Hot Stuff

Saturday, December 3, 2011

:: Rahsia Hari dan Bulan Masyarakat Barat ::


Oleh : Ibnuyaacob

Kelicikan masyarakat Yahudi Kuno yang dipimpin Dajjal laknatullah yang hidup lama itu berjaya mempengaruhi seluruh kehidupan masyarakat dunia dengan dakyah-dakyah sesatnya. Masyarakat dunia khususnya orang Islam dibentuk secara halus untuk memuja tuhan-tuhan berhala Yahudi dan Nasrani.

Kita tidak menyedari bahawa kita hari ini khususnya anak-anak kita sejak berumur 4 tahun lagi sudah mempelajari nama-nama dewa berhala di sekolah. Pengaruh ini tidak disedari oleh masyarakat dunia. Bahasa Inggeris yang kita agung-agungkan adalah bahasa yang cukup simbolik untuk menyemai unsur-unsur berhala. Kerja-kerja Dajjal amat berhasil apabila berjaya menjadikan Bahasa Inggeris bahasa penghantar utama dunia melalui dua konsep iaitu "Penjajahan" dan "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu".


Apa yang dinyatakan di bawah ini sudah banyak diketahui umum, cuma penulis ingin meletakkan sekali lagi dalam Blog D' ini sebagai  peringatan sekalian mukmin.

Pengertian Bulan-Bulan Masehi

  1. Januari - berasal dari perkataan 'Janus' iaitu tuhan berhala orang Romawi  yang berwajah dua. Sebelah muka melihat ke depan dan sebelah mua melihat ke belakang.
  2. Februari - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Februo' yang bermaksud 'kesucian'. Biasanya dalam bulan ini bangsa Romawi mengadakan upacara penyucian jiwa mereka di kuil-kuil seperti mana penganut Hindu membaling tempurung kelapa dalam satu majlis untuk menghilangkan dosa.
  3. Mac - berasal dari perkataan 'Mars'. iaitu salah satu tuhan berhala Romawi.
  4. April - berasal dari bahasa latin iaitu 'Aperto' yang bererti 'terbuka' atau 'berkembang'. Dalam bulan ini biasanya bunga-bunga akan berkembang mekar. Orang Saxon menggelar bulan ini sebagai Easter kerana menghormati tuhan musim panas (summer).
  5. Mei - berasal dari perkataan 'Maia' iaitu nama puteri dan dewa bangsa Romawi bernama 'Atlas'.
  6. Jun - berasal dari perkataan 'Juno', salah satu tuhan orang Romawi.
  7. Julai - berasal dari bahasa latin iaitu nama pemerintah 'Julias Ceaser' yang kemudiannya diubah menjadi bulan ke tujuh.
  8. Ogos - berasal dari nama pemimpin Rom iaitu 'Ceaser Augustus' bermakna bulan ke lapan zaman Rom. Sebelum itu ia berrnama 'Sextilitis' (bulan ke enam) mengikut kalendar bangsa Romulus.
  9. Sepetember - berasal dari perkataan 'Septem' yang bererti tujuh. Pada asalnya ia adalah bulan ke tujuh tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan ke sembilan.
  10. Oktober - berasal dari perkataan 'Octo' yang bererti lapan tetapi telah diubah menjadi bulan yang kesepuluh.
  11. November - berasal dari bahasa Latin iaitu 'Novem' yang bererti sembilan. Tetapi ianya telah diubah menjadi bulan kesebelas.
  12. Disember - berasal dari bahasa latin 'Decem' myang bererti 'sepuluh' tetapi kemudiannya telah diubah menjadi bulan yang kedua belas.
Nama Asal Hari-Hari Masehi
  1. Sunday - berasal dari perkataan 'Sun's Day ertinya matahari.
  2. Monday - berasal dari perkataan 'Moon's Day' bererti hari bulan.
  3. Tuesday - berasal dari perkataan 'Day Of Year' sempena hari dewa perang masyarakat Rom bernama 'Tyr'.
  4. Wednesday - berasal dari perkataan 'Woden' nama salah satu dewa suci Rom.
  5. Thursday - berasal dari perkataan 'Day of Thor' sempena nama dewa Rom iaitu 'Thor' yang bermakna 'Dewa Halilintar'.
  6. Friday - berasal dari perkataan 'Day of Freya' iaitu Dewa Hari Perkahwinan orang Rom yang bernama ' Freya'
  7. Saturday- berasal dari perkataan 'Saturnus' yang bererti bintang 'Saturnus' mengikut  kepercayaan orang Romawi.
Mengapa Bahasa Orang Ramawi dijadikan Rujukan Utama.

