz yang menegur Hassan yang sedang membasuh tangan.
“Waalaikumussalam, ustaz.”
“Kamu jadi imam hari ini boleh?”
“Tetapi ustaz...”
Belum sempat Hassan menghabiskan ayatnya, ustaz Fauzi sudahpun menariknya ke tempat solat imam. Salah seorang makmum mengalunkan iqamat.
“Boleh pun jadi imam.” Ustaz Fauzi menegurnya seusai bersalaman dengan jemaah yang lain.
Hassan hanya tersenyum.
“Boleh tu boleh ustaz tetapi ada orang yang lebih layak daripada saya untuk menjadi imam.”
“Kalau sekarang tak jadi imam, nanti dah ada ‘makmumnya’ bagaimana nak jadi imam?” Ustaz Fauzi tersenyum kepada Hassan.
Hassan hanya tergelak kecil mendengar gurauan ustaz.
“Baiklah ustaz, saya mahu undur diri dahulu.  Makan malam. Lapar rasanya.” Dia menguntum seukir senyuman sambil tangannya di perut.
“Oh ye, kamu puasa tadi. Baiklah. Hati-hati.” Mereka bersalaman dan Hassan menuju ke motornya.
“Nak makan kat mana ni?” Hassan bertanya pada dirinya sendiri dan terfikir ayat ustaz dan tergelak kecil.
Setelah mengisi perut, dia kembali ke masjid. Dia membaca surah Al-Waqiah sementara menunggu solat Isyak kerana pesan sahabatnya, Surah Al-Waqiah adalah surah kekayaan seperti hadis Nabi S.A.W,
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
*****
Humairah mengerling jam di dinding.
“Sudah pukul 12 malam. Esok kelas 8 pagi. Ya Allah, malasnya bangun pagi. Ngantuk belaka.”
Papan kekunci ditekan, menyiapkan assignment Puan Linda yang harus dihantar esok.
“Alhamdulillah siap.” Lega hatinya kerana assignmentnya sudah selesai.
Laptop Dell miliknya ditutup dan dia beransur membersihkan diri dan mengambil wuduk untuk solat sunat Taubat sebelum tidur.
Surah Al-Mulk, 3 Qul dan Ayatul Kursi menjadi amalan sebelum dia tidur.
Berat Humairah membuka matanya pada pagi itu. Terasa bengkak matanya kerana kurang tidur namun dia sudah biasa dengan keadaan itu. Sudah lumrah pelajar, tidak cukup tidur.
Dia mengerling matanya handphone. Lima setengah pagi. Segera dia mempersiap diri dan menunaikan solat Tahajjud 2 rakaat.
Seusai solat Subuh, dia membaca Al-Mathurat dan mempersiap diri ke kampus.
“Walaupun usia kita masih muda...” Kedengaran deringan Mahligai Kebahagiaan kumpulan Brothers.
“Assalammualaikum..” Salam dihulur Humairah terlebih dahulu.
“Waalaikumussalam, weyh ko tunggu kat depan rumah tau. Pergi sama ek?” Eby menjawab salam.
“Aku rasa macam madam pulok kena jemput tiap-tiap hari.” Humairah tergelak kecil.
“Baik boss! Aku tunggu.” Humairah menamatkan panggilan.
Setelah Eby sampai di depan rumahnya, kakinya melangkah masuk ke dalam kereta Eby.
“Kau ni, buat aku serba salah je jemput tiap hari.” Humairah meluahkan rasa bersalahnya kerana Eby sering jemputnya setiap hari sebelum ke kelas dan menghantarnya selepas pulang daripada kelas. Mahu dibayar duit minyaknya, Eby tidak mahu menerima.
“Ala chillah. Kau ingat aku suka pergi kelas sorang-sorang. Ada kau, cambest sket jalan sama ke kelas. Nak-nak kelas pagi, memang malas belaka aku datang kalau takde teman.”
“Aku lapar ah.” Eby meluahkan rasa laparnya seusai kami turun daripada kereta.
“Kau ni, kelas dah nak mula. Sabaq no. Lepas kelas nanti kita makan. Sabarkan sebahagian daripada iman.” Kata Humairah sambil tersenyum.
Eby hanya mengangguk.
Azan berkumandang menandakan waktu solat Zuhur.
“Eby, aku nak solat dahulu. Kau nak makan, makanlah dahulu.”
“Takpelah, aku tunggu kau.”
“Alrite!” Humairah menunjukkan thumb up kepada Eby.
Eby mungkin bukan sahabat sefikrah tetapi Humairah sangat berharap suatu hari nanti hidayah Allah akan menyapa dirinya. Dia sentiasa mencuba menggunakan teguran yang lembut dan berkesan untuk menegurnya kerana dia teringat satu pepatah,
“Kata- kata yang lembut mampu melembutkan hati manusia yang keras”
*****
“Asslm, Humairah, ahad ini free tak? Ada kelas Arab percuma. Aku dah daftar nama kau sekali. Pukul 8 hingga 10 malam.” Sms Najwa menerjah handphonenya.
“Kelas Arab? Nak nak nak! Percuma lagi aku nak. Haha Tapi aku takde transport nak pergi sana.”
“Tak pe. Aku kan ada. Ada teman, baru cambest. Nanti aku jemput kau. Kita solat maghrib kat masjid negeri nak?”
“Bagus jugak tu. Aku rindu solat jemaah di masjid negeri. Teringat iktikaf ketika Ramadhan.” Sayu hati Humairah mengenangnya kerana itulah kali pertama dia beriktikaf di bulan Ramadhan seumur hidupnya. Itupun diajak oleh sahabat rapatnya.
“Ok then. Jumpa ahad nanti. InsyaAllah.”
“Alrite! Barakallahu fiki.” Humairah mengakhiri smsnya.
*****
“Asslm, aku dah kat depan rumah kau.” Sms Najwa menerjah handphonenya.
“Wassalamun alaik, ok, aku keluar sekarang.”
“Assalammualaikum” Sapa Humairah ketika melangkah ke dalam kereta Najwa.
“Waalaikummussalam”
“Terima kasih jemput.” Humairah memberikan senyuman.
“Sama-sama.”
Seusai mereka solat jemaah di masjid negeri, mereka terus ke kelas Arab.
“Duduk depan jom!” Najwa memberi cadangan.
“Jangan depan sangat.” Humairah tersengih.
“Kau ingat aku skema.” Mereka tergelak kecil dan duduk selang 2 barisan daripada hadapan.
Seorang lelaki kelihatan familiar di mata Humairah.
“Kau kenal mamat tu?” Najwa menegur Humairah kerana ternampak Humairah memandang lama ke arah lelaki itu.
“Aku rasa budak kampus kita kan?”
“Aku tak perasan.”
“Aku rasa macam kenal mamat ni. Abaikan! Aku datang untuk belajar bahasa Arab.” Monolog hati Humairah.
Seusai kelas Arab, Humairah dan Najwa berdaftar dahulu sebelum pergi. Ketika giliran Humairah..
“Humairah Binti Aziz”
Lelaki itu menekan papan kekunci menaip nama Humairah dan memandang Humairah.
“Oh. Ukhwah Fillah”
Humairah mengerutkan muka. ‘Ukhwah Fillah’ adalah nama mukabukunya.
“Stalker apa mamat ni tapi aku tak kenal nama dia apa. Macam mana dia kenal nama aku.”
“Kau kenal ke dia?” Sapa Najwa memecah lamunan Humairah ketika di dalam kereta.
“Huhh? Aku rasa macam pernah nampak dia di kampus tetapi aku tak tahu nama dia.”
Berkerut dahi Humairah. Puas dia memikirkan nama lelaki tu tetapi serius, dia tidak tahu. Mungkin pernah terserempak tetapi dia tidak pernah mengenalinya.
****
Kak Ros memberitahu program Taa’ruf Day Persatuan Mahasiswa Islam UM akan diadakan pada hari Sabtu. Humairah yang merupakan pembantu  Exco Tarbiyah perlu memainkan peranan. Dia perlu berurusan dengan pihak atasan untuk menempah bagi tempat program itu dijalankan.
“Maaf kami tidak dapat memberikan tempat itu kepada persatuan kamu, ada program kelab lain yang telah menempahnya terlebih dahulu.” Encik Ramli wakil daripada pihak pengurusan memberitahu.
Humairah hampa. Sudah 5 tempat yang diusulkan namun masih tidak diluluskan.
“Ya Allah.” Hatinya mula terasa penat.
“Kau tidak boleh begini, baru sedikit ujianmu Humairah. Jangan cepat mengeluh.” Humairah menasihati dirinya.
Dia sudah lambat ke kelas hanya kerana ingin menguruskan hal itu juga hal-hal tentang program yang lain. Risalah, flyers. Dia seperti terbeban dengan kerja dakwah dan akademiknya. Segera dia beristighfar dan teringat sepotong ayat daripada sahabatnya,
“Jika Allah rindu pada hamba-Nya, Dia akan meminta malaikat menghadiahkan sesuatu yang istimewa iaitu ujian agar Dia dapat mendengar rintihan hamba-Nya kerana Dia rindu rintihan hamba-Nya”

