Sumber : http://www.tayibah.com
Kajian sains oleh angkasawan NASA mendapati bahawa bulan pernah terbelah dua. Kajian ini dilakukan apabila gambar-gambar yang dirakamkan oleh satelit dan teleskop yang mendapati terdapat garisan rekahan yang terdapat pada bulan. NASA telah menghantar 3 angkasawanya ke bulan untuk kajian yang lebih terperinci. Setelah mereka membuat kajian, kesimpulannya, bahawa bulan pernah terbelah dua. Setelah hasil kajian ini didedahkan kepada umum, alangkah terkejutnya mereka, apabila diberitahu bahawa kisah bulan terbelah dua ini telah diceritakan oleh Al-Quran kira-kira 1400 tahun yang lalu.
Ini membuktikan mukjizat yang telah berlaku kepada Rasululah SAW seperti yang tercatat dalam al-Quran, Ayat 1-2 Surah -Qamar adalah BENAR.
Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku.
ayat 1-2 Surah al-Qamar
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ شِقَّتَيْنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا Dari Abdullah bin Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW. Dan Rasulullah SAW bersabda, saksikanlah. Hadis riwayat Bukhari dan Muslim. عَنْ ابْنِ مَسْعُودٍ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِرْقَتَيْنِ فِرْقَةً فَوْقَ الْجَبَلِ وَفِرْقَةً دُونَهُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْهَدُوا Dari Ibnu Mas'ud ra, beliau berkata bahawa bulan telah terbelah dua pada zaman Rasulullah SAW, sebahagiannya di atas gunung dan sebahagiannya di tempat lain, lalu Rasulullah SAW bersabda, perhatikanlah. Hadis riwayat Bukhari. عَنْ شُعْبَةَ عَنْ قَتَادَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسًا يَقُولُ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ Dari Qatadah, beliau telah mendengar Anas berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Rasulullah SAW. Hadis riwayat Ahmad. عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ جُبَيْرِ بْنِ مُطْعِمٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ انْشَقَّ الْقَمَرُ عَلَى عَهْدِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى صَارَ فِرْقَتَيْنِ عَلَى هَذَا الْجَبَلِ وَعَلَى هَذَا الْجَبَلِ فَقَالُوا سَحَرَنَا مُحَمَّدٌ فَقَالَ بَعْضُهُمْ لَئِنْ كَانَ سَحَرَنَا فَمَا يَسْتَطِيعُ أَنْ يَسْحَرَ النَّاسَ كُلَّهُمْ Dari Muhammad bin Mut'im dari ayahnya, beliau telah berkata bahawa bulan telah terbelah pada zaman Nabi SAW sehingga menjadi dua bahagian, sebahagiannya di atas gunung ini dan sebahagiannya di atas gunung ini, mereka berkata kita telah disihir oleh Muhammad dan berkata sebahagian drp mereka, sekiranya Muhammad telah menyiihir kita, sudah tentu dia tidak mampu untuk menyihir seluruh manusia. Hadis riwayat Tarmizi. Terdapat byk kitab yang menceritakan kisah bulan terbelah dua selain drp Sahih Muslim dan Sahih Bukhari. Di antaranya ialah ;
Abu Nu'aim dalam kitabnya, Tanda-tanda Kenabian (دلائل النبوة ), telah menceritakan bahawa kaum musyrikin telah berjumpa dgn Rasulullah SAW, di antara mereka ialah al-Walid bin Mughairah, Abu Jahal bin Hisyam, Al-As bin Wail, Al-Aswad bin Muthalib, an-Nadhru bin al-Harith. Tujuan kedatangan mereka ialah untuk menguji kenabian Rasulullah SAW. Mereka berkata kepada Rasulullah SAW, ""Jika kamu seorang yang benar ( seorg nabi yng diutuskan oleh Allah) belahkan bulan kepada dua bahgian" Lalu Rasulullah SAW berdoa kepada Allah, dan doa beliau telah dimakbulkan, maka bulanpun terbelah dua. Lalu Rasulullah SAW bersabda , saksikanlah iaitu sebagai bukti kebenaran mukjizat dan risalah kenabian Rasulullah SAW. Telah hampir saat (kedatangan hari kiamat) dan bulan terbelah . Dan kalau mereka (kaum musyrik Mekah) melihat sesuatu mukjizat, mereka berpaling ingkar sambil berkata: (Ini ialah) sihir yang terus menerus berlaku. ayat 1-2 Surah al-Qamar Menurut Imam at-Thabari dalam tafsirnya, ketika menafsirkan ayat 1 - 2 surah al-Qamar di atas, menjelaskan bahawa peristiwa terbelahnya bulan telah terjadi ketika zaman Rasulullah SAW ketika beliau masih berada di Makkah iaitu sebelum peristiwa hijrah ke Madinah. Peristiwa tersebut berlaku ketika musyrikin Makkah meminta bukti kenabian baginda, maka Rasulullah SAW telah mendatangkan kepada mereka bulan yang terbelah dua sebagai tanda dan hujjah betapa benarnya bahawa baginda adalah Rasul utusan Allah. Malangnya, apabila dibentangkan kepada mereka bukti dan tanda yang jelas, mereka tetap berpaling, menolaknya serta tidak mempercayainya... Malah dikatakan pula, ini semua adalah sihir semata-mata, Muhammad telah meyihir mereka !!! Seterusnya Abu Nu'aim (دلائل النبوة ) menjelaskan bahawa kafir Makkah mengatakan semua ini adalah sihir semata-mata dan mereka mencadangkan supaya ditanya kepada kafilah-kafilah yang dalam perjalanan ke Makkah, adakah mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah. Jika sekiranya mereka nampak bulan terbelah dua sebagaimana yang dilihat oleh penduduk Makkah, maka Muhammad di pihak yang benar (bukan sihir). Apabila kafilah tersebut sampai di Makkah, mereka berkata bahawa kesemua mereka nampak bulan telah terbelah dua. Jelaslah, memang bulan telah terbelah dua... bukannya sihir Muhamad, tambahan pula, Muhammad takkan mampu menyihir seluruh pandangan manusia (di Makkah dan luar Makkah). |
No comments:
Post a Comment