Bahasa asal bahasa Inggeris adalah berpusat dari bahasa latin yang menjadi bahasa rasmi utama masyarakat Romawi serta Athens di bumi Greek. Pada zaman dahulu, pemerintah dan kerajaan Rom amat digeruni oleh masyarakat dunia sebelum Islam berjaya menewaskan mereka. Masyarakat kerajaan Rom terkenal dengan pemerintah Julias Ceaser dan Hercules manakala masyarakat kerajaan Atehns terkenal dengan cendekiawan terkenal iaitu Socrates, Aristotle, Plato dan lain-lain. Perlu diingat bahawa dalam masyarakat kedua-dua kelompok ini terdapat juga antara mereka yang berbangsa Yahudi dan mengamalkan ajaran Yahudi bermazhab Cabbala secara sembunyi-sembunyi, khususnya cendekiawan bernama Plato.

Masyarakat Eropah dan Amerika sekarang menjadikan Greek sebagai pusat ketamadunan mereka. Sebarang ilmu yang mereka peroleh atau yang mereka cipta akan cuba dipaksikan daripada bahasa latin dan beberapa tokoh Greek walaupun kadang-kala ilmu-ilmu yang mereka cipta itu hanya ciplak sahaja dari sarjana Islam.

Misalnya  disiplin ilmu 'Psikologi' yang sekarang banyak diajar di universiti-universiti seluruh dunia termasuk negara Islam. Semua sarjana Yahudi dan Nasrani menciplak ilmu ini dari sarjana Islam hampir keseluruhan kaedah pembelajarannya. Apakah yang mereka lakukan.

Disiplin Psikologi mula diperkenalkan secara komersial disiplin ini diperkenalkan pada 950M oleh Abu Nasr alFarabi di dalam bukunya yang bertajuk 'Opinians of the Citizens of Uthopia". Kemudian disiplin ini mula dikembangkan oleh beberapa tokoh Islam yang lain yang pastinya hidup sebelum Descartes dilahirkan, antara tokoh lain ialah :
  • Ibnu Sina (meninggal pada 1037M) yang menulis kitab bertajuk "The Moods of Pysche" dan "Hints and Notices".
  • Imam al-Ghazali (meninggal pada 1111M), menulis kitab berkaitan jiwa iaitu 'Ihya Ulumuddin'. Beliau juga telah merancang pengajian psikologi yang dinamakan Sains Rawatan.
Untuk mengkaburi mata masyarakat dunia, golongan Yahudi dan Nasrani memberikan nama disiplin berkaitan jiwa ini kepada nama 'Psikologi', yang berasal dari perkataan 'Psychos' (Jiwa) dan 'Logos' (kajian), yang bermaksud kajian jiwa. Nama-nama tokoh-tokoh Islam tidak disebut langsung dalam mana-mana buku teks universiti jika penulis buku itu adalah masyarakat barat.

Permasalahan di atas telah pun dibincang dalam Persidangan Pengislaman Ilmu-Ilmu Moden yang dianjurkan oleh Universiti King Abdul Aziz, Universiti Jeddah dan Universiti Mekkah bertempat di Makkah pada 1977. Seramai 315 orang cendekiawan Islam termasuk pensyarah-pensyarah Malaysia (jika penulis tidak silap) telah hadir.

Wallahualam.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...