“Maafkan aku ya Allah. Permudahkanlah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar”
*****
Pada keesokan harinya.
“Asslm, Alhamdulillah. Tempat dah diluluskan untuk program Taa’ruf Day.” Sms kak Ana menerjah handphonenya.
“Alhamdulillah, syukur.” Balas Humairah sambil tersenyum gembira.
“Terima kasih kak.”
“Eh, kenapa pula perlu berterima kasih pada akak. Bukan akak, ada ikhwah yang tolong.”
“Oh ye ke? Siapa ya?“
“Hassan namanya. Pimpinan baru. Teman baru kamu dalam Exco Tarbiyah. Nanti akan diperkenalkan ketika Taa’ruf Day.”
“Oh baiklah.” Dia meletakkan handphonenya di atas meja berhampiran figura Danbo.
“Pimpinan baru?” Berkerut dahinya.
****
Humairah sibuk mengemas  tempat program Taa’ruf Day bersama akhwat lain. Ikhwah pula menyiapkan PA system untuk kegunaan program dan cuba memainkan video montaj bagi program yang pernah diadakan sebelum ini.
“Alhamdulillah, ramai jugak yang datang.” Monolog Humairah  dan tersenyum melihat sekumpulan mahasiswa dan mahasiswi yang mendaftar di meja pendaftaran.
Program Taa’ruf Day berjalan lancar dengan anggaran ahli seramai 50 orang yang datang. Ada cenderamata yang diberikan kepada setiap ahli yang datang seperti pen, fail dan buku nota yang mempunyai logo PMIUM.
Seperti biasa, bacaan doa dimulakan di awal majlis dan video montaj program PMIUM dimainkan. Kemudian, barisan pimpinan diperkenalkan. Daripada situ, Humairah mengenali Hassan. Lelaki yang juga dia pernah terjumpa ketika kelas Arab.
“Oh dia ke?”
Humairah dan pimpinan akhwat mengedarkan makanan dan minuman percuma kepada ahli yang datang seusai program itu berakhir.
“Terima kasih.” Sapa seorang ikhwah.
Humairah memandang.
“Dia?” Baru Humairah perasan.
“Sama-sama.” Humairah hanya tersenyum dan mengedarkan makanan dan minuman itu kepada yang lain.
*****
“Asslm, Najwa. Baru aku tahu lelaki yang kat kelas Arab tu siapa. Dia pimpinan baru. Exco Tarbiyah. Aku pulak yang jadi pembantu dia.” Sms dihantar kepada Najwa.
“Oh. Begitu. Alamat kau kena sentiasa bersama la. Hoho”
“Jangan nak bersama sangatlah.”
“Hmm..apesallah lelaki ni jadi ketua aku. Adoyai. Kenapa tak Kimi yang jadi? Bila masa dia letak jawatan? Pelik sungguh dia ni.”
*****
“Baiklah, saya harap kalian sudah menghafal Haraf dan Isim yang telah kita belajar pada minggu lepas kerana ribuan ayat dalam Al-Quran menggunakan Haraf dan Isim yang saya ajar pada minggu lepas seperti potongan ayat Al-Quran surah Yusuf ayat 2,
Sesungguhnya kami menurunkannya berupa Al Quran dengan berbahasa Arab, agar kamu memahaminya.
Kerana itu kita perlu belajar bahasa Arab.” Ustaz Amin memulakan kelas Arab.
 “Kau dah hafal?” Tanya Najwa.
“Dop lagi tetapi adalah sedikit-sedikit.” Kata Humairah sambil tersengih.
Seusai kelas, Humairah pergi ke kaunter pendaftaran untuk membayar nota Ustaz Amin.
“Humairah Binti Aziz.”
“Ukhwah Fillah.” Lelaki itu menyebut nama muka buku Humairah.
“Hassan.” Monolog Humairah.
Humairah terus beredar mencari Najwa yang sedang tunggu di bawah.
“Humairah!” Najwa memanggil sambil menunjukkan muka yang sedih.
“Tayar aku pancit.”
“Ya Allah. Yeke? Bagaimana boleh pancit?”
“Aku pun tak tahu, macam baru je.”
“Ada tak peralatan untuk tukar tayar spare?” Humairah bertanya pada Najwa.
“Aku rasa ada. Kejap!”
Najwa mencari peralatan itu di keretanya. Hampa.
“Takdelah. Aku lupa, aku rasa aku tinggalkan di rumah.”
“Kenapa ni?” Tanya seorang ikhwah menyusur daripada tangga ke tingkat atas ke tempat kelas Arab.
Humairah memandang.
“Tayar pancit tetapi kami tiada peralatan untuk menukar tayar spare.” Najwa memberitahu sambil memandang ke arah lelaki itu.
“Awak ada?” Tanya Humairah.
“Oh begitu. Asif, saya pun pakai motor. Kalau ada peralatannya, boleh saya tukarkan.”
Hampa. Humairah memikirkan sesuatu.
“Saya ada.” Kelihatan seorang ikhwah menuju ke arah mereka.
Kelihatan di tangannya peralatan untuk menukar tayar spare.
“Biar saya tukarkan.” Dia menawarkan bantuan. Tersenyum.
“Terima kasih.” Humairah ucapkan pada Hassan.
“Sama-sama. Nanti dah balik, jangan lupa tukar semula ke tayar asal setelah dibaiki. Takut-takut terlupa.” Hassan berseloroh dan dia terus beredar. Tidak mahu dirinya sendirian bersama dua orang akhwat itu.
*****
Setelah beberapa bulan bekerjasama dengan Hassan, Humairah mula merasakan keserasian. Dia senang berbicara dengan Hassan. Mereka sangat menjaga ikhtilat. Hassan akan meminta Humairah membawa mahramnya setiap kali mereka berjumpa untuk berbincang tentang proposal program yang mereka mahu anjurkan sepertimana nasihat dalam sepotong hadis Rasulullah SAW,
“Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."
“Baiklah, saya rasa itu sahaja untuk setakat ini. Undur diri dahulu. Sudah masuk waktu solat Asar.” Hassan menyegerakan urusannya.
Belum sempat Humairah membalas, Hassan sudah bingkas bangun dan meninggalkan dia dan Sabihah.
“Kabut betul.” Sabihah memerli.
“Biarlah dia. Kawan aku kata, lelaki yang baik boleh dilihat melalui azan, dia akan mula kabut dan mencari surau. InsyaAllah dia lelaki yang baik.”
“Amboi. Berminat ke? Nanti masuk waiting list.” Sabihah berseloroh.
“Memang tak lah. Ada seseorang masih terpahat.”
“Lah. Tak lupa lagi.”
Humairah hanya tersenyum.
Hassan segera ke masjid.
“Jika seorang lelaki mencintai seorang hawa, dia takkan rosakkannya.”
Teringat pesanan sahabatnya.
“Aku harus menjaganya, aku harus menjaga imannya. Takut-takut dia bukan milikku tetapi telah dicemarkan imannya oleh aku.”
Dia segera mengambil wuduk agar kembali tenang daripada bisikan syaitan.
*****
Humairah memandang akaun muka bukunya. Mengeluh.
“Walau dah unfriend, namun masih aku tak dapat nafikan. Ya Allah, permudahkan aku melupakannya. Tunjukkan aku jalan untuk melupakannya jika dia bukan untukku.”
Terkenang dirinya saat menangis teresak-esak.
“Majlis Perkahwinan Rasyid dan Fatimah.” Kaku pandangan mata Humairah pada skrin laptopnya. Hatinya berdebar dan hancur luluh. Bercucuran air matanya. Deras, tanpa disedarinya.
Pintu hatinya sudah lama tidak diketuk namun Allah lebih sayangkan dia. Setelah pintu hatinya diketuk oleh seorang mujahid yang hebat pada matanya, dia kalah. Hatinya runtum. Tidak disangka Rasyid yang diimpikan dimiliki orang lain dan Humairah tidak pernah menyangka hatinya selembut itu untuk menangis kerana seorang lelaki.
Bengkak matanya menangisi takdir itu. Namun dia akur pada ketentuan Ilahi.
“Allah mahu aku mencintai-Nya lebih daripada lelaki itu.”
“Bodohnya aku. Kenapa aku terlalu murah menangisi dia yang belum jadi milikku.” Humairah beruzlah. Menyalahkan dirinya yang terlalu mudah menangisi si dia yang belum tentu menjadi miliknya.
“Semoga kau akan perbaiki untuk masa akan datang.” Humairah memujuk dirinya.
*****
Humairah pergi ke kelas Data Compression seawal 8 pagi bersama Eby. Dia mahu dirinya sibuk dengan akademik dan kerja dakwahnya agar dia dapat sedikit sebanyak melupakan Rasyid.
Seusai kelas.
“Asslm, awk free tak pukul 3 petang nanti, saya nak bincang tentang program Asuhan Jiwa.” Sms Hassan menyapa handphonenya.
“Wassalamun alaik. Saya free, InsyaAllah. Nak jumpa di mana ya?”
“Di Kafe Hameed. Jangan lupa bawa mahram sekali ya.Jazakallahu khairan.” Hassan mengakhiri sms itu.
“Baiklah. Jkk.”
“Assalammualaikum.” Sapa Hassan apabila dia bertemu dengan Humairah.
“Waalaikumussalam.” Balas Humairah.
Mata Hassan mengerling ke arah Eby.
“Dia mahram saya.”
Hassan mengangguk.
“Alhamdulillah, kita dapat sponsor daripada Pusat Remaja An Nur. Mereka nak sponsor kita tetapi mereka mahu anak-anak di sana turut menyertainya.”
“Boleh, tiada masalah. Mereka berhak oleh sebab mereka menaja kita tetapi jumlah anak-anak di situ berapa ya?”
Hassan mengambil buku nota di dalam begnya.
“Lebih kurang dua ratus lima puluh dua orang.”
“Agak ramai. Lagipun, dewan kita mampu untuk support lebih daripada itu kan? Tambahan, berapa limit untuk program itu ya?”
“Ya, dewan besar. Jangan risau. Lebih kurang 350 orang.”
“Jadi, maksudnya, hanya 50 orang anak-anak yang boleh menyertai lagi?”
“Ya.” Hassan mengangguk.
“Rasanya itu dah memadai untuk memasukkan anak-anak pensyarah, pekerja juga orang luar. Saya cadangkan bagi anak-anak pensyarah dan pekerja kampus hanya perlu membayar yuran sebanyak lima belas ringgit dan orang luar dua puluh ringgit untuk yuran pengurusan sebab Pusat Remaja An Nur dah taja kita.. Lagipun saya rasa yuran itu sangat berpatutan apetah lagi harga biasa untuk program Asuhan Jiwa di luar berganda lebih mahal daripada itu. Saya dapat feedback program itu sangat bagus. Beberapa saudara saya yang dahulunya nakal, Alhamdulillah kini semakin baik dan soleh juga solehah selepas menyertai program itu.” Hassan menyambung.
“Bagi saya, cadangan itu bagus. Harganya sudah berpatutan. Ada juga saya mendengar feedback peserta setelah check di Internet. Kawan saya juga ada menceritakan serba sedikit mengenainya.”
“Baiklah, itu dah selesai. Tentang tempat, masih dalam proses menunggu jawapan daripada pihak pengurusan. Kata Encik Ramli, insyaAllah petang ini dia akan beritahu jawapannya.” Hassan memberitahu Humairah.
“Oh begitu.” Humairah rasa serba salah dengan Eby yang menemaninya. Dia berniat untuk menamatkan perbincangan mereka dengan segera.
Dia tidak mahu membebankan Eby dan dia juga berasa tidak selesa bertemu dengan Hassan. Terasa malu menerjah ke dalam dirinya. Dia harus menjaga akhlak sebagai seorang muslimah yang bertudung labuh. Takut-takut membawa fitnah.
Hassan memahami apa yang bermain di fikiran Humairah. Lantas dia segera mengundurkan diri untuk menunaikan solat Asar di surau kampus setelah azan berkumandang.
Humairah lega. Membuatkan dia semakin selesa bekerjasama dengan Hassan yang memahami kehendaknya walau dia tidak meluahkan.
*****
Hassan duduk bersimpuh di atas hamparan sejadah. Dia beruzlah, muhasabah diri tentang apa yang dilakukan pada hari ini dan mengoreksi diri tentang soal hatinya.
“Semakin parah. Aku tak boleh terus begini atau aku akan hanyut dalam bayangan sendiri. Tambahan lagi, aku akan sering berjumpa dengannya oleh sebab aku ketuanya dalam Exco Tarbiyah.”
Dia risau hatinya akan mudah luluh dan bisikan syaitan akan mula menguasai dirinya jika dia tidak mengawal perasaannya pada Humairah.
“Baiklah, selepas program Asuhan Jiwa, aku akan letak jawatan.”
Hassan nekad hanya kerana dia ingin menjaga hatinya daripada lagha. Dia tidak mahu, kerana Humairah, dia menjadi hamba-Nya yang lalai seperti yang ditegaskan oleh-Nya dalam Surah Al-Rum ayat 6 dan 7,
“.....tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. Mereka hanya mengetahui yang zahir (saja) dari kehidupan dunia, sedang mereka tentang (kehidupan) akhirat adalah lalai.”
Aizad datang menghampiri Hassan.
“Kau ok ke? Tengok macam bermasalah je. Dari tadi, aku perhatikan. Cecite cecite.”
Hassan hanya memandang sepi terhadap sapaan Aizad.
“Ini mesti soal hati dengan Humairah tu kan?”
Hassan mendongak.
“Aku dah agak.”
“I’m a good listener but not a good responder. Aku pendengar yang setia tetapi bukan solver yang bagus. Aku cuma nak nasihatkan kau. Jangan bermain dengan api nanti padah diri. Kalau suka jangan cakap suka tetapi kau pinanglah dia. Kalau kau nak jaga hati, kau jangan dekati dia. Kalau tak, memang taklah kau dapat jaga hati sedangkan kau perlu berhadapan dengan dia, apetah lagi bila buat program bersama.” Nasihat Aizad.
Hassan mengeluh.
“Itulah yang aku akan lakukan.”
“Huhh? Kau nak pinang dia?”
“Bukanlah! Ikut hati memang nak tetapi aku masih belum ada kekuatan untuk menjadi imam dia. InsyaAllah ada jodoh, dia akan aku miliki tetapi sekarang, aku perlu menjaga hati dan imannya agar tak dicemari oleh aku. Aku nekad, lepas program Asuhan Jiwa, aku akan letak jawatan dan aku nak sambung kat luar negara. Aku nak pergi jauh daripada kampus dan Malaysia else aku akan tetap terkenangkan dia.”
“Lorh, sampai ke luar negara, dahsyat cinta kau ni.” Aizad berseloroh dan tersengih.
“Kau ni, aku serius, kau pulak main-main.”
“Takdelah, kotnya pun, sambung kat Malaysia je kan ok cuma kat kampus lain. Ikut suka kaulah. Kau buatlah solat istikharah. Mohon pada Allah keputusan, insyaAllah Dia bagitau kau melalui instinct then you follow the flow.”
“Baiklah. InsyaAllah. By the way, terima kasih atas nasihat.”
*****
Seusai solat istikharah, Hassan berdoa dengan berbual dengan Allah tentang soal hatinya.
“Ya Allah, aku hamba-Mu yang lemah, aku tak kuat ya Allah. Aku suka Humairah. Aku ingin dia menjadi suri hidupku. Menemani aku dalam urusan dakwah. Menjadi tulang rusukku. Namun, aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. Ikut hati, aku mahu pinang dia tetapi aku masih punya tanggungjawab lain yang lebih penting yang harus aku lakukan. Aku anak sulung. Aku ingin terlebih dahulu mempunyai pekerjaan agar dapat menyara mereka. Aku tidak mahu bergantung kepada sesiapa melainkan Mu ya Allah. Permudah dan murahkanlah rezekiku agar dapat aku membawa pulang rezeki yang halal untuk kegunaan keluargaku juga bakal isteriku nanti walau mungkin dia bukan Humairah. Tunjukkanlah aku jalan ya Allah. Aku mohon.” Hassan mengaminkan doa dan menekup mukanya.
Dia berharap doanya akan dikabulkan dan mendapat kemudahan juga petunjuk daripada Allah untuk penyelesaian pada soal hatinya.
*****
Rasyid Muzaffar. Humairah memandang sepi wall lelaki itu. Pedih rasa hatinya merenung nama lelaki itu. Lama.
“Kau harus lupakan dia Humairah. Dia sudah menjadi milik orang lain yang tak patut kau rampas. Dia juga tidak mempunyai perasaan yang sama pada kau. Kau harus lupakan dia. Percayalah pada Allah. InsyaAllah ada yang lebih baik Allah takdirkan untuk kau.”
Dia memandang sepi surat tawaran daripada University of Melbourne dalam Master of Information Technology. Memang daripada kecil, dia mengimpikan untuk belajar di benua Australia. Entah kenapa, dia sangat berminat dengan negara itu.
Semester ini merupakan semester terakhir baginya. Beberapa bulan lagi, dia akan menamatkan pembelajarannya di UM. Dia memang berniat untuk meneruskan pembelajaran dalam bidang IT. Syukur pada Ilahi. Malahan, ini merupakan Ijazah Sarjana Muda yang kedua selepas Bachelor in Interactive Multimedia. Mungkin ada hikmahnya ditawarkan tawaran berkenaan. Lagipun tawaran itu termasuk biasiswa jadi amatlah rugi baginya jika dia melepaskan peluang itu. Dia hanya perlu belajar tanpa risaukan elaun sara hidupnya di sana.
*****
Hassan tersenyum melihat kerenah anak-anak di program Asuhan Jiwa. Sedikit sebanyak melegakan bebanan projek dan assignmentnya apetah lagi apabila melihat Humairah begitu mesra dengan anak-anak itu.
Selang 3 hari, anak-anak yang pada mulanya sangat nakal di awal pendaftaran kelihatan sudah berubah akhlak mereka walaupun sedikit. Ternyata program itu membawa kesan yang mendalam kepada mereka. InsyaAllah selepas tamat 7 hari program tersebut, mereka akan menjadi remaja yang terdidik dengan tarbiyah.
“Mesranya dia layan anak-anak itu, jika dia menjadi ibu untuk mujahid dan mujahidahku, pasti mereka juga dilayan sebegitu mesra dan prihatin.” Hassan mengelamun sendirian.
“Jangan pandang lama-lama. Berdosa.” Sms Bukhari menghentikan lamunannya.
Hassan tersenyum.
“Menyerlah sangat ke?” Hassan menoleh ke arah anak-anak yang lain apabila dirinya diperhatikan beberapa pasang mata.
Humairah hanya bersahaja apabila Sabihah memberitahu Hassan sedang memandangnya. Baginya, dia tidak merasakan apa-apa pada pandangan itu apetah lagi, dia tidak mempunyai apa-apa perasaan pada Hassan.
Makanan yang terhidang di atas meja hanya cukup untuk seorang. Hassan mendahulukan Humairah kerana dia tahu Humairah penat melayan anak-anak itu dan menguruskan program itu oleh sebab dia pembantu pengarah projek.
“Awak ambillah. Saya sudah kenyang.” Hassan mengambil bungkusan makanan yang terletak di atas meja. Hanya cukup untuk seorang.
“Eh, takpelah. Awak pun pasti penat.”
Belum sempat, Humairah menolak, Hassan sudahpun berpaling ke tempat duduknya untuk menjamah baki roti yang dibelinya pagi tadi.
“Cukuplah, asalkan ada makanan.” Hassan bermonolog.
“Terima kasih kakak!” Ucap anak-anak peserta Asuhan Jiwa seusai program itu berakhir.
“Sama-sama.” Humairah memeluk dan mencium dahi mereka. Mereka bersalaman dengan Humairah dan fasilitator lain.
“Alhamdulillah. Selesai.” Ucapan syukur diluah Humairah kerana kelancaran program.
“Terima kasih kepada semua yang menjayakan program ini.” Kedengaran suara Hassan melalui mikrofon.
*****

“Huhh? Letak jawatan? Bila?” Tanya Humairah pada Abid, Presiden PMIUM.

“Ana pun tidak sangka tetapi Hassan memberitahu ana seusai program Asuhan Jiwa tempoh hari kerana dia ingin belajar di luar negara.”
“Tetapi dia tiada pula beritahu ana sepanjang kami bekerjasama.” Humairah pelik dengan perangai Hassan.
Abid hanya mengangkat bahu.
“Seperkara lagi, rasanya esok, dia akan berangkat ke luar negara tetapi dia tidak pula beritahu ana di mana tempatnya.”
“Esok?” Berkerut dahi Humairah.
“Enta tak hantar dia?” Tanya Humairah.
“Ana ada kelas. Mungkin nti boleh hantar dia. Sampaikan salam pimpinan buat dia. Ana undur diri dahulu, ada urusan lain. Assalammualaikum.”
“Wassalamun alaik.”
“Biar betul Hassan ni. Takde ribut, tak taufan. Tahu-tahu dah challow bêtte. Musykil-musykil.” Humairah mengerutkan dahi.
*****
“Maaflah, aku tak dapat hantar kau sampai balai pelepasan. Hanya dapat hantar kau di sini je. Ada kelas pukul 12 tengah hari nanti.” Luah Aizad, teman serumahnya.
“Takpe, kau dah hantar aku sampai sini pun aku dah sangat menghargai. Maaflah susahkan.”
“Eh takpe. Chill! Apa guna sahabat.” Mereka tergelak serentak.
Mereka bersalam dan berpelukan.
“Aku harap misi kau berjaya.” Aizad mengenyitkan mata.
“InsyaAllah. Kau doa-doakan.” Hassan tersenyum.
Tangannya berlegar-legar di rak minuman. Kering tekaknya menunggu dibalai pelepasan ke Australia. Lantas, dia hanya memilih air mineral buat penghilang dahaga.
“Asslm, Abid kata awak letak jawatan dan nak berangkat ke luar negara hari ini. Betul ke? Kenapa tidak beritahu saya?” Sapaan Humairah membuatkan Hassan tersenyum.
“Ya. Betul. Maaf. Ada asbab yang tidak perlu diberitahu kepada awak. Harap awak tidak berkecil hati.”
Sejak itu, Hassan tidak lagi menerima sms Humairah.
“Berkecil hatikah dia pada aku? Hmm biarlah.”
Pukul 3 petang, Hassan berlepas ke Australia. Berat hatinya meninggalkan Malaysia juga si dia yang berhati lembut yang meninggalkan jejak pada hatinya.
“Selamat tinggal Humairah.”
*****
“Hassan pergi luar negara hari ini? Kenapa kau tak pergi hantar? Kau biar betul? Abis kau tak rasa pape?” Bertalu-talu soalan dilontarkan Sabihah kepada Humairah.
“A’ah. Ikhwah lain tak hantar, takkan aku pula terkinja-kinja nak pergi hantar. Memang taklah. Rasa apa? Aku dengan dia hanya sekadar teman seorganisasi. Tiada apa-apa ok.”
“Hmm...Humairah Humairah. Lambat betul.”
“Lambat mende?”
“Malaslah cakap dengan kau. Nak tunggu kau faham, berzaman.”
“Jangan berharap benda yang belum pasti, ada jodoh, adalah.” Humairah membaringkan dirinya di atas tilam Dunlop. Jauh fikirannya melayang.
“Tahu pun. Doakan aje. Serahkan pada Allah. InsyaAllah.”
****
Oleh sebab Humairah sudah semester akhir, dia berniat meletakkan jawatan dan membuka peluang kepada orang lain untuk memegang jawatannya. Dia semakin sibuk dengan urusan Latihan Industrinya (LI) dan takut-takut kalau tidak dapat memberi komitmen pada urusan dakwahnya namun dia tetap pergi ke kelas Arab menimba ilmu dan menyertai usrah memberi makan kepada rohani.
“Assalammualaikum.” Sapa kak Ros, Timbalan Presiden PMIUM apabila ternampak Humairah duduk di hujung meja di perpustakaan.
“Waalaikummussalam.” Humairah memandang kak Ros dan tersenyum.
“Buat apa?” Kak Ros memulakan bicara.
“Huhh? Oh, siapkan proposal untuk LI. Perlu hantar hari ini. Ada sedikit lagi.”
“Akak menganggu?” Kak Ros serba salah. Risau kalau-kalau dia mengganggu Humairah.
“Eh takdelah. Tidak apa. Sedikit sahaja lagi. Kak Ros nak cakap apa-apa ke? Saya sedia mendengar.”
“Akak nak tanya.”
“Tanyalah.”
“Betul ke lepas awak graduate, awak akan belajar di Melbourne untuk menyambung pelajaran dalam Master?”
“Hmm? Bagaimana kakak tahu?”
Kak Ros hanya tersenyum.
“Ya, begitulah rancangannya. Lagipun saya mendapat tawaran biasiswa daripada University of Melbourne untuk degree saya yang pertama. Saya dah lama mohon biasiswa itu. Alhamdulillah, pada minggu lepas baru dapat jawapan. Syukur juga pembelajarannya mula sesudah saya habis LI, kalau tidak saya tak dapat nak habiskan degree saya yang kedua ini.”
“Oh begitu. Alhamdulillah. Baguslah. Akak hanya ingin bertanya. Tak salah, Hassan juga belajar di luar negara tetapi akak tak tahu dia pergi ke mana. Tiada siapa yang tahu.”
Humairah hanya tersenyum. Pelik dengan kerenah Hassan. Apalah sangat yang dirahsiakan daripada semua orang beritahu tentang negara tempat dia melanjutkan pelajaran.
“Baiklah. Akak pergi dahulu ya. Semoga proposal awak dipermudah dan diterima. Jazakallahu khairan.”
“Ok. Barakallahu fiki.” Humairah melemparkan senyuman kepada kak Ros dan mereka bersalaman.
*****
“Alhamdulillah. Proposal aku diterima selepas kena tendang 5 kali.” Humairah mengucapkan syukur setelah proposal untuk LI nya diterima selepas direject 5 kali.
“Humairah!” Eby memanggil daripada belakang.
Humairah menoleh.
“Macam mana? Diterima?”
“Alhamdulillah. Kau?” Humairah tersenyum gembira.
“Alrite! Alhamdulillah jugak. Diterima.”
“Hmm..” Eby menunjukkan muka sayu.
“Kenapa?” Humairah prihatin.
“Tak bestlah. Lepas ni, semua berpecah. Aku mesti rindu kau, nasihat kau, tarbiyah kau. Walau aku tak seperti kau tetapi aku suka dengar bila kau bagi aku tazkirah. Sedikit sebanyak ia melekat pada aku. Kini, aku baru mula berjinak-jinak solat. Memang tak cukup 5, tetapi aku akan berusaha tetapi aku harap, kau jadi pendorong aku agar aku istiqamah. Aku perlukan seseorang untuk bantu hijrah aku.”
“Alhamdulillah.” Humairah tersenyum.
“Jangan risau, sekali bersahabat, selamanya di ingatan. Kalau ada apa-apa, kau hello-hello je aku ok?” Humairah mengenyitkan mata.
“Alrite!” Mereka serentak tergelak kecil.
“Minggu depan dah mula LI. Request terakhir aku, nak peluk kau boleh tak? Nanti rindu.” Eby buat muka seposen.
“Eh mana boleh.” Humairah berseloroh.
Eby sayu.
“Meh sini meh.”
Lantas, mereka bersalaman dan berpelukan.
“Aku sayang kau. Terima kasih menjadi kawan aku dan tarbiyah kau. InsyaAllah akan datang aku lebih baik daripada sekarang. Aku harap kau masih sudi kawan dengan aku.” Eby meluahkan perasaannya yang sudah lama terbuku. Berat hatinya melepaskan sahabat yang sering bersamanya. Pilu hatinya hanya Allah yang tahu tetapi dia tidak dapat mengekspressikan kesedihan hatinya. Biarlah rahsia dia dan Allah yang tahu. Dia tidak mahu kehilangan sahabat seperti Humairah yang sering mentarbiyahnya secara lembut dan tanpa paksaan.
“Sayang kau jugak!” Humairah tersenyum. Terharu hatinya mendengar luahan sahabatnya. Walau Eby tidak sefikrah dengan Humairah namun Humairah bersikap terbuka menerima sesiapapun menjadi kawannya.
Sejak itu, masing-masing membawa haluan sendiri. Eby pulang ke kampungnya, Alor Setar, Kedah dan Humairah ke Cheras, Kuala Lumpur.
*****
Task pertama Humairah adalah membuat animasi tentang kempen Nyamuk Aedes selama 5 minit. Alhamdulillah, tugasan pertama itu dia dibantu oleh seorang animator yang sudah expert. Setidak-tidaknya, dia tidak terkial-kial untuk melakukan apa yang perlu dibuat terlebih dahulu.
“Kita buat storyboard dahulu, pastu nanti baru kita buat animation. Fahamkan procedure asas nak buat animation?” Rizwan mencadangkan apa yang perlu mereka buat terlebih dahulu.
“Tahu. Baiklah.”
Mereka bekerjasama membuat storyboard untuk membuat animasi. Syukur, Rizwan memahami yang dia perlu menjaga ikhtilat dengan Humairah berdasarkan pakaian Humairah. Dia menghormati Humairah sebagai muslimah.
“Dah pukul 9 malam ni. Saya rasa cukup takat ini sahaja. Esok kita sambung lagi. Tak elok kita berdua-duaan begini.”
“Tiada akan menyendiri seorang lelaki dan seorang perempuan itu melainkan syaitan akan menjadi orang yang ketiga."
Baru Humairah perasan. Jam sudahpun menunjukkan pukul 9 malam. Oleh sebab dia terlalu fokus, tidak sedar hari sudah lewat seusai dia solat Maghrib tadi. Rakan kerja yang lain sudahpun beransur pulang.
“Baiklah. Terima kasih mengajar saya. Esok kita sambung.”
Mereka berdua beransur pulang. Humairah memandu kereta Suzuki Swiftnya memacu ke rumah ibu bapanya di Cheras.
*****
 “Penatnya.” Sukar Humairah membuka mata.
Dirinya terlalu penat untuk praktikal pada hari yang pertama semalam. Sakit mata kerana terlalu lama menatap laptop. Sudah lumrah budak multimedia menatap laptop almost 12 jam dan lebih.
Walau terlalu penat, dia harus bangun untuk menempuh hari praktikal yang kedua. Hari ini dia perlu pergi ke seminar tentang video editing di Putrajaya. Dia diminta ke sana untuk mempelajari sedikit sebanyak tentang basic shooting dan video editing.
Dia bangun mandi, solat Subuh dan bersiap untuk tunggu di tempat kerja untuk pergi dengan rakan kerja yang lain. Lebih kurang 10 orang pekerja lain pergi bersamanya yang dipantau oleh Rizwan. Mereka pergi dengan menumpang kereta antara satu sama lain. Humairah membawa kereta sendiri bersama 3 orang rakan akhwat yang lain.
Oleh sebab hari itu adalah hari Isnin, Humairah merancang untuk berpuasa sunat namun pagi itu Humairah berkira kalau-kalau dia mahu teruskan atau tidak oleh sebab dia agak penat. Namun dia kuatkan juga semangat.
Acara dimulai dengan Taklimat tentang Harta Intelek oleh Encik Ritak. Selepas 10.30 pagi, mereka dihidang dengan minuman pagi. Humairah hanya mampu melihat rakan kerjanya makan sarapan yang sedap yang juga makanan kegemaran Humairah iaitu wantan bebola ikan. Selain itu, kek coklat. Dia kuatkan diri untuk menahan nafsunya. Mujur Zulaikha memahaminya. Dia tahu Humairah berpuasa. Jadi dia menyuruh Humairah masuk ke hall kerana berasa kurang senang Humairah melihat dia dan rakan sekerja yang lain makan di depannya. Namun Humairah menolak.
“Tidak mengapa. Makan sahaja. Saya ok.” Humairah tersenyum.
“Tapi...” Zulaikha serba salah.
“Saya tak nak masuk dalam. Sejuk walaupun dah pakai kot. Saya tunggu kat tepi pintu je ye.”
“Baiklah. Awak pergi situ dahulu ye.”
Humairah mengundurkan diri ke tepi pintu. Tangannya sejuk menahan kesejukan air cond di dalam hall seminar.
Tiba-tiba, Zulaikha menuding jari ke arah Humairah. Humairah pelik lantas mengerutkan dahi.
“Oh samalah.” Zulaikha memandang ke arah seorang lelaki.
Humairah buat tak endah dan terus masuk ke hall.
“Kenapa awak tuding jari kat saya tadi?” Humairah mahukan jawapan. Dia sangat ingin mengetahui kenapa Zulaikha berbuat demikian.
“Oh, Johan pun puasa.”
“Oh.” Humairah hanya mengabaikan perkara itu.
Tetapi sesuatu yang menarik perhatiannya adalah Johan memegang kamera DSLR.
“Minat yang sama.” Monolog hatinya.
Talk tentang Harta Intelek disambung. Seperti biasa, walaupun Humairah tidak makan tetapi dia berasa ngantuk mendengar talk. Rakan sekerjanya yang lain begitu juga. Walau ada gula-gula mentos di depan meja Humairah, dia tak dapat memakannya kerana dia berpuasa. Jadi, dia tahankan sahaja matanya daripada ngantuk.
Akhirnya menjelang 12.30 tengah hari, talk itu berhenti untuk masa rehat makan tengah hari. Sekali lagi, nafsu Humairah diuji. Makanan tengah hari pada masa itu sangat sedap pada anak tekaknya. Ayam masak kari, cendawan.
“Ya Allah, apasallah sedap sangat lauk ni. Kegemaran aku pulak tu.”
“Humairah!” Zulaikha mengajak duduk sebelahnya.
Humairah menuju ke arah Zulaikha dan duduk berhampirannya. Zulaikha menunggu Anis tiba di meja mereka.
Tiba-tiba Johan menerpa.
“Awak puasa kan? Ada geng.” Zulaikha menunjuk ke arah Humairah.
“Duduklah sini.” Zulaikha mempelawa Johan duduk di meja mereka.
Mata Johan memandang kerusi berdekatan Zulaikha. Humairah berasa tidak sedap hati.
“Janganlah mamat ni duduk sini.” Hatinya bermonolog.
Alhamdulillah Allah mendengar kata hati Humairah. Johan tidak duduk bersama mereka tetapi bersama rakannya di meja belakang.
“Alhamdulillah. Cuak cuak cuak!”
Sepanjang Zulaikha dan Anis makan, Humairah hanya buat tak endah dengan makanan itu dan menunggu Zulaikha habis makan. Ketika itu juga, dia nampak view yang cantik untuk tangkap gambar bagi konsep architecture namun sayang, dia tidak membawa kamera. Matanya terpaku pada sekujur tubuh.
“Johan.”
Dia melihat Johan memegang kameranya.
“Bestnya. Bawa kamera. Boleh ambil gambar bangunan tu.”
Hatinya tertarik pada Johan kerana mereka mempunyai hobi yang sama. Selama Humairah mengenal fotografi, memang tak dinafikan lelaki lebih ramai daripada perempuan dalam bidang fotografi. Nak tak nak, kalau pergi bengkel fotografi, perlu juga dia bercampur dengan lelaki, guru bengkel itu untuk bertanya soalan.
Seusai Zulaikha selesai makan, Humairah mengajaknya ke surau untuk solat Zuhur. Ramai juga dalam surau itu. Mungkin juga mereka datang untuk seminar.
“Alhamdulillah.” Lega hatinya kerana melihat ramai perempuan Islam yang menunaikan solat. Setidak-tidaknya, mereka tidak meninggalkan solat walau sibuk dengan hal dunia.
"Kehidupan dunia adalah tiada, melainkan satu permainan, dan satu hiburan; sungguh, tempat kediaman akhir adalah lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Apa, tidakkah kamu faham?" (Surah Al An’am:32)

“Terima kasih ya Allah kerana permudah kami untuk solat.” Syukur Humairah pada Allah.
Sebenarnya dia sangat bimbang jika menyertai program yang mungkin ada potensi untuk meninggalkan solat apetah lagi, jika leadernya tak sefikrah juga dia adalah perempuan. Mujurlah Encik Ritak memahami rukun Islam yang kedua itu dan menghormatinya dengan memberi masa yang lebih agar memberi waktu untuk umat Islam menunaikan solat.
Dia tidak risau jika menghadiri program seperti program untuk rohani, tarbiyah kerana pasti mereka telah sediakan waktu solat.
Bengkel disambung mengenai Idea Innovation yang menerangkan konsep brainstoriming, mind mapping dan scamper dalam mendevelop sesuatu produk atau untuk video promosi. Lebih banyak praktikal daripada teori. Ada juga latihan berkumpulan yang mengurangkan kadar kengantukan pada peserta jadi ianya lebih menarik berbanding duduk dan mendengar talk.
“Dah lama saya tinggalkan teknik ini.” Humairah berkata kepada Zulaikha dan tersenyum.
“A’ah. Saya pun.” Mereka tergelak kecil.
Mereka diminta mindmapping tentang ‘Menjadi Kaya Melalui Berkahwin Dengan Orang Kaya’ manakala group lain pula menghuraikan melalui cara yang lain. Ada yang sabung ayam, bela toyol tidak ketinggalan sugar daddy sebagai cara untuk kaya. Aktiviti ini hanyalah untuk memberi pencerahan dalam menggunakan konsep mindmapping.
Kemudian, mereka perlu membentang idea itu. Humairah menjadi salah seorang presenter antara 4 orang kumpulannya. Mujurlah Zulaikha menemannya membentangnya di hadapan else, Humairah akan menggigil memegang mikrofon kerana dia tidak biasa bercakap di depan orang ramai.
Seusai bengkel selesai pada pukul 5.15 petang, mereka semua beransur pulang. Humairah sudah berniat untuk solat Asar di situ terlebih dahulu namun dia risau.
Tangan Johan mencuit tangan Rizwan.
“Kita solat sini dululah.” Johan mencadangkan.
“Perjalanan sejam je kan? Solat di sanalah.”
“Nanti jam. Takut tak sempat pulak.”
“Baiklah, semua. Oleh sebab takut jam, kita solat dahulu nanti baru bertolak. Tunggu rakan-rakan yang lain.” Rizwan membuat pengumuman kepada pekerja lain.
“Alhamdulillah.” Humairah lega dan tersenyum. Dia berasa terpegun dengan Johan kerana dia berani menyatakan kebenaran berkata tentang menunaikan solat terlebih dahulu kepada Rizwan walau Rizwan lebih tua daripadanya.
Hatinya bergelora sebentar. Merasa sangat tabik pada Johan.
“Dahlah dia berpuasa. Dia seorang je lelaki yang berpuasa hari ini. Nasib baik aku ada teman. Kalau tak, aku pun termakan sama dengan diorang. Amat jarang jumpa lelaki sepertinya apetah lagi antara orang multimedia. Bukan selalu bagi dirinya menjumpai seorang lelaki yang berpuasa semasa seminar pagi hingga petang di kala tiada seorang pun yang berpuasa. Kerana itu, Humairah terpegun dengan Johan. Selain itu, bagi dirinya lelaki seperti itu hanya boleh didapati dalam kalangan orang medik di universitinya kerana PMIUM dahulu, majoriti pimpinan lelaki daripada kos medik.” Hatinya bermonolog. Sangat terpegun dengan sikap Johan.
“Beruntunglah kalau dia memilih aku.” Hatinya tersentuh secara tiba-tiba kerana teringat sewaktu sahabat facebooknya membuat status,
“Saya suka dia..walaupun dia berniqab, dia tidak pernah mengupload gambarnya di fb.”
“Apa lagi ustaz, pinanglah.” Humairah memberi komen.
“Saya beruntung jika dia memilih saya.” Humairah Like.
Hatinya bergelora sebentar mengingatkan tentang peristiwa Johan dan Rizwan. Membuatkan dia ingin mula mengkuburkan seseorang bernama ‘Rasyid’ dan membuka lembaran baru.
“Diketuk cinta.” Humairah tersenyum.
“Astagfirullah al azim. Ini semua bisikan syaitan.”
Selepas itu, mereka pun pulang ke rumah masing-masing.
****
Pada keesokan harinya, dia dan rakan sepejabatnya menyambung seminarnya itu untuk hari yang kedua dan terakhir. Seperti biasa, mereka berkumpul di syarikat terlebih dahulu dan bergerak bersama-sama. Malangnya, salah seorang daripada pekerja mempunyai masalah kereta dan mereka terpaksa menunggu dia dan bergerak bersama-sama. Johan dan Kamal sudahpun bergerak terlebih dahulu. Akhirnya, salah seorang daripada mereka mengambil pekerja itu untuk tumpang bersama dan mereka beransur ke Putrajaya bersama-sama.
Kelihatan kereta Kamal sudah sampai namun kelibat Johan dan rakannya itu tidak kelihatan.
“Barangkali mereka sudah masuk ke bilik seminar.” Humairah mengagak.
Mereka semua turun dan beransur ke bilik seminar. Tidak lama kemudian, kelibat Johan dan Kamal kelihatan tidak jauh daripada lif yang mereka turun.
“Ingatkan dah masuk.” Humairah bermonolog.
Pantas dia mengalih pandangan daripada memandang Johan. Takut berdegup hatinya dengan ketukan cinta yang hanya bersifat sementara.
Seminar diteruskan dengan sambungan tentang teknik SCAMPER dan aktiviti berkumpulan. Rizwan meminta maaf kepada pihak pengurusan kerana mereka datang lambat disebabkan dia mempunyai masalah kereta.  Mujurlah pihak pengurusan tidak begitu marah. Serba salah juga Humairah dibuatnya walau dia bukan supervisor tetapi kerana mereka adalah kumpulan teramai dalam seminar itu jadi seminar tidak dijalankan selagi kami tidak berada dalam seminar itu.
Pada pukul 10.30 pagi, mereka dibenarkan untuk mengambil sarapan pagi dan membawanya ke bilik seminar untuk menyambung slot pagi itu kerana rancangan sudah lari daripada jadual yang ditetapkan.
Humairah gembira kerana dapat makan percuma.
“Jimat duit.” Monolog hatinya dan tersenyum.
Makanan sarapan pagi yang dihidangkan pagi itu adalah, popia, roti gulung bercoklat (kegemaran Humairah) dan roti bertuna. Humairah mengamati rotinya.
Di tempat dia dan Zulaikha mengambil makanan, dia terserempak dengan Johan.
“Dia pun tak puasa hari ini.” Humairah tersenyum.
Seminar disambung. Humairah membawa masuk 2 roti bertuna dan roti gulung bercoklat dan 4 popia. Kenyang perutnya memakan makanan itu apetah lagi dia meminum secawan kopi. Memulas perutnya di pagi itu.
Apabila tiba masa makan tengah hari, Humairah kurang selera makan kerana masih kenyang dengan sarapan pagi tadi. Dia lebih banyak mengambil tembikai susu yang merupakan buah-buahan kegemarannya dan tembikai biasa. Makanan tengah hari pada hari itu agak menarik dengan kari ayam, sayur campur dan lain-lain. Namun Humairah hanya mengambil sayur campur dengan cendawan.
Dalam dia dan rakan-rakan sedang makan, tiba-tiba Johan datang ke meja makan mereka untuk mengambil gambar.
Seusai dia mengambil gambar.
“Eleh, dia nak ambil gambar Humairah, ambil gambar semua pulak. Nak cover lah tu.” Zulaikha mengusik.
“Amende sume ni!” Humairah hanya berlagak biasa sedangkan hatinya berdegup kencang.
Perutnya terlalu kenyang membuatkan dia tidak dapat menghabiskan makanannya. Untuk mereleasekan senak pada perutnya, dia meminjam kamera DLSR Zulaikha  dan mengambil gambar bangunan di Putrajaya pada balkoni itu kerana semalam, dia cemburu melihat Johan menangkap gambar di sana oleh sebab dia tertinggal kameranya.
Lens berjarak dekat yang ada pada kamera DSLR Zulaikha mengehadkan Humairah untuk mengambil gambar jarak jauh di balkoni itu membuatkan di tidak berasa puas hati dengan hasil kliknya. Selepas itu, dia kembali ke meja makan dan mengajak Zulaikha menunaikan solat Zuhur.
Pada pukul 2 petang, seminar disambung lagi dengan acara penutup daripada pihak penganjur. Sebelum bersurai, mereka diajak untuk mengambil gambar semua peserta yang ada.
Setelah bersurai, semua rakan kerja Humairah pulang ke rumah masing-masing. Terlebih dahulu, Humairah dan Zulaikha menunggu rakan mereka Gina, Kulan dan Fizi. Dalam bangunan itu terdapat satu tempat yang menarik untuk mengambil gambar. Oleh sebab Humairah memegang kamera Zulaikha, dia meminjam kamera itu untuk mengambil gambar berkonsep nature dalam tempat itu. Di belakangnya, kelihatan Johan dan Kamal mengikuti mereka daripada belakang. Humairah mula risau jika mereka akan menghampiri dan malangnya sangkaannya tepat kerana mereka juga menunggu Kulan dan Fizi.
Setelah Humairah dan Zulaikha pergi ke pintu masuk tempat itu, Humairah mengambil gambar sekuntum bunga putih yang ada di situ. Dia tidak pasti bunga itu bunga apa.
Tidak lama kemudian, dia terlihat Johan mengetuk-ngetuk pintu tempat itu dan tersenyum pada orang di dalamnnya, iaitu Humairah dan Zulaikha. Humairah hanya tersenyum melihat kerenahnya. Kelihatan dia seorang yang flexible. Bukan bermakna dia seorang yang mudah mesra dengan perempuan tetapi sekadar memberikan senyuman biasa.
“Gina, kau kat mana?” Zulaikha menelefon Gina.
“Aku dah ada kat parking.” Gina menjawab.
“Lah, yeke? Kitorang tunggu kau kat dalam ni. Oklah, kitorang gerak.”
“Diorang dah kat kereta.” Zulaikha memberitahu Gina, Kulan dan Fizi sudah berada di parking kereta.
Humairah dan Zulaikha pun bergerak ke tempat parking dan mereka juga Johan dan Kamal beransur pulang. Dengan itu, mungkin kali terakhir dia akan berjumpa dengan Johan kerana dia tidak pernah nampak Johan di syarikat sebelum ini.
****

Sengaja dialunkan lagu Hanya Tuhan Yang Tahu – UNIC dan Humairah menghayatinya.

Ku pendamkan perasaan ini
Ku rahsiakan rasa hati ini
Melindungkan kasih yang berputik
Tersembunyi di dasar hati

Ku pohonkan petunjuk Ilahi
Hadirkanlah insan yang sejati
Menemani kesepian ini
Mendamaikan sekeping hati

Oh Tuhanku
Berikanlah ketenangan abadi
Untukku menghadapi
Resahnya hati ini mendambakan kasih
Insan yang ku sayang

C/o:
Di hati ini
Hanya Tuhan yang tahu
Di hati ini
Aku rindu padamu
Tulus sanubari
Menantikan hadirmu
Hanyalah kau gadis pilihanku

Kerana batasan adat dan syariat
Menguji kekuatan keteguhan iman
insan yang berkasih

Hatinya berbunga mengingati Johan. Peribadinya membuatkan hatinya tertarik apetah lagi dengan rupa Johan yang tidak kurang hensemnya namun Humairah terdetik dengan rasa bersalah pada Allah.
“Aku tidak patut berasa begini. Aku tidak patut mencemarkan hati ini untuk noda cinta dunia yang sementara yang tidak menjanjikan bahagia dan hanya akan membuatkan aku kecewa. Aku tidak mahu lagi mata ini mengalirkan air mata kerana seorang lelaki yang belum tentu menjadi milikku. Aku tidak patut. Aku tak nak ya Allah.” Bercucuran air mata Humairah menitis sedikit demi sedikit. Dia tidak mahu pisang berbuah dua kali. Cukuplah dahulu, dia pernah mengalirkan air mata yang sia-sia hanya kerana dikecewakan oleh lelaki yang dicintainya.
Namun, ia mengajar Humairah untuk lebih berhati-hati.
“Aku masih ada tanggungjawab lain yang lebih penting daripada ini. Aku masih seorang pelajar. Aku tidak patut mempunyai perasaan sebegini.”
Memang, tidak dinafikan, seorang wanita solehah tidak patut mudah terjatuh hati pada seseorang yang belum tentu jadi miliknya namun wanita merupakan makhluk Allah yang mempunyai hati yang sangat lembut, oleh sebab itulah ia mudah lemah. Teringat Humairah akan post blog tentang ‘Wahai orang yang hati yang lembut hatinya’ daripada AkuIslam.com;
------------------------
Teristimewa buatmu yang pernah hadir dihatiku..
Walaupun kita tak pernah bertemu, namun hadirmu selalu menemaniku..
Sebelum ini belum pernah aku mencoretkan sesuatu untukmu..
Aku tak berani ungkapkan rasa itu..
Tetapi tak tahu kenapa hati ini teringin menulis sesuatu untukmu..
Walaupun kamu tidak tahu rasa itu,
aku akan tetap menunggu…

Wahai orang yang lembut hatinya..
Entah dari mana aku mulai menyusun kata – kata untuk mengungkap segala sedu – sedan dan perasaan yang ada didalam dada. Saat kau baca coretan ini, anggaplah aku ada di hadapanmu dan menangis, kerana rasa kasihku padamu.

Wahai orang yang lembut hatinya..
Hadirmu tiada ku duga. Pertemuan denganmu tiada pernah ku kira. Semua itu adalah sebuah rahsia. Pastinya Allah ada rencana untuk kita semua. Sedikit pun aku tak mengenalmu bahkan namapun ku tak tahu. Pertama kali pertemuan itu telah buat aku suka padamu.

Wahai orang yang lembut hatinya..
Walaupun kau tak sesempurna harap,  namun entahlah aku tertarik padamu. Hati ini tak mungkin dapat berbohong rasa ini walaupun aku hanya mampu menyimpan dihatiku
Namun hadirmu selalu ku tunggu.

Wahai orang yang lembut hatinya..


Sejak aku kehilangan rasa aman dan kasih sayang serta merasa sendirian tiada memiliki sesiapa, kecuali Allah. Kaulah orang pertama datang memberikan ku rasa simpatimu dan kasih sayangmu. Aku tahu kau telah menitiskan airmata untukku ketika orang lain tidak mempedulikan ku..



Wahai orang yang lembut hatinya..


Ketika orang-orang disekitar ku  tidak peduli dan bosan dengan apa yang menimpa diriku, tetapi kau tidak. Kerana orang yang ikhlas tidak pernah mahu mengingat kebajikan yang telah dilakukannya. Aku hanya ingin mengungkapkan apa yang saat ini berada dalam  jiwa…

Wahai orang yang lembut hatinya..


Sebenarnya aku tidak layak pun untuk menulis semua ini untukmu. Tetapi rasa hormat dan cintaku padamu yang setiap detik membesar didalam dada terus memaksa. Aku sebenarnya merasa tidak  layak mencintaimu tetapi apa yang mampu dibuat oleh makhluk yang daif  seperti ku ini.

Wahai Orang yang lembut hatinya..


Adakah aku salah menulis semua ini? Segalanya menderu di dalam dada dan jiwa. Sudah lama aku menanggung nestapa. Hatiku selalu kelam oleh penderitaan. Aku merasa kau datang dengan seberkas cahaya kasih sayang. Belum pernah aku merasakan rasa cinta pada seseorang sekuat rasa cintaku padamu. Aku tidak ingin menganggu dirimu dengan kenistaan kata-kata  yang tercoret dalam bingkisan ini. Jika ada yang bersalut dosa, moga Allah mengampuni.
Aku mengharapkan kau menjadi milikku suatu hari nanti. Semoga  Allah memperkenankan doaku.
Maafkan aku andai apa yang aku tulis ini membuatkan sesetengah orang tidak menyukainya, maafkan aku..
Ku harap kasih sayangmu dapat menyembuhkan luka ku. Ku harap kesetiaanmu akan kekal terpatri dalam jiwamu, walaupun aku masih ragu akan semua itu, tetapi semuanya aku serahkan pada sang pemilik hati ini..
------
Usia Humairah juga peribadinya yang masih belum bersedia menjadi seorang isteri juga membuatkan dia harus fikir tentang perkara lain selain daripada cinta kerana dia pasti itu bukan cinta tetapi hanya sekadar perasaan suka dan terpegun dengan peribadi seorang lelaki yang boleh menjadi salah satu ciri-ciri lelaki idamannya.
  • Suka fotografi
  • Masih berpuasa dalam khalayak ramai yang sedang makan (sebab biasanya seseorang itu mungkin membuka puasanya apatah lagi jika hanya berpuasa sunat)
  • Solat lima waktu
  • Menjaga ikhtilat
=Rockers2 jugak solat kena jaga
Namun, pastinya Humairah juga wanita yang berusaha menjadi solehah mahu bersuamikan lelaki yang juga berusaha menjadi soleh.
Humairah membuka muka bukunya dan terjumpa doa berkaitan jodoh lantas dia menadah tangan seusai solat Isyak dan berdoa..
"Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi". (Surah Anbiya: 89)

" Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan".(Surah Al Imran: 38)

“Ya Allah, jadikanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh) dikasihi pada hati-hati mereka yang beriman dan gembirakanlah dia (sebut nama orang yang inginkan jodoh)dengan kekayaan sehingga seratus dua puluh kebaikan. Allah adalah sebaik-baik pemelihara dan Dia amat mengasihi daripada segala-galanya". 

Dalam hati yang runtun juga keletihan badan dia mengalunkan lagu 'Atas Nama Cinta' - UNIC...dan dia terlelap.


*****
Humairah datang ke pejabat seperti biasa pada pagi itu. Matanya sedikit bengkak dan mukanya tidak begitu ceria. Bukan fizikalnya tidak ceria tetapi hatinya yang lara.
“Humairah, aku tengok kau ni macam tak sihat pagi ni. Kau penat sangat ke lepas seminar dua hari yang lepas? Kalau penat, ambillah cuti. Take an enough rest then baru fresh kerja kau nanti. Kalau tak nanti, kau buat kerja tak berkualiti kena leter dengan Rizwan. Buat multimedia job bukan sesuatu yang mudah dan ringan.” Fiza, rakan sekerja berdekatan departmentnya menegur Humairah setelah selisih di bilik minuman.
“Eh, tiada pape, aku ok je. Mungkin tak cukup tidur. Biasalah tu. Multimedia job kena tough fizikal dan mental. Chill je k. By the way, terima kasih concern kau. Aku terharu ni.” Humairah berseloroh dan gelak ketawa mereka memecah di bilik minuman.
“Kau ni, ada-ada je. Kalau kau nak apa-apa, panggil je aku. Ok? Takut dan risau juga kalau-kalau kau pengsan.” Fiza prihatin dengan rakan sekerja yang menyenangkannya itu.
Humairah tersenyum. Dia meletakkan beg tangan dan meletakkan telefon bimbitnya di tepi meja kerjanya. Punat power cpunya dibuka untuk memulakan kerjanya. Storyboard sudahpun disiapkan. Hanya perlu menyiapkan beberapa keeping storyboard lagi sebelum meneruskan produksi animasi Kempen Nyamuk Aedes selama 5 minit.
Seketika kemudian, Rizwan datang ke mejanya.
“Assalammualaikum” Rizwan memulakan bicara.
“Waalaikumussalam” Humairah menjawab.
“Awak dah siapkan storyboard?”
“Asif jiddan, saya baru nak mulakan sekarang.”
“Tiada apa-apa, deadline masih mengizinkan. Saya harap kita boleh habiskan hari ini. Hari itu, saya sudahpun buat storyline in words kan? Nanti awak tinggal buat storyboard dengan berpandukan storyline tu ye. Kalau boleh, petang ini saya nak awak siapkan.”
“Baiklah, insyaAllah.”
Humairah mengambil kertas contengan perbicaraaan dia dan Rizwan tempoh hari tentang storyboard itu dan mula melukis.
“Assalammualaikum” Tegur Fiza.
“Waalaikumussalam” Humairah menjawab dan menoleh.
“Dah lunch. Jom makan.” Fiza mengajak.
“Maaf,berpuasa.”
“Oh ye ke? Maaf. Hmm..nampaknya hari ini aku makan soranglah.” Fiza menunjukkan muka sedih.
Humairah berasa bersalah dan mengajak Fiza makan tengah hari. Sekadar meneman Fiza.
“Tapi, takpe ke aku makan, kau tengok je. Nanti meliur pulak, aku pun rasa serba salah.”
“Eh, takpe, aku pun nak releasekan diri daripada kerja ni jap, kalau tak tepu otak aku. Nak relax seketika. Mana tahu tengok kau makan pun dah wat aku release.” Senyuman di bibir Humairah terukir.
Oleh sebab Humairah perlu menyiapkan storyboardnya dalam masa terdekat, dia mengajak Fiza ke restoran Al-Fateh yang berhadapan dengan pejabat mereka.
“Aku duduk sana, kau pergi ambil nasi ye.” Humairah mencari tempat untuk mereka duduk sementara Fiza ke ruang mengambil nasi dan lauk.
“Order?” Pelayan di situ mengambil pesanan.
“Nanti dulu.” Humairah meminta pelayan itu datang kemudian.
“Wah, lauk hari ini memang faveretlah!” Excited Fiza tengok makanan kegemarannya.
Humairah tersenyum melihat gelagat Fiza yang mencuit hatinya. Lapang sedikit fikirannya berada di luar tempat kerja.
Sesudah itu mereka kembali ke tempat kerja setelah menunaikan solat Zuhur di surau berdekatan. Surau pejabat tidak begitu selesa pada diri Humairah apetah lagi, pasti sekarang ramai orang yang berada dalam surau itu, oleh sebab itu dia mengajak Fiza solat di surau Al-Amin yang berada tidak jauh daripada situ.
Seusai mereka menunaikan solat, mereka masuk ke tempat kerja semula. Di pintu masuk pejabat, pandangan Humairah terpaku pada sekujur tubuh yang dikenalinya.
“Assalammualaikum.” Dia memberikan salam.
“Waalaikumussalam.” Humairah sekadar tersenyum tetapi hanya Allah yang tahu betapa hatinya berdegup bertemu dengan orang yang dia berharap dia akan bertemu.
“Pertama kali nampak di pejabat ini.” Humairah memulakan bicara.
“Ya, sama juga.” Dia hanya tersenyum.
“Baiklah, saya masuk kerja dahulu. Assalammualaikum.” Johan mengundurkan diri.
“Waalaikumussalam.”
“Hmm..” Humairah mengeluh.
Fiza hanya memerhatikan mereka berdua dan memberikan senyuman kepada Johan setelah mereka terserempak di situ.
“Lain macam je.” Fiza mengusik.
“Hmm? Lain macam? Memandai jelah kau tu. Mana ada pape. Aku baru kenal dengan dia masa seminar hari itu.”
“Oh.” Fiza memberikan senyuman sinis.
“Aku naik dahulu ye, aku perlu siapkan storyboard tu secepat mungkin.” Humairah berlalu naik ke atas. Sengaja dia berbuat begitu untuk menyembunyikan reaksinya.
“Ok.”
*****
Majlis walimah kali ini di Melaka. Humairah dan  Atiyah menjadi jurufoto untuk majlis itu. Mereka memulakan bisnes fotografi majlis walimah bersama secara part time bagi mengisi masa lapang di kala hari minggu setelah Humairah tamat praktikal dan menunggu majlis konvokesyennya.
“Humairah!” Tasnim memanggil nama Humairah. Seronok dia berjumpa sahabat baiknya yang sudah lama tidak ditemuinya.
Humairah menoleh.
“Tasnim! Ya Allah. Berjumpa kita di sini. Subhanallah. Dah lama tak jumpa. Rindu sangat.” Humairah memeluk sahabatnya itu. Melepaskan rindu. Sudah lama dia tidak bertemu dengan Tasnim setelah berpisah di kolej matrikulasi dahulu.
“Awak datang sini majlis walimah siapa?”
“Oh, ini saudara lelaki saya. Awak?”
“Saya jadi photographer. Buat bisnes fotografi majlis walimah. Krew saya semuanya muslimah. Alhamdulillah, banyak demand. Buat part time je.”
“Oh yeke, bagusnya. Saya baru balik daripada Australia. Ambik Master In Phsychology.”
“Wah, bagusnya. Australia. Tempat impian saya tu.” Tiba-tiba Humairah teringatkan Hassan.
“Baiklah saya kena masuk dahulu ye, sebentar lagi majlis nikah akan dimulakan, perlu ambil gambar. By the way, boleh awak bagi nombor awak? Nanti boleh contact-contact, kita keluar sama nak?” Humairah mengambil telefon bimbitnya.
“Baiklah, saya undur diri dahulu ye.” Humairah meminta untuk mengundurkan diri dan bersalaman dengan Tasnim. Walau dia rindu pada sahabatnya itu namun dia perlu laksanakan tanggungjawabnya sebagai jurufoto pada hari itu.
Humairah membuka kasutnya untuk masuk ke rumah pengantin. Ketika itu, seorang lelaki cuba untuk menyarungkan kaki pada kasut coklat milik lelaki. Humairah menoleh ke atas. Terlihat sekujur tubuh berbaju melayu putih, bersongkok hitam dan bersamping.
Humairah terkejut.
“Aaawak...nikah?” Tergagap-gagap Humairah mengungkapnya.
 Dia hanya tersenyum.
DUP!
Humairah terus keluar daripada rumah itu dan mengeluarkan kunci kereta. Dia memacu laju keretanya ke rumah dan terus masuk ke bilik. Dia memberi Atiyah sms mengatakan dia ada hal kecemasan.
“Assalam, Atiyah, maaf, saya ada hal kecemasan, tak dapat tangkap gambar, harap awak dapat settlekan. Maaf sangat-sangat.”
“Wassalamun alaik. Huhh? Yeke? Harap awak ok je. Take your rest okay? Jangan risau, saya akan settlekan urusan di sini. Nanti saya helo-helo awak ye. Barakallahu fiki.”
Hancur hati Humairah apabila mengetahui Johan yang menjadi pengantin pada hari itu. Dia tidak dapat menyembunyikan perasaannya lagi. Dia sebak. Sekali lagi hatinya kecewa dan menangis kerana seorang lelaki yang sudah bernikah dan memulakan hidup baru dengan orang lain. Sangat perit hatinya menerima takdir ini setelah Rasyid.
Matanya bengkak setelah menangis semahu-mahunya. Dia tiada selera untuk makan pada malam itu walaupun dipujuk oleh ibunya. Puas ibunya meminta dia membuka pintu namun dia masih berdegil. Dia tidak mahu ibunya melihat keadaan itu. Ibunya tidak dapat mengagak apakah yang telah berlaku kepada anak gadisnya itu tetapi ibunya pasti peristiwa seperti Rasyid berlaku lagi. Ibunya mula risau.
Hampir seminggu Humairah tidak datang ke kerja. Fiza dan Rizwan sudah banyak kali cuba menghubunginya tetapi sambungannya dimatikan. Sengaja Humairah menutup telefon bimbitnya.
Trut Trut, Trut Trut!
Nada dering telefon rumah berbunyi. Tiada seorang pun yang tinggal dalam rumah ketika itu membuatkan Humairah terpaksa mengangkatnya.
“Asssalammualaikum.” Humairah memberi salam terlebih dahulu.
“Waalaikumussalam. Humairah! Kenapa dengan kau? Aku telefon dalam seminggu ni kau tak angkat pun. Kau tahu tak aku risau?!” Bertubi-tubi soalan Fiza terhadap Humairah. Dia risau akan Humairah. Takut kalau-kalau sesuatu yang buruk berlaku padanya.
“Hmm..maaf Fiza, ada sesuatu yang berlaku dan aku tak dapat nak jelaskan sekarang. Aku perlukan masa. Nanti aku dah ok, aku akan telefon kau ok? Jangan risau ye. Aku letak dahulu.” Ganggang diletak tanpa respon daripada Fiza terlebih dahulu.
Humairah betul-betul perlukan masa, dugaannya kali ini sangat hebat berbanding Rasyid dahulu.

*****
Humairah meletakkan jawatan di syarikatnya dan berhijrah ke Australia untuk melupakan peristiwa itu. Dia tidak sanggup bekerja satu bangunan dengan Johan, lelaki yang pernah dicintainya yang telahpun menjadi milik orang. Dia mahu mengasingkan diri daripada suasana yang akan mengingatkan dia kepada Johan.
Suatu hari, ibunya menelefonnya.
“Assalammualaikum anak ibu yang sorang ni. Sihat ke kat sana? Ibu rindu pada kamu.”
“Wassalamun alaik. Alhamdulillah, Humairah sihat je. Ye ke? Humairah pun rindu ibu. Ibu sihat? Ayah bagaimana?”
“Alhamdulillah ibu dan ayah sihat sahaja Cuma kami tak sihat kerana rindukan gelak tawa Humairah di sini. Bila kamu nak balik? Dah 6 bulan kamu di sana.”
“Baru 6 bulan.” Humairah tersenyum.
“Tak rindu ibu ke? Kecik hati.” Gelak tawa mereka memecah perbualan mereka
“Haha, mestilah Humairah rindu. Saja nak buat surprise. InsyaAllah sedikit masa lagi Humairah balik.”
“Jangan nak surprise sangat ye.” Ibunya memesan keras. Masak dengan perangai Humairah yang suka memberikan kejutan padanya.
“Haha” Humairah hanya tergelak.
“Ibu nak cakap sesuatu ni.”
“Apa dia?”
“Tadi, ada seorang lelaki ingin melamar kamu.”
“Huhh??” Humairah terkejut.
“Iye, ibu tak tipu. Jadi ibu nak tanya pendapat kamu. Ibu lihat baik dan soleh orangnya. Menyenangkan hati, sedap mata memandang.”
“Hmm” Humairah mengeluh, dia tidak merasakan sudah sampai masanya untuk berumah tangga apetah lagi hatinya masih belum terubat dengan kisah lalu.
“Humairah ikut je kata ibu dan ayah. Kalau ibu ayah suka, Humairah terima.” Humairah mengucapkannya tanpa kerelaan di hatinya. Mungkin itulah saatnya dia perlu membuka hati, lembaran baru untuk seseorang yang halal baginya.
“Betul ke nih? Kamu takde calon?” ibunya mendapatkan kepastian.
“Calon? Dah kena kebas.” Humairah tergelak kecil.
“Main-main pulak budak ni.”
“Haha takde ibu. Sapelah nak kat anak ibu ni.”
“kalau macam itu, baiklah. Ibu dan ayah memang suka pada dia. Dia pun ada kerjaya yang dapat menjamin anak ibu yang priceless ni tetapi kamu balik bila? Kami berhajat nak buat majlis pernikahan dan persandingan terus. Ibu dan ayah tak suka kamu bertunang, apetah lagi kamu masih belajar di luar negara.”
“Ibu dan ayah lebih tahu apa yang terbaik untuk Humairah. Segalanya Humairah serahkan kepada kalian berdua. Humairah ada sem break selama 3 bulan Bermula bulan depan. 3 hari lagi Humairah balik.”
“Oh baguslah. Kalau macam itu, kita akan buat majlis pernikahan dan persandingan sebulan setengah daripada sekarang.”
“Alrite! Semoga dia yang terbaik dan saya yang terbaik untuk dia.” Humairah mengakhiri perbualan mereka.
“InsyaAllah.”
*****
Berdenyut-denyut hatinya ketika itu. Sehingga hari pernikahan mereka, Humairah masih tidak mengetahui siapakah lelaki itu. Ibu dan ayahnya juga merahsiakannya. Pelik, entah kenapa perlu dibuat begitu namun Humairah tidak bertanya dengan lebih lanjut. Hanya menurut apa yang dirancang oleh ibu dan ayahnya.
Dia sudahpun berada di atas alas pernikahannya. Tidak lama kemudian, lelaki yang akan menjadi suami pada dirinya muncul namun Humairah tidak dapat melihat wajahnya kerana lelaki itu membelakangkan dirinya menghadap tok kadi.
Berdegup hatinya tatkala mendengar,
“Aku terima nikah dengan Humairah binti Aziz dengan mas kahwinnya sebanyak RM 200 tunai”

Alhamdulillah, kini dia sudahpun bergelar isteri kepada lelaki itu. Sejurus kemudian, dia melihat lelaki itu ke kamar solat untuk menunaikan solat sunat. Tidak lama kemudian, acara menyarungkan cincin dimulakan. Lelaki itu membongkokkan dirinya dan duduk di hadapan Humairah.
Humairah terkejut namun lelaki itu hanya bersikap santai dan tersenyum melihat wajah Humairah. Gadis yang diimpikan sejak pertama kali bertemu di seminar itu dan akhirnya kini telah sah menjadi isterinya.
Humairah sangat gembira dalam kejutan itu. Dia tidak menyangka ia akan berlaku. Johan, suatu ketika dahulu pernah dia kagumi peribadinya menjadi suaminya. Dia mula pelik dengan peristiwa pertemuannya di majlis walimah itu dan dia menyimpan persoalan itu dan menikmati acara penyarungan cincin itu.
Tangan Johan diciumnya tetapi Johan menolak untuk mencium dahi isterinya di khalayak ramai. Saudara sekelilingnya riuh rendah mahu melihat Johan mencium dahi isterinya tetapi Johan terus membawa Humairah bangun. Dia ingin menjaga isterinya daripada dinoda di hadapan khalayak ramai.
Seusai majlis walimah mereka selesai.
“Awak tipu eh?” Humairah inginkan penjelasan tentang pertemuannya di majlis walimah itu.
“Tipu apa? Tak buat pape pun. Awak yang lari sebelum sempat saya habiskan kata-kata.”
Humairah memuncung.
“Ok, fine. Tetapi kenapa tak jelaskan?”
Johan hanya tersenyum. Dia amati wajah isterinya. Kening yang nipis, hidung yang kecil tetapi comel. Bibir semerah buah delima. Seseorang yang telah halal baginya. Sudah lama dia mengimpikan suasana itu setelah pertama kali bertemu dengan Humairah di seminar itu.
“Tengok tu! Buat makna tersirat betul. Mana tak buat orang konpius. Awak jahat!” Humairah mencubit tangan Johan.
Johan hanya tersenyum melihat gelagat Humairah. Dia hanya merenung lama wajah isterinya.
“Jangan nak renung sangatlah kan!” Humairah geram dan terus berpusing ingin keluar daripada bilik itu.
Johan menarik tangannya isterinya dan mendakap Humairah.
“Biarkanlah saya merenung wajah awak tu. Dah lama saya mengimpikannya. Biarlah saya mendakap awak sebentar. Awak sudahpun menjadi yang halal untuk saya membuat semua ini.”
Merah pipi Humairah mendengar bisikan lembuat suaminya di telinganya. Dia membiarkan dirinya berada dalam dakapan Johan.  Gembira.
“Dalam hati ada taman.”
 Tidak sangka lelaki yang dikaguminya menjadi miliknya. Humairah teringat bacaan mukabukunya.
-----
Secebis kisah Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Az-Zahra..

Usai mereka bernikah..
Fatimah ada mengatakan kepada suaminya (Saidina Ali)..
"Kanda..dulu, adinda ada mengagumi seorang lelaki..
Dan adinda ingin sentiasa bersamanya.."
Maka jawab Saidina Ali:
"Adakah adinda menyesal kerana telah berkahwin dengan kekanda?"
Maka jawab Fatimah:
"Tidak..kerana insan yg dinda kagumi itu adalah kanda.."

-----
“Awak!” Humairah memanggil Johan.
“Hmm~” Johan menyahut.
“Saya nak buat confession ni.” Humairah memancing perhatian suaminya.
Johan memusing badan isterinya menghadapnya.
“Apa dia?”
Humairah tersenyum.
“Awak nak tahu tak, saya kagum dengan peribadi awak masa bertemu dengan awak di seminar tu. Selama saya hidup, saya rasa itulah kali pertama saya jumpa lelaki yang berpuasa dan masih pertahankan puasanya walau semua orang di sekelilingnya tidak berpuasa dan tengah makan. Kan masa tu, dalam dewan makan tu semua makan. Cuma awak dengan saya je yang berpuasa. Frankly, kalau ikut hati memang saya tak nak puasa hari itu, tetapi sahabat saya telah memberi dorongan kepada saya agar saya tetap pertahankan puasa saya ketika itu. Apetah lagi apabila saya tahu awak pun berpuasa time tu. Lagilah saya bersemangat nak puasa. Saya cakap kat hati saya, aku ada teman rupanya berpuasa hari ini yang membuatkan saya lega dan ia mendorong saya agar terus pertahankan puasa saya.” Humairah meluahkan rahsia yang disimpannya selama ini. Dia pernah mengatakan kepada dirinya, andai dia berkahwin dengan Johan, barulah dia akan memberitahu perkara itu. Lega dia dapat meluahkan rahsia itu kepada pemiliknya.
Johan hanya tersenyum.
“Saya pun.”
“Huhh?” Humairah tidak mengerti maksud Johan.
“Yela, samalah. Itulah kali pertama saya jumpa perempuan yang pertahankan puasanya terutamanya apabila berada dalam kalangan orang yang sedang makan. Mestilah saya kagum. Amat jarang saya jumpa perempuan seperti itu sekarang. Yang mana bagi saya, ia merupakan mujahadah yang agak berat. Saya terfikir juga sama ada time tu nak puasa atau tak tetapi apa yang saya fikirkan adalah makanan tu semua hanya kepentingan dunia, takde manfaat di Akhirat tetapi puasa itulah yang akan menjadi timbangan amal soleh ketika dihisab nanti.”
Humairah tersenyum. Gembira hatinya mendengar luahan suaminya.
“Lagi satu, saya suka awak mungkin sebab awak ada hobi yang sama dengan saya iaitu fotografi. Saya rasa saya pernah nampak kamera awak kat kampus dahulu tetapi saya tak cam sama ada itu awak atau tidak.”
“Oh yeke? Saya pun tak perasan. Tidak mengapalah, yang saya tahu sekarang, wanita impian saya menjadi milik yang halal bagi saya. Alhamdulillah.”
Mereka bersama mengucapkan syukur atas takdir-Nya yang telah ditetapkan. Sungguh Humairah tidak menyangka lelaki impiannya itu menjadi miliknya.
“Dialah pemilik tulang rusukku yang telah tercatat di Luh Mahfuz selama ini. Terima kasih Allah.” Humairah bermonolog dan tersenyum memandang suaminya. Lama dia merenung suaminya.
Johan mengajak Humairah duduk di sebelahnya.
“Jom duduk. Abang penat.”
“Sape suruh dia berdiri.” Humairah berseloroh.
“Oh, pandai eh!” Johan mencuit hidung Humairah.
“Tentang pertemuan di majlis walimah tu, abang saje nak test. Abang nak tahu sayang rasa apa bila abang buat macam tu.”
“Perlu ke?”
“Mestilah! Abang mana dapat baca apa yang sayang rasa. Sebab tu abang buat macam tu. Kalau sayang tak lari macam tu, abang tahulah apa yang sayang rasa dan Alhamdulillah, as I expected.” Johan mengenyitkan mata.
“Awak jejahat!” Humairah memukul manja paha suaminya.
“Time sayang dok nangis seminggu tu pun, frankly, abang jumpa ibu dan ayah sayang kat luar. Abang dapatkan contact daripada Fiza.”
“Oh, pandai eh. Komplot!”
“Untuk sayang jugak.” Johan mengukir senyuman.
“Pastu ibu ayah sayang pun ceritalah pasal Rasyid. Pasal sayang dok nangis cam budak kecik selama seminggu then terus berhenti kerja tanpa sebab. Fiza dan rakan sekerja sayang pun tak dapat hubungi sayang. Mesti hebat kan pinangan cinta abang kat sayang.” Johan senyum nakal.
Pipi Humairah merona merah. Malu mengenangnya semula hanya kerana menangis, menahan jiwa yang lara.
“Then, abang bincanglah terus dengan ibu ayah sayang tentang pernikahan ni. Mereka minta abang tunggu sehingga sayang nampak kembali o.k since sebab abang, sayang berhenti kerja sebab tak nak terjumpa dengan abang dan terus terbang ke luar negara. So, abang hormati keputusan tu. Meanwhile, boleh abang kerja, kumpul duit untuk kahwin. Alhamdulillah Allah permudahkan. Kahwin kan murahkan rezeki.” Johan mengenyitkan mata.
“Bila sampai waktunya, abang pun terus propose minta nikah terus. Abang tak nak kehilangan sayang. Abang takut ada orang yang book sayang dulu nanti abang terlepas. Nanti abang pula yang jadi macam sayang. Papa dengan mama pun setuju. Then ibu ayah dan papa mama abang bincang dan susun strategi. Itu sebab ibu ayah sayang rahsiakan. Abang pun risau juga kalau-kalau sayang tolak sebab masa tu kan sayang tak tahu itu abang. Bila nak nikah baru sayang tahu. Terima kasih kerana menerima abang, abang beruntung dapat Humairah menjadi suri hidup abang.”
Humairah menguntumkan senyuman. Terharu mendengar luahan hati suaminya itu.
“Takdelah, saya yang beruntung dapat awak. Awak independent, tak mengharap duit orang lain untuk berkahwin dengan saya. Bagi saya, awak seorang lelaki yang bertanggungjawab. Susah payah awak bekerja untuk berkahwin dengan saya yang membuat saya terharu sebab awak sanggup tunggu 6 bulan meanwhile awak bekerja untuk dapatkan duit. Saya tabiklah kat awak! Ni buat saya makin sayang ni.” Humairah tergelak kecil.
Johan mencubit pipi Humairah.
“Tapi kan awak, saya ni tak reti masak. Saya beruntung dapat awak tetapi mungkin awak tak beruntung dapat saya. Mestilah suami suka isteri yang reti masak.” Humairah menundukkan mukanya. Dia berasa bersalah dengan Johan kerana pasti setiap suami mendambakan isteri yang pandai memasak kerana ia ibarat petua memikat hati suami.
Johan mengangkat dagu isterinya agar memandangnya.
“Sayang, itu semua boleh belajar kan? Macam belajar agama. Sampai mati pun kita tetap akan belajar agama, ilmu tu kan luas. Sebagaimana sayang nak abang bekerja untuk memberi nafkah kepada sayang, bagi duit belanja, sebegitulah kita perlu bekerjsama untuk saling melengkapi. Sayang mula belajar masak dengan ibu dan mama, abang pun belajar cari duit dengan multiple sumber. O.k?”
Sejuk hatinya Johan memahami dirinya. Dia rasa bersalah kerana mungkin Johan mengimpikan Humairah yang perfect dalam segala hal, malangnya dia mungkin tidak seperti yang Johan harapkan namun ternyata Johan seorang suami yang bertolak ansur dan memahami. Humairah berazam dia akan belajar masak dengan ibu juga mama Johan nanti agar saling melengkapi keperluan rumah tangganya.
*****
“Awak..awak..Johan!” Humairah cuba mengejutkan suaminya.
Sengaja Johan tidak mahu bangun kerana ingin mendengar Humairah memanggilnya dengan panggilan ‘abang’.
“Abang! Bangunlah, solat Tahajjud.” Humairah cuba menarik perhatian suaminya. Janggal rasanya memanggil Johan dengan gelaran itu walaupun itu adalah kebiasaan bagi mereka yang sudah berumah tangga.
Sengaja Humairah mengejut Johan untuk menunaikan solat tahajud apabila dia teringat Hadis Riwayat Abu Daud berbunyi:

Nabi saw bersabda, “Allah merahmati lelaki yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan isterinya. Sekiranya isterinya enggan, dia akan merenjiskan air ke muka isterinya. Allah merahmati wanita yang bangun malam, menunaikan solat dan mengejutkan suaminya. Sekiranya suaminya enggan, dia akan merenjiskan air ke muka suaminya.”
Johan segera bangun setelah Humairah memanggilnya dengan gelaran ‘abang’.

“Mengada-ngada!” Lantas Humairah terus bangun daripada katil dan menyediakan tempat solat untuk mereka berdua berjemaah.

Setelah itu, mereka berjemaah dengan papa dan mama Johan untuk solat Subuh. Humairah mencium tangan papa dan mama serta Johan. Setelah kembali ke bilik mereka, ketika Humairah memperkemas dirinya di depan cermin untuk membantu mama menyediakan sarapan pagi, Johan mengucup rambut Humairah daripada atas dan dahinya.
Humairah tergamam dengan kelakuan suaminya kerana dia tidak biasa dengan semua itu namun dia biarkan sahaja Johan duduk di sisinya. Sudah lama dia mendambakan kemesraan daripada seorang lelaki yang halal baginya iaitu suaminya.
“Saya nak turun bawah, baju kemeja awak saya dah gosok. Saya sidai di dalam almari. Saya tak tahu awak nak pakai warna apa hari ini. Nak saya ambilkan?” Humairah sengaja.
Johan membuat mimik muka ingin dimanjakan.
“Baiklah abangku, sayang ambil ye. Awak nak pakai baju warna apa?”
“Sayang suka warna apa?”
“Hijau.”
“Tapi abang kan takde warna hijau. Abang ambil warna putih nanti sayang pakaikan dengan tali leher hijau hantaran kita tu ye.”
“Baik yang.” Humairah tersenyum lantas mengambil baju kemeja biru bersama seluar hitam suaminya yang telah digosok semalam.
“Pantas dan tuntas sayang abang gosokkan baju kemeja abang.”
“Dah biasa, sayang salu gosokkan baju ayah.”
“saya turun dahulu ye, nanti awak biarkan rambut awak tu kusut masai tau.” Humairah mengenyitkan mata.
“La..kenapa pulak?”
“Adalah..nanti awak tahu. Saya turun dulu ye, nanti saya naik semula pakai kan awak tali leher sebelum awak sarapan pagi nanti.”
“Ye sayang, pergilah.”
Seusai menolong mamanya, Humairah naik ke atas. Dia melihat suaminya terlelap di kerusi malas dengan tafsir di tangannya. Humairah menghampiri muka suaminya. Merenung lama.
“Hensem jugak suami aku ni. Sampai ada yang kata macam Yusry KRU dan aku Lisa Surihani. Untunglah Yusry dan Lisa yang tak ori ni bersama.Alhamdulillah.” Humairah bermonolog sendirian.
Humairah bermain-main dengan kening suaminya sehingga dia terjaga.
“Kacau abang eh..”
Humairah hanya tersenyum. Johan menggosok-gosok matanya yang mengantuk.
“Sarapan dah siap ke?” Johan menyoal Humairah.
“Sudah.”
“Dah. Sekarang apa sayang nak buat kat rambut abang ni?” Curious Johan ingin mengetahuinya.
“Meh sini.” Humairah menarik tangan suaminya ke meja make up.
“Takde pape, saya saje nak bermain-main dengan rambut suami saya. Marah ke?”
“Lah? Itu je.”
“Dahulu bila saya sentuh rambut anak saudara lelaki saya yang kecil tu saya teringin buat untuk suami saya. Tolong dandankan rambut dia. Jadi hensem.”
“Abis? Saya tak hensem ke?”
“Mestilah hensem. Duduk. Biar saya dandankan rambut awak hari ini. Bagi kacak!” Humairah mengambil minyak rambut suaminya dan meletakkannya pada rambut suaminya. Puas dia bermain dengan rambut Johan.
“Dah. Siap!”
Johan menoleh ke arah cermin.
“Wah! Abang rasa macam yusry KRU pulak!” Johan tergelak kecil.
“Memang pun, awak kan Yusry KRU di hati saya!”
“Meh saya pakaikan tali leher.” Humairah mengambil tali leher berwarna hijau putih dan memakainya pada suaminya.
“Awak nak tahu tak, dulu saya tengok kemeja lelaki, saya mesti berniat, bila saya kahwin nanti saya nak beli untuk suami saya. Nanti saya beli untuk awak ye.” Humairah meluahkan perasaan. Membuatkan Johan tersenyum mendengarnya.
“Dah jom.” Humairah mengambil beg bimbit Johan dan menarik tangan suaminya ke bawah untuk sarapan pagi.
“Awak suka roti telur kan? Maaflah kalau saya buat tak sedap.” Humairah menuangkan air teh dan memberikan Johan 4 keping roti telur.
“Takpe sayang. At least, awak try kan.” Johan memasukkan roti telur ke dalam mulutnya. Lama dia menikmati roti itu.
“Not bad. Pandai isteri abang ambil hati.” Johan memuji Humairah, Humairah lega dan tersenyum.
“Awak balik tengah hari nanti?” Humairah menghantar Johan di pintu sebelum dia pergi ke tempat kerja.
“Awak nak saya balik ke?” Sengaja Johan menyoal.
“Mestilah! Rindu.” Humairah menunjukkan muka serius.
“Yeke?” Johan bergurau dan tersenyum.
“Ye sayang, nanti abang balik ye. Tunggu~” Tangannya dialunkan.
Humairah tersenyum.
“Ok. Nanti saya buatkan lauk kegemaran awak. Spy daripada mama ni.”
“Wah! Lagi buat abang nak balik!”
“Hmm..” Mereka saling tersenyum.
Humairah mencium tangan Johan sebelum dia pergi dan Johan mencium dahi Humairah.
“Terima kasih sayang, cinta sayang sangat-sangat tau!” Johan mengenyitkan mata.
Humairah hanya memberikan senyuman mesra kepada suaminya. Malu tetapi dia suka dimanjakan oleh Johan.
Johan melihat banyak fail sudah bertimbun di mejanya untuk disainkan. Di sudut tepi, terdapat gambar Humairah ketika di seminar dahulu tempat bermula cinta mereka berputik.
“Terima kasih Allah, kerana mempermudah aku memilikinya.” Johan memandang ke luar jendela dan merafakkan kesyukuran. Betapa dia sangat gembira kerana dapat memiliki gadis impiannya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...